Monday, September 03, 2018

Sale langsir last week

Ramai yg frust sebab tak dpt dapat since ramai yg balik kampung . U ols jgn risau sebab lvl 7 ni sentiasa terbuka utk u ols . Kalau dtg weeken pun kadang ada harga offer . Lagi pun harga kain langsir di lvl7 ni adalah sangat mampu milik setanding dengan kualitinya

So biasanya setiap kali sale Kak Moon akan bgtau kan di FB di IG n Page , kain mana yang berbaloi baloi utk dibeli .

Kali ni adalah kain bidang 110 yg semuanya dijual pada harga RM15 semeter

Ok ni adalah gamba Bangunan Sarah Hughes Globe Jalan Tuanku Abd Rahman , KL .

 
Ni adalah pandangan depan

 Ni adalah pandangan belakang . Moon selalu masuk parking belah belakang ni . RM10 per entry . Betul2 sebelah Semua House .

Biasa mmg selalu masuk kot pintu belakang . Dulu kalau hari Sabtu sesak sket kat belakang ni sebab ada pasar malam kan . Tapi ni pasar malam dah dienjakkan ke tepi sana sket so area sini ok la tak sibuk sangat . 



 ni la kain bidang 110 yg selling at RM15  . Sebenarnya 1 floor ni harga offer tapi Kak Moon banyak rekemen org beli ni

Memang berbaloi ...sebab tu ramai yg amik kain ni . Plus ianya tebal dan bunga nya bersulam . Bidang 110 plak tu

Ni pun ramai org beli . Masa kat rail nampak biasa biasa aje . Sekali ada reader mintak potongkan ...kemain lawa n sweet kain ni . Dah macam kain baju kurung kan 
 


Bagi yang buat pembelian akan ada free gift . Bagi setiap RM100 yang dibelanjakan , boleh pilih nak baju atau alas meja atau set pinggan ni . 

Tq buat semua yang dtg . Maaf tak sempat snap gamba sangat pun sebab sonok bersembang ngan anda semua 



BERMINAT NAK ORDER ONLINE BAJU BAJU NI SILA KLIK LINK DIBAWAH 
www.wasap.my/60176561624
 
 















Friday, August 24, 2018

Sale Langsir sempena Merdeka

TQ buat semua yang setia menantikan bila Sale Langsir. Last sale langsir adalah pada akhir bulan Mac hari tu . Lepas raya omg ramai yang email sera PM n DM tanya bila plak sale langsir .

Ok ni nak umumkan weekend ni ada sale langsir . Kak Moon ada publishkdan di FB page Miera301 at Sarah Hughes Globe n y personal FB . Kat IG pun Kak Moon ada leak juga

So bagi sesiapa yang sedang mencari langsir atau mak menukar langsir umah boleh la dag bisok dan lusa ya . Naik lift terus ke tingkat 7 .





Jemput datang ya . Bahagian langsir adalah di tingkat 6 dan 7 . 

Ada light refreshment juga disediakan . So jangan risau kalau nak pilih lama lama sebab boleh minum minum n makan makan dulu. 



Ada kain velvet , rain cotton , day curtain bidding 110 dan kain langsir linen bidding 110 




Jemput datang yer semua  . Ajak kawan kawan n sedara mara sekali ye 

Kak Moon akan ada di sana pada media dua hari ya . Sabtu  n Ahad Kak Moon ada sana . So jangan segan segan ya  . Boleh datang n tsk tsk kale berkenan zasss terus boleh beli .

Highlight kali ni :

- kain bidang 110 selling at RM 15 per meter 
- day curtain bidding 110 selling at RM 15






Monday, August 20, 2018

14 tahun

Selepas berkahwin selama 14 tahun ..ini la kami . Happy 14 Anniversary Pak Sutan . 4 orang dah anak kita . Kadang bila  tgk Abg Isk cam tak caya je anak anak dah besar . Rasa cam baru kawen je muahahahah ( gediks plak bunyinya )


Uiih ramainya anak akak hahahah tetiba anak dah 4 dah kan . Misti ramai yg start baca blog Kak Moon masa Kak Moon ada Isk n Yaya je kan . Masa tu pun duk aktif kat fotopages. Sekarang Fotopages pun dah lupa password . Fotopages pun dah tak boleh bukak dah.



