Friday, March 25, 2016

Aktiviti cuti sekolah

Masa cuti sekolah tak ke mana pun sebab Mummy n Daddy ada training. Jadi kita pikirkan plan mengejut.

Pagi2 Pak Sutan dah tanya jom kita gie bawak budak2 nih jalan. Apa lagi terus call n ada bilik available. Apa lagi terus pack baju n pergi. Terkejut tergempar. Biasanya kalau yg terkejut tergempar nih la yg menjadi hahahahah


Budak budak ni mmg suka ke tempat yg ada kolam. Sian plak cuti sekolah tak pergi mana kan...so bawak pergi ke tempat yg dekat2 je. 


Sampai je terus mengelupur semua nak mandi kolam. Termasukla si kecik tu


 Org pun tak ramai ...so boleh la dia org ni berendam puas puas


Si kecik ni duk sibuk nak pergi kolam org besar. Sebab dia nampak abg n kakak mandi kat sana 


 Kolam kat tingkat 3


Moon plak ngilu tgk kolam ala mcm ni...


so mmg duk repeat mandi kolam je. Ajak pergi jalan jalan pun tak mo sebab semua kepenatan .

Malam pergi dinner n semua pengsan awal. Bangun pagi2 pun pergi repeat mandi  kolam lagi. 

Thursday, March 24, 2016

Macam mana nak jadi VIP Kak Moon


Tetiba mail akak banjir u ols sebab semua duk tanya macam mana nak jadi VIP guest Kak Moon

Macam mana nak dapat harga best 

saya perlu buat apa 

Saya nak beli langsir raya ni 

Harap bersabar ya semua. Akak akan jawab petang dan malam nanti. 


Biasanya Kak Moon akan announce kan tarikh sale di Blog ni, di Facebook Miera301 at Sarah Hughes Globe dan juga di Instagram Moonpunyerblog. Jadi kalau anda mmg follow kesemua atau salah satu medium di atas, misti tak terlepas punya kecuali anda diluar kawasan dan tak ada internet atau data ehhehehe 

So bila Kak Moon upkan poster umum tarikh VIP sale, maka anda boleh datang pada tarikh tersebut. Kak Moon akan ada di sana dari pukul 11 am sampai la ke pukul 4 petang utk assist anda. So jangan risau kalau tak ada pengalaman tukar langsir atau tak tahu nak pilih kain dan sebagainya sebab akak akan bantu.

Poster akan muncul malam nanti ya. So kalau anda mmg tengah cari langsir raya, langsir kawen atau nak tukar langsir yang dah koyak...boleh follow ketat ketat blog akak ni tau ehheheh


Ada minimum purchase ke kalau nak dapat harga vip? Jawapannya TAK ADA sebab anda boleh beli banyak mana pun anda nak pada harga VIP tu. Kalau beli semeter pun akak tetap kasik harga diskaun 


Kat mana kedai ni ...Sarah Hughes Globe ni kat mana ? Sarah Hughes Globe adalah Globe Silk Store dulu. Kalau anda org KL tanya mak ayah misti dia org tahu la hahahha. U ols tahu SOGO tak. Berdiri depan tangga SOGO menghadap ke jalan raya ...toleh je kanan . Maybe terlindung ngan pokok tapi ke sebelah kanan...bangunan 10 tingkat n sign mmg besar. Naik ke lvl 7 utk bahagian kain langsir ya. Kat atas nih mmg luas dan selesa. 

 
Kalau lalu kat belakang pun boleh. Moon biasa park dalam Campbell atau parking2 depan Campbell tu. Kadang park sebelah Semua House atau dalam Semua House.

Kalau saya silent reader je atau baru hari ni masuk blog akak, boleh ke pergi juga ? Boleh....as long as anda nampak poster n tahu pasal sale ni pun dah cukup memadai. Boleh ajak mak atau sedara atau jiran jiran datang tak ada masalah. 



