Tuesday, June 07, 2016

Isk n Yaya di Taiping

Awal cuti sekolah hari tuh hantar Isk n Yaya balik kat Mama n Papa di Taiping. Mama, malam Jumaat dah siap whats app

Cuti sekolah dah mula dah ni ...bila hangpa nak bawak balik cucu aku

gitew Mama siap counting days lagi. So kita org hantar Isk n Yaya je. Sarah takley tinggal lagi sian Mama. Lagi pun Cik Sarah dia masih nak tido pelok pelok nak mummy dia lagi. Isk n Yaya tak apa sebab dia org dah besar.

Since Sabtu tu ada event pelancaran baju Melayu Boboiboy kat Sarah Hughes Globe , kami ke KL dulu. Habis event terus balik ke Taiping. Nanti pasal pelancaran baju Melayu Boboiboy Moon cerita dalam entry lain k

 Sekarang mmg dia la duduk depan sebelah daddy dia. Tukang keluarkan Smart Tag ...tukang cek baki touch n go. Tukang teman daddy bersembang.

kali ni bagi dia org buat balik phone sekali . Boleh la mummy dia nak berwhats app whats app bagai ngan anak hahahha

budak yg happy sebab Daddy dia belikan mangga. Tapi mangga tuh untuk mummy sebab Moon mmg suka mangga yg masih hijau. Tak manis n rasa lemak lemak....sekali si kecek ni makan sebekas sampai habis. Suka betul dia kat mangga muda 

 
 Sarah ngan Kakak Yaya. 

 Sonok la dia org duduk kat sana 

Kita org duk kejap je sebab nanti besoknya kerja kan. Tapi Isk n Yaya sonok la sebab Mama bawak dia org plus Umi ke Penang

makan hati je mummy tgk dia org pergi makan macam macam

Setiap kali makan bagi gamba. Aduuuu mmg mengegarkan jiwa raga sungguh . Pagi makan nasi kandar Kampung Melayu, brunch makan mee rebuih . Tengah hari makan pasembor plak .

Ni bulan puasa Mama kata Isk n Yaya ikut pergi surau. Malam pertama terawih Yaya teman Nani dia sampai pukul 12 mlm kat surau. Ikut Nani sama sama tadarus Al-Quran. Berbuka puasa pun kat surau ramai ramai. Syok menjadi kenangan untuk dia org.


Tapi gambo ni mmg win . Mama bawak dia org ke Lake Garden sehari sebelum puasa. Mama nak bg dia org naik kuda tapi tempat kuda tu tutup. Sudahnya dia org main panjat pokok hahahah. Panjat la nak ooiiii sian korang kat area umah tak ada peluang nak panjat n bergayut macam ni

Tapi baru seminggu mummy dah windu niiiiiiiiiii. Berbuka puasa pun berdua je ngan Pak Sutan. Terus dua dua cam ....kalau budak budak ni ada kan best .......huk huk


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...