Friday, November 01, 2013

Cukai Taksiran

Semalam dapat bil cukai taksiran ...pastuh cam garu garu manja kepala duk tertanya ...apa plak cukai taksiran neh ..sebab very dasar pemalas nak tanya mr google terus tanya kenkawan facebook

Hari nih baru sempat bayar online n google apa la makhluk bernama cukai taksiran neh ...sebab ai tahu kalau umah ada 2 jenis je cukai ...Cukai Tanah n Cukai Pintu ..pastuh kena baya Indah water kan . Rupanya cukai Taksiran tew adalah cukai pintu ...vley plak mak blur2 tak tahu ekekke

Periksa Bil Cukai Taksiran di SINI 
Periksa Bil Cukai Pintu di SINI 

Tak sangka cukai pintu area sepang di tempat tak sesak pun kena RM 180 . Rasanya kalau tengah2 KL ke area elite mau beratus2 kan ....

Cukai tanah tak mahal sangat , setahun RM 46 hengget je


APAPAKAH CUKAI TAKSIRAN / CUKAI PINTU

Cukai Taksiran atau lebih dikenali dengan Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas semua hartanah di dalam kawasan Majlis Perbandaran


SIAPAKAH YANG PATUT MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN

Semua pemilik hartanah seperti rumah kediaman, kedai, harta perniagaan, perusahaan, hotel, kilang dan semua permis yang didirikan di dalam kawasan Majlis Perbandaran

MENGAPA PEMILIK HARTANAH DIKENAKAN CUKAI TAKSIRAN

Cukai Taksiran ini dikenakan untuk membolehkan Majlis Perbandaran  menyalurkan perkhidmatan seperti memunggut sampah, penyelenggaraan jalan, lampu jalan, perparitan, kemudahan awam, taman rekreasi dan sebagainya.





MAKLUMAT CUKAI TAKSIRAN MAJLIS PERBANDARAN

Bil-bil cukai taksiran dikeluarkan sekali setahun iaitu untuk tempoh:-

Setengah Tahun Pertama            1 Jan - 30 Jun

Setengah Tahun Kedua              1 Jul - 31 Dis



BILAKAH IANYA PERLU DIJELASKAN

Pada atau sebelum tarikh seperti berikut:-

TEMPOH                                   Tarikh Akhir

Setengah Tahun Pertama            31 Mei Setiap Tahun

Setengah Tahun Kedua              31 Oktober Setiap Tahun



APAKAH KADAR UNTUK SEMUA HARTANAH SAMA


Kadar bergantung pada perkhidmatan yang diberi. Pihak Majlis Perbandarani mengenakan kadar terhadap perkhidmatan-perkhidmatan seperti kegunaan Am, penyelenggaraan jalan, memungut sampah dan lampu jalan.



KEHILANGAN ATAU TIDAK MENERIMA BIL

Sila berhubung atau datang sendiri ke Jabatan Penilaian dan Pencukaian, Majlis Perbandaran untuk mendapatkan bil salinan.

Permohonan untuk dikecualikan dari membayar denda lewat atas alasan tidak menerima bil tidak akan dilayan.



APAKAH TUGAS ANDA SEBAGAI PEMBAYAR CUKAI


Bertanggungjawab membayar cukai taksiran pada setiap tahun.

Memberitahu pihak Majlis Perbandaran  jika hartanah anda dijual, ditukar hakmilik atau diwariskan dengan mengisi Borang F dan Borang G masing-masing.

Memberitahu pihak Majlis Perbandaran i tentang sebarang pertukaran alamat pos.

Memberitahu pihak Majlis Perbandaran  jika hartanah anda siap dibina, dikosongkan, dirobohkan atau terbakar.

Memastikan hartanah yang anda hendak beli bebas daripada tunggakan cukai.



BANGUNAN KOSONG ATAU TIDAK DIDUDUKI


Pemilik boleh memohon rebat dengan memberitahu secara bertulis dalam masa 14 hari dari tarikh premis itu dikosongkan.



