Friday, June 26, 2015

Telekung Jannah telekung cotton selesa

Telekung cotton ni kalau lagi lama misti lagi sedap kain cottonnya kan. Moon mmg suka yg simple n takder fancy2 sangat kadang kalau yg meriah ngan sulam nak bawak pergi jemaah pun rasa cam segan tak tahu napa. Ke org lain ok je.....hiks

So yg simple cam ni mmg Moon suka. Got this from Telekung Jannah. Kain nya tak jarang n tak melekat kat badan n yg paling best sebab tang muka tuh dia melekat elok n tak ketat langsung so mmg elok je ikut bentuk kepala

 
 selesa sangat 


abaikan model yg malu malu kucing tu ya. Nak tunjuk cam na dia ikut bentuk kepala kita


yang ni paling best sebab kain pun labuh n ada tali cam ni. So mmg ikat je terus...konpom tak londeh ke apa. Kadang yg pinggang getah kadang kita bangun dari sujud tuh n kadang tumit kita terpijak kain kan. Slurrrttt kain pun terlondeh jugak sket sebab terpijak kain heheheh. So ni takder la kejadia yg tak di ingini kang tetiba rakaat terakhir getah kain dah kat lutut ( eh bercakap melalui pengalaman nampak.

Kadang boleh je pakai cam kain batik atau ikat bucu kain...tapi bidang besar cam hakak nih kadang tak lepas nak ikat kain hahahha so tali nih ley la dijadikan penyelamat


ikat la dengan kemas ..



Buat peminat telekung COTTON kain TEBAL dan TIDAK JARANG boleh follow 

IG (telekungjannah
Saiz S. M, L dan XL available.

Hanya RM95 sahaja termasuk pos laju ke Semenanjung dan Sabah/Sarawak.


Material : Cotton Kain Tidak Jarang
Harga    : RM95 (Top dan Kain)-Termasuk pos SM/SS


Sesuai untuk jemaah Haji atau Umrah kerana telekung ini melekap di muka.


WA/SMS: 13-2457486 
IG: telekungjannah
FB: Telekung Cotton Berkualiti-Putrajaya



Wednesday, June 24, 2015

Resepi Gulai Ketam Tumis Darat

Ni mmg terbaek. Yang ni Mama masak. Kalau anak cucu balik mmg mama akan masakkan gulai ketam ni sebab gulai ketam ni mampu buat Isk n Yaya makan banyak n berulang kali. Tapi dia org bukan nak ketam tuh sangat, dia org suka rasa gulai ketam yg lemak2 tuh pastuh rasa plak bawang goreng yg garing tu ...perg mmg wangi semerbak kay


Ketam nih jugakla yg akan dijadikan bahan utk bakar perasaan org lain yg tak balik....lepas tuh semer duk terliur sampai menitik ayaq liur atas screen phone ...

Rugi hangpa tak balik, mama masak gulai ketam

Since Isk pun duk tanya bila nak balik kat Nani, ISk nak mintak Nani masakkan gulai ketam. Isk suka. Sian plak anak teruna kan....sang suami pun terkenang kenang kat ketam mama dia masak. Maka mari la mencabar diri n masak. Mmg slalu duk tolong mama masak ketam ni. Tapi cam tak berani sangat. So beli la dalam 12 ekor ketam yg kecik2 ...katanya pun 1st attempt kan. Kalau sukses kita cuba lagi lain kali.

 Maka gigih la bukak kabinet cari rempah. Sebab hari tuh mama datg dia mmg bawak semer rempah2 n dia suruh spare kat umah. So kalau next time dia dtg senang sebab semua benda dah ada. Time mak mertua dtg la maka gigih akak pergi kedai beli segala rempah ...jintan manis la jintan putih la ketumbaq la sebab kena pastikan semer ada sebab mama kalau masak gulai atau kari mmg dia akan ada add on dia sendiri. Rempah nih mmg dia beli kat Penang n mmg depa semua dah lama pakai rempah Cap Tarbus nih, Rasa nya org utara mmg suka rempah ni. Moon pun mmg aktiviti tukar rempah ngan MIL.

So nampak ada 5 paket rempah tarbus ni. 2 dah expired bulan 12 2014 hahah nampak benor menantu ni ada ketakutan utk masak gulai ketam atau udang. Nasib ada 3 paket yg expired bulan 9 2015. Gigih call  mama n tanya resepi. Resepi ada kat buku di umah...tapi moon bagi resepi simple2 kay. my MIL pun sukatan dia senang sama cam Moon

Munirah pandai2 agak la ek berapa banyak nak letak

so sukatan adalah agak agak ahahahhaha


Bahan-Bahan
Ketam
Rempah Cap Tarbus ( mama kata pakai rempah ketam adabi pun ok tapi dia akan jadi  merah sket tapi boleh la )
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
 3 beradik ( Kulit kayu manis, buah pelaga n cengkih * bunga lawang tak yah )
santan

