Tuesday, September 29, 2015

Sambutan bulan Play-Doh

Moon ada terima Play-Doh party pack last week. Mmg tau dah si Isk tuh mmg suka main benda2 macam ni. Moon perasan dia kalau bab hafal2 nih mmg lambat sket tapi bab bab yg reka bentuk ke atau lukis mmg dia suka.

Masa tunjuk kat dia org mmg dia org happy la sangat. Lepas tuh berbut 2 beradik tuh...padahal ada banyak kan....ada 10 warna. Biasala memula dapat benda baru mmg cam tuh. Relax yer anak anak...kita main sama sama.

So apa kata malam ni kita main Play Doh nih



hahahha mummy dia pun gigih la nak main jugaks hahahhaha eh bukan apa ...Moon tgk Sarah tuh je hehheheheheh


 Mak itik ngan anak itik pun ada hahha

 Ni namanya penyu menangis tiada siapa yg tahu. Teringat sajak yg di bacakan masa sekolah dulu.

Tgk Penyu ni jugak teringat penyu yg duduk kat tgh tgh bulatan Kampung Ladang, Kuala Terengganu. Dulu masa kecik2 mmg suka sangat kalau lalu kat bulatan tuh sebab ingat penyu betul. Yerlah...budak2 agi masa tuh.

Skrg penyu tuh dah tak ada. Telah digantikan dengan batu bersurat

Tetiba berkumandang lagu Ganung kita nyanyian Saleem .....

Kita tengok...penyu telllooo


Tetiba sotong pun ada ...oyster siap ada mutiara tu.


Yang ni Sarah paling suka...nampak je nih dia terus sebut ...........'nengok, Baymaxxx " 

Asalnya nak buat yg menggambarkan colorful community tapi bila dah banyak tangan yg duk main maka terciptalah pelbagai bentuk. Ni menunjukkan imaginasi budak2 mmg hebat kan. 

Sarah pun main jugak. Takyah risau sebab Play Doh adalah non toxic dan tak berminyak. Nak main atas meja tanpa lapik apa apa pun boleh. Nanti dah siap main mummy lap je..


Gigih sangat abg isk susun hidupan laut dia ....

Sepatutnya Moon pergi sambutan Play Doh di One-Utama pada Sabtu lepas. Bebudak nih pun dah seronok n tak sabar nak pergi. Tapi masa tuh kami masih di Penang maka tak dapat la join Sambutan Bulan Play Doh dan cubaan mencatat rekod dalam Malaysian Book of Records dan ia nya sudah pun berjaya. Walaupun tak dapat join event tapi knowing that the event was a success pun dah cukup baik. Tahniah Play-Doh Malaysia.

Untuk membolehkan acara ini mencatat nama dalam The Malaysia Book of Record..pelbagai rekabentuk dan arca sebanyak 1500 perlu di hasilkan oleh rakyat Malaysia dalam masa 1 hari. 





Acara ini berjaya di catatkan dalam The Malaysia Book of Record apabila pada hari itu sebanyak 1899 arca dan rekabentuk berjaya di hasilkan. 

Hope dapat join lagi acara seperti ini next time.

#playdohmonth2015

Monday, September 28, 2015

Kembali ke Rahmatullah

Last week balik Penang sebab Grandma sakit. Dapat panggilan dari Mama bagitau yg Grandma tak sedar n guna bantuan pernafasan n machine to help her. Dalam darah ada jangkitan kuman n kena buat dialisis utk cuci darah dia.

Kita org n Talib balik segera ke Penang


 sampai je kat Penang mmg terus ke Hosp utk tgk Grandma. Bebudak ni Moon jaga dulu dalam kereta. Bagi Pak Sutan, Talib n Umi pergi naik ke atas utk tgk. Baqis plak jaga Rafiq dalam kereta.

Lepas Pak Sutan turun baru Moon ngan Baqis plak naik utk tgk. Sedih sangat tgk grandma sebab dia mmg tak sedar. Mama suruh Moon pergi bisikkan syahadah kat telinga dia pun Moon dah menangis dulu.

Kalau tak tiap kali balik jumpa dia misti dia ckp elok2 je.

Moga Allah beri rahmat kat hangpa semua. Nanti mai lagi tgk Grandma na...

sebelum balik mmg dia doa macam2 kat semua org. Cakap pun benda yg baik baik ja. Bila nampak dia terlantar mcm tuh mmg hati kita sedih la kan. Mama dah sampai awal lagi sebab mama gerak dari Taiping. Tapi semua anak anak grandma mmg ada di sisi dia. Semua pun mendoakan yg terbaik dan doa agar Allah permudahkan segalanya.

