Tuesday, June 20, 2017

Baju Boboiboy

Ni adalah persiapan last minute betul sebab baru gie cari baju budak budak. Yaya plak bgtau nak baju Boboiboy. Apa lagi ke Sarah Hughes Globe la kita .

Mmg bagi dia org pilih sendiri baju apa dia org nak


masa ni baju kurung Yaya Bobouboy ada special offer. Jadi RM89

 sudahnya dia org pilih Jubah Yaya Boboiboy warna pink ni . Nasib la kan ada 2 girls . Abg Isk terus tanya ...habis tu Isk kena baju Pink jugak ke

Well Isk kita amik pink  yg tak pink sangat la ....sweet apa warna pink


siap ada zip kat lengan ...amboiiii bergaya sakan la korang nanti kan . Lengan ada rambu ramba lagi. 


Kakak Yaya dan Jubah Yayanya . Si Sarah plak kemain la happy dapat baju sama ngan Kakak Yaya . Yaya is wearing size 12 sebab dia panjang. Size 10 utk umor dia jadi sangat senteng . Sarah plak pakai size 4 thn



Abg Isk dan baju Melayu pink nya hahhaha . Ok apa Isk ...Abg Isk tetap handsome la pakai baju apa pun . Nak amik Baju Melayu Boboiboy 12 thn tapi tak muat sebab dia kemain la mengalah panjang kan. Last last amik baju melayu size dewasa S . 


Sempat la mummy gie beli towel besar 1 sebab towel kat umah dah berlubang dah hahahhaha kang terlalu seksi plak pakai towel berlubang ahaksssssssss .

Nanti dah raya kita amik gamba elok elok sket pakai baju raya k . Ni baju raya ni kena sorok dulu sebab kalau tak , Mek Sarah akan mintak nak pakai gie sekolah  .

So kalau u ols nak cari baju melayu Boboiboy utk anak 1-12 tahun, boleh terus ke Sarah Hughes Globe Jln TAR KL k. Harga bermula RM 69 

Wednesday, June 14, 2017

Neutrogena® Tampil dengan Fesyen Meraikan Keceriaan Kulit yang Sihat



Memperkenalkan koleksi fesyen Neutrogena® Happy Skin 24/7, merupakan satu siri yang terdiri daripada 30 rekaan yang dipaparkan di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival (MBSTYLOAFF) 2017.

 




Dihasilkan oleh pereka fesyen tempatan Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee, koleksi Happy Skin 24/7 melambangkan perasaan gembira dan keceriaan seseorang apabila memiliki kulit yang sihat dan cantik.



Menurut Julia Teo, Pengarah Pemasaran Bersekutu bagi Kumpulan Syarikat Konsumer Johnson & Johnson, yang memasarkan Neutrogena® di Malaysia, kulit yang sihat dan cantik merupakan salah satu sumber kebahagiaan wanita. “Sebagai jenama No.1 yang disarankan oleh pakar dermatologi, kami percaya bahawa kecantikan bermula dengan kulit yang sihat – sesuatu yang dapat memberikan keyakinan positif dalam kehidupan harian mereka. Bayangkan perasaan anda apabila melihat kulit yang sihat dan berseri apabila di depan cermin, tidakkah anda berasa lebih gembira dan yakin untuk memulakan hari anda? Sememangnya, kulit yang sihat mampu menggembirakan dan menceriakan seseorang dan inilah sebabnya kempen terbaru kami menampilkan Happy Skin 24/7 dengan Neutrogena®,” katanya.

Tambah Teo lagi: “Menerusi penampilan pertama kami dalam bidang fesyen di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017, kami berharap untuk memaparkan kegembiraan memiliki kulit yang sihat dan cantik, hasil menggunakan produk penjagaan kulit Neutrogena®, dan berkongsinya dengan para wanita Malaysia – dan cara yang terbaik untuk kami lakukan sedemikian adalah dengan menghasilkan sebuah koleksi fesyen, yang diinspirasikan konsep Happy Skin”!

