Monday, October 17, 2016

Balik Terengganu jap

Weekend lepas kita org balik ke Terengganu kejap sebab ada nak attend wedding bff Pak Sutan. Skrg Pak Sutan dah habis belajor maka weekend free la sket.

Pasal wedding kwn dia ni mmg dia sgt excited nak pergi. Siap bgtau Moon suh kosongkan schedule Moon ( cam bz benor kannnnnnn ).

Masa kita org masih belajar lagi n kebetulan kawan dia si Farid ni ada dtg KL . Pak Sutan mmg bawak Moon sekali jumpa kawan dia ...kira kenalkan kat kawan dia. Dalam ramai ramai kwn dia yang ni la dia selalu cerita....cerita cerita zaman sekolah semua.

Kalau balik Ganung pun si Farid ni la juga dia cari ajak kuar jumpa n lepak...mmg bff betul . So bila kawan dia nak kawen mmg dia sonok la sangat kan.

Since balik ganung....acara yg wajib harus la mencari makanan makanan yg di rindui....macam la duduk kat luar negara kekdahnya kan...terus request kat kakak nak makan ni nak makan tu. Dia siap tanya nak mkn apa ....terus bgtau takyah masak apa la kita beli je hahahah sebab rindu nak makan nasik lemak ikan ...nasik kuning..nasik minyak n nasik dagang semua tu

 Pagi pagi dah kuar food hunting. Ni nasik kuning Mok Der belakang sekoloh agama Ladang. Hebat sungguh sebab ada few kwn kwn FB cam ni nasik kat mana bila Moon upload gambar ni kat IG....curlas sgt u uols. Misti ni port u ols beli breakfast pagi pagi jugak kan .

Geram sungguh tgk Mok Der cubit isi ikan tongkol tu ,...mmg banyak dia letak n tak kedekut langsung .

Nampok plop buoh bom atau disebut buohbung hahahhah ni mmg fav Moon. Kalau balik mmg kena carik kueh ni pagi pagi. Dari kecik sampai ke tua ni pun suka hahahhaha. Ia ranggup di luar then bila gigit ia chewy lepas tu dapat inti ikan nyor manis manis perggggg. Mmg liat sket tapi sedap wooo


 Ada kayu kamat...kayu kamat ni cicoh air panas panas sedap sangat hokey ...dia mcm roti goreng tapi roti goreng yg padat.  Lepas tu singgah warung plak cari nasik lemak bungkus.

Mmg sawan kejap bila tgk macam macam makanan. Terus nak beli macam macam...padahal tadik dah beli nasik kuning dah. Tapi mengenangkan Pak Sutan nak makan nasik lemak ikan terus beli 2 bungkus utk dia. 

Breakfast mmg eat like a king betul sampai se'eh perut hahahhaha. Lepas mkn gie cuci kereta jap n sempat la Pak Sutan masuk kawasan sekolah dia. Siap bgtau Yaya...ni la skolah Daddy....ni kawasan daddy main ragbi dulu. Ni asrama....sonok betul dia dpt masuk kawasan skolah SS dia dulu.

Lepas tu singgah pantai jap

 

Tgh hari ke kenduri Farid n Imaan  . Tak bawak anak anak sebab dia org nak main ngan sepupu sepupu dia org . So mummy ngan daddy aje dating berdua


Masuk masuk dah nampak wajah yg sangat familiar ...terserempak ngan member sekolah Chung Hwa si Julia ni. Lama dop jupper ngan mung Julia. Rupanya Julia ni sepupu Farid ....pusing pusing kita jumpa jugop kan. Ju maintain je dari zaman skoloh sampai la skrg cam ni je dia.

Sempat la bergambar jap ngan Farid atau panggilan Pak Sutan kat dia "Rritt" ...walaupun kadang kadang bunyinya cam pelik je hahahhaa.

ni la pengantin nya yg sangat sweet n comel....Farid, aku maksudkan mek mung tau hahahhah. Moga korang berdua membesar bagai johan cam kita org muahahahhahaha.

 sempat snap pakai phone aje la ...gamba pun kelam aje....tapi yg penting anda happy kan kan kan .

