Tuesday, July 19, 2016

Selamat Hari Raya

Baru nak kuarkan entry Raya ahaksssssss

Ada org ternanti nanti tak ( perasaaannnn hahahhahah ) Sebenarnya Moon duk syiok tgk sambutan raya korang semua. Semua nampak meriah n best je. Tapi Raya kita org best juga walau pun simple je tapi still seronok

Kami balik ke Taiping awal ...Malam Jumaat dah balik sana. So sempat la berbuka puasa ngan Mama n Papa serta Umi kat Taiping. Kebetulan Umi pun cuti sem.

Kali ni baju raya tak banyatk pun . Beli selai dua je..kids pun beli sket2 je. Konon tahun ni nak emerald green...tapi utk baju Pak Sutan n Isk warna hijau tuh je ada, Isk sekarang dah kena beli baju dewasa size S dah sebab dah tak ada size budak utk dia.  Sudahnya ada all shade of green hahahha


 Papa n Mama duk tunggu anak anak dtg bersalam salaman. Tahun ni Talib tak balik sebab dia beraya di Nismilan n kena kerja time Raya.

 Dimulakan ngan si sulong. Sonok je tgk dia peluk mak ayah dia . Acara peluk2 ni bukan pada hari raya aje tau sebab family Pak Sutan mmg peluk peluk n cium sokmo. Masa mula mula Moon dikenalkan ngan parents dia masa tu Moon baru umor 19 thn camtu hahahahh mmg kena peluk n cium ngan Mama. Padahal masa tuh bukan menantu lagi pun. Cam tu la layanan dia org mmg mesra dari dulu sampai la sekarang.

Moon plak membesar dalam family yg tak pernah nak cium2 cam ni. Takat salam salam je . Untuk peluk n cium mmg tak pernah sehinggalah Moon masuk family dia org. So anak anak tak perlu rasa malu utk cium n express your love pada your parents. Masa Pak Sutan 1st jumpa Abah Moon mmg dia peluk kemah keming. Terdiam kejap my Abah hahahhaha

Tapi time Moon salam tak ada dalam gamba hahahhaha sebab cepat2 salam. Kalau lama lama nanti hujan. Moon ni plak mmg cepat je gugur air mata n terus jadi air terjun so better kita salam n cium cepat2 hahahhaha


 Sempat la amik gamba budak2 ni kejap kat tepi rumah. Konon nak bagi nampak susana raya di kampung hahahha padahal tak kampung sangat pun . Nak bergambar kat sawah padi tak ada , maka kita bergambar kat kawasan lapang ni sahaja

 Tudung Yaya ni sangat murah . RM10 je Moon beli pada malam Raya kat bazar Raya di Taiping tu. Lepas dah beli terus rasa menyesal sebab beli 1 aje...alahai napa la tak amik 2 atau 3. Kain sangat elok n tebal

 Bergambar lagi. Tgk la cik Sarah tu kemain la dia posing. Dalam kamera ni ada banyak gambar dia buat macam macam style hahahha. Tapi bila sampai part bergambar kat rumput, terus muka dia sedih sebab dia geli....ambooooiiiii

ok ni antara salah satu gambar dia....noti neh....

Seperti biasa kat sini tak ramai yg ada kat rumah sebab ramai yg balik ke kampung. Jadi acara tetap adalah Che Nah dtg rumah n kita org ke umah Che Nah. 


Tetamu adalah jiran sebelah rumah aje hikssss 
 
 Anak Cik Nah akan kawin pada Raya ke 3. Depan rumah mmg dah siap siap ada khemah utk kenduri


 Rindu plak nak amik gamba budak budak.

Raya pertama tak buat apa sangat hikssss. Basically makan hahahhahahah.  Raya ke dua kita org ke Penang

Transbella by Zenia

Ni nak kenalkan ngan product terbaru dari Zenia Beauty. Sebelum ni dia org ada keluarkan Transgluta kan. Masa May hari tu Kak Moon ada pergi majlis pelancaran Transbella ni pada bulan May 2016. Kak Moon dah cuba sebotol n mmg ada perbezaannya u ols. Mmg kulit nampak cerah sekata 1 badan.

