Friday, June 24, 2016

Kepala ikan

Last time masa Mama dtg rumah kita org, Talib ada belikan banyak kepala ikan. Sebab dia kan jaga bahagian supermarket so mmg kepala ikan ada banyak sangat.

Masa tuh mama masak seperiuk besar. Ada dekat 10 kepala ikan merah kot. Memang puas hati makan sebab mama buat ala ceroi ceroi ( tak pekat ) sangat n ikan tuh jadi lembut sangat siap boleh sedut jeli jeli dari kepala ikan hahahhaha.

Lepas tuh duk asik terkenang aje kari kepala ikan. Tapi takmo yang beli sebab kadang kat kedai mamak mahal sangat 1 kepala kadang taste pun tak kena kat tekak kita.

So mmg slalu tanya Talib ada tak kepala ikan utk dijual. So 2 hari lepas Talib kata ada....ada lagi, kita org balik kije laju laju ke tempat Talib. Dia paskan kepala ikan. Besar besar sangat ....on d way  balik ke umah dah terbayang dah kepala ikan dalam periuk hahahhaha

 Ada banyak jenis. Alahai very the mak mak sangat kan...kepala ikan dlm sink pun kita ley jadi excited. Dalam kepala duk pikir dah nak masak apa . Semua kepala dah siap belah

Ada 4 keping kepala ikan merah
6 keping kepala ikan jenahak
2 keping kepala ikan tenggiri
2 keping kepala ikan kerapu



Puas hati sangat ....cuci cuci n simpan dlm peti dengan muka penuh senyuman muahahhaha hover nangattttttt 

Sebab dah sampai umah pun dah lambat tak sempat mengkari bagai maka kita makan je yg simple2 utk berbuka. Masak bihun aje sebab dah blur tak tahu nak makan apa. Habis 1 paket bihun utk berbuka hahahahha

Malam baru start buat kari. Semua kepala ikan merah selamat berenang renang dalam periuk. Lepas tuh up gambar kat group bagi Umi jeles la la la la 


Maka, tengah malam ratah kepala ikan....pergggg isi cair u ols . So besok nya boleh panaskan lagi kuah kari n campak kepala lain plak . 

Kari kepala ikan pair ngan sambal belacan pedas berapi n makan ngan ulam...perggg makan sambil pejam mata....syukurnya ngan nikmat ni




Thursday, June 23, 2016

Ephyra Skin Series

Misti ramai yang dah kenal Ephyra kan. Sebab skrg mmg dah ramai pengguna Ephyra. Dari 1 produk Ephyra Collegen, kemudian keluar Ephyra SkinBar. Lepas tu keluar pula Ephyra Inteemor dan M Flex.

Lepas tuh keluar pulak produk terbaru iaitu Ephyra Skin Nano Serum dan yang masih hot ...iaitu Ephyra Skin Nano

Adik beradik 3 serangkai iaitu Skin Bar, Skin Nano dan Skin Snow. Jadi ke tiga tiga produk ni adalah set Skin Series keluaran Ephyra.

Ada Skin Bar utk kita cuci muka

Ada Skin Nano utk serum

Ada Skin Snow utk pelembab siang dan malam

So kalau anda nak tahu lebih lanjut, kenalah baca sampai habis.

Moon dah guna Skin Series ni selama 2 minggu lebih dah. Memang suka sangat sebab beberapa masalah kulit berkurangan.


Ephyra Skin Bar 

Ni memamng Moon dah pakai lama. Setiap bilik air ada Skin Bar. Kat bilik air atas ada seketul dan kat bilik air bawah pun ada seketul. Yang paling best adalah sebab Skin Bar ni tak mengeringkan kulit Moon. Bau dia pun best ala ala honey dew....hahahha Lepas cuci muka, kulit pun tak rasa tegang semacam...tapi rasa bersih lembab n segar je. Yang pasti, ianya sangat lembut

Ni la Skin Bar kesayangan hamba. Sekarang dah ada bekas sabun. Jadi senang kita nak bawak travelling atau bawak pergi cuci muka kat toilet kalau kat office.

