Friday, March 11, 2016

weekend lepas

dah nak masuk weekend lain baru teringat tak post apa apa pasal weekend lepas hahahha. Sebab ahad mlm tu mmg dah flat n demam sampai la selasa. Rabu plak kena g meeting...walaupun kepala punya la pening tapi tahan jugak la kan. Dengan suara yg serak serak basah hahahha.

Sebenarnya Ahad hari tuh ada buat makan makan sikit. Adik Moon yg lelaki tuh nak kawen. Dah merisik bulan 2 hari tu . Tapi terus kira tunang terus la. Mula mula masa adik bgtau dia nak kawen cam terkejut jugak sebab dia ni la yg slalu buat kakak dia pening kepala

Dari zaman sekolah lagi dia ni mmg nakal skit. Kakak dia ni la yg selalu pergi pejabat sekolah jumpa cikgu la. Macam macam  la ...ngan kes panjat pagar  sekolah la ..kes hisap rokok kat tangga la. Semuanya sebab ikut kawan punya pasal. Memang menguji kesabaran betul. Belum lagi part dia main phone umah main call sapa ntah sampai bil tepon dekat seribu. Berbulan jugak la nak bayar bil tepon. Tapi dalam nakal nakal dia tuh tak pernah la dia kurang ajar ke apa. Kena marah ke kena bantai ngan getah paip pun dia diam je. Rupanya payah hokey nak besarkan budak lelaki ni.

so bila dia dah start berkawan ngan 'si dia' nampak dia makin ok. Dah kenal erti tanggungjawab n etc . Mmg nampak banyak perbezaan dia. Syukur sangat sangat. Dalam nak marah marahh tuh still jugak ada rasa sayang kan. Yerlah.. arwah mak meninggal masa dia umor setahun lebih. Masa masih duk menyusu badan. Lepas tuh mmg life dia sedikit kesian....n tukar2 tangan semua. Kalau nak kenang mmg sedih sket. So bila dia dapat kenal ngan org yg baik baik ni memang rasa lega sangat . Semua ni kan part of perjalanan hidup masing2 kan.

Tak sangka family perempuan pun baik yg amat. Masa dia bgtau suh pergi jumpa family perempuan, Moon marah jugak sebab dia baru kerja kot. Kerja sebelum ni macam macam masalah . Ngan org tak bayar gaji la...lepas tuh rekemen kerja lain dia plak tak suka...lepas tuh tanam anggur pun lama. Mmg slalu la si kakak kakak ni membebel. Risau jugak apa nak ckp ngan family perempuan semua kan.

So masa pergi nak merisik tuh tawakal je ...buat la jugak barang sket . Sebab takkan la nak pergi umah org jalan loi je mcm tuh. Atleast nak la bawak buah tangan yg elok sket. Buah n manis manisan sket.

Tapi Moon mmg terkejut sangat sebab family perempuan mmg baik sangat yg amat. Syukur sangat sangat . Masa tuh Moon sorang je pergi ngan makcik makcik Moon. Masa drive nak balik sempat berenti kat RnR n sembang ngan my sister kat Trg siap ala ala sedey . Oooooh im so tau fu fa . Mungkin rezeki dia dapat mertua yg amat baik mana tahu kan.

So last weekend family perempuan pula datang ke umah. Since Moon je ada kat sini maka buat kat umah Moon aje.

Bawak hantaran utk di gubah siap siap. Bincang apa yg patut...letak tarikh n etc . Alahai mmg lancar sangat ...syukur sangat sangat . Bincang pun senang, yg penting kita buat yg wajib n halalkan hubungan saja. Yg lain lain kita buat kemudian. Di zaman sekarang tak sangka ada lagi yg mudah mcm ni. Kalau tak biasanya zaman sekarang pihak perempuan mintak mcm mcm kan. Tapi dia org nih mcm tak apa ...kita buat simple je ...bagi mudah semua. Buat apa nak susah2 kan. Mintak Allah permudahkan segalanya.

