Wednesday, April 13, 2016

Sale langsir Sarah Hughes Globe

Pasti ada yang ternanti nanti update dari Moon kan ( perasan jap ) Ampun la u ols . Akak sangat bz. Lepas sale kat Sarah Hughes Globe terus akak bz kan diri buat persiapan adik kawen plak. So mmg 2 3 minggu nih akak busy la sangat.

Gambar yg kat Globe ni pun baru je upload. Dah upload ke laptop nak kena resize jugak n letak watermark. Sebab skrg mmg org suka je copy gamba dr blog kita kan. Akak lepas gamba anak akak diguna pakai utk masuk pertandingan bayi comel oleh org lain, terus sekarang hampir semua gambar akak letak watermark.


 Sekarang mmg lega sket. Sebab buat 2 hari, dulu Moon buat sehari....lepas tuh jadi tak terkawal sebab ramai sgt yg dtg. Sian plak semua kena tunggu utk beli kain. Mula dari tuh la buat 2 hari atau 3 hari. So semua boleh tengok kain dengan tenang n buat pilihan betul betul.

 Yang penting adalah semua selesa n happy pilih kain yg terbaik utk rumah masing masing

Cik Sarah n Cik Yaya

 kali ni bawak kids sekali ..Cik Sarah tu toksah citer la. Dia buat cam umah sendiri lari ke sana ke mari. Kita plak risau kalau dia tersepak rail langsir tu.

 Bila dah jadi langsir macam cantik plak kan. Moon panggil kain ni kain kedut seribu....bila dah siap mmg meletop n nampak mahal. Yg penting takyah nak risau kain langsir kedut hahahah. Kain ni bidang 110

 ni warna kedut seribu yg lain ...yg krim tuh bila jadi langsir sangat cantik. hari tuh ada sorang akak ni dia buat utk bilik pengantin anak dia....lawa sangat . Dia tunjuk dari phone dia....akak kalau baca entry nih whats app kan kat saya gambar tu boleh....mana tahu boleh dijadikan sumber inspirasi buat org lain juga. Baik utk pengantin baru dan juga pengantin lama cam ai ni hahahha

ni antara kain upholstery yg boleh dibuat sarung kusyen, balut sopa ...buat sarung bean bag...buat bag dan juga boleh dibuat langsir. Memandangkan kain ni tebal dan berat, so kalau nak buat langsir make sure rail anda kukuh dan banyak sokongan.

 Amboi cik Sarah duk pilih kain utk bilik ke. Sempat juga tangkap budak ni sekejap....lepas tuh mmg suh Pak Sutan bawak dia org masuk bilik kat atas je. Sebab Abg Isk dah duk cakap nak masuk bilik ...nak main laptop latew.


Mari belajar warna ngan Sarah. Budak budak lain tgk kad ....anak akak tgk buku catalog kain u ols hahahahha.


 Ngan akak yg memenangi percutian ke Penang. Banyak kain yg gondol. Kain pertama habis adalah kain black out. Sebab musim panas sekarang ni....so kain black out mmg berguna utk block haba. 


Ada juga yg tanya ada tak kain yg murah murah. Ada u ols...cam kain yg Kak Moon pegang kat bawah tu hanya RM5 sahaja.

Tapi kadang yg dtg nak beli kain RM5 tapi terbeli kain lain yg harga RM10 RM15 hahahah

 
 Amik gambar ngan kain RM5 merah ni pada hari sabtu. Hari Ahad terus ada org borong habis. Katanya sebab nampak kak moon pegang n post kat IG hahahha

 selesai day 1...petang tuh sambung gie jalan jalan kat pasar malam plak. Rupanya that day ada perhimpunan depan sogo kan.

kami sampai kol 11 dah ada ramai dah org kat lvl 7. Semua dah duk ronda pilih kain 

 
 
 Pak Sutan sempat bergamba ngan owner besar hikssssssss

Ngan Ketan, sian dia sebab sakit mata. So kena berkaca mata hitam aje. Tapi dalam duk sakit2 mata still juga dtg

 
 Antara reader yg dtg utk sopink kain langsir raya

 Mummy dia duk assist reader yg dewasa....Sarah plak bermain ngan customer yg kecik kecik kay.

 Oloooooo napa posing mcm tu hahahhaha. Model langsir ke Sarah

Bahagian amik order la yg paling bz

Ni masa Ketan cabut nama utk cabutan bertuah. Sian org sakit mata

meeting pun pakai spek. Katanya takut Moon n Sutan plak jangkit. Silap plak tak suh Pak Sutan amik gambar dia banyak banyak hahahhahah ( just kidding bos ) Masa ni tgh diskus sket...ada banyak plan ni ...plus akan ada floor baru akan buka. Thanks buat semua sebab atas sokongan anda semua, bahagian langsir bertambah sukses. Nanti bila dah dpt date utk launching akan Moon war war kan kat sini ye.

Ni pun dah ramai duk tanya bila tarikh sale lagi. Moon dah bgtau Ketan bulan puasa Moon takkan buat VIP sale sebab takut tak sempat siap order ke apa kan. Plus Moon mmg tak free bulan puasa nanti. So sale terakhir utk Raya mungkin akan sebelum raya. Tapi bila tarikhnya Moon tak pasti lagi.

Terima kasih buat semua yg dtg. Kebanyakkan yg datang adalah org yg first time nak dtg nak tgk tempat, nak tgk kualiti kain dan tengok harga kain heheheh. Yg pastinya semua terkejut tgk harga VIP Kak Moon. Kan akak dah ckp harga mmg special....trust me ya. Yang pasti tak ada syarat ya. Janji u ols dtg aje...terus dpt harga special.

