Sunday, November 04, 2012

Pernikahan Farid Kamil & Diana Danielle

Tahniah kowang berdua ....sorang handsome sorang cantek n mmg sesuai la sangat ...so ai dah mintak izin ngan en Anas yg sangat awsome tew utk share kat sini ...nanti ley pegi ramai ramai like fan page Anas kay

photographed by Annas Easkey
makeup by Leen Zakaria
hairdo by Bobo Cinta

please note that all photography is solely own by annas easkey photography and can only be used with strict permission from the artist. it is not allowed to download, to store, to copy, to reproduce, to use or to modify the images in any way, alone or in any other context, without the written permission, phone call or email or inbox to annas easkey in advance


Foto Abg Kassim n Chombi yg sangat la retro n klasik 

 smart gilers gamba gamba nih .......



alahai ....walaupun semalam frust tak ley tgk kat 104 pasal hujan lebats kan ....tp ok la kan sebab ada ulangan tengah hari tadik . Alahai majlis nya simple sangat n so sweet 

Ai suka tgk DD pakai simple n siap kain ala batik ....so sopan plus DD nih sangat manis sekarang sebab selalu berbaju kurung ....ai likeeeeeee

selamat pengantin baru buat FK n DD semoga bahagia sentiasa ............

Saturday, November 03, 2012

Pompuan dan handbag

Fungsi utama handbag pompuan adalah

- tmpat kumpul sampah

bila time nak salin handbag ha masa tew la baru nampak betapa banyak nyer sampah dalam tew ngan resit2 bagai plus my hubby plak pantang org hulur brocher semer dia amik pastuh sumbat dalam handbag bini ....well very the bagus kan tew lom lagi masuk resit2 bagai ....kadang toys Isk pun ada dalam tew so jgn hairan la kalau tetiba dalam bag tew cam ada batu bata hahhaha pastuh bila bawak cam mmg betul ada batu bata dalam handbag ai hahahha

- tujuan mengkaver

mengkaver perut hahhahahahhah . perasan tak org pompuan kan misti suka letak handbag kat perut masa duduk ....kannnnnnnnnnnnnnnnnnnn kalau org lain tak wat ...ai kadang buat hahhah n dah jadi habbit pun ada . Kadang pak sutan kata meh saya pegang kan ...terus laju je ehhhhhhhhhhhh tak pa tak hahahhahah . Harus la kan pas makan terus cam jadi belon yg baru lepas kena tiup akkakakakkaka

- utk di bawak oleh husband

hahahhahah dulu ai tak suka tgk lelaki tlg pegang handbag pompuan ...........bila dah kawen baru tahuuuuuuuuuu oooooo lelaki kena tlg pegang sebab tew sebab nih ...............bila ada anak lagi la kan ...laju je handbag campak kat laki akakkakakka . So jangan hairan ek kalau tetiba nampak lelaki pegang handbag duk tunggu luar toilet hahahhahah sweet kan . Dulu ai tgk ai tak suka tapi skrg ai rasa cam oooo so sweeettt

So apa lagi fungsi handbag kowang ...jom share




Friday, November 02, 2012

copy paste ~

Soalan:

Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil gamba family ?


Jawapannya
Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud :
 
Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi : Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.
 

Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Seni Dalam Islam :

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng.
"

Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. 


Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.


Sumber: Ustaz Nor Amin 

sumber :  Laman Nurani

selepas baca nih saya rasa amat jelas . Kadang bagus jugaks bila org menegur kita sebab kita akan usaha utk cari...dan harap u ols ley share kan jugaks apa yg korang tahu utk kebaikan bersama .

Someone told me tak apa selagi gamba tew dlm keadaan sopan n menutup aurat tak apa . Tapi kalau gamba pompuan bikini tepek kat dinding tew terus jd haram ...pastu gamba yg kita duk puja puja duk asek tgk2 je cam pemain bola sepak ke artis ke ...tew tak ley . Selagi ia nya bukan utk tujuan menunjuk2 dan utk pemujaan maka ianya tak mengapa n hukum nya Harus . So kalau gamba kita sekeluarga tidak salah 

Sesetengan pendapat menyatakan kalau gantung gamba dlm umah malaikat tak masuk  ....so terus ai tertanya2 n mula looking for answer sebab umah Moon mmg moon ada gantung gamba Isk n Yaya masa kecik and ada gamba me n pak sutan in our roomso ai nak tahu ada kan benda nih ai tak prihatin n tak tahu so from that ai cari jawapan nya n kalau ada buat salah tanpa di sedari maka ley cepat2 betulkan . Kadang tak der sekelumit niat pun nak menunjuk2 atau apa cuma sekadar kenangan kan .

so sama sama kita kongsi info nih di hari yg mulia ini . ..n kalau ada sesapa yg lagi arif saya mohon tunjuk ajar ...sebab saya mmg gantung gamba anak ( ye la sebab mam nya nih mmg suka amik gamba ) n saya terus curious bila ada org tanya pasal hal nih :) sebab saya pun bukan la bijak pandai bab bab nih sebab tew ai mula bertanya ..org kata malu bertanya tersesat jalan kan .Saya mohon betulkan saya kalau ada salah dan silap TQ


*Harus : (tiada perintah) tidak perintah buat dan tidak perintah tinggal dan buat tidak dapat pahala dan tinggal tidak dapat dosa

Blogger dahliana said...
Salam moon. Nak berkongsi jugak. Baru jek ada ustaz dtg buat ceramah kat telekom bukit raja nih, bercerita pasal menggantung gambar dalam rumah. Selagi gambar tu bukan buatan manusia, contoh mcm gambar yg kita ambil guna kamera, boleh. Jangan gantung gambar yang dilukis oleh manusia, yang tu tak boleh. begitu jugak dengan patung beruang dan sebagainya, kalau anak kita buat main, buat peluk takpe, jangan kita susun atas rak untuk pameran dan sebagainya, itu pun tak boleh. Sebab ustaz tu cakap, yang macam nih, termasuk gambar buatan manusia, dilukis dll, setan akan menyorok kat tempat2 macam nih la, begitu jugak pada patung2 bear dan sebagainya (yang kita jadikan hiasan dan susun bukan buat main)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...