Moon mmg suka bila ada fair. Tak kisah apa apa fair pun sebab waktu fair ni memang akan ada special deal. Moon berpeluang pergi ke Harvey Norman's 12th International Branded Bedding Fair. Dari jauh dah nampak banyak katil katil yang sangat cantik dan berkualiti. Tapi yang buat tambah menarik adalah sebab ada 1/2 harga.
Acara ini berlangsung di concourse area IPC ( Ikano Power Center ) ada banyak katil katil dipamerkan di sini. Nampak tak banner yg besar tu....semuanya pada setengah harga....pitammmmmmm
26 April 2016 - 8 May 2016
50% untuk semua tilam dan katil
kalau beli 2 dan ke atas akan dapat tambahan 10% lagi diskaun
Sealy, Napure, Hilker, Therapedic and Englander adalah product baru yg turut dilancarkan masa pelancaran ni.
Ada free petrol voucher juga
kalau kita nak tukar set katil kita yang lama pada yang baru pun boleh. Sebab pihak Harvey Norman boleh tolong angkat yg lama untuk percuma. So tak payah kita pening kepala mana nak letak yang lama....betul tak.
Acara ini dirasmikan oleh Y.B.
Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri Kedua Kementerian Perdagangan Antarabangsa
Kempen ini adalah sempena menyahut seruan pengurangan harga runcit yang disyorkan. Dengan ini pelanggan mempunyai kuasa membeli dengan lebih tinggi dan pada harga yang amat berpatutan.
Pada majlis pelancaran ni juga, Harvey Norman mendermakan 200 tilam kepada badan kebajikan yang terpilih.
Penerima sumbangan . Badan kebajikan tersebut adalah Beautiful
Gates Foundation,Yayasan Sunbeams Home,Rumah Victory Children & Youth Home,
Pusat Jagaan Insan Istimewa and Kiwanis Down Syndrome Foundation in PJ
Moon sempat la pusing dalam Harvey Norman Home Furnishing ni. Alahai lawa lawa semuanya.
So kalau ada sesiapa yang memang tengah mencari cari tilam yang sesuai, boleh ke concourse area, ikano Power Center. Boleh tengok sendiri dan try baring-baring dulu dan mana tahu anda dapat bawak balik tilam baru pada setengah harga.