Friday, July 03, 2015

Courts Setapak : Senang Sahaja, Courts Ada




Courts Setapak kini berwajah baru. Minggu lepas Moon berpeluang ke Courts Setapak sempena perasmian dan pembukaan Courts berwajah baru. Ni adalah first time Moon dtg ke sini. Biasa pergi Courts yg berhampiran dengan rumah je. Tak sangka Courts Setapak sebesar ni.

Sempena pembukaan ni ada banyak offer dan diskaun menarik. Jom kita masuk ke dalam n tgk apa yg best


Courts Setapak adalah merupakan antara cawangan yg tertua di Malaysia. Courts Setapak jugala yg pertama di beri nafas baru serta wajah baru. Suasana kat dalam ni lebih selesa dan lebih mesra pelanggan. Moon nih selaku mak mak mmg suka la sangat masuk kedai2 cam nih.




Di bahagian Electrical ni pun banyak ditambah dengan brand baru serta disediakan juga ruangan utk demo. Kalau korang nak tgk macam mana cara bakar kueh ke...nak try vacuum ke atau nak tgk macam mana mesin basuh beroperasi semua ada.

Utk ruangan TV nih ada display model dari 70 hingga 100 set. Ni kalau letak pak sutan mmg dia bahagia la duk tgk semua tv2 nih. Rasanya semua lelaki kot mmg suka bahagian electrical serta gadget ni kan.


 with few other blogger yg hadir.


Sempat bergambar ngan CEO Courts iaitu Mr Tim. Dia la yang bawak kita org jalan jalan kat dalam ni. Ada 3 tingkat.

Tingkat bawah adalah utk Electrical, IT and gadget

Tingkat 1 adalah perabut rumah macam sofa dan meja makan

Tingkat 2 adalah utk set bilik tidur





Mr Tim explain konsep baru Courts Setapak ni dan apa yang Courts mahu pelanggan rasa. Pelanggan kena rasa selesa dan mempunya pelbagai pilihan. Kat atas nih ada bahagia modern dan Klasik. So korang boleh pusing puas2 heheh




Kat lvl 1 nih ada 5 living room concepts di mana pihak Courts dah gabungkan semua dan boleh dijadikan rujukan buat kita. So kita boleh cakap je...ok i nak the whole set macam ni. Takyah pening2 nak fikir dah.


dalam ni mmg besar 




Skrg naik lvl 2 pulak...lvl fav nih hahahah . Pompuan mmg cenggitu kan. Sebab kat atas nih dia ada buat 18 konsep bilik yg lengkap. So mmg berangan la nak deco bilik cam nih n mcm tuh.


 Kat bahagian nih kita org di terangkan mengenai tilam. Rupanya skrg kita dah boleh pilih apa kita nak. Yg menarik perhatian moon adalah masa dia bgtau ada jenis fabric utk tilam yg boleh halau nyamuk...wahh

Get ready ya sebab Moon nak bawak tour kat bahagian katil2 nih hahahah. Banyak sgt gambo tapi tak letak semua la kalau tak mmg penuh la kat dlm nih.

 ni la antara 18 bedroom concept yg ada di lvl 2 .

 simple je kan


 
 

 
 
Motip bergambar kat sini hahahah sebab i suka la hahahha simple n modern je kan. Budak2 lain siap gelakkan i sebab katanya Kak Moon matching la ngan set nih hahahah .






 
  Cadar pun ada jugak kat atas ni. So kalau tgk set bilik tidur tu n berkenan tang cadar tu boleh pilih n beli.

ada ruang Istirehat jugak. So kalau para suami penat nak ikut isteri tgk brg...korang boleh la duduk tunggu kat sini pekena teh atau kopi dulu.


Courts juga memberikan jaminan harga hebat buat anda semua. Jaminan harga rendah kerana harga disemak setiap hari. Kelulusan juga amat mudah dan 100% bagi setiap pembelian RM100 ke atas. 

Sesiapa yang duduk area Lembah Kelang, penghantaran adalah cepat sepantas 5 jam. Tempah barang atau produk selama 14 hari

Kalau dalam masa 30 hari tuh kalau ada rasa tak berkenan atau tak sesuai, barang boleh ditukar. Sebelum ni hanya 10 hari. Tapi jaminan baru Courts dia lanjutkan sehingga 30 hari.

Waranty barang barang pun di lanjutkan sehingga 10 tahun. Sebelum nih 5 thn, tapi kali ni sehingga 10 thn.




