Wednesday, March 30, 2016

Yaya 8 tahun

Selamat Hari Jadi ke 8 buat Yaya


Ni gambar lama ...sekarang pipi dia dah bolat dah hahahha



Semalam dia tertido awal. Yang hebatnya pasal Yaya ni adalah , dia mampu tido kat mana sahaja. Kadang atas lantai la....sambil kaki atas sofa ...terlentok kat kerusi la. Mmg dia la yang paling senang tido.

Hari tuh dia frust sebab takley tgk running man kat TV lepas tuh dia cam masam je kat sofa . Tak sampai 5 minit sekalik dah terlena kat situ bersama timbunan bantal2.

Yaya ni mmg suka sangat kat baby. Mmg kakak yg sangat la penyayang. Dari zaman si Rafiq kecik lagi mmg dia suka bertepek je ngan Rafiq. Kejap kejap dtg peluk Rafiq...kenyek pipi Rafiq yg tembam tu. Macam dah obses sangat ngan Rafiq. Lepas tuh asyik mintak adik je ngan mummy hahahah

Bila Nani tanya kalau Yaya ada adik nak bagi nama apa

Nak bagi nama Rafiq

Kalau dapat baby perempuan nak bagi nama apa 

Nak bagi nama Rafiq juga 

Hahhahah sangat kelaka, Tapi sekarang Rafiq dah lagi besar dari dia mana larat Yaya nak kejar n dukung Apik dah hahah sekali tangan Apik backhand Yaya mau terpelanting Yaya


Sekarang, dia sangat attach ngan Sarah. Memang boleh dah nak mintak tolong dia pakai kan Sarah pampers ke apa . Kadang kalau balik petang2 Moon akan cepat2 masuk dapur nak siapkan dinner. Nanti dia ajak la adik dia mandi sekali. Lepas siap mandi tolong lap kan Sarah, bagi pakai pampers n pakaikan baju. Rasa sweet sangat . 

Mummy baru nak pergi kat Yaya dia dah ckp tak apa , Yaya dah siapkan adik. Mummy masak la .


Skrg dia dah besar tapi badan je besar n panjang tapi umor budak2 lagi. Still jugak nak majuk majuk, still jugak nak bermanja manja ngan kita org.

Kalau Pak Sutan meniarap atas carpet depan TV mmg dia pun akan meniarap jugak atas belakang daddy dia. Dulu Abg Isk slalu buat cam tuh. Tapi skrg Abg Isk pun dah besar mau terberak daddy kalau Isk pun meniarap atas belakang hahahha. Bila Yaya dah turun si Sarah plak sambung meniarap atas belakang daddy dia.


Sekarag dia dah darjah 2. Kadang2 pagi2 mmg dia menguji kesabaran sket. Kadang masuk bilik air punya la lama. Dah siap mandi nak pakai baju pun sangat slow. Now Moon paham kenapa masa Moon umor baya baya dia arwah mak slalu marah n kata slow. Exactly macam Yaya . Nak pakai kain sekolah pun lama...lepas tuh ulang aling kesana ke mari baru nak sarung baju sekolah. Lepas tuh nak pakai tudung lagi....mmg sgt slow la. Ataupun di mata Moon je kot.

Tu Pak Sutan baru2 nih ckp kat Moon...jgn marahkan sangat kat Yaya sian dia. Takut dia kecik hati atau terasa ke apa. Just ckp elok2 kat dia

Bila Pak Sutan ckp baru Moon rasa ah ah la mebi im to harsh on her. Sebab dia kakak...Moon pun expect utk dia cergas n cekap buat semua benda. Padahal dia baru 8 tahun kot....still nak tepek2 nak peluk2. Kadang2 tak perasan pun sehingga la someone bgtau ...hey apa u buat ni tak sesuai. Terus kita baru cam sedar.

Kalau nak dikirakan banyak sangat benda yg bagus dia buat n mmg patut selalu berikan pujian kat dia. Betul la org kata ...anak anak akan mengajar kita tentang banyak benda.



Mummy sentiasa doakan Yaya berjaya dunia dan akhirat. Kadang kalau masa Yaya dah lena tido mummy pergi usap usap kepala kakak baca Al-Fatihah serta doakan yg baik baik utk Kakak.

