Monday, November 04, 2013

hari persembahan tadika Yaya

Memula Cik Yaya duk excited cerita dia kena jadi rama rama ...dekat seminggu gaks la dia duk cerita dia duk buat latihan berlakon jadi rama rama ...sekalik dia kata dah tuka dia kena jadi tukang kutip buah sebab tak jadi buat yg rama rama ...

Malam nyer dah tido awal siap pesan lagi kat mummy nya suh bawak baju kurung dia besok . Kol 8 am dah ada kat dewan tew ...punya la ramai budak2 kat situ ..yer la tadika 1 sepang kan .

 
 
 
tunggu punya tunggu punya tunggu sekalik tadika dia org nyer persembahan adalah yg ke 13 . Masa nih baru pesembahan yang ke 6 . Apa lagi bebudak neh ..duk berlari merata rata la ..plus plak jumpa geng ...

kiut je bebudak nih wat persembahan ...ala ala gadis desa yg tgh duk bekerja di kebun ekekekk sekalik dtg org jahat n jadikan dia org ..org tahanan ...then dtg askar selamat kan dia org ...ekekek

Sempat sembang ngan cikgu Yaya ...last few days Yaya ada bawak bekal sambal sotong . Cikgu Is ceritala punya la dia duk share ngan kenkawan dia ...nasi dlm bekas tew dah la sikit . Sekalik semer mintak cikgu masakkan nasi putih sebab semer nak makan ngan sambal sotong . Pening kepala cikgu nak layan bebudak nih nak makan nasik . Sudah nya besok cikgu kena masak nasik putih utk semer budak2 .

Moon mmg duk je kat kerusi tew n pak sutan je yg pegi snap gamba . Skrg mmg tak larat sangat nak jalan lama lama . Pastuh nak bersiap pun kemain la lama mummy nya nih sebab banyak baju dah sendat n tak muat hahahha . Tak pa la ..tahan je la lagi beberapa minggu lagi nak bersalin nih kan . Pas nih cuti 3 bulan harus la mak menilik online store hahahha

Pastuh ari tew terbrowse Zalora ..n ada label baru kuar nama Ezra  . Suka la tgk kasut2 tew ...dah lama ai tak pakai heels sejak preggy nih . Nanti harus beli satu kat Ezra tew ..plus handbag tew pun gorjes la sangat kan ...wink wink


ada banyak lagi koleksi yg tantek2 esp flat shoes  ... kowang ley cek it out the newly launched in house label Ezra 

Lepas habis persembahan cik Yaya moon terus gie dating ngan dokter ...moon ada checkup . Semer ok ...baby pun sihat ..tapi hb mummy nya agak low so doc bagi supplement baru . Pastuh yg mengerikan doc kata baby nih nampak cam ready nak kuar neh ...rasa nya misti awal 2 3 minggu neh ...alamak doktor cam ahli nujum lak ...terus ai balik umah n basuh baju baby cepat2 sebab nak letak bag dlm kereta terus .... 


Friday, November 01, 2013

Cukai Taksiran

Semalam dapat bil cukai taksiran ...pastuh cam garu garu manja kepala duk tertanya ...apa plak cukai taksiran neh ..sebab very dasar pemalas nak tanya mr google terus tanya kenkawan facebook

Hari nih baru sempat bayar online n google apa la makhluk bernama cukai taksiran neh ...sebab ai tahu kalau umah ada 2 jenis je cukai ...Cukai Tanah n Cukai Pintu ..pastuh kena baya Indah water kan . Rupanya cukai Taksiran tew adalah cukai pintu ...vley plak mak blur2 tak tahu ekekke

Periksa Bil Cukai Taksiran di SINI 
Periksa Bil Cukai Pintu di SINI 

Tak sangka cukai pintu area sepang di tempat tak sesak pun kena RM 180 . Rasanya kalau tengah2 KL ke area elite mau beratus2 kan ....

Cukai tanah tak mahal sangat , setahun RM 46 hengget je


APAPAKAH CUKAI TAKSIRAN / CUKAI PINTU

Cukai Taksiran atau lebih dikenali dengan Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas semua hartanah di dalam kawasan Majlis Perbandaran


SIAPAKAH YANG PATUT MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN

Semua pemilik hartanah seperti rumah kediaman, kedai, harta perniagaan, perusahaan, hotel, kilang dan semua permis yang didirikan di dalam kawasan Majlis Perbandaran

MENGAPA PEMILIK HARTANAH DIKENAKAN CUKAI TAKSIRAN

Cukai Taksiran ini dikenakan untuk membolehkan Majlis Perbandaran  menyalurkan perkhidmatan seperti memunggut sampah, penyelenggaraan jalan, lampu jalan, perparitan, kemudahan awam, taman rekreasi dan sebagainya.





MAKLUMAT CUKAI TAKSIRAN MAJLIS PERBANDARAN

Bil-bil cukai taksiran dikeluarkan sekali setahun iaitu untuk tempoh:-

Setengah Tahun Pertama            1 Jan - 30 Jun

Setengah Tahun Kedua              1 Jul - 31 Dis



BILAKAH IANYA PERLU DIJELASKAN

Pada atau sebelum tarikh seperti berikut:-

TEMPOH                                   Tarikh Akhir

Setengah Tahun Pertama            31 Mei Setiap Tahun

Setengah Tahun Kedua              31 Oktober Setiap Tahun



APAKAH KADAR UNTUK SEMUA HARTANAH SAMA


Kadar bergantung pada perkhidmatan yang diberi. Pihak Majlis Perbandarani mengenakan kadar terhadap perkhidmatan-perkhidmatan seperti kegunaan Am, penyelenggaraan jalan, memungut sampah dan lampu jalan.