Sebab kat umah grandma ramai yg ada. So kami gamble je call TM Resort Tanjung Bungah. Kalau ada rezeki bermalam kat situ adalah kan. Nasib baik ada so kami tido situ je. Siang mmg ke hosp utk tgk grandma. So cek in sekadar utk tido aje. Bebudak nih plak nampak je swimming pool dia org plak yg excited. Yer la kids mana dia org paham sangat kan yg kita mai sini sebab ada org sakit.

Kita org mmg sepatutnya tak balik ke mana pun Raya Haji. Mama banyak kali call tanya hangpa semua takmo balik Taiping ka. Talib dapat cuti...mai la balik sekali.

Tapi Allah dah letak dah...mmg kena balik n berkumpul jugak semua sekali. Bila Grandma sakit nak tak nak mmg kena balik juga. Aturan Allah tuh mmg yg terbaik bukan.


Duk kat sini mmg dapat diskaun utk staff. Bilik pun apartment 2 bilik. Mmg elok la utk kami anak beranak n talib anak beranak....Umi pun ada. Mama papa pun ada. So mmg semua pun selesa la kan. Kalau kami semua nak pie jugak sumbat semua umah grandma...kesian la plak org lain kan. Nanti semua jadi tak selesa time nak berebut jamban n time nak tido. Alhamdulillah ada rezeki n bilik kosong,



Dalam bilik mmg tak sempat nak snap. Naik atas mandi mandikan anak anak semua terus kuar balik . Hantar mama ke hosp semua..kami pun pie cari makan.



makan kat Kassim Mustafa aje. Punya la payah cari parking....at the end suruh je Pak Sutan masuk dalam tmpat parking. Nampak plak mural yg cantik2 nih apa lagi terus snap gambo.


             

tu dia punya banyak makanan. Makan kari lepas tu berpeloh2 


Masa kat umah grandma...bebudak nih mmg buat hal sendiri la. Tgk Mek Sarah tuh macam org besar la dia punya suka menconteng.

Masa nih semua duk get ready utk bawak balik grandma.

Kami balik ke bilik pukul 1.30 pagi. Moon masa nih takley tido...baru nak lena terjaga...baru nak lena terjaga balik. Pukul 2. 30 pagi phone pak sutan duk bunyi. Mmg tak sedap hati sangat....lepas tuh dengar plak phone mama bunyi. Malam tu Auntie Bibah jaga grandma kat hosp. Dia bagitau doc kata get ready je sebab oksigen grandma duk turun slowly. Kol 3 mcm tuh grandma dah pergi dah. Semua cepat2 siap utk ke hosp. Moon n Baqis stay dulu tgk anak anak while mama papa Sutan, Talib n Umi pergi dulu ke hosp. Jenazah grandma akan di bawa balik ke kampung Melayu lepas subuh.

Moon n Baqis ke umah grandma pagi tuh bawak anak anak. Since jenazah ada di rumah risau jugak takut budak2 nih duk lari2 dlm umah kan. So sementara jenazah di mandi kan semua tunggu dlm kereta aje. Tapi Moon sempat tgk grandma buat kali terakhir. Semua anak anak grandma termasuk Mama dapat mandikan bonda dia org.

Sayu je suasana dlm umah. Macam mana la perjalanan terkahir kita nanti. Mmg rasa sayu dan menginsafkan sangat.


Pergi nya Allahyarhamah Wan Asma Bee pada pagi Raya Aidiladha dengan tenang sekali. Allahyarhamah di kebumikan di tanah perkuburan kat zoo road. Masa nih org mmg ramai kat masjid  utk sempurnakan ibadah korban...so mmg ramai yg dapat join utk sembahyang jenazah sekali. Mama kata mmg rezeki grandma.

Kami meninggalkan Penang dengan berat hati. Nanti balik Penang mmg takkan sama dah la.

Moga Allah merahmati dan mencucuri rahmat atas Allahyarhamah.

Malamnya ada tahlil buat Allahyarhamah. Auntie Bibah yg mmg duk jaga grandma dari dulu ceritalah. Grandma mmg duk asyik sebut dia duk mimpi pasal org2 yg dah pergi. Kejap dia bgtau dia mimpi jumpa dia nih..pastuh dia duk asyik sebut aku nak balik rumah. Ni bukan rumah aku. So kami yg dengar nih pun sayu je.

Sbb tuh la blog tak berapdate utk beberapa hari.

Wednesday, September 23, 2015

Ke penang

Moon sekarang berada di Penang sebab nenek Pak Sutan tgh sakit dan tenat di GH Penang.

Masa dapat news kita org sangat sangat terkejut sebab jantung dia berhenti selama 10 min tapi doc berjaya buat jantungnya berdegup kembali tapi keadaannya tidak beberapa baik dan menggunakan bantuan pernafasan.

Semua rush balik sebab dgr kata mcm doc suruh bawak balik maknanya memberhentikan segala bantuan pada dia dan selepas itu kita hanya berserah dan berdoa pada Allah.

Hope semua dipermudahkan buat grandma.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...