Sempena pembukaan Courts Setapak bewarjah baru nih ada few great offer

Ada cash discount up to 95%

Free 2 bantal utk 150 customer pertama pada weekend. ( weekend lepas n weekend depan k )

Deals as low as RM 1



Courts Setapak

Alamat: Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur


Website: Courts




introvert, ambivert, extrovert

perggg tulis tajuk je pun dah membuatkan ai rasa macam ai nih adalah seorang genius hahah. Actually pak sutan la semalam on the way balik dari opis n dlm kereta, dia la yg came out ngan topic nih. We discussed about almost everuthing kot together.

So ai pun cam blur ...alamak vert vert tuh apa. Juadah berbuka puasa ke

so dia explain la. Ia adalah utk menerangkan personality kita. Kita nih jenis org mcm mana...suka menyendiri ke atau suka bergaul ngan org.


ha so kita nih yg mana satu

Pak Sutan kata kita nih jenis Ambivert ....dah apa plak la kan


Ambivert adalah gabungan personality Introvert n Extrovert


Masa Moon mula mula kenal Pak Sutan masa zaman belajar dulu...masa mula mula nak cintan cintun, Pak Sutan suka ajak keluar. Like me plak..Moon suka kalau free lepak kat bilik kemas almari baju ke atau pergi cuci kain baju ke , baring atas katil baca majalah ke. Memula cam ok la jom la kuar...memula susah gaks tapi lama lama cam sonok kuar jalan jalan. Tapi kalau cakap nak gie tgk wayang ...lepas habis wayang jom la balik tapi kadang dia ajak lepak dulu minum ke pekena roti canai senget ke...lepak tepi benteng depan hostel ke ha cam tuh. Me dah glabah nak naik bilik sebab dah penat hahahah.

Ciri Introvert pada diri ini

Suka pikir panjang n sedalam dalamnya - Sebelum buat keputusan tuh mmg ai akan pikir dulu panjang2. Takder nak main redah je. I usually akan seek for 2nd opinion atau 3rd opinion. Senang kata ai nih takut takut jugak atau sedap sket sangat berhati hati. Pak Sutan pun sama jugak. Sebab tuh la bila bbuat keputusan nak beli umah ke apa, kita org amik masa lama sket...cari betul2...pergi servey merata rata n bila dapat full info baru la buat keputusan.

saya akan selesa jika sorang2 atau di kalangan mereka yg ai dah selesa cam my close friend. Sebab tuh kadang korang nampak asek2 kenkawan Moon muka yg sama aje.

I perlukan masa utk recharge diri ni alone...im really happy when im home alone walaupun hanya ngan pergi kemas dapur, masukkan kain kotor dlm mesin n jemur kain. Sental bilik air sambil mandi ke. Benda cam tuh di anggap relax hahahha atau bila dah setel semer kerja, baring je tak buat apa tanpa perlu on tv ....atau duduk je riba tangan tuh ....arghhh terus bateri ai jadi penuh n ai rasa relax.

Moon dah selesa pergi ke tempat yg sesak2. Ia buat ai rimas n sesak napas....ia membuatkan ai cepat2 nak  balik umah atau ke tempat yg tenang sket. Yer ai mmg membosankan hahahha n sangat cam makcik2.

Tapi ai jugak adalah seorang extrovert

Sebab ai suka cakap. Kadang pak sutan buat lawak  ' hebatla awak boleh bercakap n bercerita straight la dari Cyberjaya sampai ke Salak Tinggi'. Yer, Pak Sutan tak perlu baca majalah hiburan atau surat khabar sebab Moon akan bg dia summarry apa berlaku hari nih. Kadang artis kawen cerai  atau beranak atau apa pun ai bgtau ...pastuh dia gelak. Kalau Moon tak sihat mmg dia cepat boleh detect ...sebab ai akan jadi diam. Pastuh dia akan paksa...'napa diam nih...cakap la ...cakap la...kalau tak saya ngantuk drive neh'.

Suka juga kenal ngan org baru..kadang ai akan rasa inspired ngan cerita2 n perkongsian ilmu dia org.

Bila ada masalah ai suka jugak tanya n discuss pasal solution utk masalah tu. Kadang masalah org pun sibuk jugak nak tahu n kalau boleh nak tolong jugak bagi idea atau nasihat ekekek.

