Friday, March 18, 2016

Jualan langsir di Sarah Hughes Globe

Sticky post until 18 March
Please scroll down for new entry

Assalamualaikum n Hi semua

Ok kepada yg bertanya bila Kak Moon nak buat sale lagi kan .....ni nak bgtau bermula Jumaat ni akan ada sale khas utk u ols .

Jemput datang ya. Bagi yg terlepas masa sale lepas, boleh dtg time sale kali ni


Boleh dtg ramai ramai kay . Beli kain langsir raya awal awal. Hantar terus utk tempah ,....so nanti dekat dekat nak puasa boleh fokus pada baju raya je sebab langsir umah dah setel...betul tak. Kalau korang beli lambat2 tak da org nak jahit heheheh

kat Globe ni pun boleh tempah jahit ...siap dalam masa 2 minggu cam tu

Meh dtg bawak kawan kawan dan sedara mara...bawak mak lagi afdal heheheheh. Kain kat lvl 7 ni mmg cantik dan berkualiti. Orang yg first time dtg mmg terkejut tgk harga special VIP. Sebab tu Kak Moon kata kalau naik lvl 7 masa sale VIP kena cari Kak Moon dulu. Sebab Kak Moon akan bisikkan harga special utk korang ....auw

Harga VIP apply utk satu tingkat 7 ...bukan kain kain tertenu sahaja ya. Semua kain....kat kesah la kain black out ke...kain kusyen ke ...kain langsir cotton ke...kain satin ke....kain baldu ke...semer sale. Sebab tuh la sale nih 3 hari je .



Moon tak dapat nak upload semua kain yg ada kat lvl 7 ni sebab ada banyak hokey.... ada yg plain, corak, day curtain, black out dan banyak la....so sama mcm nak pilih kain baju ...kain langsir nih kita kena pegang n rasa baru la boleh pilih...lepas tuh ley tgk perbandingan harga .

Kat lvl 7 ni luas dan selesa ...so anda boleh pusing n pusing banyak kali utk pilih kain hahahhah tapi jangan pusing lebih dari 3 kali. Nanti konpius n takboleh nak decide kain mana yg nak beli hahahahha . 



 
Kenapa kena dtg time sale Kak Moon buat 

Sebab...kain masa ni jadi murah ...tapi 3 hari sahaja tau. Mcm kain velvet kat atas tu biasa RM 80 per meter ...tapi kalau sale kak Moon jadi dalam RM2X aje . Sorry takley letak harga sebab bahaya banyak spy muahahha . So bila korang dtg baru Kak Moon bgtau kat korang tau. 

Atau ckp je kat staff saya follow blog Kak Moon. Dia org mmg akan bagi harga special Kak Moon untuk korang. 

So jemput datang pada 18, 19 dan 20 hb ni ya . Naik terus ke lvl 7 

Kak Moon akan ada kat sana pada Sabtu dan Ahad ya 

Harga kain pula 

Ada RM 5 semeter 
RM 8 semeter 
RM 10 semeter 
RM 15 semeter 
RM 25 semeter 
RM 45 semeter 

So ada pelbagai jenis kain n harga yg pasti ada utk menepati budget anda 

 Last sale, ramai sangat rg beli kain black out tu sebab kain mmg elok n tebal...lepas tuh jadi murah plak kan...mmg org berebut  lah beli yg tu


Kak Moon dalam dilema ni nak pilih yg petak2 turquoise tu atau dark coklat utk rumah 

Bahagian kain printed bunga bunga cinta pun mmg cepat je habis roll yer la kan sebab harga blog Moon RM15 semeter sahaja...


ni la kain blackout bidang 110 yg mmg  laju je that day. Yer la sebab jadi murah u ols ...mana nak dpt kain blackout harga cam ni kan . Sekarang plak musim panas. Kalau bilik mengadap matahari mmg perlu pakai langsir yg tebal n blackout cam ni.  So that tak la berbahang sangat bilik tu.


kain bidang 110 ni pun laju terjual . Semua org tak perasan masa kain ni kat rail...tapi bila tunjuk yg dah siap n cantik ada kepala n kaki semua pakat serbu yg ni. So kalau kat sana just bgtau Kak Moon korang nak yg mcm mana . Nanti Kak Moon akan assist korang n sembang2 ngan korang.  Kalau nak tanya kain ni kat mana...kain tu kat mana. Kak Moon dah hafal dah rak rak kain kat sini hahahha 

Tapi jangan la pulak tunjuk gamba langsir 2 thn lepas ke apa yg amik kat blog akak ni sebab kain kat Globe ni mmg tak lama sebab mmg laju je habis. Kadang org nak repeat beli corak yg sama pun tak dapat tau. Kalau rezeki korang ada....adalah. Kalau tak ada, kena la pilih kain yg lain 


jemput dtg la ya ....n im sure anda akan berpuas hati punyer . 

