Thursday, March 24, 2016

Fesyen Hijab Selebriti

Trend fesyen selebriti mmg slalu menjadi ikutan. Kini semakin ramai selebriti tempatan yang tampil dengan imej bertudung. Ramai jugak yang keluarkan brand sendiri .Antara selebriti tersebut adalah Naelofar Hijab, Hijab by Emma Meambong dan Nora Danish Collection dan banyak lagi.
.
Trend tudung dikalangan artis ini menunjukkan bahawa fesyen Muslimah sememangnya semakin
berkembang. Jom kita tengok trend trend fesyen hijab beberapa selebriti ni.


 1- Adira


Adira ni mmg putih melepak kan. Kalau tgk dia, misti dah nampak dah style tudung dia. Dia suka pakai tudung kilat satin. Mmg sesuai sangat dengan dia. Kalau dia pakai ala lilit2 simple pun nampak dah lawa


2- Yuna


Siapa tak kenal Yuna kan. Sekarang org luar negara pun dah kenal Yuna. Pasal style tudung Yuna plak mmg banyak tibulkan kontreversi pada awal awal dia start pakai ala ala turban ni kan. Mmg semua org kutuk la style tudung mcm ni. Tapi cuba tgk skrg, ramai yang pakai ala Yuna. Pakai turban ni ...mostly kalau ke luar negara mmg Moon nampak ramai pakai cam ni. Atau pergi dinner n etc. Tu la kan ...org kata jgn kutuk nanti tersuka mcm mana ahakssss. Tak salah pakai turban ni..tapi make sure apa yg patut ditutup dapat ditutup dengan sempurna.


Tapi personally la...Moon suka tgk Yuna pakai tudung ala Hana Tajima tu...nampak sweet n sopan aje 


3-  Najwa Latif


Najwa Latif memang comel n simple bila kerap pakai tudung bawal. Lepas tu, cara dia pakai pun menjadi ikutan remaja. Ala pin sebelah je cam tu. Hari tu Moon ada jugak cuba tapi cam tak sesuai je ngan akak yg dah tua nih hahahahahh. Tapi remaja cam Najwa pakai mmg nampak comey je 

Terus dengar lagu kosong kosonggggggg

4- Norjuma dan Aidijuma


 

Perasan tak, ada sesetengah orang memang bentuk muka dia org mmg cantik sangat kalau pakai tudung bawal. Macam Datin Norjuma ni ...kalau dia pakai tudung bawal memang cantik n manis cam budak U je kan. Sebenarnya tudung bawal ni adalah a must have tudung untuk semua. Semua perempuan kena ada tudung bawal. Sebab bawal ni sangat senang nak pakai.

Hari tu member opis pergi pos kan tudung bawal Aidijuma milik wife dia. Dia kata ad aorg approach wife dia utk beli collection Aidijuma.....wahhhhh maknanya Aidijuma ni memang dah ada pengumpul setia . Prelove pun menjadi rebutan .


5 - Aida dan CitrAida


si cantik manis Aida atau lebih dikenali sebagai Aida Gadis Melayu ni pun sangat cantik bertudung bawal. Bawal bawal from CitraAida sangat cantik n adalah bercorak airbrush. 

Moon sendiri pun ada few collection of bawal airbrush. Baru2 ni siap ada org pm nak beli bawal airbrush Moon. Tapi sayang la nak jual eheheheh lagi pun patern tuh mmg dah tak ada.


6- Nora Danish


Ramai yg bagitau shawl shawl by Nora Danish ni lawa lawa. Moon pun sempat la pergi intai2 kat Zalora...mmg betul, mmg cantik n sweet je. Ke sebab Nora yg pakai hikssssss


7- Hanis Zalikha


Ni mmg trend sekarang kan. Di mana semua anak anak muda n student dah pakai style simple macam ni. Semer pakai style Kek Nis. Masa mula mula keluar style cam ni kita panggil nih style shawl nak cepat atau stle shawl malas malas hahahahah. Tapi skrg meletop kebabom. Skrg merata rata org jual nama Kek Nis ekekek serta pakai style Hanis


8 - Emma Maembong


Hijab by Emma Maembong pun lawa lawa n besar. Ada banyak jugak collection Emma ni



9 - Neelofa


Ni mmg famous tahap gaban....sebab shawl dia sangat lawa lawa n ada banyak choice. Hari tu pergi jalan kat mana lupa dah. Tapi nampak ramai sangat org kerumun satu stall ni. Moon pun cam curious jugak kan. So pergi la intai....rupanya tgk org duk borong tudung Neelofa ni...semua memang beli 3 4 terus. Wow mmg ramai peminat tudung Neelofa kan.

Ada banyak lagi fesyen hijab selebriti dan terkini yg available. Sekarang ni mmg senang dah dan benda benda cantik memang cepat popular. Serta kalau nak beli pun senang sebab dah boleh beli online sahaja

Tuesday, March 22, 2016

Nasi Dagang di Cyberjaya

Kalau sesiapa yg follow blog Moon mmg sure akan tahu yang Moon ni mmg hantu nasi dagang dan , mmg selalu juga masak nasi dagang. Sebab kalau ada buat makan makan ke apa, memang menu utama adalah nasi dagang hahahha.

Nasi dagang ni yang penting adalah kuah dia...nasi pun penting juga.

Moon prefer nasi dagang putih yang Terengganu berbanding nasi dagang beras merah. Sebab bila beras merah tuh dia ada rasa cam hampas padi sket. Sebenarnya ok je . Tapi banding putih and merah, Moon suka putih.

