Thursday, December 26, 2019

Jalan Jalan Pulau Pangkor

Entry ni duk dalam draft . Akak terlupa nak publish ...



Punya la lama nak up entry ni . Kejadian masa raya Haji hari tu . Mmg semua dah plan lama sangat utk trip ni . So kita serahkan pada Umi utk uruskan . Lagi pun Mama mmg teringin nak ke Pulau Pangkor . So kita buat family trip la ke sana .

Raya Haji pertama semua duk sibuk kat surau sebab kebetulan ada buat akikah sekali . So raya ke dua zassss kita ke Pulau Pangkor

Perjalanan dari Taiping ke Lumut dalam sejam lebih je cam tu . Budak2 dah excited nak ke pulau . Mama siap jahitkan suar utk cucu2 semer . Suar bunga buga pink gitchu , siap ngan spek sorang satu n topi jugak .


Masa ni dlm kereta nak ke Jeti Lumut 

Image google , sebab tak sempat nak snap gambar . Turun je kereta , si Sarah dah cakap ...mummy Sarah nak g tandas ..

Pic credit to blog Azie 

Kereta park dalam tempat parking bertingkat ni . Kadar dia lupa plak sejam berapa tapi kita org tinggal kereta 3 hari 2 malam juga kat sini kena dalam 20 lebih cam tu 

Sila beli tiket ye . Harga tiket untuk dewasa adalah RM14 seorang ( ni utk pergi dan balik ya . Sila simpan tiket utk balik nanti hokey ) budak2 RM 5 kalau tak silap . Ni la masalahnya kalau lambat update , banyak lupa muahahah 

Related image
Ni la rupa bot dia . Elok aje ( gamba google )

Dalam bot ni lua n selesa je . Walaupun bergelodak juga la perut akak duduk dalam bot ni . Sejuk plak tu beraircond


Dia org ni semua gie naik kat atas . Dia org ajak akak tapi akak tolak u ols . Mau kang akak muntah kat atas tu siapa nak cuci . Tapi dia org kata angin kat atas tu sangat la kuat 

Jarak perjalanan : 30-40 minit
dia akan stop sekali kat Jeti Sungai Pinang kecil . Korang jgn turun plak .
then dia akan sambung balik perjalanan ke Pulau Pangkor

Waktu : Feri pertama dari Lumut - Pangkor , pada jam 7 pagi dan terakhir ke pangkor 8.30 malam .
bot mmg ada dlm setengah jam satu . so waktu menunggu tak la lama sangat . 

Korang boleh juga naik dari Marina..dekat sikit org kata . 

Picture


pic credit to CoralandOceanService

Sampai je Jeti . Korang jalan je kat luar tu mmg banyak teksi teksi pink ni menanti . Sebabkan kita org ramai maka mmg amik terus teksi pink ni . Dapat Abg ni baik la sangat . Kita org akan stay di D Senja Challet . So mmg betul2 mengadap laut . Ni mmg Umi dah tempah 2 3 bulan awal . Abg teksi tu kata mmg D Senja tu susah nak dpt reservation sebab mmg asyik full je memanjang .



Perjalanan dari Jeti ke D Senja ni dalam 10 -15 minit sahaja . Lalu pekan n tepi pantai n naik kawasan berbukit pastu sampai . D Senja ni mmg betul betul tepi laut .



Tapi kami amik rumah yg kat tengah2 sebab yg betul tepi laut ni semua dah fully book . Kawasan ni pun ok . Bilik pun elok n ada aircond. Tilam kita boleh sewa sebab tak mahal pun . Bila malam nak tido boleh letak tilam kat bawah n tido beramai ramai . Umi book kan 2 bilik . 1 bilik kami sekeluarga anak beranak  n satu bilik lagi mama n papa serta baqis talib .


Sampai je kat resort , letak barang dlm bilik n makan bekalan yg di bawa n terus semua terjun mandi laut . Semua pakai suar yg mama jahitkan. Ngan Nain pun suar bunga pink hi hi hi hi . 


 


Nak cari makan pun senang sebab jalan dalam 100 meter je dari D Senja ni akan ada kawasan org menjual n banyak gerai makanan . Kedai runcit pun banyak so mmg tak susah la .

