Tuesday, June 28, 2016

Pasang katil

Hari tu ada ke IKEA. Asalnya nak beli rak utk letak kat dapur je. Tapi ternampak plak katil single ni offer so terus bgtau Pak Sutan. Alih2 dia kata beli je la ...kalau tak dlm bilik Yaya ada 1 katil aje. Sarah tidur atas tilam kat lantai

Masa mula mula kita org masuk umah kan...kat area Salak Tinggi ni ada 1 kedai barang 2nd hand tau. Masa tu murah sangat...katil single dalam RM50 je 1. So kita org beli la 2 konon 1 Isk 1 utk Yaya. Tilam pun beli tilam 2nd hand yg hostel tu. Weyyy sedap tau tilam hostel sebab dia ala latex...cam tilam hosp pun sedap juga kan. Kita org beli 5 kot tilam tu hahahah. Masa tuh satu RM20 je pitam tgk harga. Terus sawan nak membeli kat situ. TAPI kedai tu dah tak ada dah.......kita org beli pun 6 thn lepas hahahha

Yer la dah masuk umah banyak pakai duit. Bila dah masuk umah nampak gondol2 plak kan. So brg 2nd hand pun ok apa. Tilam tu kita org pilih yg nampak elok n bersih. Owner tu kata ni tilam asrama yg ditutup. Since nampak baru maka kita org beli la ....la la la la


Lama kayu katil ni duk tersadai kat bawah tak pasang2 lagi. Nak cakap banyak banyak kali kat Pak Sutan nanti kang dia tak suka plak. Hari tuh pun dia dah pasangkan side table n rak kat dapur. So ni Moon pasang sendiri slow slow. Barang IKEA ni kalau ikut step dlm buku dia mmg tak ada masalah. So pasang pelan2.


So katil ni akan ada 2. 1 utk Cik Yaya n 1 utk Cik Sarah


ni la rupanya bila dah siap pasang. Moon pasang 1...n 1 lagi Pak Sutan pasangkan. Dia kata Moon neh tak nyempat nyempat ....hikssssssssssss

Since Cik Sarah tu tido kemain la berpusing 360 darjah...maka kena letak tilam kat tengah2 tu. So kalau dia lasak sangat tido , jatuh pun atas tilam kan.

Jap ....nak cari mana gambo harga katil ni...hari tuh ada snap. Jap ekkkk, dalam RM149 satu kalau tak silap

2 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

kalaulah ipoh ada ikea bgsnya.heheh

Nooraini Ali. said...

kita pun ada cik sarah..hehehe sama pulak namanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...