Monday, June 29, 2015

Report Card

Last week ada sessi komunikasi dengan guru kelas anak anak. Baru 2 anak...kalau 3 anak skolah mmg terkejar2 nak pegi kelas masing2 hahahha .

Sebelum pergi ke sekolah mmg dah tgk siap siap result online. 

 Siap ada sistem nombor lagi. Masa nih banyak student dah balik. Mungkin mak ayah dia org dtg awal kot....tapi kita org pergi lambat sket sebab takut menunggu lama sangat. Memula pergi kelas Yaya

Yaya dapat banyak A n B tapi pendidikan jasmani boleh dapat D....korang mampu pendidikan jasmani D. Mummy dulu Pj dapat A kot hahah ( nampak benor kaki bermain hahah) Tapi cikgu dia kata takpa sebab result dia ok...cuma kena perbaiki Bahasa Inggeris dia.

Bahasa Inggeris dia sangat 'bagus' ...kalau suh sebut Lion...dia akan sebut Liyon. Sangat spelling BM kan ...Yaya Yaya..

Pergi kelas Abg Isk nampak dia relax je tunggu. Mebi sebab bulan puasa kot. Kalau tak dia pun hero hahah

  Tu dia baby Pak Sutan. Mmg manja betul la Cik Yaya tuh. Result si Abg sangat la bagus kalau nak compare ngan result ujian 1.

Masa ujian 1 sian sgt dia sebab markah dia rendah rendah semuanya. Moon n sutan pun tekad utk ajar dia. Sebab Isk ni kalau kita suh dia baca mmg dia takkan paham. Baca la 10 kali pun dia still tak paham. tapi kalau kita explain kat dia, sekali 2 kali dah faham dah. Sama jugak ngan soalan...kalau dia baca dia jawab salah...tapi kalau kita tanya dia boleh bagi jawapan betul terus.

So minggu exam tuh mmg gigih Moon n sutan jadi cikgu dia. Siap pegang rotan suh dia ulangkaji. Bab sains siap moon explain 1 1 buat cerita bagi dia paham. Habis peperiksaan Sains dia dia punya happy sebab katanya semua yg mummy cerita masuk exam n Isk ley jawab semua n hasilnya mmg dia dapat markah yg sangat bagus. Masa amik kat nerseri ari tuh

Mummy, Isk ada hadiah utk mummy 

apa? Isk belikan mummy pen ke

Tak la...nanti la sampai umah la Isk tunjuk kat mummy

10 saat lepas tuh

ala Isk tak sabar la ....Isk nak bagitau la ..Isk Sains dapat 80

wahhhhhh hebat nya Abg Isk

napa ai happy...sebab dia tak pernah dpt cam tuh. So rasa sangat happy for him. Serta konsep mengajar dia melalui penceritaan berkesan. Lepas nih kena giatkan usaha ajar dia n Yaya jugaks

Isk ni dia mmg slow sikit. Dapat baca pun dlm darjah 2 baru lancar. Pak Sutan kata boys mmg camtuh. Once dia boleh catch up terus ok. Si Yaya plak sampai kita plak naik rimas sebab asek tanya soklan n buat kerja je. Mebi girls lagi rajin dari boys kot.

Tapi kali nih sangat bagus sebab boleh nampak kedudukan dalam kelas dan kedudukan dalam darjah serta ada tunjuk jumlah markah serta grad A B C D E F. Kan senang camtuh. Tak la mak bapak konpius duk main Band Band nih....

kalau cam nih kita tahu mana nak fokus n apa yg dia lemah. Sudahnya sistem yg kita pakai dari dulu lagi bagus hahahha puas hati menatap report card.

Kadang kita bukan la nak anak dapat semua A . Janji ada peningkatan pun sudah cukup bagus .

Moon nak tergelak sebab duk sembang ngan jiran dimana anak dia pun sekelas ngan Isk

Aku angin je. Anak aku selamba je cakap suruh aku bagi hadiah kat dia sebab dia dapat 54 markah, Pelik aku...54 markah pun mintak hadiah hahahhaha kalau dapat 100 tuh ok la jugak,

Kids kan .......dia org mmg cam tuh hahhahahahah. Isk pun sama, dia peduli apa dapat markah apa

Yang penting Isk takder matapelajaran yg fail kan mummy 

Tapi awak ada E jugak.....amboiiiiiiiiiiiiiii







Friday, June 26, 2015

Telekung Jannah telekung cotton selesa

Telekung cotton ni kalau lagi lama misti lagi sedap kain cottonnya kan. Moon mmg suka yg simple n takder fancy2 sangat kadang kalau yg meriah ngan sulam nak bawak pergi jemaah pun rasa cam segan tak tahu napa. Ke org lain ok je.....hiks

So yg simple cam ni mmg Moon suka. Got this from Telekung Jannah. Kain nya tak jarang n tak melekat kat badan n yg paling best sebab tang muka tuh dia melekat elok n tak ketat langsung so mmg elok je ikut bentuk kepala

 
 selesa sangat 


abaikan model yg malu malu kucing tu ya. Nak tunjuk cam na dia ikut bentuk kepala kita


yang ni paling best sebab kain pun labuh n ada tali cam ni. So mmg ikat je terus...konpom tak londeh ke apa. Kadang yg pinggang getah kadang kita bangun dari sujud tuh n kadang tumit kita terpijak kain kan. Slurrrttt kain pun terlondeh jugak sket sebab terpijak kain heheheh. So ni takder la kejadia yg tak di ingini kang tetiba rakaat terakhir getah kain dah kat lutut ( eh bercakap melalui pengalaman nampak.