Skin Bar ni beharga RM39 seketul



Ephyra Skin Nano 

Teknologi Nano adalah teknologi terkini dan sangat popular dalam bidang kecantikan. Teknologi ini menjadikan partikel serum Ephyra sangat kecil sehingga mudah meresap untuk masuk ke lapisan kulit yang paling dalam. 


Partikel serum yang telah meresap akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikan permukaannya anjal dan tidak berminyak.



Kelebihan Ephyra Skin Nano 

1. Mengecutkan jerawat

2. Menghilangkan parut jerawat & jeragat
3. Menganjalkan & menegangkan kulit wajah yang kendur

4. Menghilangkan bintik – bintik hitam

5. Mencerahkan kulit kusam 

6. Memperbaiki tona kulit tidak sekata
7. Mengekalkan kelembapan wajah 


8. Menghilangkan lebam bawah mata


9. Merawat kulit terbakar (sunburn)  
10 . Memberikan efek kilauan pada wajah 
 Moon dah pakai serum ni 2 minggu dah n mmg suka sangat sebab lepas cuci muka sebelum tidur tu, sapukan nipis nipis je serum ni. Ianya cepat meresap dalam kulit dan tak melekit.

Besoknya bangun tidur memang boleh rasa beza sangat muka ni. Moon pula cuba serum ni masa muka tengah problem tetiba naik secara berjemaah pula jerawat ni. Macam semua duk pakat utk keluar serentak. Frust sangat masa ni sebab nak jumpa org pun jadi segan. Bila pikir balik the day before that, Moon ada makan laksa tapi mmg rasa kaw kaw la belacan dlm kuah dia. Dalam hati dah terdetik dah...kang keluar jerawat nih. Tapi mulut still makan. Yessss besok nya terus keluar.

Nanti u ols tgk gamba kat bawah ya. So mmg dalam masa seminggu tuh mmg gigih cuci muka ngan Skin Bar nak bagi jerawat tu kecut....lepas tuh cuba plak Skin Nano yang baru keluar ni.

Kesimpulannya IT WORKS !!

Ephyra Skin Nano berharga RM 68 sebotol




Ephyra Skin Snow

Ini adalah keluaran yang paling baru dapri Oceanlife dan ini terus melengkapkan set penjagaan wajah keluaran Oceanlife atau kita lebih kenali sebagai Ephyra.

Moon mmg sensitif dengan sesetengah pelembab. Sebab sesetengah pelembab akan menyebabkan muka mengeluarkan minyak melampau lampau dan seterusnya menjemput cik jerawat. Kadang sesetengah pelembab buat kita rasa cam muka melekit tahap gaban hahahha n sekitar mulut n di kumis manja ni rasa tak selesa.

Dah la kulit Moon ni kulit combination ...ada certain bahagian kemain la kering kontang, tapi di hidung n dagu berminyak.

Tapi masa Moon pernah pergi buat facial dulu dia org kata org kulit berminyak pun perlu juga pelembab tapi kena pakai pelembab yg gel base ...jangan pakai yg jenis balm atau krim

 Ni la Skin Nano si adik bongsu ....

Apa GENO WHITE?
 
Geno White "Smart Peptide" mengawal pengeluaran melanin dalam kulit. Puncanya jeragat adalah disebabkan melanin kulit dia keluar secara aktif. Dengan ada Geno White inilah ia akan melindungi dari akar umbi pengeluaran melanin punca terjadi jeragat, bintik hitam dan masalah kulit lain.