Ni sebenarnya dah lama try kedai nih. Tapi ni baru teringat nak up kat blog. Hari tu Moon upload kat IG and FB saja.

Asalnya plan plan nak breakfast kat Puffy Buffy ( roti canai pakcik tu sedap, apam balik pun sedap ) . Sebab masih awal kan...so masa lalu tuh nampak plak kedai MAKANG ni. Apa lagi terus korner masuk parking hahahha . Keluar je kereta, bau yg familiar menusuk hidung ...bau nasi dagang wey. Terus decide breakfast kat MAKANG ni

 tuh...nampok je perkataan MAKANG tuh terus berenti. Dok tengok blakang doh ...kiranya nih first time la akak dtg makang sining. Nok test gop sedak ke dop

 Kedai penuh hokey ....nampak ramai org duk makan . So Pak Sutan cop meja kat luar dulu n Moon masuk dlm order laaaaaaaaa

nampok dop nasik dagang sebesen tuh ....hahahahha .

Nasi Dagang
Nasi Lemak
Nasi Minyak

Tuh standard breakfast kat Ganung. Pagi pagi makang berat doh. Macam nok gie kerja kat sawah kekdahnya hahahhahaha . Tapi ni very the standard la ....lunch makang nasik plop

Orang belakang Moon pun order 'nasik lemok ser, nasik lemok ikang ader dok ' ....sah mmg org Ganung jugop yg mari cari kedai makanan Terengganu




Moon amik nasik dagang kuah lebih . Kena ada cili baru la berapi bila makan. Kenyek cili tuh sekali ngan nasik dan kuah ...pergggggggg sedapppppppp .  Baru la makan sambil lap hidung hahahha sedap tahap neleh air hidung hahahhaha . Menitik peluh kat belakang leher bagai ....

Pak Sutan nak makan nasi dagang jugak. Tapi ikan dah habis...maka dia amik nasik minyak. Nasi minyak pun sedap. 

Memang sah tukang masak org Ganu ni. Payah hokey nak jumpa nasik dagang yg sedap . Kebanyakkan nye semua kuah kuning yg cair tuh. Yang rasa rempah n manis manis susah sket . 

Akak bagi nasi dagang ni 4.5  dari 5 bintang. Kalau tak mmg dapat 5 dah....tapi ikan yg akak dapat tuh tak beberapa sedap . Mungkin ikan mati air (  rebus asing n masuk dlm kuah ) di letak dlm kuah. So tak sempat meresap rasa kuah dlm ikan tuh. Mebi sebab org ramai kan...so tuh je cara cepat nak top up ikan. But still still sedap hampir nak menjilat kertas coklat tuh hahahhaha . 

Bila pegang je senduk kuah masa nak cedok kuah tuh....dah nampak dah pekat n merah molek je kuah....ngan cili berenang renang . Perggggggggggg terus rasa nok gie makan nasik dagang skrg nih

Nasi minyok superb ...5 bintang

Sapa nok terai boleh la gie cuba. Cari je Bank Islam Cyberjaya. Kedai MAKANG ni betul2 kat belakang Bank Islam tu. 

Mmg puas hati . 

Moon makan nasi dagang n teh o ais kena RM 7 

ok latew...ni Cyberjaya kan........nila dah kerja hampir 12 tahun kat Cyberjaya ni, apa je kedai yg best mmg kita org akan try la . Tapi skrg ni terlalu banyak plak ...so kita filter, mana senang parking kita pergi. Hahhahaha 

Yeyyyyyyyyyy Cyberjaya ada port makan best lagi. Nasi Dagang kedai MAKANG, mung tunggu aku datang plop besok besok ni

p/s : tak sure plak waktu operasi dari pukul berapa ke pukul berapa. Hari tu tak sempat nak tanya...Moon pergi waktu pagi. Kalau kita terserempak kat sini sila la lambai ngan sudu yer ...hahahah


Baru jumpa FB dia org  : Restoran Makang

Bau busuk

Pagi tadi lepas hantar Isk Yaya ke sekolah, tetiba bau busuk la sangat dlm kereta. Sebenarnya dari semalam lagi duk bau busuk ni.

Pagi tadi juga Yaya bagitau nak suruh basuh beg sekolah dia malam nanti. Katanya dia ada beli ayam goreng kat sekolah hari tu untuk Sarah. Ayam tuh letak dalam beg sekolah ...lepas tuh lupa nak keluarkan. Mungkin dah tak boleh makan sebab dah basi. Beg tu dia akan pakai utk sekolah petang nanti plak.

Moon assume dia beli ayam goreng tu semalam

Tapi bila bau beg dia , busuk mcm bau bangkai.

Tu tanya Pak Sutan ...ni beli ayam goreng semalam atau minggu lepas ni

Terus keluarkan semua buku. Akhirnya jumpa la satu plastik berisi ayam goreng yg tinggal hanyalah tulang dan isi semer dah jadi mcm jeli . Rupanya sah ayam minggu lepas....nampak tak betapa cutinya anakanda saya ni.

Isi ayam tuh dah jadi berlendir dah. Nasib duduk dlm plastik berlipat. Nak muntah mummy keluarkan plastik tu. Nasib tak kena buku, tapi bau dia ..pergggg mmg menusuk ke lobang hidung

Patut la semalam masa amik budak2 ni dari nerseri, Pak Sutan dah duk tanya sapa bau busuk ni. Rupanya beg sekolah Yaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...