Friday, February 10, 2023

17 Dec 2022 - Umi dah kahwin

 Alhamdulillah , 

Umi dan Aiman dah selamat kahwin . Lambat sikit nak upload dalam blog sebab tetiba dia hilang ingatan password blog . Mmg lama sangat tak masuk ni . Tapi blog ni kan mmg tempat untuk simpan memori maka sis usaha juga cari pasword dan akhirnya sukses . 

Kisah percintaan dia org ni mmg special sikit sebab bermula dengan cinta monyet di zaman matriks then terpisah kejap bila masing2 sambung belajar . Then beberapa tahu kemudian bertemu kembali . Tapi bukan bercinta pun . Sekadar kawan kawan aje . 

Tapi rupanya masing2 ada menaruh hati lagi antara satu sama lain . 

Teringat balik gamba dia org pergi kenduri kawen kawan dia org . Masa tu semua ramai ramai bergamba . 

' Umi , Aiman tu single lagi ke ...Umi kapel ngan dia aje la sebab akak nampak dia tu baik je . Selalu tau DM akak n komen story akak '

' Hish takyah la akak ....dia tu budak hot tu ramai peminat maklum la pemain bola tampar kan ...ala dia bukannya suka Umi pun ....tak mo la '

Macam tu la ...sekalik Aiman start kontek dia balik tapi cakap pun macam kawan kawan la . Duk aku nko aku nko je . Sekali Aiman aje proposed terus ...Aminah aku rasa kita kawen je la . Memang terkezut la umi ....eh nko giler ke apa tetiba ajak aku kawen ni . Yer la kalau kita pun terkejut la kan . 

Umi mmg terkejut la sebab hujan tak ribut tak sekali jumpa ajak kawen terus hahhaha . Mmg lawak la dua org ni . Tapi si Aiman ni gentleman la siap call sis , call mama n siap dtg umah nyatakan hasrat dia . For that i really respect him la sebab nampak bersungguh dia serius . Umi jgn nak malu malu sangat ye sis tau u pun mmg suka dia dr dulu kan kan kannnnnn


   mmg sepadan sangat 


Pak Sutan sendiri yang nikah kan Umi . Steady je dua dua sekali lafaz shj 



Dah selamat dah , tahniah buat Umi dan Aiman 


Di Ipoh - Belah Aiman 







Wednesday, August 03, 2022

Teluk Senangin

Last few week kami semua balik ke Taiping . My MIL ajak jalan jalan kat Teluk Senangin . Dia kata best n boleh bagi anak anak mandi manda . Tak jauh pun dari Taping , dalam40-45 minit perjalanan . Kawasan dia pun elok . 



So kita org mmg gamble je book bilik/challet sebab alang dah sampai tu kita cuba nasib je la kan . Tapi sebab hari Jumaat mmg susah sikit nak dapat . Luckily ada satu ni available . Dia tak la mengadap pantai terus . Dia atas sikit but still sangat dekat walking distance nye . Dia further up lagi sikit . 

Nama Chalet ni Mesra Chalet . Sis call sahaja owner dia n tanya ada tak . Syukur sangat masa tu dapat la 2 bilik . Memang terus setuju la . Dia kata kat sini Jumaat , Sabtu dan Ahad mmg penuh . Sekarang ramai dah dtg kat Teluk Senangin ni . 

De tu je pantai . Yang best nye chalet ni sebab dia luas n ada pagar cam private sikit la kan 


Ha image ni sis ambil dari Facebook Mesra Chalet . So u ols boleh tgk jarak dia n pantai . Kawasan lapang depan tu adalah kawasan utk camping. 


Budak budak ni memang seronok la kan sebab bagitau kita akan tidur kat sini . Masa ni duk tunggu cuaca redup sikit .





ni bilik yang berharga RM140 . Kita org anak beranak stay kat bilik ni

Mama dan Umi kat sini ada bilik harga RM100



Pak Sutan and Isk duk seronok sebab dapat mancing kat sini . Kat batu batu ni memang port memancing




memang seronok dan puas la dapat mandi . 