Bahan natural utama didalam Ephyra Skin Snow:

  • Natural arbutin dari Berry
  • Vitamin C ekstrak dari buah
  • Vitamin E ekstrak dari buah

Krim nya sangat lembut dan ringan. Moon rasa Skin Snow ni sama juga ngan Skin Nano, memang cepat menyerap masuk ke kulit. Lepas dah sapu tu mmg tak ada rasa 'berleming' ( berminyak...maaf ya saya org ganung....so apa aja yg berminyak saya akan panggil berleming hahhaha )

Sapu pun senang....ala pakai sikit aje tapi mmg cukup utk satu muka




8 Kelebihan Ephyra Skin Snow


  1. Menambah & mengekalkan kelembapan kulit wajah 
  2. Melindungi kulit dari sinaran UV matahari 
  3. Menghindarkan kulit dari jeragat dan pigmentasi 
  4. Menganjalkan kulit wajah agar segar dan muda 
  5. Meratakan warna tona kulit 
  6. Mencerahkan dan memberi seri kepada kulit wajah 
  7. Memberi sensasi bersinar dan segar pada wajah
  8. Mengurangkan tompok hitam


Yang pastinya semua produk keluaran Oceanlife telah memenangi anugerah Super Health Brand. Ini menjadikan produk mereka produk yang berkualiti serta dipercayai

Make sure anda membeli dari Ephyra serta agent agent yang sah tau contohnya cam akak ni hiksssssss sempat lagi kan pomot diri. Sebab Moon yakin ngan produk EPhyra la Moon still setia ngan produk Ephyra.

Pastikan produk yang anda beli dan terima ada QR code. 



Ok gigih korang baca pasal Ephyra Skin Series ni kan....so misti semua tertanya tanya betul ke berkesan. 

Secara peribadi dan berdasarkan pengalaman sendiri dan bukan org lain ya. Moon boleh katakan mmg ia berkesan. Moon suka sangat sangat dan berharap korang pun akan jatuh cinta juga ngan Ephyra Skin Series ni 

Ephyra Skin Series ni ia more utk memberikan kulit yang lebih sihat. Bukan la utk jadikan muka korang licin bak plastik n merah cam udang kena bakar bila kena panas....no no no . Kita pun kena make sure apa yg kita letak kat muka kita selamat digunakan dan tidak memberikan kesan cantik buat sementara waktu sahaja

 teruk kan ...masa ni mg stress sangat sebab duk tertanya tanya ni jerawat ke bisul ni sebab dia jadi bengkak sangat n sakit bila di sentuh . Jangan sangka akak tak ada masalah ye u ols. Dah lama tak kena macam ni tau.

 selepas 2 minggu lebih guna Ephyra Skin Series ni terus jerawat tu kecut n beransur hilang. Cuma tang parut still ada tapi much better than before ...seriyes


Hope keadaan kulit akan bertambah baik....ni baru pakai 2 minggu . Kalau pakai lagi misti akak sempat cantik kebabom utk raya nanti kan .

Baru mummy nak bergamba ngan skin series ni, skali anak dah nangis meraung nak mummy hahahahha

Tq Ephyra sebab tak pernah menghampakan saya....mmmuah 


Harga Promosi:

Harga EPHYRA SKINCARE SET: 
RM140 (SM) & RM150 (SS)
Harga ini adalah utk 1 set ya. So, memang jimat kalau beli 1 whole set. Tapi kalau nak beli asing asing pun boleh, Harga adalah seperti berikut ya :-

Kalau beli loose harga seperti berikut :
EPHYRA SKIN BAR - RM39 (SM) : RM45 (SS)
EPHYRA SKIN NANO - RM 68 
(SM) : RM72 (SS)
EPHYRA SKIN SNOW - RM 48 
(SM) : RM52 (SS)


Sesuai untuk semua jenis kulit.




