Hari nih baru sempat bayar online n google apa la makhluk bernama cukai taksiran neh ...sebab ai tahu kalau umah ada 2 jenis je cukai ...Cukai Tanah n Cukai Pintu ..pastuh kena baya Indah water kan . Rupanya cukai Taksiran tew adalah cukai pintu ...vley plak mak blur2 tak tahu ekekke
Periksa Bil Cukai Taksiran di SINI
Periksa Bil Cukai Pintu di SINI
Tak sangka cukai pintu area sepang di tempat tak sesak pun kena RM 180 . Rasanya kalau tengah2 KL ke area elite mau beratus2 kan ....
Cukai tanah tak mahal sangat , setahun RM 46 hengget je
APAPAKAH CUKAI TAKSIRAN / CUKAI PINTU
Cukai Taksiran atau lebih dikenali dengan Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas semua hartanah di dalam kawasan Majlis PerbandaranSIAPAKAH YANG PATUT MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN
Semua pemilik hartanah seperti rumah kediaman, kedai, harta perniagaan, perusahaan, hotel, kilang dan semua permis yang didirikan di dalam kawasan Majlis Perbandaran
MENGAPA PEMILIK HARTANAH DIKENAKAN CUKAI TAKSIRAN
Cukai Taksiran ini dikenakan untuk membolehkan Majlis Perbandaran menyalurkan perkhidmatan seperti memunggut sampah, penyelenggaraan jalan, lampu jalan, perparitan, kemudahan awam, taman rekreasi dan sebagainya.
MAKLUMAT CUKAI TAKSIRAN MAJLIS PERBANDARAN
Bil-bil cukai taksiran dikeluarkan sekali setahun iaitu untuk tempoh:-
Setengah Tahun Pertama 1 Jan - 30 Jun
Setengah Tahun Kedua 1 Jul - 31 Dis
BILAKAH IANYA PERLU DIJELASKAN
Pada atau sebelum tarikh seperti berikut:-
TEMPOH Tarikh Akhir
Setengah Tahun Pertama 31 Mei Setiap Tahun
Setengah Tahun Kedua 31 Oktober Setiap Tahun
APAKAH KADAR UNTUK SEMUA HARTANAH SAMA
Kadar bergantung pada perkhidmatan yang diberi. Pihak Majlis Perbandarani mengenakan kadar terhadap perkhidmatan-perkhidmatan seperti kegunaan Am, penyelenggaraan jalan, memungut sampah dan lampu jalan.
KEHILANGAN ATAU TIDAK MENERIMA BIL
Sila berhubung atau datang sendiri ke Jabatan Penilaian dan Pencukaian, Majlis Perbandaran untuk mendapatkan bil salinan.
Permohonan untuk dikecualikan dari membayar denda lewat atas alasan tidak menerima bil tidak akan dilayan.
APAKAH TUGAS ANDA SEBAGAI PEMBAYAR CUKAI
Bertanggungjawab membayar cukai taksiran pada setiap tahun.
Memberitahu pihak Majlis Perbandaran jika hartanah anda dijual, ditukar hakmilik atau diwariskan dengan mengisi Borang F dan Borang G masing-masing.
Memberitahu pihak Majlis Perbandaran i tentang sebarang pertukaran alamat pos.
Memberitahu pihak Majlis Perbandaran jika hartanah anda siap dibina, dikosongkan, dirobohkan atau terbakar.
Memastikan hartanah yang anda hendak beli bebas daripada tunggakan cukai.
BANGUNAN KOSONG ATAU TIDAK DIDUDUKI
Pemilik boleh memohon rebat dengan memberitahu secara bertulis dalam masa 14 hari dari tarikh premis itu dikosongkan.
JIKA TIDAK MAMPU MEMBAYAR TERUS BOLEHKAH DIBAYAR SECARA ANSURAN
Pembayar cukai hendaklah memohon secara bertulis atau datang sendiri ke pejabat untuk menguruskan perkara itu. Pihak Majlis akan menimbangkan permohonan bayaran secara ansuran.
TIDAK MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN
Denda 1% sebulan atau sebahagian daripadanya akan dikenakan selepas tarikh akhir pembayaran.
Mendaftar kaveat ke atas hartanah.
Perlaksanaan waran tahanan harta alih.
Pelelongan harta alih yang dirampas.
Tindakan mahkamah.
Source : Cari Forum