Monday, August 01, 2016

Gathering Raya KBBA 2016

Kali ni Moon join gathering Raya KBBA ( Kelab Blogger Ben Ashaari ) yg bertempat kat Ummiza Cafe. Tempat fav utk breakfast hampir setiap hari ( hahah terserlah kerajinan mak )

Last time on Oct 2015 pun Moon join gathering kat sini. Sebagai junior ( sebab baru join, aci tak gelar diri sendiri junior auwww ) ai sangat la pemalu nak gie snap snap gambo n berselfie ngan semua. Plus Pak Sutan tak ada...so kenala Moon angkut 3 tentera. Tapi tentera paling bongsu tu mmg tak duduk diam la.

Selamba je dia pergi angkut balang maruku duduk kat karpet n makan sorang2. Lepas tu ikut suka dia je pusing2 n lompat2 dalam tu

Mmg meriah sangat sebab ramai blogger yg hebat2 dtg u ols. Biasa sembang dlm whats app je kan....terus yg rancak sembang dalam whats app tu tetiba jadi malu nak bersembang bertentang mata hahahha



Sampai sampai je terus ternampak 1 benda yg sangat menarik n warna warni. Cuba korang teka apa ni ....

Ia bukan kek....tapi ia adalah Burger. OMG lawa sangat burger ni...

Burger adalah dari Second Item Burger Banting. Disebabkan kek dan pulut kuning bertingkat dah biasa sangat....maka kek burger berwarna warni memang la lain dari yang lain .

Kambing pun dah di pack siap siap dalam bekas , ni pun dari Second Item Burger Banting

 Ada cabutan bertuah juga pada hari tersebut. Seperti biasa, Moon mmg jarang bertuah bab bab cabutan bertuah ni. Hajat dihati nak tunggu sampai habis , tapi boleh plak si Sarah tu melabur plak .

Hadiah menarik ni ditaja oleh Cosmoderm, Tigerus dan Fata Bestari

Mera, Bella, Mar, Cik Mimin , Shiqeen Satar, Ezza

sempat snap gambar blogger lain je ...bila tiba time sendiri nak bergamba mula la anak anak suh amik air la...amik nasi la. Tak sempat mummy nak beramah mesra tau

Semua sangat comey comey


Tq pada Ummiza Cafe ....makanan mmg superb.


 Tgk la sikecik baju hijau tu ...siap bawak lari sebalang bekas muruku ..duduk macam duk kat umah sendiri plak


Sikecik ni mmg tak duduk diam la. Last last dia nangis sebab nak coklat dalam hamper yg org lain menang. Adik, tu org punya laaaaaaaaaaa. Tapi biasalah budak ni mana paham....duk tarik tangan mummy dia suh gie koyakkan plastik hamper org. 

 Masa sessi amik gambar ramai ramai ...ni la hasil tangkapan dari Yaya. Maaflah pada sesiapa yg terpotong muka n badan..photognya pun budak umor 8 thn hahahha .


At the end, kita snap gambo org yg tengah selfie hahahah . Sorry ya Yanie n Bella 


Sambal jering tu sangat marvelous . Kalau makan ngan nasi putih panas panas pun boleh buat menambah 2 3 pinggan ni . Asam pedas pun sedap


Ni fav Abg Isk ni. Kalau kata nak gie makan kat Ummiza ni misti dia tanya, ikan keli ada tak. Dua dua lauk ni mmg boleh buat bibir u ols merah n bengkak cam Kylie Jenner . Moon baru je nak letak kuah lemak cili api tuh banyak banyak...tapi terpaksa tahan diri sebab nak kena suap anak makan juga. 

Cik Yaya plak boleh tetiba jadi malu sangat. Sampaikan nak gie amik nasi utk makan pun malu..apa kesss

 Lawa baju melayu Lan pakai. Ni adalah Lan Careno dan juga Firr. Firr ni dalam whats app kemain la dia ....tapi bila jumpa ramai ramai ni terserlah malu malu kucing dia tuh


Ada pertandingan fesyen catwalk raya utk budak budak juga. Biasala Cik Sarah ni dia suka nak involve dalam benda cam ni. Walaupun kadang dia suka buat muka blur je, hakikatnya dia suka nak jalan jalan n pusing2 ni. 