JIKA TIDAK MAMPU MEMBAYAR TERUS BOLEHKAH DIBAYAR SECARA ANSURAN

Pembayar cukai hendaklah memohon secara bertulis atau datang sendiri ke pejabat untuk menguruskan perkara itu. Pihak Majlis akan menimbangkan permohonan bayaran secara ansuran.




TIDAK MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN

Denda 1% sebulan atau sebahagian daripadanya akan dikenakan selepas tarikh akhir pembayaran.

Mendaftar kaveat ke atas hartanah.

Perlaksanaan waran tahanan harta alih.

Pelelongan harta alih yang dirampas.

Tindakan mahkamah.

Source : Cari Forum

Hasil blog readers sopink langsir kat Sarah Hughes Globe

Thanks pada semer yg dtg masa HARI TEW ...tq sebab ada yg dah sudi share hasil langsir dia org ...n ai tambah suka n puas hati sebab semer bagi +ve feedback

My Auntie Che Chu call semalam n bagitau ...kawan dia dah pasang langsir yg tempah hari tew . Dia puas hati la sesangat n dia tak sangka langsir tew dah siap ngan hook semer . Tinggal dia nak pasang je . Dia dah pesan dah kat my Aunt ..kalau ada sale lagi bagitau dia sebab dia nak sopink lagi n nak ajak ramai kawan dia dtg sebab dia mmg mmg la puas hati sangat . Sebelum nih dia mmg beli curtain kat SSF je ...so dia kata napa nak spend banyak kan ...kalau dah boley save banyakkkkkkkk ...untung kan follow blog ai ....wink wink ....( wat muke kiut sket .....macam comey aje ...macam comey aje ...macam comey ajeeeeeee hahah )

Ni ai nak share langsir Kak Yanti yg gorjes giler ...rasanya lepas neh ley di jadikan sumber inspirasi nih ...pandai kak Yanti pilih .

mmg cantek gabungan kain plain n velvet tew ...terus bg feel mewah n mcm hotel gitew ...thanks Kak Yanti sebab mmg rajin dtg kalau time promo ...berbaloi2 kan kakkkkkkk

n nih adalah hasil Fazrina ..mmg sesuai sangat ngan dinding putih melepak tew ...... Fazrina kata cam panjang sket tapi dont wory kalau panjang ley lipat 1 kat bawah kan ...biar panjang jgn pendek kan ...2 thumbs up dear

Org masuk umah baru ....misti best kan ..

yg nom 3 dr atas tew la Fazrina pilih ....masa kat rail nampak cam biasa je kan ...tapi bila dah siap jd langsir ...omg mmg cantekkkkkkkk ...terbaekkkkkkkkkk

So sapa yg pegi ari tew ..meh la share with me cam na hasil nya ..n do please bagi feedback . Mana yg baik kita kongsikan ...mana yg ada room for improvement pun ley bagitau so that ai ley sampai kan pada pihak Sarah Hughes Globe so that dia org ley improve lagi

Ramai yg tanya cam na moon ley bekerjasama ngan Globe neh ...ada share ke apa . Eiish u ols mak idok la kaya nak share bagai ngan saudagar kain . Kebetulan yg sangat manis je nih . Moon pnah bagitau Ketan ( tauke ) let me know kalau u nak blogger lain join . Tapi dia kata tak pa Moon so far I sangat puas hati ngan U so we gonna stick with u n ur blog readers . Just let us focus on this small group of people .

Ok la kalau tauke cakap cam tew kan .... ai pun suka jugers ekekkekek . Insyaallah pas ai bersalin nanti akan ada project lain plak ..mebi utk kain ela ...u ols nak takkkkkkkkkk ...auwwwwwww suka je kan kalau dapat diskaun ...well sapa tak suka ...mak pun suka hokeyyyyy

Wednesday, October 30, 2013

check up

Tadik kena buat BSP lagik ...gamaknya sampai bersalin ke kena buat BSP neh ...adoiiiyai ...padahal result ok je ...erm

Tadik pegi kinik kesihatan amik darah semer ...alhamdulillah semer ok . Tapi masa pegi amik bacaan kol 2 pm org penuh ...sampai nak suh cucuk jari pun kemain lama tunggu . Dah sampai turn , moon tanya la org lab tew asal ramai sangat org hari nih . Dia pun kata la mmg ramai pekerja kilang dtg sebab kes denggi ....so mmg kije org lab hari nih cek darah org je ...gamak nya mmg skrg tgh musim denggi kan .