Lama tak ambil gamba proper macam ni . Mak dia org sekarang ni dah semakin malas sebab banyak benda lain yang perlu diberi perhatian lebih . Blog pun macam tak banyak entry sangat sebab kadang laju update kat IG n FB sahaja .

nak kena ngan tema punya pasal , siap buat cekak bunga bunga yg match ngan bendera untuk Sarah . Sudahnya cekak tu jatuh merata rata sebab dia sibuk nak berlari  n main bola ngan abang dia . Kebetulan kita org semua pakai baju T Shirt merdeka by Sarah Hughes Globe . So apa lagi alang alang tu apa kata kita g amik gamba je terus


Yang sikecik tu kemain lagi kan dia punya sengeh tu . Rambut pun dah menebai cam ada potensi menjadi rambut sabut Abg Isk aje hahahhaha . Nain sekarang pun dah umor 8 bulan .



 bila dah lama kawen ni ( kalau lebih dari 10 thn boleh dikira lama la kan ) kita pun belajar banyak benda . Sekarang banyak beri perhatian pada anak anak . Apa apa pun anak anak akan diutamakan dulu . So anda ingat kami ada masa utk gaduh gaduh ....hahah harus la tidak sebab ada masa utk pening kepala je nak layan kerenah anak anak muahahhahah .


Masing masing macam macam peel n ada kelebihan masing masing . Lama lama kita akan tahu macam mana nak manage n belajar dari kesilapan.Lama lama kita akan cuba n cuba perbaiki agar sentiasa lebih baik dari semalam . Untuk menjadi pasangan yg lebih baik dan juga ibu serta bapa yang lebih baik . 


Bulan 8 juga adalah bulan yg special utk kita org sebab kita org kawen 20 hb . Setahun lepas tu Abg Isk dilahirkan . Besok adalah birthday dia yang ke 13 . Tanya dia nak apa ...tapi dia kata nanti la Isk pikirkan dulu hahahah . 


Baju kami semua by Sarah Hughes Globe , Jalan Tar KL ( yer Globe yang selalu Kak Moon buat promo langsir langsir tu )


Kids :  3-4 , 5-6, 7-7. 9-10 , 11-12 DAN 13-14 tahun
Adult : S hingga 5XL 
Harga : RM 29.90 

BERMINAT NAK ORDER ONLINE SILA KLIK LINK DIBAWAH 
www.wasap.my/60176561624


Wednesday, August 08, 2018

Perkahwinan Abil dan Aida

Last month berlangsungnya perkahwinan duda ter hots di Malaya . Bak kata org dulu ada 2 org duda hots .

Mutalib & Abg Abil

Tapi Talib dah taken kan . So semua ternanti nanti bila kah Abg Abil  yg sangat hot di Malaya dengan kisahnya yang menjaga isterinya Kak Gee hingga ke akhir hayatnya ni akan  menamatkan zaman solonya . Alhamdulillah jodohnya tak jauh kan ....PA nye menjadi suri hati gitew .

Moon kenal pun melalui alam maya gitew . Tak sangka dapat berjumpa tahun lepas sebab masa ni Aida dtg ke Globe untuk beli langsir . Masa tu cam boleh hidu je dia org ni tapi takmo la speculate awal awal kan .

 Gambar masa 2017 ni 

Sebab dia pun melawak je manjang . Walaupun 1st time jumpa rasa cam kenal lama je . Aida plak mmg kenal sebab dia pernah beli perfume n agent perfume Dr Sheikh dulu .

So bila dapat jemputan ke majlis kawen dia org ...harus la seronok kan . 5 tahun En Abil menduda. Alhamdulillah Allah bukakan pintu hatinya n temukan jodoh yg baik utk dia ...orang Ganung gops .


siap masuk paper u ols.


Dia ada jemput Talib sekali sebab dia pernah kata kisah dia n Talib macam hampir sebab sama sama menjaga isteri yang sakit hingga akhir hayat arwah . Tapi Talib tak dpt dtg sebab dia baru lepas kena Chemo so dia a bit tired .

Tunggu turn tau nak bergamba ngan couple hot ni

Apa la yang Nain berkenan sangat ngan baju awok tu Aida . Semua gambo semua dia duk belek baju pengantin hahahaha .

Moon doakan korang berdua berbahagia hingga ke akhir hayat dan cepat2 dapat baby kay Aida .

 Tq sebab jemput kami semua ke majlis berbahagia korang .

Friday, August 03, 2018

report card day

Minggu lepas ke sekolah Abg Isk amik report card . Dapat la sembang sembang ngan cikgu dia . Tgk prestasi dia macam mana bila masuk sekolah menengah ni . Ada yang naik n ada yang turun . Cuak je dia sebab Pak Sutan dah ckp awal awal ...siap la kalau result teruk hahhaah


keluar je kelas terus kena kan hahahhahah . Acctually Pak Sutan main main je tu . Kadang budak2 ni mmg kena marah jugak. Baru la ingat sket . Tetiba macam macam la keluar alasannya kan ...tak sempat baca buku  la ...malam tu Isk tidur awal la . 

