Courts Setapak kini berwajah baru. Minggu lepas Moon berpeluang ke Courts Setapak sempena perasmian dan pembukaan Courts berwajah baru. Ni adalah first time Moon dtg ke sini. Biasa pergi Courts yg berhampiran dengan rumah je. Tak sangka Courts Setapak sebesar ni.
Sempena pembukaan ni ada banyak offer dan diskaun menarik. Jom kita masuk ke dalam n tgk apa yg best
Courts Setapak adalah merupakan antara cawangan yg tertua di Malaysia. Courts Setapak jugala yg pertama di beri nafas baru serta wajah baru. Suasana kat dalam ni lebih selesa dan lebih mesra pelanggan. Moon nih selaku mak mak mmg suka la sangat masuk kedai2 cam nih.
Di bahagian Electrical ni pun banyak ditambah dengan brand baru serta disediakan juga ruangan utk demo. Kalau korang nak tgk macam mana cara bakar kueh ke...nak try vacuum ke atau nak tgk macam mana mesin basuh beroperasi semua ada.
Utk ruangan TV nih ada display model dari 70 hingga 100 set. Ni kalau letak pak sutan mmg dia bahagia la duk tgk semua tv2 nih. Rasanya semua lelaki kot mmg suka bahagian electrical serta gadget ni kan.
with few other blogger yg hadir.
Sempat bergambar ngan CEO Courts iaitu Mr Tim. Dia la yang bawak kita org jalan jalan kat dalam ni. Ada 3 tingkat.
Tingkat bawah adalah utk Electrical, IT and gadget
Tingkat 1 adalah perabut rumah macam sofa dan meja makan
Tingkat 2 adalah utk set bilik tidur
Mr Tim explain konsep baru Courts Setapak ni dan apa yang Courts mahu pelanggan rasa. Pelanggan kena rasa selesa dan mempunya pelbagai pilihan. Kat atas nih ada bahagia modern dan Klasik. So korang boleh pusing puas2 heheh
Kat lvl 1 nih ada 5 living room concepts di mana pihak Courts dah gabungkan semua dan boleh dijadikan rujukan buat kita. So kita boleh cakap je...ok i nak the whole set macam ni. Takyah pening2 nak fikir dah.
dalam ni mmg besar
Skrg naik lvl 2 pulak...lvl fav nih hahahah . Pompuan mmg cenggitu kan. Sebab kat atas nih dia ada buat 18 konsep bilik yg lengkap. So mmg berangan la nak deco bilik cam nih n mcm tuh.
Kat bahagian nih kita org di terangkan mengenai tilam. Rupanya skrg kita dah boleh pilih apa kita nak. Yg menarik perhatian moon adalah masa dia bgtau ada jenis fabric utk tilam yg boleh halau nyamuk...wahh
Get ready ya sebab Moon nak bawak tour kat bahagian katil2 nih hahahah. Banyak sgt gambo tapi tak letak semua la kalau tak mmg penuh la kat dlm nih.
ni la antara 18 bedroom concept yg ada di lvl 2 .
simple je kan
Motip bergambar kat sini hahahah sebab i suka la hahahha simple n modern je kan. Budak2 lain siap gelakkan i sebab katanya Kak Moon matching la ngan set nih hahahah .
Cadar pun ada jugak kat atas ni. So kalau tgk set bilik tidur tu n berkenan tang cadar tu boleh pilih n beli.
ada ruang Istirehat jugak. So kalau para suami penat nak ikut isteri tgk brg...korang boleh la duduk tunggu kat sini pekena teh atau kopi dulu.
Courts juga memberikan jaminan harga hebat buat anda semua. Jaminan harga rendah kerana harga disemak setiap hari. Kelulusan juga amat mudah dan 100% bagi setiap pembelian RM100 ke atas.
Sesiapa yang duduk area Lembah Kelang, penghantaran adalah cepat sepantas 5 jam. Tempah barang atau produk selama 14 hari.
Kalau dalam masa 30 hari tuh kalau ada rasa tak berkenan atau tak sesuai, barang boleh ditukar. Sebelum ni hanya 10 hari. Tapi jaminan baru Courts dia lanjutkan sehingga 30 hari.
Waranty barang barang pun di lanjutkan sehingga 10 tahun. Sebelum nih 5 thn, tapi kali ni sehingga 10 thn.
Sempena pembukaan Courts Setapak bewarjah baru nih ada few great offer
Ada cash discount up to 95%
Free 2 bantal utk 150 customer pertama pada weekend. ( weekend lepas n weekend depan k )
Deals as low as RM 1
Courts Setapak
Alamat: Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur
Website: Courts