Menerangkan sebab Neutrogena menggunakan fesyen sebagai cara untuk membawakan kempen terbaru Neutrogena®, Teo berkata, “Tidak dapat dinafikan bahawa wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan. Menerusi koleksi fesyen kami, kami ingin meyakinkan para wanita bahawa mereka boleh menggunakan Neutrogena® untuk kesihatan kulit mereka”.
 
Happy Skin adalah relevan bagi setiap musim – ianya sememangnya bukan trend sementara. Menerusi koleksi fesyen oleh para pereka kami, kami ingin menunjukkan bahawa anda boleh mendapatkan kulit yang sihat dengan Neutrogena®, kelihatan cantik dan kekal gembira setiap masa!

Kami bekerjasama dengan Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee – dua pereka fesyen unik yang sering mendapat ilham menerusi objek-objek menarik, lantas menghasilkan corak dan warna yang menarik! Hasil kreativiti dan kerja keras mereka, kita dapat menyaksikan bagaimana mereka mengekspresikan konsep keceriaan dan keremajaan Happy Skin 24/7 Neutrogena®,” sambung Teo.

Keunikan personaliti Kittie Yiyi dapat dilihat dalam setiap rekaannya, yang kebanyakannya riang, ranggi, namun bergaya. Cogan kata yang diamalkan oleh graduan Raffles Design Institute KL ini adalah: “Apa sahaja pun fesyen pilihan anda, pastikan ianya membuatkan anda gembira!”


Koleksi Kittie diinspirasikan daripada konsep gadis pantai yang sedang bercuti. Datang dari kawasan pantai yang jauh, gadis itu meneroka kawasan bandar dengan baju yang selesa dan bergaya. Keriangannya mampu membuat sesiapa sahaja tersenyum – dan ini jelas dari cara dia berpakaian. Memaparkan bayangan yang kembang, ropol, garis-garis bercorak riang serta corak hati, koleksi ini menonjolkan rasa yakin seorang gadis pantai dalam dirinya sendiri dengan ciri dan potongan lut sinar.

Hazzer Wan Lee, pengarah kreatif HWL by Hazzer Wan Lee Fashion Atelier Kuala Lumpur, mempunyai sarjana dalam Fashion and Apparel Design dari Herriot-Watt University, Scotland.



 Koleksi fesyen Hazzer diilhamkan daripada percikan air – merupakan ciri utama rangkaian produk pembersih Deep Clean Neutrogena® dan langkah pertama untuk mengecapi Happy Skin 24/7! Garisan yang mengalir serta lapisan yang beralun digabungkan bagi menyerlahkan tenaga dan keindahan air dalam tona biru, hijau, oren dan merah jambu. Teknik hebat dalam memasukkan dan melapiskan pelbagai material yang berbeza seperti denim, organdi, kulit PU, sutera kapas dan fabrik yang telah diwarnakan memberikan kesan 3D unik yang mempunyai pergerakan seakan-akan air. 


Saksikan kemunculan fesyen pertama Happy Skin 24/7 Neutrogena® di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017 dalam talian! Maklumat lanjut di laman Facebook dan Instagram Neutrogena®:



Rangkaian Produk Neutrogena Deep Clean



Neutrogena® Deep Clean®, rangkaian cucian mendalam oleh jenama ini dikenali ramai, menawarkan pelbagai jenis pembersih muka dan penanggal solekan bagi kegunaan pelbagai jenis kulit serta bagi menyelesaikan pelbagai jenis masalah. Setiap wanita adalah berbeza, dan olehsebab ini, setiap wanita berhak mendapat produk yang menepati keperluan kulitnya.





Neutrogena® Deep Clean Cleansing Oil, 200ml, RM51.70
(Boleh didapati dalam versi Normal, Melembapkan dan Mencerahkan)

Pembersih ini yang menyegarkan, bertukar menjadi emulsi yang menghapuskan kotoran, dan juga solekan kalis air dalam satu langkah sahaja, menjadikan kulit lembut dan gebu. Produk ini turut mengandungi kompleks penjagaan kulit botani yang mengekalkan kelembapan kulit.



