Thursday, September 20, 2018

tgk kereta kebal

duk upload gamba dari phone ke laptop baru perasan ada  gamba singgah tgk kereta kebal tentera kat Putrajaya hari tu .

Kami ke Pusat Kanser Negara utk lawat Talib . Sebab dia dah last chemo dah . 12 session chemo selang 2 minggu 2 minggu . Alhamdulillah dipermudahkan segalanya .


Balik dr Hospital duk nampak askar duk naik naik kan kereta kebal yg habis perarakkan merdeka ke lori . Ramai org berhenti dan amik kesempatan untuk bergamba . Apa lagi , we ols pun join la sekali sebab budak budak ni teringin nak tgk lebih dekat .


alahaiiii bongsu tu kan .. bahagia benor kalau kena dukung cam tu 

 Masa ni ramai gak orang . Siap panjat2 atas kereta kebal tu lagi utk bergambar 


hahahah sempat la bergambar  



Monday, September 03, 2018

Melawat kampung Baqis


Masa Raya HAji baru ni kami mmg tak ke mana pun . So since Baqis balik kampung jadi kita org pun g la jalan jalan tgk suasana kampung . Kebetulan Talib pun baru habis kimo so alang tu ley lawat dia sekali. So kira ni g lawat umah kampung mertua Talib la .

Budak2 ni kemain sonok bila bagitau nak gie jalan umah kampung .Sian budak2 ni tgk biri biri tepi jalan on d way tu pun boleh seronok hahahha

 

Sampai2 budak2 ni terus gi kejar ayam . Anak anak siapa la ni mcm tak pernah tgk ayam 

Mummy , tu tgk tu Rambo laaaa

Apa yg Rambo nya tu Sarah 

Tu Rambo sama mcm dalam cerita Upin Ipin 


Semua ayam jantan dia panggil Rambo ...Rambo pun Rambo la Sarah

 Isk pun sonok siap main tendang2 bola ngan Uncle Talib . Rafiq plak malu malu nampak semua dtg

 Dulu kakak Yaya kemain la suka dukung dukung Rafiq ...cuba kakak Yaya try dukung dia skrg ...main terkentut hahahhaha .

Tq Baqis n mak ayah Baqis juga . Sonok dtg Batu Kikir . Siap mak Baqis masakkan masak lomak cili api pergggg mmg terbaik . Dia punya pekat n pedas tu sampai menitik poloh dalam anak telekong ni ha ....semua pun tanpa segan silu menambah  Buat den terpikir . Ni umah mak mertuo sapo ni ha ..

Budak2 ni siap cakap jom lain kali kita dtg lagi . Dia org ni semua siap mandi n tumpang jamban bagai kat sini . Mmg sah akan dtg lagi la maknanya tu .

Kami balik ngan perut yg kenyang ..ngan rambutan yg baru dipetik serta budak2 yg sangat kepenatan hahahhahahah n semua pengsan dlm perjalanan pulang . 



Sale langsir last week

Ramai yg frust sebab tak dpt dapat since ramai yg balik kampung . U ols jgn risau sebab lvl 7 ni sentiasa terbuka utk u ols . Kalau dtg weeken pun kadang ada harga offer . Lagi pun harga kain langsir di lvl7 ni adalah sangat mampu milik setanding dengan kualitinya

So biasanya setiap kali sale Kak Moon akan bgtau kan di FB di IG n Page , kain mana yang berbaloi baloi utk dibeli .

Kali ni adalah kain bidang 110 yg semuanya dijual pada harga RM15 semeter

Ok ni adalah gamba Bangunan Sarah Hughes Globe Jalan Tuanku Abd Rahman , KL .

 
Ni adalah pandangan depan

 Ni adalah pandangan belakang . Moon selalu masuk parking belah belakang ni . RM10 per entry . Betul2 sebelah Semua House .

Biasa mmg selalu masuk kot pintu belakang . Dulu kalau hari Sabtu sesak sket kat belakang ni sebab ada pasar malam kan . Tapi ni pasar malam dah dienjakkan ke tepi sana sket so area sini ok la tak sibuk sangat . 



 ni la kain bidang 110 yg selling at RM15  . Sebenarnya 1 floor ni harga offer tapi Kak Moon banyak rekemen org beli ni

Memang berbaloi ...sebab tu ramai yg amik kain ni . Plus ianya tebal dan bunga nya bersulam . Bidang 110 plak tu

Ni pun ramai org beli . Masa kat rail nampak biasa biasa aje . Sekali ada reader mintak potongkan ...kemain lawa n sweet kain ni . Dah macam kain baju kurung kan 
 


Bagi yang buat pembelian akan ada free gift . Bagi setiap RM100 yang dibelanjakan , boleh pilih nak baju atau alas meja atau set pinggan ni . 

Tq buat semua yang dtg . Maaf tak sempat snap gamba sangat pun sebab sonok bersembang ngan anda semua 



BERMINAT NAK ORDER ONLINE BAJU BAJU NI SILA KLIK LINK DIBAWAH 
www.wasap.my/60176561624
 
 















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...