Make sure anda follow page Miera301 at Sarah Hughes Globe ya sebab apa apa pengumuman Moon akan buat kat sana. Serta kat Blog dan IG



Nasib baik dah tempah langsir utk umah dan bilik...tak sabar tunggu langsir siap hahahhaha

Wednesday, April 06, 2016

Cuci periuk dengan baking soda

Sejak terbaca kat internet mengenai kehebatan baking soda ni.....mmg Moon selalu pastikan kat rumah sentiasa ada baking soda.

Sekarang mmg pakai baking soda utk almost everything. Dalam The Pulze Cyberjaya ni plak ada kedai hardware n ada baking soda ni....terus je beli. Bawah RM10 aje.

Moon beli yg mcm ni la . Tapi kebanyakkannya Moon pakai utk mencuci .

Ada member bgtau kalau kita basuh baju guna mesin basuh, tambah sesudu baking soda dlm air basuhan . Hasilnya baju akan jadi lebih bersih. So hari tu cuba dengan baju sekolah budak2 ni yg kadang bau macam sambal belacan tu hahahhah. Hasilnya not bad.

Kadang Moon tenyeh kolar baju n lengan yg ada daki daki tu dengan sabun fruitale....pun berkesan. Takyah nak memberus dah...campak masuk mesin basuh je. Tapi kalau hitam legam sangat mmg puas hati kalau dapat berus...yer dak. Kalau takat daki manja manja ok...



Sebelum ni dapur umah kita org mcm dah nak rosak. Bayangkan dah 5 thn n heavy usage plak . Segala periuk besar semua duduk atas tu. Jadi lama lama penunu dia tuh pun reput la kan. Hasilnya banyak periuk jadi hitam legam. Nak sental masa tuh mmg malas la kan. Sebab lepas sental nanti hitam balik....so kita tinggu je la bila dah beli dapur baru, baru kita cuci semua periuk bagi kilat

So boleh tgk video kat atas, mcm mana senang nya.

Sepatutnya dia kena tepek paste tu semalaman. Tapi biasalah, akak ni tak sabar nak tgk hasil....dalam sejam dah pergi tenyeh...tapi still kuar hokey. Hasilnya habis kuku mak hitam....tp dont wory, amik je berus gigi lama lama tuh letak baking soda n tenyeh kuku....walllaaa putih balik auw


campur baking soda dengan air ...jadikan paste n tepek je kat belakang periuk.



hasilnya berkilat u ols ...yg tinggal tuh mmg takley kuar tapi periuk mak terus licin cam baru dapat facial treatment .  Habis je sental periuk, habis sink sink tu pun mak sental u ols. Keluar segala daki 

Bila periuk dah bersih, baru la tak segan kalau mak mertua mai umah.  Betul dak....

So nanti korang boleh la try lepas tuh share ngan Kak Moon tau. Macam mana ok ke tak ye 



Apa beza baking soda dan baking powder. Ni akak bgtau simple n apa akak paham je la k. Kalau nak tahu detail kena gie baca kat tenet hiks



Apa itu baking soda :
Baking soda adalah Sodium Bicarbonate atau Sodium Hydrogen. Ia ada rasa masin sket..kelat n pahit ( akak tahu sebab hari tu pernah sekali test tenyeh gigi konon nak bagi gigi putih la kan )  Rupa dia dlm serbuk putih yg halus tu. Biasa dijual dalam kotak

Apa itu baking powder:
Baking powder pun dari baking soda jugak. Tapi ada campuran lain yg acidic sket mcm cream of tar tar. Kesimpulannya ikut resipe korang hahahahha kadang ada biskut dia org mintak baking soda. Tapi biasanya utk kek, kita pakai baking powder kan hahahha


* pic credit to simplyrecipes , anda boleh baca juga kat Simply Recipe

sila google the use of baking soda. Rupanya mmg banyak kegunaannya .



Ni yg mmg tried n tested n mmmg slalu buat 



1 - Moon letak dalam peti ice sebab peti ice bau cam busuk je. Kadang letak arang seketul utk hilangkan bau. Kadang letak sepinggan baking soda. Mmg berkesan n peti ice tak bau busuk lagi. Kadang perahkan sikit lemon dalam baking soda tu...so bau dia akan fresh je tiap kali bukak peti


2- Clearkan sink tersumbat. 

Ni mmg Moon dah buat n selalu buat. Hari tuh air dari sink dapur keluar kat lubang lantai bilik air. Macam macam la Pak Sutan cuba buat...korek la...pam pakai pelocok tuh. Satu pun tak jalan. So Moon pun google n nampak org rekemen suh guna baking soda n cuka. 

Bukak kabinet nampak ada cuka sebotol. Terus masak air panas seperiuk besar.  Masa tuh dlm sink ada air ...moon cebok bagi cetek sket. Dlm u tube tunjuk sink penuh air....tapi moon cuba kurangkan air yg bertakung tu. Sebab nak tgk punya pasal....

Moon pun letak secawan baking soda tuh n tuang cuka. Terus ia berbuih buih ....lepas lama sket jirus ngan air panas. Pergggggggggg terus jalan semua n air yg dalam bilik air tuh pun surut jugak. Pergggggggggggggg

Nak puas hati lagi jirus lagi sekali air panas seperiuk besar. Bunyi lancar je air lalu bawah lantai ...puas hati sangat . 

Boleh baca kat SINI 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...