Kadang boleh je pakai cam kain batik atau ikat bucu kain...tapi bidang besar cam hakak nih kadang tak lepas nak ikat kain hahahha so tali nih ley la dijadikan penyelamat


ikat la dengan kemas ..



Buat peminat telekung COTTON kain TEBAL dan TIDAK JARANG boleh follow 

IG (telekungjannah
Saiz S. M, L dan XL available.

Hanya RM95 sahaja termasuk pos laju ke Semenanjung dan Sabah/Sarawak.


Material : Cotton Kain Tidak Jarang
Harga    : RM95 (Top dan Kain)-Termasuk pos SM/SS


Sesuai untuk jemaah Haji atau Umrah kerana telekung ini melekap di muka.


WA/SMS: 13-2457486 
IG: telekungjannah
FB: Telekung Cotton Berkualiti-Putrajaya



Wednesday, June 24, 2015

Resepi Gulai Ketam Tumis Darat

Ni mmg terbaek. Yang ni Mama masak. Kalau anak cucu balik mmg mama akan masakkan gulai ketam ni sebab gulai ketam ni mampu buat Isk n Yaya makan banyak n berulang kali. Tapi dia org bukan nak ketam tuh sangat, dia org suka rasa gulai ketam yg lemak2 tuh pastuh rasa plak bawang goreng yg garing tu ...perg mmg wangi semerbak kay


Ketam nih jugakla yg akan dijadikan bahan utk bakar perasaan org lain yg tak balik....lepas tuh semer duk terliur sampai menitik ayaq liur atas screen phone ...

Rugi hangpa tak balik, mama masak gulai ketam

Since Isk pun duk tanya bila nak balik kat Nani, ISk nak mintak Nani masakkan gulai ketam. Isk suka. Sian plak anak teruna kan....sang suami pun terkenang kenang kat ketam mama dia masak. Maka mari la mencabar diri n masak. Mmg slalu duk tolong mama masak ketam ni. Tapi cam tak berani sangat. So beli la dalam 12 ekor ketam yg kecik2 ...katanya pun 1st attempt kan. Kalau sukses kita cuba lagi lain kali.

 Maka gigih la bukak kabinet cari rempah. Sebab hari tuh mama datg dia mmg bawak semer rempah2 n dia suruh spare kat umah. So kalau next time dia dtg senang sebab semua benda dah ada. Time mak mertua dtg la maka gigih akak pergi kedai beli segala rempah ...jintan manis la jintan putih la ketumbaq la sebab kena pastikan semer ada sebab mama kalau masak gulai atau kari mmg dia akan ada add on dia sendiri. Rempah nih mmg dia beli kat Penang n mmg depa semua dah lama pakai rempah Cap Tarbus nih, Rasa nya org utara mmg suka rempah ni. Moon pun mmg aktiviti tukar rempah ngan MIL.

So nampak ada 5 paket rempah tarbus ni. 2 dah expired bulan 12 2014 hahah nampak benor menantu ni ada ketakutan utk masak gulai ketam atau udang. Nasib ada 3 paket yg expired bulan 9 2015. Gigih call  mama n tanya resepi. Resepi ada kat buku di umah...tapi moon bagi resepi simple2 kay. my MIL pun sukatan dia senang sama cam Moon

Munirah pandai2 agak la ek berapa banyak nak letak

so sukatan adalah agak agak ahahahhaha


Bahan-Bahan
Ketam
Rempah Cap Tarbus ( mama kata pakai rempah ketam adabi pun ok tapi dia akan jadi  merah sket tapi boleh la )
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
 3 beradik ( Kulit kayu manis, buah pelaga n cengkih * bunga lawang tak yah )
santan

Cara-cara



1- Rebus ketam bersama sama dengan rempah yg di bancuh tadi bersama bawang besar yg di mayang halus + bawang putih + halia + 3 beradik . Rebus sehingga kurang bau rempah...maksudnya rempah dah masak


2 - Masukkan santan + garam + gula. Masukkan jugak cili hijau besaq tuh dalam 2 3 bijik. Bila dah rasa ok semua tutup api



3 - Tumis bawang yg telah di mayang sehingga garing ala ala nak hangit sket . Lepas tuh curah je bawang tuh sekalik ngan minyak ke dalam periuk . Siap

Korang akan nampak hasil nya sama seperti gamba belah atas skalik tuh ...n bau mmg wangi hokey

Sedap di makan ngan nasik panas panas ...pair yg cun adalah bersama sambal belacan + ikan kering n kacang botol. Dah takyah nak add lauk lain dah. Bila besoknya kuah dia jadi lagi pekat...so kalau makan ngan roti pun sedap laaaa

Waktu berbuka tuh mmg duk tgk je pak sutan duk makan. Duk tunggu gak la dia nak kata apa....sedap ka ...tak sedap ka. Dia makan 2 3 mulut diam je. Tak tahan la ....nak tunggu dia sebut misti dia tak sebut neh. Tak pun dia mmg tahu si bini mmg glabah nak tahu apa rasanya.

Skalik dia pusing n aangkat thumbs up ....A1 mummy ......

Tgk Isk n Yaya pun makan kemain berselera. Yer akhirnya saya berjaya jugak masak ketam ...tapi gulai ketam mama jugaks still menjadi pojaan hati ku.




Liz n Farzana, nih khas utk korang tau ahaksssssss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...