Memang ramai yg dtg n tak lepas kan peluang utk dapat diskaun yg best 


Ala kenapa sebelum ni saya tak pernah tahu pun ? Tak apa hari ni baru u ols tahu kan ...hiksssssss  . Disebab kan sale ni khas utk jemputan maka jemputan itu hanya datang dari blog Kak Moon sahaja. Kak Moon adalah blogger tunggal yg host acara ini dan menjemput bagi jualan VIP ni. Masuk thn ni dah hampir 4 tahun Globe bekerjasama rapat dengan Moonpunyerblog.


 

Akak ni staff Sarah Hughes Globe ke ...akak kije kat sana ke ? Tak. Akak tak ada kat sana dan tak kerja sana. Akak hanya akan ada sana bila ada hari VIP Sale Moonpunyerblog sahaja.

Kadang ada org PM bgtau nak dtg. Nak jumpa Kak Moon boleh...nak dapat harga kak Moon boleh?
Jawapannya akak tak ada kat sana...dan harga VIP hanya valid pada harga sale sahaja. Jgn u ols pergi hari hari biasa tapi request nak harga Kak Moon mmg tak dapat ahhahah.

Tapi kalau u ols pergi hari biasa kadang pun ada sale yg store buat. So boleh beli juga. Ibarat mcm ni la amik contoh Aeon Jaya Jusco tu. Kadang ada je hari sale n discount dia...cuma bila card member day, haaa masa tuh mmg sale kaw kaw. So sale VIP ni sama mcm sale member card tu la .

Store discount : Discount yg diberi pada customer ..offer kain contohnya ...offer pada minggu tu atau bulan tu contohnya. Clearance and etc

Member Card : Mmg customer yg ada member card akan dapat notofication mengenai sale dan juga latest offer utk keseluruhan Sarah Hughes Globe...bahagian children , gents, ladies dan termasuk curtain.

VIP Moonpunyerblog : Diskaun yg diberi khas utk reader dan follower Kak Moon sahaja. Diskaun pula valid pada tarikh yg kak Moon bagitau sahaja.

Kalau saya ada member card dan saya pembaca blog Kak Moon mcm mana ? Maknanya bagus la sebab u ada 2 2 betul tak. Time offer member card u boleh membeli jugak....bila Kak Moon buat sale , u boleh datang jugak....hikssss

Saya duduk jauh, nak kirim atau beli online boleh tak thru Kak Moon ? Offer VIP day adalah khas utk walk in sahaja.  Apa sahaja harga yg di display masa VIP Day adalah valid pada masa itu sahaja. Ada reader Kak Moon dari Sabah n Sarawak datang khas utk beli langsir...dari JB dari Kedah n Penang semua pun ada . Yg paling jauh adalah dari Australia...kebetulan balik cuti n kena tarikh sale...terus 1 umah Australia dia buat .

Namun demikian kalau u ols ada nak beli online boleh deal ngan Mida atau ke page Globe. Boleh deal ngan Mida...tapi takley la mintak harga Kak Moon. Kak Moon tulis situ RM10 saya nak RM10 jugak ....maaf mmg tak boleh. Bak Moon kata harga VIP hanya utk walk in dan tarikh itu sahaja. Tapi kalau kebetulan store buat discount ok la kan .

Nak beli borong mcm mana ? Boleh. tu bisa di runding n di nasihatkan utk dtg ke kedai sebab utk memudahkan kita diskus dan pemilihan kain. Mmg ramai ID dan kontraktor serta pengusaha hotel amik kain dari SH Globe...termasukla house developer.



Jom tgk apa kata mereka 
1      Filla 
       Peej Burhan 
3     Neena Anuar 
   Dya Pinkymomma 
      Mimy Hamid 
         Kak Ai





Fesyen Hijab Selebriti

Trend fesyen selebriti mmg slalu menjadi ikutan. Kini semakin ramai selebriti tempatan yang tampil dengan imej bertudung. Ramai jugak yang keluarkan brand sendiri .Antara selebriti tersebut adalah Naelofar Hijab, Hijab by Emma Meambong dan Nora Danish Collection dan banyak lagi.
.
Trend tudung dikalangan artis ini menunjukkan bahawa fesyen Muslimah sememangnya semakin
berkembang. Jom kita tengok trend trend fesyen hijab beberapa selebriti ni.


