Monday, September 14, 2015

Tudung instant by theMaksuBrand

Last week Moon ada up kat IG pasal theMaksuBrand ni kan

Sebenarnya Moon jarang pakai tudung instant sebab rasa cam terkelepet je n muka mak yg bulat nih bertambah bulat plak kalau pakai yg melekat cam tudung syria ke apa kan. Tapi tgk org pakai lawa aje....acaner

Since theMaksuBrand tgh buat offer n sale yg menikam kalbu maka apa kata kita cuba. Tak cuba tak tahu kan

so kita pakai yg kaler hitam ni

Sangat cepat la nak pakai takyah gosok pun. Kalau nak cepat mmg boleh capai je shawl ni n serlum ...habis cerita


Ianya labuh n menutupi dada serta scallop dia pun elok je. Moon amik gamba cam ni so that korang boleh tgk labuh n panjang shawl ni


Amik yg panjang tu letak je atas kepala ....senang ...n adjust scalop kat dada tu. Tak letak jarum peniti pun ok ..tapi utk keselamatan pin kan yer. Kalau anak yg sikit2 nak peluk nak cium maknya maka kena la pin hahah utk lebih selamat hahahha

Moon suka sebab walaupun dia lembut but still Moon boleh buat muncung sket. Akak kan peminat muncung2 nih. Bila takder muncung terus tak konpiden vleyyyyyyyy hahahah

Kain ni Silky lycra cotton..
Panjang 1.8 mtr n lebar 60cm

Harga RM 50 
But now on sale for RM20 only 


ni warna Tiffany Blue ..

Kesimpulannya saya elok pakai yg warna gelap baru la kurang kembung sket pipi tuh hahahah ( padahal mmg dah kembung kan la la la la)

Ada banyak warna lagi so kkorang ley gie intai ya...cepat2 kang habis.

Habib semi instant shawl

Ada jugak Aisyah glitter cotton lycra...Moon suka sangat yg glitter tuh n terus order 2 lagi

Sebab dia cam merelit sket tapi tak over ha cam tu hahahha

Aisyah adalah shawl panjang so kita boleh pin je ikut cara yg kita suka. Masa amik gamba tudung atas, shawl Aisyah masih basah di ampaian sebab duk pakai shawl tuh sehari sebelum tu. Lepas dah amik gamba terus cam....alaaaaaaa shawl biru bling bling sayaaaaaaa belom kering hahahhahah . 

Takpa nanti sampai lagi 2 shawl glitter tuh Moon up gamba lagi tau. Tapi ada 2 3 gamba snap pakai phone n dah up kat IG moon. NI mmg highly recommended kay sebab kain dia best n berat u ols....jom la beli yg glitter nih baru la geng ...eh tetiba kannnnnnnnnn hahah 


So sesiapa nak beli shawl yg gorjes nih pada harga sale sila la cepat2 pergi contact dia org k

Dari RM50 skrg clearance price pada RM20 aje

Instagram theMaksuBrand
Whats app Nurzamy at : 011-29171141



Thursday, September 10, 2015

Kena mummy jugak

Malam tadik rasa cam pendek aje masa. Masak masak lauk simple utk budak budak. Sarah makan menambah 4 pinggan. Terkejut Moon tgk dia makan. Rasanya sebelum makan tadik semua dah Bismillah n siap baca doa makan. Apa kena plak tetiba dia makan berselera semacam ni. Tapi Moon happy je dia berselera sebab last week dia demam n mmg tak makan sangat. Mungkin selera dia dah dtg balik. 


Budak comot. Kerusi Sarah la paling win hahahhaha takyah susah susah beli highchair. Atas kerusi nih juga senang mueheheh. Anak ke 3 cam nih la jadinya

Yang bagus nyer, lepas makan mmg without fail misti dia berak punya hahahah. Lepas dah salin baju semer terus la mata dia mengantuk. Perut dah kenyang....apa lagi. Tido la kan. Rupanya dia nak ajak naik atas utk tido. Since mummy ada kije sket...apa kata korang naik dulu ngan daddy k.


Moon plak malam tadik sibuk sket ngan order org n nak update page kain langsir. Sebenarnya ada banyak kain langsir kat lvl 7 tuh. Tak dapat la Moon nak upload semua. So Moon pilih jer yg mana top seller utk bantu mereka yg duduk luar dari KL utk beli secara online. So semua urusan penghantaran mmg Moon buat sendiri. Tapi utk bulan 9 je la sebab mmg once upload je mmg tak berenti la phone tuh duk bagi notification. Rupanya ramai juga yg tak tahu macam mana nak guna kupon n macam mana sale ni berjalan n etc. Tapi mana yg mmg dah selalu pergi kemain ya korang gumbira yaaaaaaa.

