Friday, March 17, 2017

Wangian Angkasawan

Misti kadang kita macam konpius, bila pilih perfume...ada macam macam jenis EDT , EDP semua tu. Apa beza dia kan




Eau De Cologne (EDC):EDC adalah lebih ringan dari  EDT, biasa nya kita panggil cologne dan ia mengandungi larutan wangian dengan 4-6% kepekatan pati essence. Biasanya cologne akan tahan 2 jam. Biasanya kita pakai colgne kat anak anak cam baby cologne kan ...renjis2 n sapu kat badan dia org.

Eau De Toilette (EDT): EDT adalah light sikit dari EDP, dengan kepekatan essence 7-10%. EDT biasanya akan tahan 2-4 jam.


Eau De Parfum (EDP): EDP adalah light sikit dari Parfum, dengan kepekatan pati 10-20%  tapi mempunyai bau yang wangi serta tahan lama biasanya dalam 3-6 jam .

Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, pergelangan tangan, leher, dada, bahagian dalam lipatan siku, belakang lutut dan pergelangan kaki
( ni tak pernah test lagi hahahah, balik nanti ley test sembur kat kaki) .



Perfume (Parfum): Ia adalah wangian yang paling kuat atau mat salleh kata strongest sebab ia akan mengandungi 20-40%  pati perfume essence tu . So u ols hanya perlu pakai sikit sahaja n ia sangat tahan lama , typically up to 6 hours.Biasanya Parfum mahal.




Perfume fav sekarang

Harus la perfume Desire Dr Halina ni sebab bau dia wangi tapi tak hover sangat sapmpai pening kepala . Hahahhahah korang paham tak apa akak explain .

Moon suka perfume yg bau fresh ...lembut tapi bau pompuan . Ha tu la bau desire ni . Lagi lama lagi sedap n tak strong sangat . Pak Sutan kata mmg bau ni bau mummy la sangat . Mula mula spray mmg bau bunga wangi sebab tu top note dia . Lama lama akan bau layer ke dua dia ada bau fresh apple mix ngan bunga. Ada ramai kata bau ni mcm Guess Apple yg hijau ..kira bau seakan akan gitew.


Bau fresh apple 

Dia ada bau exotic flowers , bau bunga campur yang best. Idak la bau bunga rose ke apa . Ni mix flower

Then dia ada bau sensual woods. Sensual woods ni ibarat bau kayu kayan tapi bau yg lembut sikit . 


Desire by Dr Halina 
30 ML  , EDP 
RM 49 

Pakai perfume ni tak perlu la sembur banyak banyak tapi sudah memadai untuk membuatkan kita rasa yakin dan menyenangkan rakan sekeliling dengan bau haruman kita . Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat hingga menyakitkan hidung dan tidak terlalu perlahan sampai tiada bau haruman langsung.

For me cukup la utk kaver bau asham asham atau kepam kepam hahahh...idakla kuat sampai masuk opis satu opis bau perfume . Menurut pakar , perfume ni kita pakai utk org sekeliling kita je bau . Kalau duk kat umah nak sembur banyak banyak sampai 1 umah bau pun takpa . Baru la suami pengsan bila kita pakai perfume hahhahaha pengsan sebab wangi sangat


Inspire by Dr Sheikh 

Bau musky, wood, with cinnamon n clove and ember scent . Ramai isteri repeat beli utk husband dia org . Last week saja 4 5 org repeat Inspire sebab dia org kata husband dia org suka sangat . Ramai juga bagi feedback bgtau Inspire Dr Sheikh ni bau macam Dunhill Red.

Inspire by Dr Sheikh
30 ML  , EDP 
RM 49 






www.wasap.my/601139990764


Apa nak buat kalau terlebih spray perfume?


Pernah tak kadang tuh cam terover plak spray ? Alamak over naw naw wangi ni. Kalau kita terover spray kat kulit, kita boleh lap kan ngan make up remover . Moon pernah lap kan ngan tisu bersama baby oil ...and it works. Kadang tersilap amik perfume pagi2 ...nak amik perfume Desire Dr Halina tapi gtangan g capai perfume lain ...skalik sprettttt....ala bukan nak pakai yg ni . So wipe kan ngan make up remover atau baby wipe. Kalau takdak gie basuh tangan tu .

