Thursday, September 17, 2015

ke stadium

ni gamba weekend lepas kot. Tgk kat phone tadi n lupa nak up pasal cerita nih. Pak Sutan la ajak pergi ke stadium ni utk jalan jalan bagi budak2 lari, Masa nih jerebu tak la seteruk 2 hari lepas n ramai org joging kat situ.

Mek Sarah tuh sempat la ikut mummy dia jalan 1 round. Nak lari risau plak retak stadium tuh kang hahahha.


masa nih pun dah petang dah pun..so tak der la nak duduk kat situ lama lama


Sarah plak duk bising geli nak sentuh rumput. Bila dia menjerit jerit geli lagi la abg ngan kakak dia kenakan dia n letak dia utk duduk atas rumput.

kalau lepas dia lari mmg merata2 la budak nih lari


mula mula pak sutan letak Sarah atas bahu ok lagi

Yaya tgk dia pun nak jugak...tu kira ok lagi la kan

sekali yg sulong nih pun nak jugak ...Pak Sutan pun layan je kan. Mummy yg tgk nih pun terasa berat bahu memikul hahahha

Nanti udara dah bersih n habis jerebu kita dtg lagi k. Skrg takley la semer duk batuk kong kong kong malam malam.




Pssstt......

Offer #moonpunyerkupon masih berlangsung ya u ols. Sampai akhir bulan nih sahaja dapat harga murah mcm tuh. So sesiapa yg belom pergi n mmg tengah tercari cari kain langsir yg cantik n murah....cepat cepat pergi ke lvl7 Sarah Hughes Globe k'



Kembali ke Rahmatullah, Babah Sam

Petang semalam mendapat berita yg sangat mengejutkan. Kawan kita org terlibat dlm kemalangan jalan raya. Masa mula mula group whats app bagitau mmg mcm tak percaya. Terus ke wall Zizie utk tgk...mmg betul.

Pastuh radie pm bgtau Sam dah tak der.

Innalillahiwaninnalillahirojiun



Zizie n Sam adalah member dari zaman fotopages lagi. Walaupun dah karang hang out together tapi still keep in touch

Allahyarham adalah seorang yg sangat baik. Ingat je Sam mmg benda pertama kita ingat adalah dia seorang yg sangat caring n suka budak2. Walaupun nampak cam rock tapi baik la sangat org nya. Pernah dtg umah makan makan. Kalau nampak Moon up gambar nasi dagang misti dia akan komen kata lama tak makan nasik dagang nko Moon ... :(

Kalau lepak sama sama mmg dia la akan tgk budak2. Budak2 nih mmg kamcing giler dengan dia.


Semoga roh Allahyarham di cucuri rahmat. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya

Salam Takziah buat keluarga Sam serta Zizie n anak beliau Fenriz.

Hugs to Fenriz n Zizie. Sedey plak bila tgk Fenriz...muka dia sebijik muka babah dia. Fenriz jgn sedey ya Fenriz. Sentiasa doakan Babah ya.

Sama sama kita sedekahkan Al- Fatihah buat Allahyarham Shamudin Bin Teguh

Wednesday, September 16, 2015

Tahap IPU


Pagi ni group whats app sekolah anak laju je sebab hari nih mmg teruk jerebu kan. Tadik masa pergi hantar anak anak dah macam duduk kat cameron dah rasanya. Bau asap pun teruk

Budak2 nih pun pagi tadi bangun batuk2 n sakit tekak. Kita pun pedih je mata

Si Sarah plak mmg duk batuk...risau plak kat dia.

Kat group whats app ada diskus katanya kalau IPU sampai 200 baru sekolah di tutup. Lama jugak kan....kalau 2 3 hari cam nih sian la budak2 skolah. Kita ni ok lagi kot kan sebab duk dalam opis but still boleh rasa n bau kan.


ni plak adalah bacaan IPU utk hari nih

Kalau besok bebudak nih still batuk kena buat surat bertulis pada pihak sekolah la kan.

Dapatkan bacaan IPU di sini

Laman web DOE takley bukak...mebi sebab ramai sangat nak cek IPU

Yg tambah stress tuh bila musim2 jerebu nih boleh plak org sapu sapu sampah pastuh bakar daun daun kering ....kalau kita ada sebaldi air la kan. Rasa nak jirus ke api tuh atau kat org yg membako tu...ni yg buat nak kata 'akai takdak ka'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...