So lepas habis sebotol ni Kak Moon kacau lagi si Anny bgtau nak cuba lagi sebotol sebab masa raya hari tu sakan pergi berjemur kat pantai hahahha. So nak la putih balik auwwwww. Nanti lepas habis sebotol  ni Kak Moon share lagi tau

 Ni la baby baru si Anny ni. Transbella ni dapat membantu memutihkan kulit dan juga memperbaiki struktur kulit. Yang pentiang, ia putihkan seluruh badan n bukan putih tang muka sahaja.


Packaging pun cantik dan yang paling best adalah sebab Transbella ni main kunyah kunyah aje. Rasa pun sedap cam sugus anggur ( boleh u ols bayangkan tak ) kunyah kunyah pun boleh cantik. Takyah susah susahkan.

Cara makan : Kunyah je sebiji sebelum makan setiap hari

Senang sangat....rasa dia pun sedap.

 
 Sebenarnya ada 2 jenis tau. 1 Adalah Transgluta dan 1 lagi Transbella . Kedua duanya adalah lah untuk putihkan kulit tapi ada juga perbezaan nya.

 Perbezaannya antara Transbella dan Transgluta


Masa launching hari tu pun Kak Moon ada tanya, Su explain yang kadang ada org tak boleh amik collagen sebab allergik jadi dia org boleh amik Transgluta yg mengandungi Glutathione

So sesiapa nak putih dan ada collegen pada masa yg sama boleh consume Transbella sebab Transbella menggunakanEkstrak Yis dan Sakura

 Dalam ni ada 30 biji n memang cukup utk pengambilan selama sebulan. 


HARGA 

1 Transbella - RM80
1 Transgluta - RM70
2 Transbella - RM150
2 Transgluta - RM130
Trannsgluta + Transbella - RM140
Zenia Collagen - RM120
Collagen + Transbella - RM180
Collagen + Transgluta - RM170
Collagen + Transgluta + Transbella - RM220


 ni la org kuat Transgluta n Transbella , Annie n Suraya Sulatin

Duta produk mereka Atita Haris yg sangat cantik u ols 







Email : zenia.sales@gmail.com

Hotline : 013-6915915 / 019-3173715


Wednesday, July 13, 2016

Order Biskut Raya

Malam tadi Pak Sutan naik ngan budak2 dulu sebab mummynya ada banyak kerja lagi tak settle. Kain baju berlambak lagi nak kena lipat n susun.

Tapi dalam duk susun tu terus rasa loya n nak muntah plak tgk kain kain baju ni. Terus stop n naik atas terus....dah dengar sora Cik Sarah ...nak mummy.....nak mummy

Masuk dlm blk budak budak n terus Pak Sutan kata

Ni Yaya ada benda nak bgtau awak ni ..

Benda apa plak 


Dlm hati misti dia ada buat apa apa ni....tapi Isk ngan Pak Sutan dah ketawa ketawa dah.


Boleh tak Mummy bagi Yaya 25 ringgit besok 

Nak buat apa duit 25 ringgit

Cam ni , Yaya nak baya kueh raya. Tadi kawan Yaya bagi rasa biskut nestum coklat. Sedap sangat ...jadi Yaya order la. Dia suruh bayar duit besok...mak dia yg jual kueh raya

tak tahu nak gelak ke nak marah ke apa sebab dia suka suka je order kueh alahaiiii anakanda. Kat sekolah pun boleh order biskut raya. Pandai marketing mak budak tuh hahahhaah

Since mummy punya bateri pun dah kritikal maka mummy angguk je la. Misti dia org hairan napa tetiba mummy tak marah plak hahahah. Nasib awak order kueh raya ley mummy tumpang makan juga....kalau order benda mengarut cam pemadam ke apa misti dah kena marah dah. 