Lepas ni siap la ...mmg mummy akan paksa awak baca Sains lebih sket . 

 
Masa dlm kelas dia kemain la budak2 pompuan duk sengih2 ...pastu masa nak jalan ke kereta , siap boleh dengar .

Eh tu mak Sutan la 

Sutan ngan mak dia la 

Pastu gelak gelak ...senyum senyum . Wahhh kemain kan . Siap Moon tanya , Isk ada awek dah ke

Mana ada Mummy tapi sengeh tu sampai telinga , siap telinga tu mummy pulas pulas karang kalau ada . Jangan nak bagi cam alasan daddy masa dia citer kisah kisah dia masa sekolah . Dia org suka saya bukan saya suka dia org pun ....vleyyyyyy 


Ok sebelum anta dia balik n we ols kena masuk opis balik . Baik kita gie makan dulu kenyang2 . Makan nasik terus baru senang hati kan .

Tuesday, July 24, 2018

Kisah Chemo

Assalamualaikum semua . Misti yang follow IG Kak Moon mmg tau pasal Talib kan. Dia undergo chemo session sekarang . Selepas pembedahan buang colon last year , dokter rekemen utk undergo chemo.

So dia kena 8 session . So buat kat Institut Kanser Negara Putrajaya .

So ni dah 3 session dia buat kena masuk wad . Kena duduk wat 3 hari 2 malam . Alhamdulillah Talib ok n dia pun sgt strong . Kadang kalau tgk dia cam tak caya dia tgh Chemo sebab dia makin bam bam hahahahha ampun Lib akak kutuk depan depan hahahah .

 

Kita org biasa during lunch hour akan gie lawat dia . Lagi pun session dia ada banyak kali . Tiap kali kami pergi misti bawak nasi Arab kat dia . Sebab kami kije Cyberjaya kan tak jauh pun ngan Putrajaya ni . Turun tapau n terus ke hosp . Sonok tgk dia makan hahahhaha . Hari tu pergi dia tengah tido . Pak Sutan kejut dia ...tanya 

" Hang nak makan dak ...abg bawak nasik Arab ni "

Terlebil2 dia bukak mata n bangun . Terus duduk n bukak bekas nasik hahahha lawak la hang ni Lib . 

1 session 3 hari 2 malam . Rehat 2 minggu 

baru next session . Cam tu la cycle dia . Sebelum ni ada yg makan ubat oral Xeloda , ubat pil . Makan ubat utk 4 session cam tu selama 2 minggu . Tapi Talib kata kesan yg telan ubat tu lagi kuat . Tangan n kaki dia jadi hitam sket . Kulit kering . Dia rasa payau dalam mulut . Pastu kulit dia kering n mcm surnburn mandi pantai tu . Tapi yg masuk drip ni nampak dia ok n kemain rambut belah tepi hahahhaha . 



Amboi Lib , kemain hang salam Papa lagu tu . Cam salam ngan Agong je . Dalam drip bag purple tu la ubat chemo dia . 


 Ni session dia ke berapa ntah . Mama n Papa kebetulan mmg ada sini sebab papa kena minor operation ( ha yang tu nanti akak citer entry lain . Mmg bulan ni penuh ativiti hospital ) . Habih waktu melawat at 2 terus la kena masuk opis u ols .

Waktu melawat adalah 12.30 tghari - 2 tengahari , petang plak 4 petang hingga 7 mlm kalau tak silap

Baqis akan dtg lepas kerja . Lagi pun dia kena nak amik Rafiq lagi . Dont worry Baqis, we ols ada ley belikan makan utk dia hahahha ( lauk hospital dia usik skettttt je hahahhaha kemain la tak lalu ) . Akak kalau masuk hosp akak plak paling tak sabar nak makan makanan hospital hahhaha pelik je kan.


Ni ada 1 lagi last session kot lepas tuh takyah buat dah . Nampak dia cam ok kan .. dia pun kata badan dia tak rasa apa sangat . Siap rehat 2 3 hari pastu masuk kerja selamba je dia ni . 

Tq semua yg bg ucapan selamat . Insyaallah dia ok ni . U ols jgn risau k . Hari tu siap ada yg follow IG akak cam Talib sebab kebetulan husband dia pun tgh chemo jugak hari yg sama . Siap ley duduk bersembang lagi hahhahah 2 org pesakit ni kad wad hahah . Rupanya sama jugak kes Talib , colon cancer stage 3 , chemo 8 session . Nanti mana tahu next session ley jumpa lagi . 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...