 1- Adira


Adira ni mmg putih melepak kan. Kalau tgk dia, misti dah nampak dah style tudung dia. Dia suka pakai tudung kilat satin. Mmg sesuai sangat dengan dia. Kalau dia pakai ala lilit2 simple pun nampak dah lawa


2- Yuna


Siapa tak kenal Yuna kan. Sekarang org luar negara pun dah kenal Yuna. Pasal style tudung Yuna plak mmg banyak tibulkan kontreversi pada awal awal dia start pakai ala ala turban ni kan. Mmg semua org kutuk la style tudung mcm ni. Tapi cuba tgk skrg, ramai yang pakai ala Yuna. Pakai turban ni ...mostly kalau ke luar negara mmg Moon nampak ramai pakai cam ni. Atau pergi dinner n etc. Tu la kan ...org kata jgn kutuk nanti tersuka mcm mana ahakssss. Tak salah pakai turban ni..tapi make sure apa yg patut ditutup dapat ditutup dengan sempurna.


Tapi personally la...Moon suka tgk Yuna pakai tudung ala Hana Tajima tu...nampak sweet n sopan aje 


3-  Najwa Latif


Najwa Latif memang comel n simple bila kerap pakai tudung bawal. Lepas tu, cara dia pakai pun menjadi ikutan remaja. Ala pin sebelah je cam tu. Hari tu Moon ada jugak cuba tapi cam tak sesuai je ngan akak yg dah tua nih hahahahahh. Tapi remaja cam Najwa pakai mmg nampak comey je 

Terus dengar lagu kosong kosonggggggg

4- Norjuma dan Aidijuma


 

Perasan tak, ada sesetengah orang memang bentuk muka dia org mmg cantik sangat kalau pakai tudung bawal. Macam Datin Norjuma ni ...kalau dia pakai tudung bawal memang cantik n manis cam budak U je kan. Sebenarnya tudung bawal ni adalah a must have tudung untuk semua. Semua perempuan kena ada tudung bawal. Sebab bawal ni sangat senang nak pakai.

Hari tu member opis pergi pos kan tudung bawal Aidijuma milik wife dia. Dia kata ad aorg approach wife dia utk beli collection Aidijuma.....wahhhhh maknanya Aidijuma ni memang dah ada pengumpul setia . Prelove pun menjadi rebutan .


5 - Aida dan CitrAida


si cantik manis Aida atau lebih dikenali sebagai Aida Gadis Melayu ni pun sangat cantik bertudung bawal. Bawal bawal from CitraAida sangat cantik n adalah bercorak airbrush. 

Moon sendiri pun ada few collection of bawal airbrush. Baru2 ni siap ada org pm nak beli bawal airbrush Moon. Tapi sayang la nak jual eheheheh lagi pun patern tuh mmg dah tak ada.


6- Nora Danish


Ramai yg bagitau shawl shawl by Nora Danish ni lawa lawa. Moon pun sempat la pergi intai2 kat Zalora...mmg betul, mmg cantik n sweet je. Ke sebab Nora yg pakai hikssssss


7- Hanis Zalikha


Ni mmg trend sekarang kan. Di mana semua anak anak muda n student dah pakai style simple macam ni. Semer pakai style Kek Nis. Masa mula mula keluar style cam ni kita panggil nih style shawl nak cepat atau stle shawl malas malas hahahahah. Tapi skrg meletop kebabom. Skrg merata rata org jual nama Kek Nis ekekek serta pakai style Hanis


8 - Emma Maembong


Hijab by Emma Maembong pun lawa lawa n besar. Ada banyak jugak collection Emma ni



9 - Neelofa


Ni mmg famous tahap gaban....sebab shawl dia sangat lawa lawa n ada banyak choice. Hari tu pergi jalan kat mana lupa dah. Tapi nampak ramai sangat org kerumun satu stall ni. Moon pun cam curious jugak kan. So pergi la intai....rupanya tgk org duk borong tudung Neelofa ni...semua memang beli 3 4 terus. Wow mmg ramai peminat tudung Neelofa kan.

Ada banyak lagi fesyen hijab selebriti dan terkini yg available. Sekarang ni mmg senang dah dan benda benda cantik memang cepat popular. Serta kalau nak beli pun senang sebab dah boleh beli online sahaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...