Org akan senang nak approach Moon. Once korang bukak mulut n sembang ai akan terus akan sembang ngan korang. Kadang org pelik sebab cam dah kenal lama padahal baru je. Kadang ai pergi hosp kalau ada pakcik ke makcik duduk selamba je layan sembang ngan makcik tuh hahaha.


Tapi best describe me adalah Ambivert sebab mengandungi gabungan antara Introvert n Extrovert. Rasanya ramai org Ambivert nih.

Kadang ai suka menyendiri n kadang suka social n bergaul. Suka kenal ngan org baru.


Bila ada tajuk yg menarik perhatian anda ...anda akan happy sembang pasal tuh contohnya pasal kain langsir murah ke cantek ke mmg boleh share banyak info hokey. Tapi lepas habis topik tuh habis la hahahah

Seronok bila kuar sonok2 n lepak2 ngan kenkawan tapi bila rasa cam dah letih apa yg dlm otak  hanya lah  nak balik umah nak balik umahhhhhhh

But normally ambivert sangat senang nak adapt. Bila kita bersama org yg cakap banyak kita akan listen very well ...tapi kalau kita jumpa org yg agak pendiam, kita akan cuba buat dia agar nak bersembang jugak hahahha

Kita suka dapat perhatian org cam org kenal kita but kadang kadang bila org kenal kita plak jadi segan n gelabah sebab we dont want to be that person that everyone is looking at.



image from here

kalau rajin boleh la pergi google n baca hiks. Sangat menarik acctually. Lepas dah tgk balik terus ai boleh nampak sapa my friends atau org sekeliling yg ada ciri Introvert n Extrovert...so bila kita tahu baru la kita tak salah faham kat dia org. Ada setengah org mm pemalu sangat...kadang2 di salah anggap sebagai sombong. Ok lepas nih ai tahu la n takkan padang serong konon dia penyombong ke apa...anggap la dia Introvert n pemalu semulajadinya ekekek.

Kalau org yg suka cakap banyak atau aktif tuh jangan la plak anggap dia org neh over ke hapa ....sebab mmg nature dia mcm tuh kan

Ok anak anak semer paham tak apa cikgu share neh hahahha.

Wednesday, July 01, 2015

Sarah Hughes Globe Latest Offer

1) Langsir dah siap

Last weekend Moon pergi ambil langsir yg dah siap. Sebenarnya dah siap lama tapi last week baru berkesempatan nak gie ambil.


kali ni lari dari warna coklat ...warna kelabu. Kalau tak mmg warna tuh je la yg menarik perhatian mata ini. So Ketan rekemen kan koleksi terbaru yg baru sampai dari Spain hahahhahaha.

 
ni la contoh nya. So kita amik la yg sejebon cam ni ...cuma utk bantal kecik tuh masa sale ari tuh kain tuh belum sampai. So moon tukarkan ke kain plain hijau pucuk pisang. 



untuk bilik isk pun moon tempah jugak sebab cam dah lama pakai yg tuh hahahah. Persis tauke sungguh kan every year tukar langsir...yer la dah murahs kan la la la la.

So masa gie ambil tuh sempat la jumpa Madam Sarah n jugak Ketan. Ketan kata ramai yg datang n inform dia org pembaca blog moon n tanya ley dapat BMP tak ( BMP= Blog Moon Price yg hanya di beri pada hari jualan VIP sahaja. Biasa nya 1 hari sahaja) so dia kata ramai yg cam frust la sebab tak dapat beli harga tuh n tak dapat dtg masa hari sale....olo shian sangat. Mostly yg tak tahu adalah yg dapat tahu dari kawan kawan atau sedara mara yg pernah dtg VIP sale.

Sempat la Ketan explainkan apa offer yg tengah on masa bulan puasa ni. Jualan kain sahaja sebab sah sah tempahan mmg dah tak ambil. Last 16 June dah close order dah...Ketan kata your reader punya order saja dah berlambak.



