Sunday, November 18, 2012

tak kuar bilik la kalau cam nie

 
jumpa facebook org nih tapi lupa plak apa nama dia sebab dgn selamba nya cilok gamba dia sebab sangat kagums ngan koleksi benang dia .....pitam wey tgk banyak benang cam nihhhhhhh . Berapa tahun la baru nak habis stok banyak cam nih .

Kalau nak habis kan nampak gaya nya tak der la nak kemas umah tak der la nak basuh lipat susun kain semer tak der la nak masak ...........sebab nya nak duk sitew je mengkait ........last last jari jemari yg ada muscle semer hahhahah

best kan ......kagumssssssssssssssss


hebat laaaaaaa mampu kait selimut yg maha besa cam tew ....tp benang besar cam tew harga dia pun mahal ya ....kalau seketul 2 3 hengget harus la ai terus beli banyak2 hahahhah pastuh jadi tukun sebab penyakit malas menjelma sudah hahahha

yer saya sangat malas skrg .............semer pun jadi malas ....jarum n benang dah berbulan tak pegang ....kamera pun malas pegang ....cam ner tew ......kena buang perangai M ni jauh jauh ....shu shuuuuuuuuu saya nak jadi rajin semula ..........pling...

Friday, November 16, 2012

Sarah Hughes Globe Year End Sales

Dear Readers ,

Jualan akhir tahun kembali lagi n now ada special offer dia org kasik utk my blog readers ........yup utk u ols semer . So sapa nak tuka langsir thn nih sila la jenguks2 ya

Moon akan pegi sana maybe Sabtu atau Ahad nih so sapa nak join ...jom jumpa di sana .

Khan kata harga semer flat price mengikut bidang kain

55' semer jadi RM 12 per meter
120' semer jadi RM 25 per meter

upah jahit pun ada

so sapa yg duk email moon past few weeks tanya pasal sale kat Sarah Hughes Globe ....so this is the right time utk kowang ke sana ........

Happy shopping u ols ....kalau ada sedara mara dtg jalan jalan kat kl ...ajak je masuk sarah Hughes Globe tingkat 5 ya .........pasti x pulang ngan tangan kosong hahahha

Offers start from 15th November 2012 - 15th December 2012

dan seperti biasa jangan lupa sebut " I follow blog Moon " utk dapat  diskaun istimewa tew ya

Thursday, November 15, 2012

Balik Taiping - Penang

Cuti sekolah dah bermula so Isk ngan Yaya dah tak saba saba dah nak balik Taiping ...nak jumpa ngan Rafiq ....tiap hari la duk kira berapa hari lagi skolah ...the Isk request nak duk sana 14 hari ....walaupun mama suh tinggal sampai habis cuti tapi kalau tinggal lama cam tew ....sunyi sepi la kita org ..........hu hu hu

ni la dak bam bam yg semer duk tunggu tunggu nak jumpa ....alahai Rafiq oooi walaupun badan kamu dah susut sket akibat kelasakan kamu tapi pipi kamu tew tetap menjadi pojaan hati ku ...kalau tgk katun siap nganga nganga lagi mulut tew ....Rafiq tutup mulut cepat ...kang lalat masuk

Kita org ke Penang semer sebab ada kenduri kawen kat sana ...alang tew ley pegi jumpa Grandma pak sutan .

Tak sempat amik gamba time kenduri tew ...sebab kamera lupa nak wat kuar dr kereta ...bahaya sungguh la . Nasib la park dpn umah Grandma ....then jalan kaki ke tempat kenduri ...tapi lepas dah mkn semer tak larat nak gie amik kamera ....tew la padahnya bila semer dah start pakai kamera kat handphone je hahhahah

 char kuew tiaw En Talib

 Mee Rebus Pak Sutan

Pasembor yg ai pilih ...mula amik 1 1 je pas campo2 haaaaaaaa nindiaaaaaaa RM 15 punya pasembor .......so Isk Yaya ...Pak Sutan n Lib ....jgn tgk je ....mencekik sorang mmg tak habis nehhhhhhh ....tulunnnnnnnnn

Tadik kemain la duk makan dah kat kenduri ....tapi dah reserved perut siap siap ....alang sampai penang apa klass kalau tak dtg pekena mee rebuih n pasembor ...so kita org soh Talib selaku pak driver bawak kita org pegi padang Brown ....meh pekena cendoi sama .

