Wednesday, April 13, 2016

Sale langsir Sarah Hughes Globe

Pasti ada yang ternanti nanti update dari Moon kan ( perasan jap ) Ampun la u ols . Akak sangat bz. Lepas sale kat Sarah Hughes Globe terus akak bz kan diri buat persiapan adik kawen plak. So mmg 2 3 minggu nih akak busy la sangat.

Gambar yg kat Globe ni pun baru je upload. Dah upload ke laptop nak kena resize jugak n letak watermark. Sebab skrg mmg org suka je copy gamba dr blog kita kan. Akak lepas gamba anak akak diguna pakai utk masuk pertandingan bayi comel oleh org lain, terus sekarang hampir semua gambar akak letak watermark.


 Sekarang mmg lega sket. Sebab buat 2 hari, dulu Moon buat sehari....lepas tuh jadi tak terkawal sebab ramai sgt yg dtg. Sian plak semua kena tunggu utk beli kain. Mula dari tuh la buat 2 hari atau 3 hari. So semua boleh tengok kain dengan tenang n buat pilihan betul betul.

 Yang penting adalah semua selesa n happy pilih kain yg terbaik utk rumah masing masing

Cik Sarah n Cik Yaya

 kali ni bawak kids sekali ..Cik Sarah tu toksah citer la. Dia buat cam umah sendiri lari ke sana ke mari. Kita plak risau kalau dia tersepak rail langsir tu.

 Bila dah jadi langsir macam cantik plak kan. Moon panggil kain ni kain kedut seribu....bila dah siap mmg meletop n nampak mahal. Yg penting takyah nak risau kain langsir kedut hahahah. Kain ni bidang 110

 ni warna kedut seribu yg lain ...yg krim tuh bila jadi langsir sangat cantik. hari tuh ada sorang akak ni dia buat utk bilik pengantin anak dia....lawa sangat . Dia tunjuk dari phone dia....akak kalau baca entry nih whats app kan kat saya gambar tu boleh....mana tahu boleh dijadikan sumber inspirasi buat org lain juga. Baik utk pengantin baru dan juga pengantin lama cam ai ni hahahha

ni antara kain upholstery yg boleh dibuat sarung kusyen, balut sopa ...buat sarung bean bag...buat bag dan juga boleh dibuat langsir. Memandangkan kain ni tebal dan berat, so kalau nak buat langsir make sure rail anda kukuh dan banyak sokongan.

 Amboi cik Sarah duk pilih kain utk bilik ke. Sempat juga tangkap budak ni sekejap....lepas tuh mmg suh Pak Sutan bawak dia org masuk bilik kat atas je. Sebab Abg Isk dah duk cakap nak masuk bilik ...nak main laptop latew.


Mari belajar warna ngan Sarah. Budak budak lain tgk kad ....anak akak tgk buku catalog kain u ols hahahahha.


 Ngan akak yg memenangi percutian ke Penang. Banyak kain yg gondol. Kain pertama habis adalah kain black out. Sebab musim panas sekarang ni....so kain black out mmg berguna utk block haba. 


Ada juga yg tanya ada tak kain yg murah murah. Ada u ols...cam kain yg Kak Moon pegang kat bawah tu hanya RM5 sahaja.

Tapi kadang yg dtg nak beli kain RM5 tapi terbeli kain lain yg harga RM10 RM15 hahahah

 
 Amik gambar ngan kain RM5 merah ni pada hari sabtu. Hari Ahad terus ada org borong habis. Katanya sebab nampak kak moon pegang n post kat IG hahahha

 selesai day 1...petang tuh sambung gie jalan jalan kat pasar malam plak. Rupanya that day ada perhimpunan depan sogo kan.

kami sampai kol 11 dah ada ramai dah org kat lvl 7. Semua dah duk ronda pilih kain 

 
 
 Pak Sutan sempat bergamba ngan owner besar hikssssssss

Ngan Ketan, sian dia sebab sakit mata. So kena berkaca mata hitam aje. Tapi dalam duk sakit2 mata still juga dtg

 
 Antara reader yg dtg utk sopink kain langsir raya

 Mummy dia duk assist reader yg dewasa....Sarah plak bermain ngan customer yg kecik kecik kay.

 Oloooooo napa posing mcm tu hahahhaha. Model langsir ke Sarah

Bahagian amik order la yg paling bz

Ni masa Ketan cabut nama utk cabutan bertuah. Sian org sakit mata

meeting pun pakai spek. Katanya takut Moon n Sutan plak jangkit. Silap plak tak suh Pak Sutan amik gambar dia banyak banyak hahahhahah ( just kidding bos ) Masa ni tgh diskus sket...ada banyak plan ni ...plus akan ada floor baru akan buka. Thanks buat semua sebab atas sokongan anda semua, bahagian langsir bertambah sukses. Nanti bila dah dpt date utk launching akan Moon war war kan kat sini ye.

Ni pun dah ramai duk tanya bila tarikh sale lagi. Moon dah bgtau Ketan bulan puasa Moon takkan buat VIP sale sebab takut tak sempat siap order ke apa kan. Plus Moon mmg tak free bulan puasa nanti. So sale terakhir utk Raya mungkin akan sebelum raya. Tapi bila tarikhnya Moon tak pasti lagi.

Terima kasih buat semua yg dtg. Kebanyakkan yg datang adalah org yg first time nak dtg nak tgk tempat, nak tgk kualiti kain dan tengok harga kain heheheh. Yg pastinya semua terkejut tgk harga VIP Kak Moon. Kan akak dah ckp harga mmg special....trust me ya. Yang pasti tak ada syarat ya. Janji u ols dtg aje...terus dpt harga special.

Make sure anda follow page Miera301 at Sarah Hughes Globe ya sebab apa apa pengumuman Moon akan buat kat sana. Serta kat Blog dan IG



Nasib baik dah tempah langsir utk umah dan bilik...tak sabar tunggu langsir siap hahahhaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...