2) Offer during Ramadhan


Ok sempena Ramadhan nih ada offer sampai la penghujung Ramadhan. Kain nih baru baru ya u ols. Sebab ramai yg request nak printed bunga bunga ala english style...maka dia org keluarkan banyak printed. So kain nih selling pada RM 89 tapi sempena Ramadhan yg tinggal dlm 2 minggu lebih ni, dia org mark down kan lagi


RM 25 semeter BUY 1 mtr Free 1 mtr


ha gituuuuuuuuu tak ke pitam u olssssss kain baru lak tuh. Hari tuh sale blog Moon pun harga tak cam ni utk range printed neh

  
 

ni antara nya ya u olssssssss



Yang di bawah nih plak adalah printed yg harga RM89 semeter

RM 89.90  semeter BUY 1 mtr Free 1 mtr

 

 

nanti kalau free2 atau ke Jalan Tar jemput la ke Sarah Hughes GLOBE n naik ke lvl 7. Ada banyak kain kain yg lawa lawa n murah yg pasti nya sangat selesa kat atas tuh hahahha 

Kain paling murah adalah RM 5 , RM 8 n RM10 




3) Utk pembaca blog Moon sempena Ramadhan

Bos dah bagitau sebab ramai yg naik mention nama Moon, maka korang boleh berbuat demikian. Tersedak la ai 2 minggu nih nanti hahahha 


Every Sabtu n Ahad 
4 n 5 July 2015
11 n 12 July 2015


Korang akan dapat flat price. Kain akan di jual pada flat price RM 10, RM 15 n RM 25
Tak kesah la kain apa...yg paling mahal RM25 u olssssssss

So just mention I FOLLOW BLOG MOON

nanti dia org akan slash kan harga. Tapi hanya pada tarikh tuh aje tauuuuuuuuuuuuuuuuu


Nanti bila Moon dah gantung langsir baru n salin sarung kusyen semer Moon share kat sini kay. Tetiba sayang plak nak gantung awal awal sebab sekarang Mek Sarah tuh suka jalan jalan bawak biskut. Kang lepas makan dia pergi lap tangan kat langsir baru ai camnerrrrrrrrr hahahha







Tuesday, June 30, 2015

Wonder Cheese kerepek berhantu

Mmg berhantu sungguh la.

Mmg misteri...

tak tahu nak bagitau macam mana ..

sebab mmg susah nak stop tangan tu

yer nih la yg berhantu tu. Sebab once dah makan krup krap krup krap ...mmg payah nak berhenti .

Moon dapat ni dari GST moon ....GENG SATU TAMAN ekekekkeke. Tq Ita, mmg sedap hokey. Kita org mmg ada group telegram kat taman ni n dia org mmg aktif n share banyak info. Tak sangka ada ramai jugak yg pm me direct tanya nih Moon yg blog tu kan. Siap ada yg bagitau kita selalu nampak moon kat kedai A kat kedai B tapi segan nak tego. Misti masa tuh Moon comots kan hahahhaha. Biasa mmg cam tuh, time comots misti org kenal...time jelita cun melecun (jelita keeeeeeeeeee???)  takder sapa pun cam n tego. Nanti next time kalau nak gie kedai beli bawang pun kena pakai lawa lawa lah hahahhahah vleyyyyyyyyy.

 Hajat di hati nak simpan utk raya...cuba tgk, satu balang dah tinggal sikit je. Mmg tak sempat la balang Wonder Cheese ni melihat raya. Mmg kami anak beranak je duk krup krap krup krap. Cik Sarah pun sama duk makan pastuh tangan penuh serbuk cheese
 Rasanya sedap n masin masin. Yg paling best sebab ia rangup. Rasa penerangan yg terbaik adalah dia rasa cam twisties merah yg cheese tu tapi nih rasa cam spicy sket. So masing masing sila kumpul air liur dlm mulut pastu telan ek sambil bayangkan rasa twisties keju tuh hahah

nampak tak salutan cheese tuh menyeluruh..kalau amik takley amik sekeping. mmg kena amik berkeping2 pastuh sumbat dlm mulut...hahahha krappppppppp laki duk sebelah pun ley bunyi kita mengunyah.

Ita, nampak gayanya i kena order lagi la ngan u. Mmg sedap sehingga menghisap jari. Jangan ingat KFC je sedap hingga menjilat jari. Wonder cheese nih sedap sehingga menghisap ke 5 5 jari hahahahhahah...pastuh jilat bibir sendiri plak sebab ada bekas masin2 tuh. Ai likeeeeeeeeeeeee

Sapa yg dah bertakung air liur tuh sila la contact Ita k. Moon tak jual...moon tukang makan je hahhahahah.


Rozita 
( Salak Tinggi / Nilai )
whatsaap or telegram  0127555859
Ana
( Putrajaya)
013-6346408



  RM25 sebalang besar .