Mama n Papa balik dulu sebab dia org bawak sedara dr Kelantan balik Taiping ...so semer mmg bermalam kat Taiping mlm tew ...so kami anak anak nih merayap2 dulu kat penang ...hikssssssss

 
 Rafiq ngan Papa nya ...ingat kan ramai org minat kat Rafiq tak sangka plak papa nya pun ada ramai secret admire hahhahahha alamaks ....matik la statement apa kah ituw ( jgn marah ya Lib ) ...

 
 hahhahah nasib la bawak kaki mkn je semer ....habis jugaks pasembor tew muahhahahahh ....dasar perut tempayan.com kan ......... masuk kereta semer dah sekak perut ....sampai bukit gantang dah semer duk nak cari toilet hahahhah tew la input hari nih melebihi input dari hari hari biasa ........

 olooooooooo comey nya Rafiq wat muke cam tew .......comot comot pun tetap comey




kita org mkn kat stall nih ....Sutan n Talib kata masa dia org kecik agi kalau balik Penang misti Uncle n Auntie bawak dia org dtg makan kat sini ..so bila balik sini misti stall nih jugak depa cariks ........ai tak tahu ...ai pegi pilih je ...terus tamaks haloba ....sekalik penuh sepinggan pasembor nya ...hahha

Sok nya dah nak balik kl dah , alahai misti ai ngan pak sutan busan duk umah berdua je ..........ermmmmmm . Tew la da bebudak kat umah asek marah kan dia org sebab gaduh la berebut barang la ....nangis la itu la ini la ........ha hamik bila anak tak der terus rasa rindu to the max .........skrg mummy la plak counting days nak gie amik dia org plaks

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434, tahun baru Masihi pada hari Khamis, 15 November 2012 dan 1433 hijrah akan meninggalkan kita, banyak kenangan yang akan kita semua tinggalkan
doa akhir tahun hijrah bacaan doa akhir awal tahun hijrah dan amalan sunat
Baca Doa Akhir Tahun ini sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah
Alhamdulilah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MAHA PENCIPTA SEKALIAN ALAM
Apakah azam kita pada tahun baru ini? Barangkali ada yang terlupa untuk menyambut tahun baru hijrah kerana terleka dengan kehidupan yang sementara ini
Apapun marilah sama-sama kita ingat mengingati kepada perkara yang membawa kepada sesuatu yang baik
doa awal tahun hijrah bacaan doa akhir awal tahun hijrah dan amalan sunat

Baca Doa Awal Tahun ini sebanyak 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram

PENGERTIAN AWAL MUHARRAM
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah)
Sebelum rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi
Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri
Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah
Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan


PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
  • 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah
  • 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran
Pada 10 Muharam juga telah berlaku
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
  • Hari pertama Allah menciptakan alam
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan
  • Allah menjadikan ‘Arasy
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz
  • Allah menjadikan alam
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril
  • Nabi Isa diangkat ke langit
AMALAN-AMALAN SUNAT
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam

Berpuasa
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun
  • Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  • Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  • Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)
  • Melapangkan masa/belanja anak isteri : Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini
  • Memuliakan fakir miskin : Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
  • Menahan marah : Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
  • Menunjukkan orang sesat : Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
  • Menyapu/mengusap kepala anak yatim : Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya
  • Bersedekah : Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini
  • Memelihara kehormatan diri : Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan
  • Mandi Sunat : Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala”
  • Bercelak : Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu
  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali : Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti
  • Sembahyang sunat empat rakaat : Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala”
*Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali
  • Menjamu orang berbuka puasa : Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa
  • Puasa (Niat)“Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala “  : Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka
Sumber : Facebook Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) PDRM

Friday, November 09, 2012

Bakal Bakal isteri sekalian

Musim cuti sekolah dah mula .........pastuh misti la ramai adik adik manis kita yg akan tamat kan zaman bujang ...so sini ai nak share ngan kowang yg bakal bakal nak akhiri zaman bujang tak lama lagi

Nih di copy paste ya 

Panduan memikat hati mertua 

Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai suami/isteri yang sah. Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya.