Ephyra Skin Care Series kini boleh dibeli secara online melalui www.oceanlife2u.com 






Instagram : @ephyra2u





Whatsapp ke HOTLINE :  


019 - 3800 779

Beli dari Kak Moon pun boleh juga sebab Kak Moon adalah agent sah utk Ephyra
Email : moonpunyerblog@yahoo.com

 

Tuesday, June 21, 2016

menu berbuka

Moon mmg jarang nak share menu berbuka ( tapi suka tgk menu berbuka orang sebab nak jadikan sumber inspirasi chewahhh ) hahahahh kali ni nak share juga sebab ni la lauk fav kids kat umah ni. Kalau masak ni memang menambah la nasik ( tapi kalau masak lain pun menambah juga ahaks )


ni bukan gulai atau rendang ye. Tiada sebarang rempah kat dalam ni n nak masak pun senang. Nampak macam misti cerewet nak masak ni....padahal main campak campak aje.

Akak ibu bekerja...balik kije amik anak anak kat nerseri lepas tuh balik nak berkung fu kat dapur lagi...so kita pilih menu simple n campak campak. Siap masak awal n hidang awal atas meja, boleh la duduk hilangkan lenguh sementara nak berbuka puasa.

Tak tahu apa nama masakan ayam ni hahahha sebab biasa anak anak mmg suka ayam masak merah, tapi ni campo santan.

Ayam masak merah bersantan la kiranya

Ayam
Bawang merah blend
cili boh
serai 2 btg
halia sket
halba
asam keping

Cara Cara

1- tumis bawang blend agak agak 1 senduk ngan cili boh setengah senduk. Kalau nak pedas boleh letak lebih. Moon suka letak lebih sket sebab nak ada kuah2

2- masukkan serai yg dah dititik bersama halia sket. ( boleh juga nak letak daun limau purut kalau suka. Kadang kadang Moon letak...kadang kadang tak. Kali ni tak letak sebab malas nak keluar kat belakang amik daun limau purut )

3- bila semua dah pecah minyak masukkan ayam. Biar ayam masak n mesra gitu

4- lepas tu masukkan santan , biar mendidih . masukkan halba sket nak bagi wangi semerbak dan jgn lupa asam keping

5- masukkan garam n gula. Rasa dia akan masam, manis, masin n lemak lemak. Since lidah ni nak gaks pedas, maka Moon campakkan sekali cili padi 4 5 biji. So bila makan nanti ley kenyek cili tuh hhahhahaha alamak tetiba basah plak mulut ni


makan ngan nasik panas panas, lembek lembek sket mmg makan pejam mata u ols. Mek Sarah kalau suap nasik lauk ni memang 2 kali la dia menambah.

makan ulam ngan kacang botol pun sedap ni ...tapi kacang botol kat kedai tu kemain la tua...rasanya kalau gigit...serat / sabut dia je yg banyak. Kacang botol ni kalau dapat yg baby n halus halus tuh baru la sedap kan.



Ni saja buat tambahan lauk. Tauhu lembut  goreng lepas tuh gaul ngan sambal. Sambal ni adalah stok last dalam peti ais. Moon mmg buat lebih n simpan 2 3 bekas dlm peti. Kalau nak cepat panaskan sambal tuh n campak je udang ke....sotong ke...atau goreng ayam je . Ada sikit je balance ....so gaul je la semua sekali n habis kan baki terung dlm peti. Asalnya beli terung bulat tuh konon nak masak kari la apa. Sudahnya terlupa sampai ke sudah. Bila selongkar peti nampak ada 3 biji tersorok belakang plastik. Apa lagi potong2 n goreng kejap bagi layu n gaul je sekali

tu je la menu berbuka yg simple. So far masih belum ke bazaar ramadhan yg besar tu. Takat beli nasik kerabu kat tempat penjaja dekat umah ni je. Tu pun sebab sampai umah dah 6 30. Ngan nasik belum masak,,,,ikan keras kelengkung kelengkung dlm peti.

Skrg dah kurang minat nak berjalan sepanjang bazar Ramadhan. Sebab dah tahu diri ini akan terjebak membeli macam macam sudahnya membazir tak habis mkn .

So u ols boleh la cuba masak ayam santan tuh ...kalau dlm peti ice korang ada ayam ada santan. Ha menu malam ni boleh masak




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...