Ada tempat kita boleh duduk dan makan . Ada sinki semua . Kita org siap bawak periuk nasik dan lauk pauk makan ramai ramai ...memang seronok


Mesra Chalet, Teluk Senangin Perak - Puan Zainab  012-2691367

Saturday, December 18, 2021

Kasut Sekolah Pallas

Setelah lama kita PKP kerana Covid 19 , akhirnya sekolah kembali dibuka . Lama anak-anak kita belajar secara online , kali ni dapat ke sekolah . 1 November 2021 sekolah dibuka kembali . Masa ni memang semua ibu kembali sibuk untuk periksa keperluan sekolah anak anak. Baju sekolah yang lama tergantung dalam almari dikeluarkan kembali . Memang betul jangkaan , memang banyak baju yang dah tak muat. Yer la kan kita PKP lama dan anak anak kita belajar online pun dekat setahun.

Bukan baju je yang tak muat, kasut sekolah pun tak muat juga . Semua kasut masih dalam keadaan baik. Sebab tahun lepas pun memang beli kasut Pallas Jaz juga sebab memang tahu kualiti dia sangat bagus dan tahan lama. Cuma masalahnya sekarang adalah sebab kasut dah ketat. Jadi alang-alang dah hujung tahun ni, kita order terus kasut utk dia orang ni. Boleh pakai untuk tahun depan juga . 

Seperti biasa , kita order online sahaja di Pallas Online Store. Senang dan mudah. Dihujung entry ni Kak Moon ada share cara macam mana nak ukur kaki anak anak.

Kasut Yaya adalah Pallas Jazz Lo Cut Shoe Lace 7328  size 8 ( kaki 26.5cm ) . With rubber insole and arch support. 


Kasut Sarah adalah Single Velcro Strap 205-0196  size 4 ( kaki 24cm ). Sebabkan dia ni masih sekolah rendah, maka kita belikan dia yg tahan lasak serta guna strap sahaja. Senang nak pakai dan buka . Bagi anak anak yang lasak dan suka berlari, memang sesuai sangat model ni. Sebab dalam dia bouncy insole untuk lantunan lebih baik ketika berjalan dan berlari. Kasut ini juga cepat kering dan mempunyai better ventilation kerana kainnya seperti net dan memang untuk pengudaraan yang baik. Jadi tak la kaki tu panas aje kan. 


Dia la yang paling bersemangat nak kembali ke sekolah. Rindu sekolah dan kawan-kawan katanya . Tambah pula dapat kasut baru kan. Mak dia ni selalu la pesan kat dia agar patuhi SOP, selalu sanitize tangan dan dengar apa cikgu ajar dan pesan. 




Memang nampak tahan lasak kasut Pallas ni . 

Kasut utk Abang Isk , Kak Moon pilih Pallas Jazz Star School Shoes Lo Cut Shoe Lace 407-196 All Black  size kasut 10 ( kaki 28cm ). Isk memang nak yang sama seperti tahun lepas, sebab dia kata kasut ni selesa dan insole kasut tu lembut . Yang best nya kasut ni adalah sebab dia ada size besar . Maklum la anak teruna Sis kaki dia besar. Ni dia pun dah muat dah kasut Daddy dia. Untuk model kasut ni dia ada sampai kaki 29.5cm kasut size 13. Jadi ibu ibu jangan risau kalau nak cari kasut yg besar untuk anak sebab Pallas Jazz memang ada .

Kasut ni kalau pakai dengan seluar jeans pun smart tau , bukan semata mata untuk ke sekolah sahaja. 


Kak Moon memang order secara online sahaja buat Abang Isk, Yaya dan Sarah. Senang sangat sebab dah biasa tiap tahun beli online, just ukur sahaja panjang kaki anak anak anda dan + 1cm pada ukuran. Kemudia refer table saiz kasut untuk mendapatkan size kasut yang tepat dengan panjang kaki anak-anak.


Boleh order dan beli disini : Pallas Online Store

Ada banyak pilihan kasut sesuai dengan citarasa kita dan juga bajet kita.


Langkah pertama: Ukur kaki anak anda seperti di bawah. setelah itu tambahkan 1cm pada ukuran. Jika kaki anak adalah 23cm +1cm = 24cm 



Langkah kedua : Boleh rujuk pada jadual saiz kasut 



Langkah ketiga : Add to cart and check out untuk proceed bayaran . Credit Card dan Online Banking diterima. 

Selepas itu boleh tunggu kasut untuk dihantar ke rumah anda tanpa susah susah nak keluar musim covid ni kan. 

More info anda boleh ke Pallas Malaysia
Pembelian secara online di Pallas Online Store Wow2Wee
Pallas Facebook : Pallas Malaysia
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...