So Moon masak nasik dagang dekat segantang juga....cukup petang habis licin. Tapi mmg puas hati sangat sangat bila masak n buat makan makan ni


tuh je gambar yg ada....Moon duk bz berbincang n sembang. Dah gaya cam nak kawenkan anak plak kan. Tuh la, abah tak dpt dtg sebab ibu baru lepas operate . So Moon kena la amik alih. So multi tasking kannnn hahahhaha . Terus mlm nya demam hahahahha sebab mmg duk bersin2 dari hari Sabtu lagi...tapi gagahkan jugak diri. Nasib la ada my aunty, my causin Alia n my sister Nina. So boleh la bantu clearkan apa yg patut. 

Moga semuanya dipermudahkan .  




Thursday, March 10, 2016

Beli tiket bas online di Catchthatbus.com

Kali ni Moon nak share pasal cara pembelian membeli tiket bas secara online. Sejujurnya, akak dah lama giler tak naik bas tapi my SIL Umi , mmg selalu naik bas ni. So dia pun share la pengalaman dia naik bas n beli secara online. Kadang dia call je Moon n mintak Moon belikan.

So everytime cuti sem, dia mmg akan balik Taiping kat Mama n Papa. Kadang dia akan singgah kat kita org dulu atau ke umah Talib.

Dia sekarang belajar kat Uitm Shah Alam.

So kita kan nak memudahkan semua org n spread apakah benda terbaru yg boleh memudahkan proses membeli tiket dan perjalanan. Maka Moon telah memaksa dia utk wat satu sharing hahahahh n ayatnya sangat skema. Biasa la student mmg cam tu kan. Kalau kakak ipar dia yg tulis mungkin lagi ringkas.

So nak bgtau korang boleh beli tiket secara onlilne melalui laman web Catch That Bus .


sangat mudah n senang ...harga pun sama je macam korang pergi beli kat kaunter


Trip ke Pinang gunakan bas
Hi, kali ini saya nak berkongsi pengalaman menggunakan CatchThatBus, suatu laman untuk anda membeli tiket bas secara online di Malaysia tanpa perlu ke kaunter.
Seminggu sebelum bermulanya cuti semester, saya dan kawan sudah merancang untuk pergi “food hunting” di Pulau Pinang. Jadi kami pun ke Terminal Bas Shah Alam untuk membeli tiket pada minggu tersebut. Setelah menempuh perjalanan selama 25 minit menaiki bas Rapid ke terminal, kami agak hampa kerana setiap tiket bas ke Perak sudah habis lebih awal dari apa yang dijangkakan. Saya dan kawan sememangnya hampa kerana kami perlu ke Perak dahulu kerana saya sudah berjanji dengan dia untuk membawanya berjalan di kampung halaman.
Sebab dah terlalu hampa, kami pun mengambil keputusan untuk balik semula ke kampus. Saya memang hampa pada hari ini. Namun mungkin rezeki masih lagi menyebelahi kami kerana semasa kami singgah di kafe, kami ternampak satu booth yang dibuka oleh pihak CatchThatBus untuk mempromosikan aplikasi mudah alih mereka. Apa yang menarik perhatian kami ialah slogan “Tidak perlu ke kaunter tiket,” jadi saya pun mengambil keputusan untuk bertanya kepada abang yang menjaga booth tersebut. Aplikasi ini sememangnya berguna untuk saya pada waktu ini kerana saya terdesak untuk mendapatkan tiket bas.