KEHILANGAN ATAU TIDAK MENERIMA BIL

Sila berhubung atau datang sendiri ke Jabatan Penilaian dan Pencukaian, Majlis Perbandaran untuk mendapatkan bil salinan.

Permohonan untuk dikecualikan dari membayar denda lewat atas alasan tidak menerima bil tidak akan dilayan.



APAKAH TUGAS ANDA SEBAGAI PEMBAYAR CUKAI


Bertanggungjawab membayar cukai taksiran pada setiap tahun.

Memberitahu pihak Majlis Perbandaran  jika hartanah anda dijual, ditukar hakmilik atau diwariskan dengan mengisi Borang F dan Borang G masing-masing.

Memberitahu pihak Majlis Perbandaran i tentang sebarang pertukaran alamat pos.

Memberitahu pihak Majlis Perbandaran  jika hartanah anda siap dibina, dikosongkan, dirobohkan atau terbakar.

Memastikan hartanah yang anda hendak beli bebas daripada tunggakan cukai.



BANGUNAN KOSONG ATAU TIDAK DIDUDUKI


Pemilik boleh memohon rebat dengan memberitahu secara bertulis dalam masa 14 hari dari tarikh premis itu dikosongkan.



JIKA TIDAK MAMPU MEMBAYAR TERUS BOLEHKAH DIBAYAR SECARA ANSURAN

Pembayar cukai hendaklah memohon secara bertulis atau datang sendiri ke pejabat untuk menguruskan perkara itu. Pihak Majlis akan menimbangkan permohonan bayaran secara ansuran.




TIDAK MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN

Denda 1% sebulan atau sebahagian daripadanya akan dikenakan selepas tarikh akhir pembayaran.

Mendaftar kaveat ke atas hartanah.

Perlaksanaan waran tahanan harta alih.

Pelelongan harta alih yang dirampas.

Tindakan mahkamah.

Source : Cari Forum

Hasil blog readers sopink langsir kat Sarah Hughes Globe

Thanks pada semer yg dtg masa HARI TEW ...tq sebab ada yg dah sudi share hasil langsir dia org ...n ai tambah suka n puas hati sebab semer bagi +ve feedback

My Auntie Che Chu call semalam n bagitau ...kawan dia dah pasang langsir yg tempah hari tew . Dia puas hati la sesangat n dia tak sangka langsir tew dah siap ngan hook semer . Tinggal dia nak pasang je . Dia dah pesan dah kat my Aunt ..kalau ada sale lagi bagitau dia sebab dia nak sopink lagi n nak ajak ramai kawan dia dtg sebab dia mmg mmg la puas hati sangat . Sebelum nih dia mmg beli curtain kat SSF je ...so dia kata napa nak spend banyak kan ...kalau dah boley save banyakkkkkkkk ...untung kan follow blog ai ....wink wink ....( wat muke kiut sket .....macam comey aje ...macam comey aje ...macam comey ajeeeeeee hahah )

Ni ai nak share langsir Kak Yanti yg gorjes giler ...rasanya lepas neh ley di jadikan sumber inspirasi nih ...pandai kak Yanti pilih .

mmg cantek gabungan kain plain n velvet tew ...terus bg feel mewah n mcm hotel gitew ...thanks Kak Yanti sebab mmg rajin dtg kalau time promo ...berbaloi2 kan kakkkkkkk

n nih adalah hasil Fazrina ..mmg sesuai sangat ngan dinding putih melepak tew ...... Fazrina kata cam panjang sket tapi dont wory kalau panjang ley lipat 1 kat bawah kan ...biar panjang jgn pendek kan ...2 thumbs up dear

Org masuk umah baru ....misti best kan ..

yg nom 3 dr atas tew la Fazrina pilih ....masa kat rail nampak cam biasa je kan ...tapi bila dah siap jd langsir ...omg mmg cantekkkkkkkk ...terbaekkkkkkkkkk

So sapa yg pegi ari tew ..meh la share with me cam na hasil nya ..n do please bagi feedback . Mana yg baik kita kongsikan ...mana yg ada room for improvement pun ley bagitau so that ai ley sampai kan pada pihak Sarah Hughes Globe so that dia org ley improve lagi

Ramai yg tanya cam na moon ley bekerjasama ngan Globe neh ...ada share ke apa . Eiish u ols mak idok la kaya nak share bagai ngan saudagar kain . Kebetulan yg sangat manis je nih . Moon pnah bagitau Ketan ( tauke ) let me know kalau u nak blogger lain join . Tapi dia kata tak pa Moon so far I sangat puas hati ngan U so we gonna stick with u n ur blog readers . Just let us focus on this small group of people .

Ok la kalau tauke cakap cam tew kan .... ai pun suka jugers ekekkekek . Insyaallah pas ai bersalin nanti akan ada project lain plak ..mebi utk kain ela ...u ols nak takkkkkkkkkk ...auwwwwwww suka je kan kalau dapat diskaun ...well sapa tak suka ...mak pun suka hokeyyyyy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...