Saya Kak Moon langsir melaporkan hahahah

Wednesday, March 16, 2016

Istimewa sempena cuti sekolah di Sunway Pyramid

Last week Moon bawak anak anak ke Sunway Pyramid. Sebab ada nampak mengenai acara yang berlangsung kat sana dalam social media. Tambahan plak Isk n Yaya mmg suka channel discovery.



 So kita org pergi awal awal pagi hahahah gigih sangat kan . Sambil jalan jalan sempena cuti sekolah ni kat Sunway Pyramid, boleh la buat aktiviti yg seronok n ada unsur pembelajaran jugak kan


Acara ni dibuat kat LG2 Blue Concourse . Semua aktiviti mmg educational. Budak budak besar Isk n Yaya mmg seronok. Tapi budak2 besar Sara nih pun sonok jugak, sebab ada banyak photobooth n background serta prop bergambar yg best best .



so sambil jalan jalan kat Sunway Pyramid tu, boleh la dtg singgah sini 


Dia org nih la yg seronok ..


 Tak sangka jumpa Buk Pilla ....dari jauh dah nampak Radie. Pastu terus cari Filla. Bila jumpa harus la laga laga pipi n pelok pelok hahahhaha. 

Moon napa tak cakap nko akan dtg juga

La aku pun tak tahu nko akan ada sini juga 

giteeeeeeew. Lama giler tak jumpa Filla. Hari tuh je singgah jap anta barang kat umah dia. Tu pun Moon baru balik pasar beli ikan. Dah bau mcm pasar bergerak...so just singgah kejap sangat, sempat tumpang cuci kaki je hahah. Tapi ingat kali nih boleh la bersembang....pun tak sempat. Semua duk layan anak anak mencuba pelbagai games hahahha. 


Ada macam macam tempat boleh bergambar n prop pun semua disediakan. Tapi Yaya ala malu malu plak sebab semua org duk tgk dia hahah


si kecik nih jugak yg relax....tapi dia sebuk nak bawak scoop tu jalan jalan...


si kecik yg kesana ke mari je 


Bahagian batu batu tu la menjadi tumpuan semua hahahah sebab ala ala konon mencari emas


suka dia bergambar kat sini ...pastuh jerit pishhhh pishhhh


gambar semua dari phone. Kalau tahu banyak tempat amik gambar mcm nih harus mak gigih usung kamera 


Horlicks NutriQuest @ Orange Concourse


Lepas tuh dari Blue kita ke Orange plak. Sebab kat Orange ada Horlick NutriQuest plak. Sonok budak2 nih sebab dapat minum horlick...misti abg bg air tuh konpius sebab asyi asyik muka budak nih je dtg amik air hahahahah 


ada game lompat n sentuh bintang tu. Bila berjaya kad akan di tanda ...bermakna dah complete buat tugasan

 


   

Lepas habis kunjungi Discovery Channel’s Discovery Explorers @ Blue Concourse dan Horlicks NutriQuest @ Orange Concourse kami pun pusing2 dlm Sunway Pyramid ni. Pergi ice skating rink n tgk org main n jatuh hahahah. 

Pergi makan kenyang2. Sebab dalam nih ada macam macam. Antara larat nak jalan atau tak je. 

Nanti akan ada banyak lagi aktiviti kat Sunway Pyramid ni sampai la cuti sekolah habis. Moon share jadualnya ngan korang ke. Mana tahu kalau kebetulan ke Sunway Pyramid ley la singgah 




10-13 March: Horlicks NutriQuest @ Orange Concourse
11-20 March: Discovery Channel’s Discovery Explorers @ Blue Concourse
18-20 March: The Kinder Wonderland @ Orange Concourse



Friday, March 11, 2016

weekend lepas

dah nak masuk weekend lain baru teringat tak post apa apa pasal weekend lepas hahahha. Sebab ahad mlm tu mmg dah flat n demam sampai la selasa. Rabu plak kena g meeting...walaupun kepala punya la pening tapi tahan jugak la kan. Dengan suara yg serak serak basah hahahha.

