Sunday, January 27, 2013

Gamba Rafiq 2 thn

Hari tew kasik sket je gamba kan . So nih nak tepek lagi gamba dak bam bam nih yg skrg dah umoq 2 thn .


 Kita org semer pegi umah Talib . Since last year dah wat kat umah kita org so thn nih wat kat umah Talib plak n kita org semer pegi serang umah dia . Terus glabah la si Talib sebab duk cari tilam bantal semer utk kita org . ..yer la kan umah org bujang ...mana la nak ada semer tew . Dia pun balik kije sampai umah mmg tido je la kije nya .

Since makan semer ai bawak siap siap dr umah ....so sampai sana hidang je terus n makan ramai ramai . Even my brother pun datang sama sama ...so mmg meriah la sangat walaupun sesama adik bradik je ..my brother pun mmg rapat ngan papa n mama ...bak kata my sister la ...mak mertua org pun ley jadi mak sendiri jugaks ekekekkekek ...lagi pun mama ngan papa slalu ingat kat my brother n my sister ..

 
 

Masa semer duk nyanyi kat dia kemain la si Rafiq nih malu malu . Terus dia cam ala ala blur ....cam eh apasal semer org tgk neh ...pastuh terus peluk n cium papa dia ...alahai sweet sangat la si Rafiq bam bam nih

 Happy 2nd Birthday Rafiq ....pas dah potong terus laju je tangan dia nak capai buah2 kat atas kek

Hahahahhah bukan Rafiq je tak saba nak makan ...semer pun tak saba nak terkam kek ...hahahhah Rafiq mummy makan yerrrr .amboi Moon pun nampak kek ....mak mertua lalu blakang pun tak nampak ..
 
 
 Walaupun sambut among family je pun ...dah cukup meriah hahahha kesian la kat jiran2 Talib sebab suara kita org semer pun cam dah 20 org punya sora hahahhahahah . Rafiq la sonok sebab dapat main ngan kakak Yaya n Abg Isk plus ramai org melayan hari nih


3 beradiks .

 dak bam bam duk makan coklat
 
cobaan utk paksa papa dia gie amik coklat lagik ekekekkekeke ..tektik yg selalu berkesan ...iaitu ....

menangis .

Friday, January 25, 2013

Al kisah nya kisah gamba pre wedding LJ

Supaya tiada salah faham kan ..n SN sendiri pun dah kuar kan statement dia secara rasmi nya

Siang tadik ada baca kat Beutifulnara pasal mak LJ kesal gamba anak nya di publisitikan n di tunjukkan pada umum

Then Saiful Nang pun dah bagi penjelasan yg saya rasa sangat panjang lebar ..kowang ley baca kat Facebook SN sendiri atau  Oh Bulan

sian jugaks nasib photog yg terpaksa tgu lama skalik jdi cam nih . Bagus la SN sendiri dah bagi penjelasan n terus clearkan nama dia so that org tak der speculate apa apa kan

Mebi mak LJ pun tertekan ngan tohmahan org but ai rasa benda nih dapat setel kalau dia org bersemuka n clearkan apa yg keruh ..

hope semer ends well .

ni kan cobaan sebelum majlis kawen ..all the best kowang

Hope kowang dapat selesai kan semer isu cara baik  n professional n kalau ley jgn pakai org tengah ..sebab ley lead pada banyak misscommunication n sian jugaks kalau kita 100% salahkan LJ mebi sebab dia pun kurang jelas ...n tak ley salahkan CS jugaks sebab sessi tew adalah sessi tajaan n tiada apa apa ikatan kontrak .

jom tgk video yg sangat simple n sweet je video behind the scene



Wednesday, January 23, 2013

Sejarah ringkas nabi junjugan kita

Sempena Maulidur Rasul besok ..meh kita sama sama lebih mengenali  Nabi kita iaitu
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


"Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya."
 credit to Ahmad Sanusi Husain 
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.



Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.


BIODATA RASULULLAH S.A.W:
1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim


2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)


3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah


4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim


5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf


6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)


7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)


8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...