Kita org cari juga moto sewa sebab senang kalau nak pusing2 ke mana mana kan . Plus ATM machine hanya kat pekan area Jeti tu . So malam tu me n Pak Sutan g cari moto sewa


Sewa ngan adik ni . Nom ni ada kat cermin kedai roti n sewa moto dia murah aje RM 30 utk 24 jam . Kami jalan jalan area situ moto kebanyakkan RM 40 - 50 harga dia pastu moto tak elok pun. Tapi ngan adik ni moto baru skuter . Pastu baiknya la alahai adik ni takyah deposit pun sebab kita org bgtau cash habis n nak ke ATM . Dia kata takpa bayar sewa je takyah deposit la akak . Baik hokey ...

Pagi besoknya kita org sewa bot n island hopping . Ala ke pulau kecik depan chalet tu aje pun hahahah




Tu dia Sarjan Din kemain happy lagi dia . Mmg lama dah papa duk mintak bawak dia n mama jalan jalan Pangkor. Kali ni baru berkesempatan nak dtg sini . Dia la paling happy n asyik nak berendam dlm laut aje . Tapi time kita org dtg ni air tak beberapa jernih org yg bawak bot ni la kata sebab sebelum tu kan ada ribut ke apa kat Langkawi . Jadi arus pun kuat sikit tu yg tak nampak clear air .  



panas dit dit hokey . Akak duduk je bawah pokok n ribakan Nain sebab time bot tengah laju n melambung2 la si kecik tu dia ley terlena . Korang pergi la mandi . Pastu bila nak balik semua org kaki luka kena kulit siput n cengkerang yg pecah2 .


 Balik je dari island hopping semua pengsan n tido kepenatan hahahha . Petang sambung lagi mandi sampai lebam hahhahaha. Last day kat sini kita org call abg teksi yg sama bawak kita org masa sampai hari tu . Sebab Abg tu baik n friendly . So dia bawak kita org ronda 1 pulau n singgah kat tempat2 yg best . Isk n Talib naik moto sebab moto akan dipulangkan kat parking area jeti.



singgah kat tempat jual segala ikan kering n ikan masin








singgah area tokong ni beli souvenier kat bawah tu . Tak naik sampai atas pun just singgah kat bawah n snap gamba n terus ke destinasi seterusnya . Masa ni mama n Nain dlm teksi je sebab Nain tido . Sekali dah nak gerak elok je dia bangun .

Destinasi seterusnya singgah masjid sebab dah masuk waktu Zohor .





 Masjid ni sangat cantek n paling penting tandas dia adalah tandas paling bersih akak pernah masuk dalam mana mana masjid pun . Ngan wangi , bersih n kering . Tak rasa macam dlm tandas pun . Mmg terbaik



Lepas semua solat , kita gerak ronda lagi . Ada taman taman lagi singgah tapi akak tak turun la u ols ngan panas dit dit muahahhahaha.  


Abg ni hantar kita org ke jeti balik . So ingat nak makan kat sini tapi sedang elok kami sampai terus ada feri tiba . So apa lagi naik terus la balik ke jeti Lumut. 


tapi bot kali ni kecik aje . Tapi ok aje sebab tak ramai org . Sampai je jeti Lumut tu semua dah kelaparan. So makan je nasik kat gerai depan jeti tu . Then drive balik Tepen. 

Semua kepenatan tapi seronok . Baru je balik dari Pangkor , Papa dah sebut nak pergi Pangkor lagi hahahhahaha

Saturday, November 30, 2019

Kasut Sekolah Pallas Jazz



Cuti sekolah sudah bermula . Tahun ni akak tekad nak mulakan persiapan sekolah awal sikit .Bulan lepas sudah sediakan kasut kasut sekolah dia orang terus . Tapi budak-budak ni belum lagi sempat sessi persekolahan 2020, semua terus nak pakai kasut baru tu . Dia orang dah mula pakai masa minggu terakhir persekolahan.

Almaklum la anak ada 3 orang  yang sekolah , jadi memang la kena beli dulu sikit sikit . Untuk kasut, akak mmg suka kasut Pallas Jazz. Akak dulu masa zaman sekolah pun pakai kasut Pallas Jazz sebab mmg tahan lasak. Jadi, untuk anak-anak pun Pallas Jazz menjadi pilihan utama utk kasut sekolah . 