Tapi kalau terspray atas baju atau tudung ....sila g salin baju lain hahhahahhahahahah



Thursday, March 16, 2017

Levi's, Pavilion Elite STS Launching

Minggu lepas, Moon berpeluang ke perasmian kedai baru Levi's , Set The Standard ( STS ) yang pertama. Levi's STS terletak di Lvl 4 Pavilion Elite , salah satu pusat membeli belah yang terulung dan top di Malaysia.


 Kali ni Moon ajak Pak Sutan pergi sekali. Ni 1st time dia ikut Moon ke event. Moon ingatkan nanti misti dia bosan ke apa, tapi dia mmg seronok sangat. Sebab event ni sangat happening dan meriah. Para jemputan pun ramai dan ada banyak aktiviti kita boleh join sementara tunggu perasmian kedai.



 Ada makan makan n minum minum juga . So sambil kita chit chat dengan guest yang hadir, masing masing boleh pergi amik gambar kat photo booth yg sangat best

 Groovy Photobooth

Sempat la ajak Pak Sutan bergambar sekali kat dalam photobooth ni . Lepas tu gambar kita org di gantungkan kat luar booth n kat atas sekali plak tu. Bila masuk IG Nabila Huda kupu kupu terus nampak ada gambar kita org kat belakang tu hahahhahah glamer seposen kan .

Takley bergambar ngan Abil ....gamba kita org ada tepi dia pun jadi la hahhahahah ( nak jugakkkkk )

Mystery Gift Vending Machine 


Dapat Denim bag daripada machine ni ...love it ...love it. Ada juga guest yg dapat pencil case. Nama pun mystery kan ...so kita takkan tahu kita dapat apa ...


Levis Customization Counter

Kat Levi's Customize counter ni kita boleh nak tampal atau buat embroidery di bag atau jeans n jacket.

So hadiah bag yg dapat kat Mystery Vending Machine kat atas tu kita org jahitkan nama hahahhah MOON thats mean bag tu moonpunyerbag la


comel sangat kan lepas di customize kan. So each item adalah unik


“Kedai STS terbaru ini bertujuan menyerlahkan lagi pengalaman runcit Levi’s® melalui cetusan ekspresi jenama paling berkesan  – dari segi suasana sekitaran serta susun atur produk dan juga pengalaman berkunjung dalam kedai, ” jelas En. Imran Butt, Pengurus Negara, Levi Strauss Malaysia.

Ada fashion show juga selepas tirai Levi's, Set The Standard store dibuka. 





Ruang kedai Levis ni sangat selesa. Ianya juga luas serta mengabungkan rak-rak kayu pain serta besi.

Baju baju serta seluar disusun kemas mengikut jenis dan koleksi. So sangat senang kalau kita nak pilih . Cara produk disusun juga lebih ke arah konsep 'less is more' dimana dengan fokuskan pada ciri dan faedah produk berbanding kuantiti.


Levis Orange Tab collection.

Semasa pelanjaran Levi's STS store ni juga ada majlis pelancaran koleksi terbaru Levis Orange Tab. Biasa kita tahu kalau jenama Levi's mesti tab dia warna merah kan. Tapi orange tab ini adalah keluaran masa tahun 1960an semasa era 'counterculture' . Orange Tab adalah bercirikan 'old school' dan amat diminati oleh pengumpul vintaj dan juga peminat peminat denim. 



Melalui gabungan lama dan modern maka terhasil la koleksi Orange Tab 2017. Tarikan lama dipadankan dengan fabrik yang bersesuian dengan trend moden kini. 

Orange Tab for Men
Harga antara RM69 hingga RM 499




Orange Tab for Women
Harga antara RM 69 hingga RM269




 Kat atas ni , Moon share kan dengan u ols di antara koleksi Orange Tab . Koleksi Orange Tab sudah boleh di dapati di Levi's Store. So bagi peminat peminat Levi's dan juga denim ala vintaj, u ols kena cepat cepat dapatkannya tau.



Levi's STS kat Pavilion Elite ni mmg best n selesa.


Jom tgk gamba .. mmg smart sangat bila nampak model model ni pakai. Nampak sangat selesa . Moon sangat suka kalau tgk org pakai seluar jeans ngan t shirt putih sebab nampak  selesa n kemas.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke Levi.com.my

Visit the new Levi’s® store at Lot 4.103.00, Level 4, Pavilion Elite. 
Open daily, 10am-10pm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...