#reviewbymoon 

Monday, June 29, 2015

Report Card

Last week ada sessi komunikasi dengan guru kelas anak anak. Baru 2 anak...kalau 3 anak skolah mmg terkejar2 nak pegi kelas masing2 hahahha .

Sebelum pergi ke sekolah mmg dah tgk siap siap result online. 

 Siap ada sistem nombor lagi. Masa nih banyak student dah balik. Mungkin mak ayah dia org dtg awal kot....tapi kita org pergi lambat sket sebab takut menunggu lama sangat. Memula pergi kelas Yaya

Yaya dapat banyak A n B tapi pendidikan jasmani boleh dapat D....korang mampu pendidikan jasmani D. Mummy dulu Pj dapat A kot hahah ( nampak benor kaki bermain hahah) Tapi cikgu dia kata takpa sebab result dia ok...cuma kena perbaiki Bahasa Inggeris dia.

Bahasa Inggeris dia sangat 'bagus' ...kalau suh sebut Lion...dia akan sebut Liyon. Sangat spelling BM kan ...Yaya Yaya..

Pergi kelas Abg Isk nampak dia relax je tunggu. Mebi sebab bulan puasa kot. Kalau tak dia pun hero hahah

  Tu dia baby Pak Sutan. Mmg manja betul la Cik Yaya tuh. Result si Abg sangat la bagus kalau nak compare ngan result ujian 1.

Masa ujian 1 sian sgt dia sebab markah dia rendah rendah semuanya. Moon n sutan pun tekad utk ajar dia. Sebab Isk ni kalau kita suh dia baca mmg dia takkan paham. Baca la 10 kali pun dia still tak paham. tapi kalau kita explain kat dia, sekali 2 kali dah faham dah. Sama jugak ngan soalan...kalau dia baca dia jawab salah...tapi kalau kita tanya dia boleh bagi jawapan betul terus.

So minggu exam tuh mmg gigih Moon n sutan jadi cikgu dia. Siap pegang rotan suh dia ulangkaji. Bab sains siap moon explain 1 1 buat cerita bagi dia paham. Habis peperiksaan Sains dia dia punya happy sebab katanya semua yg mummy cerita masuk exam n Isk ley jawab semua n hasilnya mmg dia dapat markah yg sangat bagus. Masa amik kat nerseri ari tuh

Mummy, Isk ada hadiah utk mummy 

apa? Isk belikan mummy pen ke

Tak la...nanti la sampai umah la Isk tunjuk kat mummy

10 saat lepas tuh

ala Isk tak sabar la ....Isk nak bagitau la ..Isk Sains dapat 80

wahhhhhh hebat nya Abg Isk

napa ai happy...sebab dia tak pernah dpt cam tuh. So rasa sangat happy for him. Serta konsep mengajar dia melalui penceritaan berkesan. Lepas nih kena giatkan usaha ajar dia n Yaya jugaks

Isk ni dia mmg slow sikit. Dapat baca pun dlm darjah 2 baru lancar. Pak Sutan kata boys mmg camtuh. Once dia boleh catch up terus ok. Si Yaya plak sampai kita plak naik rimas sebab asek tanya soklan n buat kerja je. Mebi girls lagi rajin dari boys kot.

Tapi kali nih sangat bagus sebab boleh nampak kedudukan dalam kelas dan kedudukan dalam darjah serta ada tunjuk jumlah markah serta grad A B C D E F. Kan senang camtuh. Tak la mak bapak konpius duk main Band Band nih....

kalau cam nih kita tahu mana nak fokus n apa yg dia lemah. Sudahnya sistem yg kita pakai dari dulu lagi bagus hahahha puas hati menatap report card.

Kadang kita bukan la nak anak dapat semua A . Janji ada peningkatan pun sudah cukup bagus .

Moon nak tergelak sebab duk sembang ngan jiran dimana anak dia pun sekelas ngan Isk

Aku angin je. Anak aku selamba je cakap suruh aku bagi hadiah kat dia sebab dia dapat 54 markah, Pelik aku...54 markah pun mintak hadiah hahahhaha kalau dapat 100 tuh ok la jugak,

Kids kan .......dia org mmg cam tuh hahhahahahah. Isk pun sama, dia peduli apa dapat markah apa

Yang penting Isk takder matapelajaran yg fail kan mummy 

Tapi awak ada E jugak.....amboiiiiiiiiiiiiiii







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...