Tahun lepas pun pakai kasut Pallas Jazz, tahun ni pun harus la Pallas Jazz juga 




Dah besar dah anak anak akak . Ni gambar last year 




Semua sudah ready untuk sessi sekolah 2020 ke ?



Kasut Putih
ooh ya sebelum akak lupa . Nak bagitau ni , kasut putih masih boleh digunakan pada tahun 2020. So boleh la beli kasut putih lagi tahun ni . Percayalah kasut putih Pallas Jazz ni tengah offer u guys.  Akak personally memang suka kasut putih . Tak tahu la kenapa sebab nampak macam bersih dan kemas je. Lagi satu akak memang akan paksa dia orang basuh kasut setiap weekend. Si abang pula mentang-mentang la kasut hitam , dia pula yang liat nak basuh kasut. Katanya tak nampak kotor pun . Menyirap je mak kamu dengar alasan macam tu. Nasib la si adik rajin nak basuh.

Lagi satu bila kasut putih ni macam lengkap je uniform dia orang . Nampak kemas n bersih . Sama macam kita masa sekolah sekolah dulu la kan . Kadang tu kapur tebal tebal sebab nanti bila nak cuci senang.Bila pakai kasut putih dan bersih rasa seronok je sebab macam sempurna pemakaian untuk ke sekolah.




Kasut untuk Sarah


Related image
Ni adalah untuk Sarah yang akan melangkah masuk darjah 1 tahun depan . Tahun lepas punya kasut pun masih cantik lagi cuma dia kata macam dah ketat sikit . Kasut macam ni senang nak pakai dan buka sebab dia strap aje . Getah kat belah dalam pun tebal serta nampak comel sangat . Eh mak dia plak yang over . Ni model 204-031W . Sarah pakai size 1 ( kaki dia 21cm) 



Kak Moon masa sekolah pun pakai kasut ni . I used to call this 'kasut nurse' hahahah sebab mmg ramai nurse nurse pakai . Punya la selesa pakai kasut ni sebab dia ada foam dan lapik yang tebal


Sarah suka kasut ni sebab senang nak pakai dan design dia nampak sangat feminine serta gegirl sangat . 


Kasut utk Kakak Yaya



Ni untuk si kakak . Since dia ni aktif main sukan, jadi kasut ni sesuai untuk dia sebab untuk better comfort. Span kat dalam pun tebal . So kalau berdiri lama atau berlari pun selesa . Belah dalam pun ada lapisan tebal yang selesa . Akak memang dah pesan kat dia kalau hari ada pendidikan jasmani atau koko pakai kasut ni sebab selesa untuk berlari dan bersukan . Dia pulak main bola jaring atas court lantai simen. So kasut macam ni memang sesuai untuk dia kerana better support dan ia sangat ringan. Tambahan pula , kasut putih ni tak panas





Kakak Yaya


Kasut untuk Abang Isk 

Si Abang kumis nanti dah masuk form 3. Dah besar dah anak bujang akak . Sekarang pun dah sangat tinggi. Sekarang dah muat dah segala kasut sukan akak dan kasut daddy dia pun dia dah muat . So kaki dia sangat besar . Nasib la Pallas Jazz ada kasut size besar sampai size 13. Susah tau nak cari kasut yang size besar ni tau .  Lega akak bila tahu Pallas Jazz ada size besar besar ni. Kalau tak mana la mummy nak cari kasut untuk Abang Isk.

Kasut ni new design dan nampak sangat smart dan bergaya . Bukan takat nak pakai ke sekolah sahaja, pakai ngan seluar jeans dan buat jalan jalan pun boleh . Ia mempunyai pelapik getah (rubber insole) dengan lantunan yang lebih baik di dalam kasut dan tapak kasut getah dengan cengkaman yang lebih baik (rubber outsole ).


Sekarang Abg Isk kaki dia 27.5 - 28 cm . Dah pakai kasut size 9. Model kasut ni mempunyai lebih ruang dan lebih selesa,  sesuai untuk kaki anak anak yang cepat membesar . 


Abang Isk kata , misti Isk bertambah handsome nanti kan . OMG , anak teruna akak dah pandai nak perasan lebih dah ni . 