So pagi ni dia dah senyum2 ingatkan agar jgn lupa bg duit biskut . Dalam duduk ingat duit biskut raya Yaya terus terlupa abg Isk ada koko badan beruniform hari ni n mak dia pun gigih hantar baju melayu sek Kafa kat nerseri....aiyooooo

Tgk jam pukul 1 lebih tadik baru perasan....alamak Abg Isk Koko la hari niiiiiiiiiiiiiiiii

Agaknya aci tak dia pergi koko pakai baju sekolah pagi tadi takpun pakai je baju melayu tuh ahahahhaha. Mummy is so ting tong la today....rasa sangatttttt la penat..




Hari ambil report card

2 hari sebelum cuti raya adalah hari amik report card sedunia. Maka anak ada 2 org yg sekolah pagi n petang, maka kena 4 kali la kena pergi jumpa cikgu

Mula mula hari Khamis adalah amik report card bagi sekolah Kafa. Si adik kena pergi waktu pagi dan si abang plak kena pergi waktu petang.

 Since kita org sampai awal awal pagi, maka masa ni tak ramai sgt org. Sebab kita org pun kena cepat2 juga masuk ke opis

Yaya keputusan dia ok..dalam duk banyak cakap n main main tu, ada banyak peningkatan dr peperiksaan awal tahun.

Janji ada peningkatan...tu pun dah cukup

 Petang pulak pergi amik report card si abg plak. Masa ni tinggal 2 org je murid sebab kita org dtg lepas habis kije. Nasib la sempat

Besoknya plak kena ke sekolah kebangsaan plak. Nasib baik la dia org satukan skali n semua jumpa waktu pagi je. Kalau tak jenuh nak pikir macam mana nak ulang alik pagi n petang

 Mula mula ke kantin utk amik result Yaya. Result dia ok cuma cikgu kata dia suka cakap banyak....yer cikgu yg tu mmg saya tahu sgt hahhahaha

Since dah tgk result online, maka kita dah prepare n dah terima result dia org. Bak Moon kata earlier , janji ada peningkatan n kita boleh fokus pada subject yg penting n yg dia org lemah

Si Isk ni pula jenis yg kalau belajar kita kena explain n cerita kat dia. Sebab tu bila anak anak nak exam, Moon pun kena study sama n kena cerita plak kat dia. Kalau cam tuh mmg dia ingat...kalau suh baca sorang sorang, mmg 2 3 jam la dia duk tenung n baca buku tu. Satu habuk pun tak paham.


Soalan yg selalu ditanya kat cikgu misti la....anak saya mcm mana kat kelas cikgu. Kelakuan dia mcm mana....dia ada cakap lebih kurang kat cikgu ke...

Cikgu kata dia org ok n tak pernah lawan cikgu. Bagus la mcm tuh, kalau lawan ckp cikgu mmg siap la mummy cubit n pulas perut tu hahahhaha

Balik kije petang tu terus kemas kemas beg sebab lepas berbuka puasa mmg terus zass bertolak ke Taiping. Masa ni mmg bahagia je jalan raya sebab tak jem.

Tapi masa balik ...nangeh hokeyyyyyyyyyy

Tuesday, July 12, 2016

mana entry raya

Assalamualaikum

Napa pagi pagi dah ngantuk tu .....hahahhahah

U ols harap bersabar ya. Akan Akak update cerita Raya...ni baru je terhegeh hegeh nak upload gambo ke laptop. Lepas tuh baru perasan napa tak banyak gambar hahahha

Im so busy tau u ols. Tak sempat nak pegang kamera bagai. Dah balik ke rumah dah busy nak kosongkan beg, basuh baju kotor n siapkan baju baju sekolah anak anak plak ...phewww lap peluh yg menitik nitik .