Sayang Kakak Yaya ...mmuahhhhhhhh

Selamat Hari Jadi yg ke 8 ya kakak.



Tuesday, March 29, 2016

Kolam mandi di Precint 11

Kolam ni mmg port anak anak mandi manda. Tapi last year tutup agak lama juga...rasa dekat setahun kot. Sebab ada kerja kerja naik taraf rasanya.

Budak2 ni setiap kali daddy dia org g main badminton kat sana misti tanya

Kolam dah boleh guna ke ..bila boleh mandi kolam 

So last week baru berpeluang pergi mandi kat sana. Moon tak sempat amik gambar sgt sebab duk tgk si Sarah.

Isk , Yaya n Pak Sutan pergi mandi kat bahagian dewasa


Cantik dan besar sangat kolam kat sini. Sekarang plak musim panas....menyeksakan diri je kalau mandi di siang hari.Waktu malam ok la sikit kan...walaupun bahang dia sampai peluh menitik2 kat tepi shawl. 

Sesi 1:9.00 pagi– 11 pagi
Sesi 2:1.00 petang – 3.00 petang
Sesi 3:5.00 petang – 7.00 petang
Sesi 4:8.00 malam – 10.00 malam


Kita org mmg slalu dtg malam je . Lagi pun kat sini complete la. Ada tandas n tempat mandi yang selesa. Tempat makan pun ada...makan pun sedap sedap. Surau pun ada. Memang selesa.....bangunan kat sini pun cantik . Semua batu bata merah tu. Kalau buat photoshoot pun lawa ni 

Bayar pun tak mahal. 

Kanak kanak RM1 je 
Dewasa RM 2

boleh mandi sampai kecut hahahhaha. Pak Sutan kata skrg lantai kolam tuh bukan tiles dah...ia macam getah plastik nyut nyut  ( nampak tak betapa lembut nya lantai tu siap ada effect nyut nyut bila pijak ) vleyyyyy


Rupanya ada banyak kolam mandi kat Putrajaya ni . 

Precint 9
Precint 16 
Precint 6 

Kalau ada warga Putrajaya yg tahu mana lagi ada kolam best kat Putrajaya please share ya tq tq 

Ke Training la kita

Memang lama sangat tak pergi training ya ala ala macam ni. Masa zaman TM Net dulu mmg kerap. Dengan teambuilding nya n macam macam soft skill training kita org kena attend.

Skrg pun banyak juga training tapi more pada job training n belajar benda benda baru. Bila kita dalam line IT ni memang banyak peluang utk belajar benda baru. Sebab teknologi ni makin lama makin hebat.



So hari tu dapat pergi utk Prob Solving. Mmg enjoy sangat...2 hari rasa cam kejap la sangat. Tapi masa duk training tu mmg nampak banyak sangat benda yg boleh di apply kat tempat kerja dan juga utk kegunaan sendiri juga. So kalau kampeni korang nak hantar korang ke training2 soft skill mcm ni, baik korang pergi sebab mmg best. Sesekali bagi fikiran kita jadi lebih terbuka sket kan .

Pic semua credit pada cikgu kita org Mr Saif yg sangat best


 pikir la mcm mana nak tuka 2 kotak pada 4 kotak

At the end Moon manage to crack the code cara lain . Tapi at the end jawapan dia senang giler hahahha. Kesimpulannya masalah kita sebenarmya tak rumit pun. Tapi kita biasanya akan merumitkan keadaan

Jawapan tak ley share sebab nanti rakan rakan kije yg lain dpt jawapan bocor hahahha. So korag kena pergi sendiri n explore hahahha


Amnoi jejaka semua kemain berfikir sambil berdiri ya. 

 Ni plak kena imbangkan botol atas kain. Kena berjalan sama sama ke 3 check point dan lalu beberapa halangan. Ni utk test teamwork kita . Yes....saya satu team ngan Pak Sutan la la la la laaaaa


part ni mmg best sebab kita list kan semua benda ...lepas tuh kita filter n filter sampai kita jumpa punca utama nya. 



Tq VLC...sangat best dtg sini n belajar banyak benda yg sangat berguna. Boleh digunapakai utk perbaiki diri serta kerja.

Mmg highly recomended utk pergi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...