Showing posts sorted by date for query kedai lampu murah. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query kedai lampu murah. Sort by relevance Show all posts

Tuesday, February 19, 2019

ke I-City Shah Alam

Memandangkan dah janji ngan anak anak nak bawak dia org ke I-CIty Shah Alam , jadi Moon awal awal dah book dah Homestay member Fotopages Moon . Last time Papa , Mama n Umi je dtg sini . Kali ni Moon sendiri plak datang .

Saja la bagi budak2 ni sonok . Plus nak bawak dia org masuk Snow Walk yg sejuk gilers tu . So ni mmg percutian singkat yang dekat dekat shj 2 hari 1 malam. Takyah nak g jauh jauh.

Janji jumpa ngan Mas utk amik kunci dlm pukul 2 lebih mcm tu . Unit Mas ni lvl 13A betul2 depan pintu lift . Blok ni jugak bersambung terus ngan jejantas masuk mall . Tapi masa ni Mall lom siap lagi . Nanti dah siap boleh dtg lagi hikssssssss



YB kecik tak sabar nak turun dari stroller n buat inspection hahahha . Abg Isk la kesian sebab masa ni dia demam . Kita org saja la gurau gurau ngan dia . Kata dia duduk bilik je la ...bagi kita org je jalan jalan . Sekali dia kata kejap je demam ni . Nanti mkn ubat Isk ok . So masuk masuk bilik je dia terus makan ubat n tido .
 



 Suka sangat tgk deco homestay Mas ni . Terus amik gambar banyak banyak n ajak pak sutan buat wainscoting macam ni jugak hahhahaha . Tgk la bila tahun bakal terlaksana projek diy ni muahahahah .



Turun kat lvl UG ke G ek lupa dah akak ni hhahahhaha . Ada 2  kedai 7 11 ...ada kedai runcit ni jugak . So dapat la beli nugget la roti n telo semua . Dobi layan diri pun ada . Kedai makan pun ada . Kiranya complete la

Yaya ngan Sara dah duk sebut dah nak g mandi kolam . Selagi tak bawak selagi tu la akan ulang ulang n ulang . Sebelum mandi kolam kita isi perut dulu la


hahahah goreng nugget je pun ...tetapi kenapa jari jari tu pun nampak cam jejari nuggets muahahah

 Kolam dia besar juga . Abg Isk tak mo mandi sebab dia kata dia demam . Tapi bila dia tgk adik adik dia mandi dia plak menyesal sebab tak bawak turun suar mandi hahahhaa .

Tapi masa ni kolam penuh ngan budak pompuan ...mau nya dia nak terjun sekali abg isk tu . Pemalu la sangat kononnyaaaaaaa

 

kita org duduk je la kat tepi tu sambil tunggu Yaya n Sara siap mandi 


mmg puas la dia org dpt mandi . Biasa kita org kalau jalan jalan weeken ni mmg cari tempat yg ada kolam . Sebab  mmg tau dah dia org ni apa apa nak kolam renang jugaks . 

 sian mummy ngan Isk n Nain sebab duk tepi ni tgk dia org mandi sambil bau sate yg semerbak wangi . Sebab masa tu ada org buat bday party kat sebelah tu siap ada bbq bagai ...wangi semerbak bau makanan wooooo 


meh la kita g kat playground area ...kalau tak melayan bau sate tu terus berkeroncong perut mummy 


naik balik bilik ..mandi , makan n solat semua . Kita turun balik  utk tgk pokok n lampu2 . Tapi hujan plak so turun lambat sket la 



Ni kat bawah homestay kita org duduk je . Ada macam macam , just jalan jalan dr blok ke blok aje 


Masa ni pun hujan duk renyai renyai lagi . Tapi sempat la nak bergambar sekejap .


ini adalah perbuatan sabotaj tau ...few gambar dia amik elok je wings tu kat bahu ...tapi ada few gamba jd tanduk plak . Tak baik tau daddy sabotaj . Patut la budak budak ni berkekek kekek gelak belakang daddy dia org . 




 
Dari residen tu tak jauh . Turun bawah n turun cross jalan terus masuk City of Digital Light 



nasib baik hujan reda so boleh jalan jalan pusing kat sini . Mmg ramai org .

Tiket main main game kat dalam ni kena beli kat kaunter . Nanti dia akan bagi slip and ada bar code . Setiap kali kita nak main apa apa , yg jaga tu acan scan bar code tiket kita tadi tu n dia akan tolak la baki

So kalau beli RM50 i point ( RM 1 = 1 i-point )
Setiap game paling murah ( RM5 = 5 i-point )

 
Game Sarah main ni harga 5  i-point = RM5


Buai pusing2 ni dan marry go round ni harga 5  i-point = RM5

Game yang paling mahal adalah 20 i point  

 
 
 

Best juga jalan jalan dalam ni. Kawasan dia pun boleh tahan besar juga . N cantek2 lampu lampu kat dalam tu


Ok dah lewat , jom la kita pulang ke homestay . Besok plan nak masuk ke Snow Walk plak.

General Information
Operations Hours:
City of Digital Lights: 7pm – 4am daily
Outdoor Park Rides: 6pm – 12am daily
Snowalk: 10am – 12am daily
FunWorld (Red Carpet/Trick Art Museum/House of Horror): 10am – 12am
WaterWorld: 11am – 7pm
Trick Art Museum: 11am – 11pm


Price Guidelines:
Outdoor Park Rides: RM5 to RM10 per pax
Snowalk: RM25 to RM50 per pax
FunWorld Rides: RM5 to RM15 per pax
Red Carpet: RM40 to RM100 per pax
House of Horror: RM15 per pax
Trick Art Museum: RM10 per pax
WaterWorld: RM25 to RM50 per pax


Wednesday, January 06, 2016

Sessi persekolahan 2016

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Walaupun kelam kabut jugak la on the 2nd day. Nak tgk dia org naik transport and etc.