Baru tgh duk layan n reply email org tetiba dengar " mummy sarah nak susu ' 

So naik la atas dulu utk layan si kecik ni. Dia org kalau ngan Pak Sutan mmg payah nak lena...kalau sejam mmg sejam la dia org duk bergumbira n bergurau senda. Siap Isk yg besar tuh boleh main panjat2 bapak dia...Yaya pun sama. Korang buat daddy macam playground korang kan. Cuba kalau ngan Moon ....dah takyah nak main main geletek2 bagai. Tido cepat


Harapkan Pak Sutan tido kan budak2 sekali bila Moon naik je, dia plak yg terus lena. Misti dia lega sebab Moon dah naik hahahahha.

Sarah dpt je upah dia mmg lena terus la....di iringi dengkuran Pak Sutan yg merdu itu hahahah. Pak Sutan kata budak2 nih kalau ngan dia mmg payah nak tido. Kalau ngan mummy cepat je tido. 

Maybe sebab Moon ni bosan sket kot. Kalau ngan daddy dia org boleh main main lagi kan, siap boleh main teka teki, Sapa jawab salah akan kena geletek. Mmg menjerit2 la Yaya n Isk bila kena geletek ketiak. Silap2 Isk ngan Yaya suruh pak sutan geletek Moon jugak. Bila Moon marah n suruh tido cepat boleh plak dia org kata  ala tak sporting la mummy nih. Masalahnya besok sekolah yang oooiiiiiiiiiiiii

Tuesday, September 08, 2015

Pejabat Pos Cyberjaya di Shaftsbury Square

Dah lama tak pergi ke pejabat pos utk ngepos barang. Since Moon ada nak kena pos few langsir org maka gigih pergi cari pejabat pos. Dulu, pejabat pos cyberjaya ada di terminal bas kan. Tapi comey sungguh la pejabat pos tuh. Kadang pergi nak pos barang pun ngeri. Sebab nya barisan mmg panjang. Masa tuh mula la terpikir dengan semakin padatnya Cyberjaya nih kenapa la pejabat pos comey la sangat.

pic google

So tadik pergi la ke pejabat pos baru yg terletak di Shaftsbury Square yg terletak di P5

pic credit to Cyberjayacity

wahhh nampak sangat best kan. Bagus gaks dia pindah ke sini sebab ada banyak parking, Tak lah macam dulu masa kat terminal tuh. Asyik nak menyirap je darah bila pergi tapi tak ada parking. Bukan org parking kereta sebab pergi lunch ke hapa tapi org letak kereta kat situ sebab dia org nak pergi kerja. So sepatutnya ada la parking utk kita gie makan...tapi disebab kan dia org park kat situ...parking mmg penuh je manjang. Dengarlah luahan hati org yg dah dekat 12 thn kat Cyberjaya nih.

Rasanya kalau park kat tepi MCMC pun ok sebab dia ada laluan terus dari parking atas ke pejabat pos. So mmg mudah la kan

tetapi

tetapi

punya la syok tgk kat luar lawa kan....hairan gaks napa ramai org duduk tunggu kat luar. Rupanya dalam tu comey aje n penuh. Ada 2 row kerusi kat dalam mengadap kaunter. Sempit aje....so kalau org berdiri kat kaunter mmg ngam ngam je bun bun kita ngadap muka org duduk. Kalau org yg tgh deal kat kaunter tuh melepaskan angin ....mmg terus kena muka hahahhaha. Itu la perumpaan nya.

I think pejabat pos cyberjaya kena la luas sket kan....sebab kalau peratikan load n bilangan org yg mengunjungi pejabat pos nih mmg la banyak dah. Jumlah org di Cyberjaya 10 tahun dulu mmg la berbeza ngan Cyberjaya sekarang.

Pejabat Pos Cyberjaya sekarang mmg di kedudukan yg strategik dah n banyak parking, cuma kalau ia luas sket kan elok n selesa.

Sistem dah bernombor n ada kerusi utk pelanggan duduk ...tak mcm dulu kita kena berdiri n beratur kan which is sangat bagus..

Since nombor saya sangat jauh lagi kena tunggu 34 org lagi baru sampai turn....maka marilah kita angkat kotak n balik ke opis sahaja. Takkan nak berkampung tunggu kat situ plak kan.

Nanti korang pergi tgk sendiri la n jangan plak pergi bayangkan kalau org terlepas angin  kena tak muka org yg tgh duduk hahahhaha. Itu perumpamaan yg Pak Sutan sebut secara spontan hahahhahah mebi ok je kan tapi kalau org besar sket berdiri kat kaunter n org besar sket duduk kat kerusi mmg rasa cam mintak lalu di dalam panggung wayang la.

saya yg frust sebab takley pos barang....skali terus ke pej pos dengkil aje.selesai........ataupun mingkin saya dtg pada waktu yg salah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...