Mama n Talib pun dah di discharge n dia org pun ok tak der denggi ke apa . Tapi nih Umi plak on and off demam ...mmg kena gie cek darah tew .

Org duk tanya ...kak moon pegi kinik gomen tew tak lambat ke

Sejujurnya akak lagi suka pegi kinik kesihatan salak tew dari kena pegi hosp ...sebab kat kinik tew lagi cepat plus nurse dia semer baik baik . Tapi rasanya skrg kan mmg nurse dah ok kan ....tak cam dolu dolu hahhaha kalau nurse dulu asek kije nak sound org je kan ...tapi skrg semer nurse muka dah manis n tak ketat dah ...so kesimpulannya nurse kat kinik kesihatan tew semer ai suka ekekek ...doc pun best ...kalau cek pun kita ley tanya macam macam n dia akan explain betol2 ...kadang siap ley sembang ngan doc lagi ....eh wak kije sini ke ...husband saya pun kije sini ....kan tetibaaaaaaaa ley wat kawan ngan doc muahhahahah

kalau kena jumpa doc mmg amik time lepas lunch . Sebab petang tak seramai di waktu pagi . ..nih dah masuk 34 minggu kena jumpa setiap 2 minggu la kan ...eh ke nanti seminggu sekali

Hari tew kena pegi hosp Putrajaya ...5 jam baru dapat jumpa doc ...naik kematu hokey . Dah la pegi awal kerusi tak der ...kemain ramai ibu mengandung kena berdiri ....nasib ada nurse pakai baju biru gie cari kerusi n bagi kat sorang2 yg tgh berdiri ...tapi bayang kan la dekat 5 jam tguuuuuu ...nak nanges je rasanya . Pastuh dah masuk jumpa doc ...doc tew cam laju laju je cek ...scan pun laju je . Sebab nya banyak patient dia nak kena handle ...konpius mak ....kuar dr bilik doc cam nak pecah kepala ...tgu 5 jam ..jumpa dia 5 minit je vleyyyyyyyyy .

Tapi sapa yg amik FPP tew best la kan sebab mmg dia org dtg time dia org nye appointment kan n tak perlu tgu lama . Tapi sapa yg biasa biasa nih kesian la jugaks kan .

ni baby cocoon in da making ...dah buat sekalik lupa plak apa yg di ajar oleh cikgu Marina Hunny ..sepatutnya ai kena stop utk buat flap kalau nak pasang butang ....tapi ai dah terlajak banyak sayang nak tarik balik ...so sambung je terus n jadi cocoon biasa . Nih adalah percubaan pertama ...dah nak masuk 2 minggu tak siap siap hahhaha buat 2 3 line stop n tido hahahhaha lagi lama tenung lagi berpinor bijik mata ...macam maner tew



Ads :

Malika Perfume Butique


https://www.facebook.com/MalikaPerfumeBoutique



1. Perfume Ori
2. Skin Care n Make up Ori
3. Dubai Sephora Perfume

Main bis Dubai sephora..now tgh ada promo beli 3 botol besar RM100
Moon dah dapat dah my own Dubai Sephora ..murah aje 3 botol skrg RM 100 je . Ley la sembur tanpa segan silu ...nak tido pun ley wangi wangi ...auw 
Announcement....announcement!!

Diatas permintaan customer, pihak Malika Perfume Boutique akan extend Promo beli 3 botol besar (50-100ml) =RM100 sehingga  2 November 2013
PM/whatsapp/Wechat 0192998091 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...