Setelah diberi penerangan, saya terus muat turun aplikasi tersebut dan mula membuat semakan perjalanan. Pada tarikh yang saya pilih, dengan izin tuhan saya masih lagi dapat membeli dua tiket ke Perak, dan juga tiket bas ke Pulau Pinang. Segalanya mudah, saya hanya perlu pilih tarikh, masa, dan juga destinasi yang ingin dituju. Setelah itu pada minggu yang seterusnya, saya dapat menaiki bas dari Shah Alam ke Ipoh. Bas yang kami naiki adalah bas Plusliner, selesa dan juga menepati masa yang dijadualkan. Kami menaiki bas dari Terminal Shah Alam dan diturunkan di Terminal Aman Jaya Ipoh.
Setibanya di Ipoh, kami terus mengambil keputusan untuk menikmati Nasi Vanggey yang terkenal di bandar Ipoh. Hidangan Nasi Vanggey ini seperti Nasi Kandar Pulau Pinang. Namun lauk pauk yang dihidangkan kepada anda dan juga rasa Kari mereka sedikit berbeza dengan Nasi Kandar.
Setelah itu, saya kemudian ke Pulau Pinang dengan rakan untuk bercuti. Kerana adanya aplikasi CatchThatBus ini, segalanya menjadi mudah. Kami terus menunggu bas di Terminal Aman Jaya pada hari yang dijadualkan untuk ke Pulau Pinang. Di sini bermulanya pengembaraan kami sebagai “Food Hunter.” Apa yang saya idamkan adalah Mee Sotong, dan juga Rojak Pasembor yang menjadi pilihan setiap pengunjung apabila tiba di sini. Selain itu kami juga berkunjung ke Penang Street Art dan juga Snake Temple.
Memang terbaik apabila kita bercuti menggunakan pengangkutan awam. Saya dah jimat duit tol dan juga petrol untuk trip kali ini.

Umi Aminah



Tq Umi sebab ayat sangat kemas n ala nak hantar assignment ke lecturer hahahhah Tq sebab sudi share tau hikssssss . Akak bagi Umi A++ n 3 bintang muehehhe


Ok Jom Moon share apa benda Catch That Bus ni

Ia adalah satu laman web yang membolehkan anda beli tiket bas secara online. So takyah susah susah nak ke kaunter bagai. Boleh jugak beli melalui aplikasi yg korang install dlm phone


CatchThatBus on Web





Dalam ni ada semua jenis syarikat bas...so senang kita boleh pilih kita nak naik bas mana n mana yg menjadi fav kita

So contoh ni , Moon pilih destinasi ke Kuala Terengganu. Naik kat KL Sentral ....utk 2 org . Perggg dah mcm pilih tiket kapal terbang dah



Pilih la mana masa yg sesuai ...lepas tuh siap boleh pilih tempat duduk.

Masukkan nama penumpang berserta nom IC



Lepas tu bayar

Tiket anda akan di emailkan pada anda. Printkan e ticket tu n bawa semasa naik bas. Mudah bukan




CatchThatBus on Android



Boleh download je dari Google Play Store ya .


1- Pilih destinasi . Dari mana nak ke mana. Lepas tu boleh pilih waktu perjalanan 

2- masukkan maklumat penumpang serta buat pembayaran 


Taraaaaaaaa siap sudah . 




Laman Web : CatchThatBus 
Facebook Page : Catch That Bus




Wednesday, March 09, 2016

Ubi

Ubi torok 

 Ubi kelin

Hari tu abah dtg umah ..kebetulan nak anta adik ke UIA, so Ibu belikan kat kita org ubi ni . Yg atas tu adalah ubi torok atau org panggil ubi itik

Lama sangat Moon tak makan ubi torok ni. Dulu masa kecik2 mmg slalu makan sebab mmg banyok kat Terengganu . Isi dia sedap n bersabut sket ....bila dah rebus, senang je nak kopek kulit dia. Sebab dia kering n jadi mcm kertas.

Satu lagi adalah ubi keling. Bula masak kulit dia akan jadi hitam . Tapi Isk n Yaya tak reti mkn...so mummy dia je makan hahhahah. isk kata ubi kelin rasa cam bawang hahahah

Siapa pernah makan 2 ubi ni ...rasanya kat pantai timur banyak 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...