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar suami/isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.


1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.


2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.


3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.


4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.


5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.


6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.


7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.


8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.


9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.


10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.


and yg last nih  nih tips pak sutan kasik kat kenkawan dia ....alahai pak sutan tetiba jadi cik sri siantan plak kamu nih hahahha 

11 - Kena pandai masak ...kalau tak pandai pun atleast master kan 1 jenis masakan pun tak pa so that anda ley jamu keluarga mertua kowang makan ...cam sup ke ...masak lemak cili api power ke ...nasik beriani ke ...nasik lemak ke..nasik tomato ke ...atleast ada 1 je so nanti tetiba kalau anda di suruh masak terkejut tergempaq tak la anda mengelabah .. and misti pas tuh saham anda naik terus ....so cepat2 call mak kowang n mula belajar masak 1 signature dish sekarang ........

kalau org tanya ...eh kak sedap nya ...sapa masak nih 

menantu ai masak ....( bangga mertua u ) ...pastuh cuba tgk hubby u dia lagi la kembang kempis ...tapi still tak ley lawan kembang kempis sendiri lagik sebab kena puji ngan mertua hahhahahhaha 

Insyaallah jgn rasa takut kat mak mertua n pak mertua n ipar duai anda .....sebab dia org pun ur parents jugaks kan .......

 Dengan itu ..........wahai Ibu Mertua ku Puan Rokiah ....tgk la anak bongsu mama tew saja bikin panas n tag gamba gulai ketam mama yg sedap tew .........saja kasik bakar kita org kat sini ............

Mama oooo Mama ( kelip mata laju laju ) nanti kita org balik nak gulai ketam nih jugaks vleyyyyyyyyyyyy tak pun ....kari Ikan Yu ka .............Sup tulang meletop mama tew ke ...........dap dap nyaaaaaaaaaaaaa

Walau cam na ai perati mama masak ai still tak dapat achieve rasa 100% cam dia ...tew la kan air tangan mak mmg sedap anak anak makan 

terus berkriuk kriuk perut kuwwwwwww



 gara gara gamba gulai ketam tew ...terus la semer kat sini terkenang2 kuah gulai ketam tew ........terus me n sutan on d way balik dr kije terus ckp pasal gulai ketam .........nih semer Umi punyer pasalllllllllllllll

ok bai 

Thursday, November 08, 2012

Lagi gamba kat Trg

boley plak lupa nak publish entry nih ...dah draft siap siap tapi tak publish ...ari tew wat entry balik kampung thru camera phone je ..

 
 pagi tew ada sessi membuat kek ....my sis buat kek coklat kukus yg sedap la sangatttttttt n sangat la simple utk di buat . Sukatan main cawan je ...nanti ai share ngan u ols kay 
 tgk ...punya sedap sampai bekas tew pun bebudak tew nak ...alahai cik Yaya ngan Kakak Deja 
 semer lelaki duk main playstation hahahha yg pompuan semer kat dapo

 ngan pak sutan pun terjebak main game 

 sementara tunggu kek coklat kukus masak ....vley plak my sis buat plak kek karamel .......adoiii mmg makan je la bila balik Trg nih ....dah la dia masak nasik kuning ngan kuah gulai ikan tongkol ngan sambal belacan semer ........



 then tunjuk kat bebudak nih ....nih ayam kampung yg baru lepas di sembelih . Dulu masa kita org kecik2 kalau ada apa apa spacial occasion misti ayam dlm reban kena sembelih pastuh me n my sister semer la yg kena buat acara mencabut bulu ayam semer ...

So nih tunjuk kat bebudak cam na cara nya .....biar tahu sket kan ...jgn tahu mkn jeeeeeee . Isk pun tlg sama uncle cabut bulu ayam ....siap ada pertandingan sapa paling cepat cabut bulu ayam antara team lelaki n pompuan n pemenang nya harus la geng fomfuannnnnn ...kelas nko mariaaaaaaa

 
 Sebab umah my sis nih sangat la dekat ngan pantai batu burok nih maka ley la bawok bebudok nih gie maing pasir ......asal nya nok pusing2 je sekalik penuh la orang kat pantai tew ....bakper ramai sangakkkk...lupa plop ...nih kang taing cuti ...memang ar rama.