 Petang plak gie singgah kedai kueh yg mmg dari dulu lagi ada kat sini...mmg banyakkkkkkk kueh kat sini . Sampai Isk ngan Yaya pun pening nak pilih kueh.

Moon nak gie umah adik kejap. Lagi pun wife dia dijangka bersalin minggu ni...infact due dia 17 hb . Hari ni la kan. So kita bawak sket kueh utk mak yong.


 banyak gaks kita org beli tapi sikit sikit la kan. Sebab nak rasa semua....tamak haloba sangat kan. Sekali org kedai tu bagi macam macam free....wahhhh rezeki

Sempat la sembang2 ngan adik Moon n sebelum gelap kita org balik. Gie cari makan lagi malam tu hahahhah mmg kije makan je la. Balik umoh nangis sebab berat naik la la la la la. Baru 2 hari balik dah mok mok canner..

Besok pagi kakak Moon dah tanya nak makan apa . So terus kata nak makan nasik minyok hahhahahah so Kak E bawak ke kedai nasik minyok akak ni. Nasik minyak dia kuah kemok ( kurma ) n sedap.  Kedai ni area Tanjung depan Astaka atau skrg Hock Kee Seng

 

Semerbak bau kuah nasik minyok weiiiii . Akak ni plak baik sangat n mmg kenal ngan Kak E. So mmg rancak la bersembang. Nasik minyak pun wangi n lembut. Siap dapat kueh free agi Umi bagi utk org jauh ....mmg murih betul rezeki gie mana mana asyik dapat kueh free je. 

Yaya makan nasik minyak ni 2 bungkus hokey....dia duk lawan makan ngan Sarah. Kalau u ols balik Trg mmg patut cuba nasik minyak ni ...sedapppppp


Lepas beli nasik terus singgah pasar payang kejap. Awal sangat kita org dtg ni most kedai belum bukak. Tappi kakak Moon kata jom g kedai akak ni sebab akak ni baik n friendly n acap kali dah kakak beli kat sini . Moon pun sempat la beli macam macam hahhaha. Bahaya duk kat sini lama lama sebab rasa semua benda nak beli nasib tak nampak mesin ATM hahahha. 

Pak Sutan subuh subuh dah msg Farid tanya dah bangun tido keeeeeeeeeeeee

Terus org di sana laju je reply ...bangun doh bohhhhhhh hahahhaha

lepas tu dia duk gelak gelak baca msg kat phone hahhahah amboi sonok ya mengusik org. Pak Sutan kata Farid ajak breakfast sama sama. So pergi la kejap jumpa pengantin baru ekekkeke . Moon kemain la bgtau Pak Sutan, takyah la ...org baru kawen tu , bagi la dia org makan berdua dua an....tapi Farid still insist ajak dtg makan skali. 


Pengantin baru ajok makan nasi dagang ..

 
Tq penganten belanja makan ...

Balik umah terus pack pack baju sebab dah nak balik dah. Tapi nak jumpa ngan Aboh n adik dulu. Adik Moon yg patah kaki hari tu. Kebetulan dia ada appointment kat Hosp Kuala Terengganu. Aboh kata dia dtg singgah umah Kak E.

Alhamdulillah Nina dah boleh jalan. Kalau nak ikutkan patah dia hari tu terul
k jugak...ni doc tgk progress dia bagus je...doc siap nasihatkan dia utk takyah pakai tongkat dah n nak suruh dia jalan biasa. 


Sebelum balik sempat la makan kopok lekor goreng di tepi pantai ...pergggg sedap .

