Mana nak beli Kasut Pallas

Kasut Pallas ni memang senang nak cari. Kebanyakkan pasaraya besar ada jual. Macam kat AEON , SOGO dan PARKSON pun ada jual. So ada banyak pilihan dan harga pun sangat berpatutan untuk kasut putih . Pilihan kasut hitam pun ada banyak dan berbaloi kualiti dengan harganya. Yang pastinya kasut Pallas Jazz ni memang tahan lasak dan berbaloi baloi.



Kalau nak beli online pun boleh . Masuk je ke Pallas Malaysia  ada banyak pilihan . Jangan kata akak tak warning ye . Sebab kalau masuk kat sini pasti tersangkut and banyak add to cart J


Untuk pembelian online mudah sahaja tau . Apa kita perlu buat hanyalah ukur size kaki anak . Ni incase kalau kita lupa anak kita pakai size apa kan . Tambahan pula kaki budak-budak ni memang cepat je besar . So disyorkan tiap tahun kita ukur kaki dia orang . Sedangkan baju sekolah pun boleh senteng dalam masa setahun sebab dia org makin tinggi , ni kan pulak kaki . Mesti la membesar juga kan . 

Ni kak Moon share carta panduan untuk ukur kaki anak anak . Sila ukur mengikut jari kaki yang paling panjang ye . Then tambah 1 – 1.5 cm sahaja . 


Laman Web : www.pallas.com.my


Selamat membeli ya , hope perkongsian ini dapat membantu para ibu sekalian untuk membuat pilihan yang terbaik untuk kasut sekolah anak-anak. 

Wednesday, November 27, 2019

Kingdom di Netflix

Hari tu Pak Sutan pasang citer Kingdom ni kat Netflix . Akak malas dah nak layan layan yg episod episod ni sebab cam lama nak habis citer tu . Tapi Pak Sutan ajak tengok sebab dia kata citer ni dapat rating sangat tinggi so kesimpulannya citer ni best la kan kan kan .




So ok la layan la episod pertama ...mmg bestttttttttt pastu melarat ke episod 6

Kisah dia pasal sorang ni dapat penyakit n jadikan dia zombie . Bawak balik ke kampung konon nak berubat , tapi kampung tu sangat miskin n mcm kebuluran. Jadi bila yg sakit ni mati dia org makan la mamat ni . Yer makan manusia . Skalik semua sakit n jadi zombie . Sama mcm semua citer zombie , once nko kena gigit, la la tu jugak nko pun jadi zombie .
 Image result for netflix Kingdom


Sekali si raja pun kena juga sakit yg sama . Tapi dia org takmo announce la yg raja ni dah sakit n jadi zombie kan . Dia org konon nak tunggu si queen lahirkan anak yg akan menjadi pewaris tahta . Tapi bila episod ke berapa baru tahu sebenarnya ada komplot juga la . ..ni korang kena tgk mana boleh bgtau . Tapi mmg malam malam dia org bagi raja yg dah jadi zombie ni makan . Bagi makan dayang istana .



rupanya raja ni dah ada anak . ..prince ni la si hero . Tapi dia kena tuduh membelot n etc . just a komplot untuk singkirkan dia la . Jadi si hero ni mengembara la konon mencari sorang pakar perubatan . Niat dia nak cari penawar la . Tapi sepanjang pengembaraan dia macam macam dia jumpa

Image result for netflix Kingdom

Scarry hokey bila zombie2 ni semua menyorok bawah bawah umah . Bila siang dia org macam ni la bila malam baru aktif .

mmg kacau bilau la keadaan n semua berusaha nak mencegah benda ni dari merebak . Mmg menarik la .....

pastu hinggala episod 6 baru tahu rupanya benda ni bukan kuar sebab waktu malam je ...tetapi sebab shu sejuk ...............thennnnnnnnnnnn HABISSSSSSSSSSSSSSSSSS

frust weiiiii . ingat ada lah episod 7 sekali tak ada . Kena tunggu season 2

Kingdom

nko kejammmm memang kejam buat akak ternanti2 tau . 


Katanya season 2 akan ada pada march 2020 . Lama lagi tu ....menci tauuu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...