Sudahnya acara catwalk jadi acara jalan jalan n pusing2. Nasib tak ada budak yg pitam hahahha akibat pening

Cik Sarah dpt adiah nom 4...tu pun dia dah happy sangat. Lepas dpt adiah time tu juga dia pergi kat kakak dia n koyak sampul utk tgk dpt adiah apa. 

Dapat badge kelab....masa amik daddy dia, kemain dia happy bgtau " Daddy baju Sarah cantik....dapat menang adiah butang baju " ...butang baju pun butang baju la dik 

 Lauk lain plak si Ain ni bawak kuar. Lauk pauk 2nd batch. Comey sangat si Ain hari tersebut....jgn usha yer sebab ni bini org n dah ada anak sorang. Anak dia pun sama umor ngan Sarah.

Kita org mmg start makan kat sini dari 1st day kedai ni bukak. Masa pregnant pun sama ngan si Ain ni. Tapi perut Moon kemain besar ...dia plak tak nampak cam mengandung pun. Ni kalau dia pakai kain biru n baju kurung putih...mmg sah org kata budak form 5

Tapi since Moon ni pun very the pemalu kan ...tahun lepas baru perkenalkan diri sebagai blogger tu pun sebab ada gathering n Ben ajak join the club. Nampak tak betapa pemalu nya akak ni hahahah. Dah tua tua ni segan plak sebab bukannya blogger yg hebat sangat pun kan. Akak hanyala Kak Moon langsir auw


 Kita org duduk kat dalam je sebab senang nak monitor budak budak ni .

Tapi boleh plak tetiba nampak sikecik tuh duk cangkung tengah tengah majlis....sambil mata berair je. Sahhhhh mmg dia buat 'kerja' la ni

Pak Sutan plak dah call tanya dah gerak utk amik dia ke. Alamak...terus lupa dia habis test pukul 1. Dah cepat2 angkut sikecik ni bawak balik la . Sebab sebelum haruman merebak ke setiap sudut, baik kita bawak lari siap siap.

Sempat jumpa few je salam bgtau nak balik. Ngan Ben pun tak sempat jumpa , sempat jumpa wife Ben je. Jumpa Kak Noor tuan kedai n cepat2 balik.

Sebab lepas pickup Pak Sutan, nak kena pergi open house nerseri plak. Tapi benda utama sekali adalah bawak balik sikecik ni utk cuci n salin baju.



Overall mmg seronok. Moon mmg bab bab cam ni sedikit segan sebab dia org ni semua power power woo and they take blogging very seriously. While akak  ni kadang update pun ikut suka hati je kan n bergantung kepada workload harian. Kalau bz mmg terbiarla blog akak ni.

But I learned alot from them. Dia org pun selalu share banyak benda yg selama ni Moon tak tahu n tak pernah teringin nak amik tahu pasal blogging pun. I really appreciate it sangat sangat.

Tq Ummiza Cafe, pada Kak Noor n anak anak semua. Kepada penaja penaja, kepada AJK yg menjayakan majlis ni ...mmg meletop kemeriahannya. Memang Gathering Raya KBBA 2016 amat meriah

Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin dan semoga kita berjumpa lagi di lain masa.

Sunday, July 31, 2016

Kenduri kahwin

Selamat Pengantin Baru buat Ina dan pasangan. Kenduri jiran mama kat Taiping. Sampai je dr Penang terus pergi makan kenduri ahaksssss perut pun dah lapar sebab duk sangkut dalam jam. Mmg elok benar la kan hahahha



Tahniah buat Ina dan pasangan 


bergambar ngan pengantin dulu 


nak ajak pengantin lelaki bergambar sekali tapi segan ahaks 

 ni plak pengantin lama hahhahaa


 memang dekat sangat hahhahah siap budak budak ni wat masuk nasik masuk umah n makan kat dalam hahah. Plus si Rafiq  langsung tak lepaskan Nani dia keluar.