Moon beraya kat Taiping...tapi kita org malam Jumaat dah balik Taiping. So sempat la berbuka puasa 4 hari kat sana. Awal kan balik sana hahahhaha

Nanti akak citer ya u olsssssss sementara tu ley la jenguk blog blog lain dulu....lepas tuh petang2 atau malam malam sket ley jenguk blog akak k

hiksssssssss

Tuesday, June 28, 2016

Pasang katil

Hari tu ada ke IKEA. Asalnya nak beli rak utk letak kat dapur je. Tapi ternampak plak katil single ni offer so terus bgtau Pak Sutan. Alih2 dia kata beli je la ...kalau tak dlm bilik Yaya ada 1 katil aje. Sarah tidur atas tilam kat lantai

Masa mula mula kita org masuk umah kan...kat area Salak Tinggi ni ada 1 kedai barang 2nd hand tau. Masa tu murah sangat...katil single dalam RM50 je 1. So kita org beli la 2 konon 1 Isk 1 utk Yaya. Tilam pun beli tilam 2nd hand yg hostel tu. Weyyy sedap tau tilam hostel sebab dia ala latex...cam tilam hosp pun sedap juga kan. Kita org beli 5 kot tilam tu hahahah. Masa tuh satu RM20 je pitam tgk harga. Terus sawan nak membeli kat situ. TAPI kedai tu dah tak ada dah.......kita org beli pun 6 thn lepas hahahha

Yer la dah masuk umah banyak pakai duit. Bila dah masuk umah nampak gondol2 plak kan. So brg 2nd hand pun ok apa. Tilam tu kita org pilih yg nampak elok n bersih. Owner tu kata ni tilam asrama yg ditutup. Since nampak baru maka kita org beli la ....la la la la


Lama kayu katil ni duk tersadai kat bawah tak pasang2 lagi. Nak cakap banyak banyak kali kat Pak Sutan nanti kang dia tak suka plak. Hari tuh pun dia dah pasangkan side table n rak kat dapur. So ni Moon pasang sendiri slow slow. Barang IKEA ni kalau ikut step dlm buku dia mmg tak ada masalah. So pasang pelan2.


So katil ni akan ada 2. 1 utk Cik Yaya n 1 utk Cik Sarah


ni la rupanya bila dah siap pasang. Moon pasang 1...n 1 lagi Pak Sutan pasangkan. Dia kata Moon neh tak nyempat nyempat ....hikssssssssssss

Since Cik Sarah tu tido kemain la berpusing 360 darjah...maka kena letak tilam kat tengah2 tu. So kalau dia lasak sangat tido , jatuh pun atas tilam kan.

Jap ....nak cari mana gambo harga katil ni...hari tuh ada snap. Jap ekkkk, dalam RM149 satu kalau tak silap

kekembungan

Ada ke ayat kekembungan ni ek hahahah

Semalam mmg sakit yg amat perut ni. Alhamdulillah hari ni ok sket tapi still duk rasa senak senak. Semalam dah macam ngandung 5 bulan. Pergi klinik pun misti org ingat nih dia dtg utk checkup ibu mengandung ni hahahah. Dengan jayanya la doc ketuk2 n tekan tekan perut...nasib la masa dia tekan tak sendawa atau teruk lagi....terkentut

Tq semua yg share mcm mcm petua. Akan akak simpan ketat ketat petua tu semua

Moon start kembung n tak sedap perut since Jumaat. Mungkin sebab minum jus tembikai waktu berbuka dengan jayanya. Air tembikai blend sejuk sejuk mmg sedap hokey.........lepas tuh mmg 'sedap' betul la perut ni kan

Yg menarik perhatiaon sgt adalah bila ramai tag suh tgk iklan kat bawah ni...tergelak besar akak tgk u ols


semalam akak kena gastrik u ols 
Tapi doc mmg siap tanya ...kentut tak. Berak macam mana. Najis pejal ke cair semua dia tanya u ols 
...akak bgtau la...saya macam cerry berry doc. 
Tapi mmg prune ni bagus hokey...kalau makan mmg besok terus ke jamban
Tq semua sebab caring sgt ,,,,mmuah. Love u ols
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...