Neutrogena® Deep Clean Cleansing Oil to Foam, 142ml, RM44.90
(Boleh didapati dalam versi Normal, Melembapkan dan Mencerahkan)

Lembut pada kulit namun berkesan, gel-minyak ini bertukar menjadi emulsi, dan kemudiannya menjadi buih bagi cucian yang mudah. Mengandungi ekstrak daun Oleifera yang menghilangkan solekan, kotoran, dan minyak dengan hanya satu cucian, menjadikan kulit sihat dan berseri.





Neutrogena® Deep Clean Foaming Cleanser, 100g, RM21.70 
(Boleh didapati dalam versi Normal, Melembapkan dan Mencerahkan)

Hilangkan kotoran, minyak, dan sel kulit mati secara menyeluruh dengan pencuci muka yang efektif dan menyegarkan ini. Buihnya yang mewah memastikan kulit anda kekal segar, sihat dan bebas cela dengan mengurangkan minyak pada permukaan kulit namun mengekalkan kadar kelembapan asli kulit.

Thursday, June 08, 2017

Apik Bambam

Moon ada upload gamba Apik kat FB n IG beberapa hari lepas . Ramai yg sonok tgk gamba Rafiq aka Apik . Rafiq sekarang dah 6 tahun dah besar n badan dia mmg berisi dah sama besa ngan Kakak Yaya dah .

Aktiviti dia kat Taiping adalah makan ...n ronda naik moto petang petang dekat umah ngan Bapak
( gamba Umi slalu whats app kat group family )
 
 
Minggu pertama cuti sekolah Rafiq ada kat Taiping seminggu. Hilang rindu Nani dia dapat main ngan Apik. Isnin baru ni Mama n Umi bawak Apik balik sini tapi singgah umah kita org dulu berbuka puasa. Besoknya bawak balik Apik ke Balakong umah Mama ngan Papa dia .


Malam tu kita org duk layan Beauty and The Beast . Semer pun duk bergolek2 hahahha Rafiq pun sonok mai baring jugak kat Pak Sutan. Dia suka kalau kena geletek. Kemain kuat dia ketawa .. Rafiq sampai umah kejap terus gie bukak peti ice amik limau nipis ngan lemon . Dia mmg suka pegang benda bulat bulat ni. Mama kata buah limau purut mama kat Taiping habis kena cabut ngan Rafiq. Nanti dia pegang je limau tu sambil main .

Rafiq ada mild Autisme and mmg ke sekolah khas n setiap Rabu gie PERMATA . Sekarang dia banyak sangat improve . Semua bentuk dah kenal ...ABC pun kenal . Memori dia mmg sangat kuat . Skrg dah boleh cakap 3 perkataan ...jom makan semer ..walaupun sleng bunyi mat salleh gitew . Good job Apik n good job mama n papa Apik sebab gigih ajar . Mama dia pun rajin ajar Rafiq siap buku khas sendiri utk ajar ....syabas Mama Baqis .

Sekarang nak bagi dia bukak mulut n bercakap  serta bagi dia dengar arahan . Benda ni kena buat slowly n konsisten la kan. Tgk dia pun dah nak main ngan Isk n Yaya serta Sarah  ....role play pun dah pandai ...main baby baby ngan patung Sarah . Tapi kejap kejap baby nak berak ....hahahhaha sebab nya suar anak patung tu tertanggal hahahhaha . Baby nak berak pun boleh la Apik .

 Ni namanya koya tahap gaban . Dah jadi kucing belon dah hahahhahah sebab syok Pak Sutan main n garu garu kepala dia hahahhaha siap tutup mata terus syok punya pasal . Lawak la kamu ni Apik hahahha .

Abaikan perut bonceh Apik tu ya ..Mama dia siap pesan jgn naik badan sangat duk kat Taiping tu takut tak muat suar raya hahahhahahhahaha .

Mama citer kat Taiping kemain berselera makan ,....ikan kena 2 ekor n nasik mmg bertambah tambah . VVIP betul layanan hahahahha . Tapi Apik ni mmg sedap di peluk dia gebu gebu gitew . Uniform dia di umah hanyalah seluar . Dia tak suka pakai baju....sebab berpeloh peloh ...

Ok hope hilang windu Auntie Auntie semua tgk gamba terbaru Apik . Biasanya Apik lg handsome ..tak tahu napa mummy saja sabotaj letak gamba Apik yg tak berbaju ni. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...