Tahniah buat Ina....selamat pengantin baru ya. Akak dah siap stalk FB awak tgk gambar awak gie honeymoon hehehehhehehe

Monday, July 25, 2016

Drama Korea - Uncontrollably Fond

Ok sekarang Moon tersangkut ngan cerita ni...alahaiiii sebab kalau korang masing ingat citer The Heirs....mamat sorang lagi adalah hero citer ni siapa lagi kalau bukan Woobin

Sebelum ni duk syiok tgk DOTS Descendants Of The Sun dan juga citer Rain berlakon ni Please Come Back Mister  

Selepas cerita ni dah masuk episod ke 6 baru Moon start tgk. Sebab duk baca ramai org kata best..rupanya mmg besttttttttt ahaks....tambah plak Suzy ni berlakon.

comey la sangat si Suzy ni n watak dia dalam ni sangat best.

Citernya mamat ni adalah superstar , pelakon n penyanyi terkenal. Tetapi tiba2 doc bgtau dia ada tumor n boleh hidup dalam masa beberapa bulan aje .

Dia pun macam tak percaya sebab cara hidup dia sihat n dia tak pernah rasa sakit pun. Dengan sebab itu dia kata mungkin doc salah diagnos.

Si Suzy ni plak adalah wartawan cam tu. So dia dah kena buang kerja sebab amik rasuah ( rupanya dia amat perlukan duit ) jadi dia berusaha utk pujuk hero utk buat program dokumentari.

Rupanya dia org nih satu sekolah dulu n banyak berlaku masa zaman dia org kat sekolah dulu. Mamat ni mmg dah jadi kegilaan pompuan even masa zaman sekolah lagi.



Sebabkan si Suzy ni cam tak tergilakan dia sgt jadi dia cam paksa si Suzy ni berlakon jadi awek dia. Tapi one day ayah Suzy mati kena langgar. Lepas tu Suzy pun menghilangkan diri bersama ngan adik dia. So mamat ni cam rasa bersalah sangat. Sebab apa dia rasa bersalah tu korang kena tgk sebab bersimpul sekalik la citernya tapi best.

 Episod 3 banyak citer macam mana kisah dia org masa muda2 dulu . Macam mana Suzy berlakon jadi awek dia


 Then mamat ni pun setuju la nak buat dokumentari tu . Tp bila pompuan ni sampai umah mamat ni boleh plak dia allergic ngan anjing la lepas tuh ada few incident.

Masa episod 4 ni juga la buat pertama kali mamat ni sakit tiba tiba...

masa ni la baru dia ley terima yg mmg dia sakit dan akan mati. Doc plak kata tumor dia membesar cepat sangat n dia ada 3 bulan je nak hidup.

 boleh plak mamat ni luahkan perasaan dia kat Suzy ni masa dia tgh buat konsert. Mmg kecoh la kan...lepas tuh internet penuh la ngan kisah lama dia org dulu n etc

Suzy plak suka kat sorang mamat lain yg mmg selalu tolong dia org masa susah. Tapi apa yg dia tak tahu adalah,....sebenarnya mamat tu adalah anak org kaya yg berlakon susah

Dah ...tetiba 2 lelaki yg mungkin adik beradik berebut sorang pompuan


So dia org ni pun cubalah lari dari diburu ngan wartawan yg nak penjelasana. Ni la episod 6 . Sekali mamat hero ni plak hilang org tak tahu dia gie mana.

Gelabah la si Suzy ni n manager n kampeni mamat ni


Rupanya mamat ni lari kejap ke sebuah pulau terpencil.

Lepas tuh episod 6 habis sampai situ .........mencik tauuuuuuuuuu apa plak jadi lepas tu kena tunggu episod 7


So siapa yg sangkut kat drama ni jugaks?

Gambar gambar kredit pada page Dramabeans  sebab dia org mmg bagi detail punya writeup utk setiap episod plus gambar dr episod tu juga

Moon layan drama ni kat Dramacool. 

Moh la kita sama sama tunggu episod 7














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...