Wednesday, October 12, 2016

bz

tak sempat nak update pasal balik terengganu weeken baru baru ni

2 hari ni mak bz u ols ....hari ni terasa sgt produktif membelai anak anak dlm bilik server . Bukan la selama ni tak produktif. Kadang bila cam time relax n semua run smoothly kadang rasa busan juga. Kadang sampai tak tahu nak buat apa. Masa tuh terus rindu time bz...rindu nak bz hahahah

Lepas tu sedikit fruest sebab melepas 2 event best hari ni

Fashion valet nya event n event launching di mana video Moon bercakap akan dipaparkan. Nak wat cam na ...kerja harus la diutamakan. Walaupun ramai yg ingat Moon ni blogger sepenuh masa...ataupun pekerja langsir Sarah Hughes Globe hahahhahah

ok la u ols nak gie tandas...nak meletop pundi kencing ni


Wednesday, October 05, 2016

Yaya oh Yaya

Yaya buat hal lagi ngan tinggalkan makanan dalam beg lepas tu lupa nak kuarkan. Makanan tu bertapa la kat dalam beg sekolah dia berhari hari. Alih alih dia kata beg dia busuk laaaaaaa.

Last time dia bungkus peha ayam goreng yg dibeli kat sekolah. Dia letak dalam beg kat bahagian buku buku tu. Tau tak bila sedar balik ada ayam goreng dlm platik kat dalam beg tu? Selepas cuti seminggu . Boleh bayangkan tak betapa reput dah ayam tu. Bila Moon masuk bilik dia bau bsuk mcm bangkai pun ada ...hidu punya hidu jumpa plastik dlm beg...tinggal tulang je hokey. Isi dah lembek habis dah. Nasib la dlm plastik. Tu last time la kan .

Baru baru ni dia buat plak. Kali ni mee goreng dlm plastik plak. Dia kata dia terlupa. Dia belikan sebab ingat nak mkn petang tapi lupa terus. Mee tu beli semalam hokey....bila Moon bukak beg plastik mee tu duduk bawah sekali n kena tindih ngan buku. Terus telinga  mummy dia berasap sebab kena habis buku buku...bayangkan ngan minyak mee goreng semua keluar....aduiiiiiii


ni sebahagian aje sempat n tergamak nak snap gambo. Yang lain ...aduiii bau mee goreng basi. Mmg sah kena ganti la buku teks tu Yaya oooiii.

Lepas dia kuarkan buku semua...Moon suruh la dia gie rendam beg sekolah tu n letak sabun. So ok dia pergi buat semua. Sekalik dia rendam tu dah betul tapi sekali rendam ngan plastik mee tu masih kat dalam beg. Mmg menguji kesabaran sugguh tau bila Moon masuk tandas tergerak nak angkat beg dia ...skalik terkeluar plastik mee tu ngan mee mee skalik terapung terapung dlm besen.

Macam mana la mummy kamu tak jadi naik hantu Yaya oooooiii

so settel dah la bab mee basi dlm beg...buku comot n buku busuk. Kira habis la tutup buku....tetiba mummy rasa kesian sangat kat kwn yg duduk sebelah Yaya...misti dia bau beg Yaya busuk hahahha.

pagi tadik plak dah la si abg tu cari semua benda tak jumpa...spender tak jumpa...bulu tulis tak jumpa...pencil box tetiba tak jumpa kat mana. Pagi pagi u ols dah bikin my blood go upstair. Dah settel si abg...skali Yaya dtg ketuk pintu ..

Mummy boleh tak Yaya nak tuka baju sebab Yaya minum air nescafe mummy buat n terkena baju 

Dah la umah takder air kan ...sekali bukan takat kena air siap pakej kena sos cili terus

belum pun pergi sekolah dah kena mcm mcm kat baju kamu Yaya.  Dlm gambar mmg tak nampak sangat tapi kalau tgk depan mmg nampak terus laaaaaaaaa....

G la Yaya ...gie la salin baju lain. Nasib la mummy ada gosok banyak terus ..kalau nak suh mummy gosok lain mmg mummy takmo layan laaaaaaa.

Nasib la dapat singgah breakfast kat Ummiza mkn pagi dulu sambil relax relax sembang ngan pakwe atleast ok sket mood tu walaupun rasa mcm lotih sangat otak neh. 

So that is how I start my day hari ni ( sambil picit kepala sendiri ) . So mcm mana hari korang hari ni ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...