Plus skrg duk ada 2 sessi, sessi pagi n petang. Sekolah Kafa plak dah pindah. Jadi mmg pening kepala juga nak memikir.

Nak arrange transport semua. Lepas tu, semer benda nak kena bayar. Bayar pendaftaran nursery dan bayar segala jenis yuran.


Sehari sebelum nak sekolah baru pergi cari beg utk Yaya. Pergi tempat biasa  pergi je. Kedai ni kat Nilai Square. Ada org tanya apa nama kedai ni tapi Moon lupa n tak pernah tahu sebenarnya. Sebab kami selalu parking belah pintu belakang kedai. Kedai ni mmg banyak sangat beg. Yg penting siap boleh tawar menawar. 

Budak2 ni beg setahun mmg 2 kali kena beli. Tak tahu lah dia org nih sumbat batu bata atau batu bukit kat dalam tuh. Lunyaiiii. Tak kira la beg mahal ke, beg murah ke. Sama je ...

Rasanya kita org mmg regular customer la beli beg kat sini. Ada macam macam jenis. Tuh yang Cik Sarah pun kemain sonok memilih. Mula mula dia nampak selipar Robocar Poli.

Sarah nak sliper Amber....sliper Amber Sarah la...nakkkkkk..please

Dia dalam banyak banyak karakter dalam Robocar Poli tu, dia suka Amber sahaja hahhaha. Lepas dah ambil sliper, dia nampak plak beg yg pink pink ni semua. Plus ada plak beg gamba Frozen. Apa lagi terus dia campak sliper tadi dan ambik beg Frozen...vley?

Waktu malam gigih la Mummy nya menggosok baju sekolah. Eh korang nih siap kira berapa helai yer. Baju baru beli 2 3 aje, yang lain adalah baju tahun lepas. Sebab ada selai baju lama tuh dah kena apa ntah dan tak nak hilang kotornya. Baju ni campur yg baru dan lama. Ni mmg stok untuk seminggu. Ni adalah bahagian Yaya aje. Bahagian abg Isk kat tempat dia. 

Yaya : 5 pasang baju Kafa, 3 pasang baju sekolah Kebangsaan, 2 pasang baju sukan
Isk : 5 Pasang baju Kafa, 3 pasang baju sekolah Kebangsaan, 2 pasang baju sukan

ni belum lagi masuk baju baju Pak Sutan lagi .Sebab tuh la skrg Moon pun cari baju yg tak perlu gosok sangat. Kalau shawl pun sama kalau ada yg tak perlu gosok lagi mak suka. 

Sabtu Ahad kije mummy nya adalah utk mendobi. Segala urusan basuh n menggosok mmg di buat hari Sabtu Ahad. Tuh kadang kalau ada apa apa aktiviti pada Sabtu Ahad, dalam kepala duk pikir kain baju nak basuh je. 

So mummy boleh relax sket pada hari Isnin - Jumaat bagi baju baju sekolah ni semua. Tapi Sabtu Ahad lotihhhh. Pagi pagi buat kije macam orang giler. Petang terbongkang kepenatan. Kalau kat dada ni ada lampu macam Ultraman, mmg dah blink blink dah.

Sebab tu Moon kadang kagum ngan ibu ibu yg siap boleh buat bekal bagai utk anak...hebat la korang. Akan akak cuba juga utk rajin mcm korang ( mengeliat kejap arghhhhhhhh ) 


Gambar hari pertama. Jalan mmg sesak nak masuk kawasan sekolah. Belum lagi kita terbakar bila ada sesetengah ibubapa yg park turunkan anak betul betul depan pintu pagar sekolah. Walaupun depan sikit tu aje kosong...pfttt.

Tahun ni mmg akan mencabar sebab sekolah dah jauh jauh. Sorang kat sini sorang kat sana. Plus nak drop kan Sarah kat nursery lagi. Sekali kuar umah pagi pagi dah rupa macam pokok krismas. Sebab galas bag kiri kanan. 

Abg Isk dah darjah 5. So dropkan dia aje n tgk kelas kat mana n terus kita org pergi kat sekolah adik pulak. Isk dah senior. Tak ada masalah la kan. 

Gi tengok dan tunggu si Yaya aje kat sekolah baru. Kelas plak tingkat 4. Panas lobang hidung Mummy kamu panjat tangga.


Comey aje kelas n nampak bersih dan kemas bila pakai kerusi dan meja macam ni. Tapi ni sebab baru start sekolah. Kita tgk pulak nanti bila dah akhir tahun. Ada rupa macam ni lagi tak hahahah

Tengah hari waktu nak balik Moon tak sabar sabar nak pergi kat Yaya. Nak tgk macam mana dia. Tahu tak nak naik transport mana. Kang buat dia blur n merayap ke mana mana. Last year dia pergi naik van sapa sapa ntah. Nasib akak van tuh kenal dan hantar dia balik. Menyirap darah mummy masa tu. 

Pak Sutan plak duk kata Moon gelabah. Suruh relax sebab anak dah besar. Hishhhh mana la ibu boleh relax kan. Selagi saya tak tgk sendiri , selagi tu la tak tenang jiwa raga saya. 

Hari pertama semua pukul 9.30 pm dah pengsan hahahha penat sangat gamaknya .

Mcm mana 1st day anak anak anda. 

Lega, kali ni tak ada kes budak terlekat kepala di kerusi hhaha






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...