Sebenarnya Ahad hari tuh ada buat makan makan sikit. Adik Moon yg lelaki tuh nak kawen. Dah merisik bulan 2 hari tu . Tapi terus kira tunang terus la. Mula mula masa adik bgtau dia nak kawen cam terkejut jugak sebab dia ni la yg slalu buat kakak dia pening kepala

Dari zaman sekolah lagi dia ni mmg nakal skit. Kakak dia ni la yg selalu pergi pejabat sekolah jumpa cikgu la. Macam macam  la ...ngan kes panjat pagar  sekolah la ..kes hisap rokok kat tangga la. Semuanya sebab ikut kawan punya pasal. Memang menguji kesabaran betul. Belum lagi part dia main phone umah main call sapa ntah sampai bil tepon dekat seribu. Berbulan jugak la nak bayar bil tepon. Tapi dalam nakal nakal dia tuh tak pernah la dia kurang ajar ke apa. Kena marah ke kena bantai ngan getah paip pun dia diam je. Rupanya payah hokey nak besarkan budak lelaki ni.

so bila dia dah start berkawan ngan 'si dia' nampak dia makin ok. Dah kenal erti tanggungjawab n etc . Mmg nampak banyak perbezaan dia. Syukur sangat sangat. Dalam nak marah marahh tuh still jugak ada rasa sayang kan. Yerlah.. arwah mak meninggal masa dia umor setahun lebih. Masa masih duk menyusu badan. Lepas tuh mmg life dia sedikit kesian....n tukar2 tangan semua. Kalau nak kenang mmg sedih sket. So bila dia dapat kenal ngan org yg baik baik ni memang rasa lega sangat . Semua ni kan part of perjalanan hidup masing2 kan.

Tak sangka family perempuan pun baik yg amat. Masa dia bgtau suh pergi jumpa family perempuan, Moon marah jugak sebab dia baru kerja kot. Kerja sebelum ni macam macam masalah . Ngan org tak bayar gaji la...lepas tuh rekemen kerja lain dia plak tak suka...lepas tuh tanam anggur pun lama. Mmg slalu la si kakak kakak ni membebel. Risau jugak apa nak ckp ngan family perempuan semua kan.

So masa pergi nak merisik tuh tawakal je ...buat la jugak barang sket . Sebab takkan la nak pergi umah org jalan loi je mcm tuh. Atleast nak la bawak buah tangan yg elok sket. Buah n manis manisan sket.

Tapi Moon mmg terkejut sangat sebab family perempuan mmg baik sangat yg amat. Syukur sangat sangat . Masa tuh Moon sorang je pergi ngan makcik makcik Moon. Masa drive nak balik sempat berenti kat RnR n sembang ngan my sister kat Trg siap ala ala sedey . Oooooh im so tau fu fa . Mungkin rezeki dia dapat mertua yg amat baik mana tahu kan.

So last weekend family perempuan pula datang ke umah. Since Moon je ada kat sini maka buat kat umah Moon aje.

Bawak hantaran utk di gubah siap siap. Bincang apa yg patut...letak tarikh n etc . Alahai mmg lancar sangat ...syukur sangat sangat . Bincang pun senang, yg penting kita buat yg wajib n halalkan hubungan saja. Yg lain lain kita buat kemudian. Di zaman sekarang tak sangka ada lagi yg mudah mcm ni. Kalau tak biasanya zaman sekarang pihak perempuan mintak mcm mcm kan. Tapi dia org nih mcm tak apa ...kita buat simple je ...bagi mudah semua. Buat apa nak susah2 kan. Mintak Allah permudahkan segalanya.

So Moon masak nasik dagang dekat segantang juga....cukup petang habis licin. Tapi mmg puas hati sangat sangat bila masak n buat makan makan ni


tuh je gambar yg ada....Moon duk bz berbincang n sembang. Dah gaya cam nak kawenkan anak plak kan. Tuh la, abah tak dpt dtg sebab ibu baru lepas operate . So Moon kena la amik alih. So multi tasking kannnn hahahhaha . Terus mlm nya demam hahahahha sebab mmg duk bersin2 dari hari Sabtu lagi...tapi gagahkan jugak diri. Nasib la ada my aunty, my causin Alia n my sister Nina. So boleh la bantu clearkan apa yg patut. 

Moga semuanya dipermudahkan .  




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...