Monday, December 07, 2015

Lunch kat Steamboat Empire Cyberjaya

Dulu kat Cyberjaya nih tempat makan yg ada sangat limited. Pusing2 gie sport Arena lepas tuh pergi Terminal n Streetmall. Kadang ada masa blur tak tahu nak makan apa, merayap cari lunch sampai ke Malee Dengkil

Sekarang ni Cyberjaya sudah membangun ...selama 12 thn kat Cyberjaya ni mmg boleh nampak beza dia. Bangunan kat sini mmg laju je naik. Kadang bila lama tak lalu siap terkejut bila tgk ada bangunan baru siap .


Salah satu bangunan baru yg sangat dekat ngan opis Moon adalah Gem In Mall ni. Slalu dah nampak tapi tak pernah singgah. Sebab skrg slalu masuk D Pulze hahahha. Rupanya kat dalam ni banyak kedai makan

Sebab nampak ada few blogger up pasal Steamboat Empire ni maka Moon pun ajak la Pak Sutan, my lunch partner utk gie makan kat situ. Sebab murah je, buffet baru RM22.90 seorang. Org kata tak cuba maka tak tahu kan...dah cuba baru tahu. Moon ni plak jenis kena cuba sendiri.

 Dengan harga mcm ni , pilihan makanan yg banyak n tertutup elok je dalam peti dan tempat yg sangat selesa, rasanya sangat berbaloi baloi.

Cantik aje tempat nih. Org pun tak ramai sangat so tak la segan nak bangun banyak kali bukak deep freezer amik makanan hahahha



Masing2 pun dapat pot sendiri. Boleh pilih nak Sup atau Tom Yam. So boleh la campak segala jenis yg kita suka n tak bercampur ngan org lain.

Lepas tu semua pun happy boleh main masak masak hahahha


 Tempat puns elesa dan bersih. Siap ada playroom utk anak anak...so tak la dia org bosan tunggu mak ayah duk repeat makan kan hahahah

air sejuk n panas serta ice cream boleh amik sendiri

 Mmg puas hati. Pak sutan pun happy n katanya nak bawak anak anak plak dtg makan lepas nih.

1 je tak best pasal Steamboat Empire nih

korang tak larat nak makan banyak hahahhahah. Kami 1 trip je dah full acaner...tuh tak masuk lagi segala udang ketam semer...so kalau nak pergi make sure perut betul2 kosong hahah

ni bukan paid review ke hapa ok...Moon pergi lunch ngan boypren sebab nak cuba sendiri. So warga Cyber it is highly reccomended utk pergi. Kalau pakwer makwer nak date pun sesuai ...tapi lepas tuh masing2 bau tomyam la hahahahhahah

Gem In Mall ni boleh di waze aje. Dia atas sket dari MMU ...jalan menghala ke Selangor tech Park tuh k...




Wednesday, December 02, 2015

1st In Malaysia, The ParentHood London Street

Weekend hari tu Moon dijemput ke The Parenthood di Sunway Putra Mall KL untuk melihat dan experience sendiri kemudahan di dalam The Parenthood.

The Parenthood ni berkeluasan dalam 16,000 kaki persegi dan ada 33 buah kedai kat dalam ni. Susunan dan deco di dalam The Parenthood sangat cantik dan membuatkan seperti anda sedang berjalan jalan di kedai kedai tepi jalan di kota London auwww. Siap ada jalan raya ...bus dan jam besar. Sangat cantik kat dalam ni

Kedai2 kat dalam The Parenthood nih menawarkan segala keperluan bayi, kanak kanak dan juga untuk ibubapa. Konsepnya adalah supaya The Parenthood ini menjadi one stop center.

Kadang-kadang kita menghadapi masalah nak pergi saloon ke nak pergi beli apa apa kadang semuanya kat tempat lain lain. Lepas tuh kita plak bawak anak anak lagi. The Parenthood nih mmg memudahkan ibubapa yg nak membeli bersama ngan anak anak. Sebab kat dalam nih ada tempat utk anak anak main dan ibu bapa boleh la nak buat apa n teruskan urusan membeli keperluan anak anak.

Sekitar The Parenthood.

 Sementara tunggu Blogger Conference, kita org boleh bawak anak anak masuk My Kingdom by The Parenthood dulu, salah satu tarikkan di sini, di samping kedai kedai yang lain. Sebelum masuk kena pakai wristband dulu. Wristband kita ada barcode so that barcode ibubapa sama ngan barcode anak anak. Ini adalah utk tujuan keselamatan dan hanya penjaga yg didaftarkan sahaja boleh buat kuar anak anak dari My Kingdom by The Parenthood ni
 Wristband anak anak akan di tanda C dan wristband penjaga akan di tanda G ( guardian )

Senyum je adik yg kat kaunter  nih sebab dia kata macam artis plak rasa sebab semua org amik gambar dia hahahhaha.

Bayaran masuk ke My Kingdom by The Parenthood :

Weekday RM35
Weekend & School Holiday RM 45


 Budak2 mmg sangat seronok kat dalam ni sebab ada macam macam utk dia org main.
 Abg Isk pun seronok sebab had umur kanak kanak adalah sampai 12 tahun, So Isk 10 thn pun boleh masuk n enjoy. Kadang ada setengah tempat lainIsk takley masuk dah sebab dah melebihi had tinggi tapi kat My Kigdom takder had tinggi ...ada had umur aje.

Moon pun sonok la kan sebab ley letak dia org 1 tempat sekali gus.

 Bila dah masuk kat sini ...mana dia org nak ingat mummy dia org dah. Semer pergi main ngan seronok nya.
Tapi dont worry sebab setiap section akan ada crew My Kingdom yg akan monittor budak budak ni

Cuba bagitau macam mana nak ajak kuar dari tempat bola bola ni ...omg

 With Blogger Julia Johari and YB Shehan. Kita org duk tgk anak anak dari luar nih..nak masuk pun boleh tapi malu plak kang tetiba mak lagi excited dari anak acaner hahahha

Kat sini ada juga playstation. Ni port para bapa la ....eh port para anak hahahah

Lompat la yer dik ...

 Si kecik tu pun sama naik nak panjat macam Abg Isk n Kakak Yaya

 Nasib la ada kakak ley tgk kan adik n main sama sama .

 Kemain lagi kamu ya Sarah..



 Kat sini ada juga tempat makan dan anda boleh tgk anak anak kot Screen TV. So boleh la mak ayah minum kopi ngan tenang hahhaha


 Antara menu LilliPilli Cafe

 

 Ada saloon dan Spa juga kat sini. Ada bilik khas utk wanita muslim juga.

 
 
 Ada party room juga
 Ucapan oleh En. Leroy Lee, CEO The Parenthood

 Kalau ada parents nak cari costume...boleh dtg sini sebab ada banyak costume. Nangis la kalau Yaya n Sarah tgk kedai ni ...baju frozen tuhhhh

 Mmg seronok masuk kat The Parenthood nih.

Lagipun Sunway Putra Mall sekarang sudah berwajah baru dan sangat cantik. Ada banyk kedai kat sini...mmg seronok.

Parking rate pun standard. Moon masuk pukul 12 dan keluar 5.30 petang kena RM 8


First London Street Family Park 

Sunway Putra Mall

Level 2, No. 100, Jalan Putra, 

50350 Kuala Lumpur.

Waktu Perniagaan : 10:00am – 10:00pm (Isnin-Ahad)





The Parenthood’s Facebook: The Parenthood

The Parenthood’s website: theparenthood.com.my 

The Facebook page of My Kingdom : My Kingdom









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...