Cara-cara



1- Rebus ketam bersama sama dengan rempah yg di bancuh tadi bersama bawang besar yg di mayang halus + bawang putih + halia + 3 beradik . Rebus sehingga kurang bau rempah...maksudnya rempah dah masak


2 - Masukkan santan + garam + gula. Masukkan jugak cili hijau besaq tuh dalam 2 3 bijik. Bila dah rasa ok semua tutup api



3 - Tumis bawang yg telah di mayang sehingga garing ala ala nak hangit sket . Lepas tuh curah je bawang tuh sekalik ngan minyak ke dalam periuk . Siap

Korang akan nampak hasil nya sama seperti gamba belah atas skalik tuh ...n bau mmg wangi hokey

Sedap di makan ngan nasik panas panas ...pair yg cun adalah bersama sambal belacan + ikan kering n kacang botol. Dah takyah nak add lauk lain dah. Bila besoknya kuah dia jadi lagi pekat...so kalau makan ngan roti pun sedap laaaa

Waktu berbuka tuh mmg duk tgk je pak sutan duk makan. Duk tunggu gak la dia nak kata apa....sedap ka ...tak sedap ka. Dia makan 2 3 mulut diam je. Tak tahan la ....nak tunggu dia sebut misti dia tak sebut neh. Tak pun dia mmg tahu si bini mmg glabah nak tahu apa rasanya.

Skalik dia pusing n aangkat thumbs up ....A1 mummy ......

Tgk Isk n Yaya pun makan kemain berselera. Yer akhirnya saya berjaya jugak masak ketam ...tapi gulai ketam mama jugaks still menjadi pojaan hati ku.




Liz n Farzana, nih khas utk korang tau ahaksssssss

Monday, June 22, 2015

Napa org marah upload gamba

Assalamualaikum semua,

Tetiba tertanya2 pada diri sendiri kenapa org duk marah sangat org duk upload gambar makanan kat FB kat blog

So nih Moon hanya nyatakan pandangan Moon la. Lain org maybe lain pandangan nye kan

For me tak der masalah pun kadang tuh kemain pergi semer blog masakkan n blog kenkawan utk tgk dia org masak apa. Kadang2 hari hari masak, akan tiba masanya bila otak dah jem n tak tahu nak masak apa. Yerla kita org dapur asek masak je kijenya. Nak makan kat luar gaji lom masuk hahahahah s masak je la kije nya. Cuba time minggu gaji dan dan la tetiba nak makan seafood kat Bagan Lalang hahahah

So cam bulan puasa nih...kadang tgk menu berbuka kenkawan semalam terus dtg idea nak masak lauk tuh jugak la. Betol tak? Korang tak rasa cam tuh ke

Kenapa la bulan baik ni kita nak pikir bukan bukan. Napa la nak pikir yg tak elok pasal org

Hish berlagakla tuh ......

Hishhh nak tunjuk dia pandai masak la tuh

Hishhhhh poyo nye mentang2 ley masak sedap2

Hishhhh membazirnya dia...

Jangan ya u olsss tak baik tau. Kita kena lihat kebaikan dalam semua benda termasukla kalau benda tuh elok ke apa kita cuma utk tidak berburuk sangka.

Kalau cam tu blog blog masakkan tuh berdosa ke dia org tayang gamba makanan n share resepi yg best best utk kita try. Takkanla iman n nafsu makan kita tuh ley goyah bila sekadar tgk gambar makanan ...lain la kalau org sapu kat bibir kita n kita jilat hahahhahahah just kidding.

So tq semua yg up menu berbuka n sahur korang n share resepi lagi. Tq tq sebab korang membantu org2 yg otaknya yg kadang tepu tak tahu nak masak apa mcm saya nih muehehehhe

sayang kowang

weekend Moon sangat best sebab ley masak juadah utk keluarga berbuka. Benda yg paling membahagiakan pompuan adalah apabila tgk anak dan suami makan hasil masakkan dia. Kalau laki tuh menambah nambah makan, tuh lagi bahagia. Bila dia marah napa masak sedap2 tuh lagi bahagia ( pelik kan hahahhaha )

Biarla tak sedap utk org lain janji sedap utk anak n suami makan...

so apa menu berbuka korang hari ni

 gigih hokey masak gulai ketam ...siap call MIL tanya cara cara masak. Dah kawen 10 thn baru nak try masak menu special mama nih. Sebab gulai ketam mama terlalu sedap sampai menantu pun takut nak masak sebab mama dah set standard yg sangat tinggi.

Pak Sutan kata sedap sama cam mama buat

kembang kempis kembang kempis ....yeyyyy saya dah berjaya mengatasi ketakutan pada masak ketam

Terus Pak Sutan kata

Ha ada satu lagi yg awak jarang masak ...................

Kurma ayam

gulppppppppppp harus ai angkat telepon balik n call mama lepas nih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...