Krim Felinna Inchloss

Sticky post 48 hours
please scroll down for new entry



Ai duk tgk sana sini semer duk ckp pasal Felinna  nih and banyak my friend kata benda nih bagus , even kalau google pun banyakkk giler org bg testimoni ...kat forum kat fb semer ....so alternatif pada anda yg susah nak telan susu ke pil ke ...ai rasa u ols patut cuba losyen nih and apa yg ai love about it adalah sebab dia tak bau cam krim biasa n dia bau wangi cam losyen n tak memijarkan badan anda ....and I cant wait utk ai punya sampai ......yer la harus la kan ...semer pompuan kan ada kawasan yg dia org nak cepat sket surut kannnnnnn

1. Bau dia wangi. Tak macam krim pelangsing lain yang bau ala-ala minyak cap kapak itu, bau serai bagai. Jadi kalau korang nak sapu sebelum pergi pejabat pun boleh. Tak der la org ingat kita nih masih dalam pantang ke hapa duk bau bau minyak angin kan . Sebab dia wangi macam pewangi. Dan dia tak terlalu panas.

Pastuh kalau sapu malam mlm pun tak der la cik hubby bau kiter cam serai atau halia bergerak kan ekekkeke ...

2. Diformulasikan dari bahan-bahan semulajadi yang SELAMAT untuk semua termasuk la yang menyusukan anak, yang gasrtik, dan wanita mengandung..tapi jgn la yg preggy nak sapu kat perut plak 

3. Dibacakan 30 juzuk al-quran di maahad tahfiz Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Semoga lebih dirahmati dan memberi kesan sebagaimana diingini pengguna. lebih afdal masa korang sapu tu, baca selawat sekali.

4. Kalau korang on pil kurus , ALSD2 ke ... Boleh je sapu sama. Nak cepat nampak kesan kan ...so sambil minum ALSD2 tew ley sapu sama kat bahagian mana kowang nak cepat susut ...tang perut ka ...tang paha ka tang bun bun ke pasti lagi pantas kowang kurangkan berat badan ...dalaman n luaran terus

5. Menghilangkan lemak-lemak (ofkos) dan selulit. Dan memperbaiki tekstur kulit badan supaya kulit nampak lebih sihat, anjal, dan berseri-seri ...lepas sapu tew terus rasa tegang je

6. Boleh sapu kat muka tapi jgn la sapu bagai nak rak kan ...cam ai yg terkenal ngan dagu kueh lapis nih rasanya sesuai la kan .....just sapu sket tang bawah dagu tew ...tapi jgn la sampai leher . sebab ai dah try cam nak terbako je panas . mana idak nya leher kan kulit kan .......so learn from my mistake ..jgn sapu tang leher .

7. LELAKI juga boleh menggunakan losyen Fellina Inshloss ni....ok Pak Sutan ai akan order 1 utk u sapu kat perut u


Macam mana nak guna losyen Fellina Inchloss ni

1. Picit secukupnya dan sapu pada bahagian yang memerlukan sambil buat urutan ringan *gerakan membulat* (pusingan arah ikut/lawan jam tak kisah) beberapa kali ataupun sampai meresap sepenuhnya ke dalam kulit.

2. Sapu 2 kali sehari. Lepas mandi dan sebelum tidur. Nak sapu lebih pun takpe. Atleast 2 kali sehari la ye.SEBELUM SAPU SILA UKUR DULU. ESOK UKUR SEMULA.


Halal Ke? Boleh bawak solat? Dont worry, kat belakang botol ini ada cop halal. Dan Fellina Inchloss ni ada lulusan KKM.



HargaRM75 / RM80 (Sabah Sarawak)
free postage
Siapa nak order boleh email detail kat inchloss87@gmail.com

Facebook: Felinna Inchloss

Subject : Order Fellina Inchloss
Nama Penuh :
Alamat :
Jumlah :
No Telefon : (Tujuan pengeposan)

wawa 017-2482798





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...