Friday, October 02, 2015

Rozita Che Wan kekal jelita bersama Rysya

Siapa tak kenal artis tersohor dengan kecantikan dan kejelitaannya..tak lain tak bukan Che Ta kita la. Selain dikenali ngan trade mark bulu matanya, dia juga terkenal kerana kejelitaan dan awet mudanya. Siapa sangka pada usia 40 an Che Ta nampak seperti 30 an sahaja. Mmg membuatkan semua wanita kat luar sana jeles la...termasuk Moon sendiri. Misti kita pun tertanya tanya macam mana la dia boleh kekal cantik dan menawan macam tu kan.


Moon rasa sangat bertuah sebab dapat join An Evening of Beuty Hi-tea bersama Rozita Che Wan selaku duta Rysya Skincare di Ruang SS18 Subang. Acara ini adalah majlis ramah mesra yg dijalankan secara santai dan fun.

Ini adalah majlis santai yang pertama diadakan selepas pelancaran produk Rysya Skincare  pada 19 Mei lalu.

Tak sabar plak rasanya nak dengar petua kecantikan dari Che Ta sendiri serta dari pengasas produk Rysya Skincare sendiri

 Sempat bergambar dengan Pakar Perunding Imej Rysya iaitu Wawa Idris. Biasa tgk tips sharing dari Wawa Idris di internet. Kali nih dapat jumpa face to face. Bak Wawa kata masa sidang media, tak kisah badan kita besar ke kecik ke janji kita feel good about our self, tu yg penting. Tugas Wawa utk membuatkan wanita wanita menyayangi diri mereka serta berkongsi tips-tips penjagaan dan penampilan diri serta kaedah penggunaan produk Rysya.

Hope boleh jadi yakin dan hebat seperti Wawa Idris. Tak sabar nak tunggu tips-tips dari Wawa dan Rysya

 Tu dia , yang di tunggu tunggu sudah tiba. Sungguh cantik dan menawan sungguh la Che Ta ni. Mmg terasa aura dia bila dia melangkah masuk. Yup bunyi macam melebih lebih plak Moon nih kan..tapi mmg betul. Dari mula dia masuk sampai la dia duduk kat depan tuh mmg semua mata org tertumpu kat dia la. Dah la kelaka plak tuh. Plus dia jawab semua soalan dengan tenang n sangat jujur.


Majlis di mulakan dengan sidang media. Pengasas Rysya Skincare, Puan Noorazlina memberi penerangan tentang kelebihan dan kehebatan 5 jenis produk Rysya Skincare iaitu Ly Facial Cleanser, Ly Facial Toner, LY 24K Gold Serum, LY 24K Gold Cream dan Ly Bird Nest Body Scrub.

Beliau juga menerangkan kandungan kandungan bahan semulakadi yang terdapat dalam produk-produk Rysya di antaranya adalah sarang burung walet, Pitera dan kolegen yang dapat membantu menjadikan kulit anjal, cantik dan berseri 

Che Ta pun berkongsi bagaimana dia menjaga kecantikan. Bak kata Che Ta kalau nak cantik jangan malas. Kita takmau la nanti tetiba pipi dah jatuh kat dada ( terus semua org gelak la sebab cara dia ckp tu secara berseloroh je) Sambungnya lagi, semua orang akan tua, tapi kita dapat melambatkan proses penuan tu  dengan bantuan dan pemakaian produk yang betul dan berkualiti tinggi. 

Sebelum bersetuju untuk menjadi duta produk Rysya, Che Ta sendiri mencuba ke lima lima produk Rysya ini untuk beberapa bulan. Betul juga kata Che Ta, kita kena rajin dan sabaq serta konsisten. Mana boleh pakai hari nih nak cantik teruih besok. Bila dah rasai sendiri produk Rysya baru la dia bersetuju untuk menjadi duta. Tambahan pula Rysya Skincare hanya menggunakan bahan bahan yg bermutu.


Masa nih mmg semua duk berebut la nak amik gamba Che Ta. Memandangkan ada media dari tv dan majalah maka kena la selit2 juga hahahha. Nak amik gamba Che Ta punya pasal. ( omg ai kan peminat Che Ta ....wink wink )


Che Ta di interview oleh para wartawan. Masa nih mmg dia org duduk betol2 belakang Moon. Apa lagi kan...kita pun turut sama dengar interview dan boleh dengar macam mana petua dia jaga kecantikan semua. Sambil tuh snap gambar banyak banyak hahah.



Tak sempat Che Ta nak makan yer 

Mmg tak sempat nak amik gambar bersama sama ngan Rozita Che Wan. Ni dah kena interview TV plak. Tapi ada juga yg sempat berselfie lagi tau...jeles nya I .

 
Para tetamu juga boleh mencuba sendiri produk Rysya. Mmg gentle sangat rangkaian produk Rysya nih. Tapi Ly Bird Nest body scrub tuh mmg best. Sebab ia ada 2 side. 1 side yg licin dan satu lagi yg sedikit kasar utk kita scrub badan serta membuang kulit mati. Bau dia wangi dan lepas tuh mmg kulit badan akan rasa lembut je ( sebab dah cuba sabun body scrub ni )





LY Facial Cleanser - Ia membersihkan segala kotoran dan menjadikan kulit wajah lebih segar tanpa mengganggu kelembapan semulajadi kulit. Ia tidak akan akan meninggalkan kesan kering setelah dibilas

LY Facial Toner - Melindungi kulit, menjadikannya kelihatan berseri, lembut dan licin. Penggunaan yang konsisten membolehkan kulit wajah tegang dan mengecilkan liang-liang pori. Mampu melembapkan kulit, memastikan ia sentiasa terhidrat dan memelihara kulit daripada menjadi kering. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif

LY24K Gold Serum - Membantu merangsang regenerasi kulit. Melawan tanda-tanda penuaan secara semulajadi. Serum ini mempunyai manfaat untuk memelihara kulit supaya sentiasa terhidrat, meningkatkan khasiat dan mampu mencerahkan kulit serta dapat mencegah pertumbuhan jerawat. Ia juga dapat menguatkan sel-sel kulit

LY24K Gold Miracle Cream - Mengandungi ramuan anti-penuaan untuk yang telah dipatenkan. Ia mampu melambatkan proses penuaan kulit dan meningkatkan jumlah kolagen dan serat, menghalang kerosakan serat, melawan radikal bebas serta merangsang tenaga sel-sel untuk mengurangkan kedutan kulit. Ia membantu meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelicinan kulit. Formula vitamin C mampu menggalakkan aktiviti kulit supaya jadi lebih muda

LY Bird Nest Body Scrub - Sabun buku bukan alkali yang mengandungi sarang burung Walet dan kolagen. Ia membersih, melembap dan mencerahkan serta menegangkan kulit badan untuk menjadikan kulit lebih muda dan sempurna. Ia merupakan formula unik dari THAMES SKINCARE dan sangat disyorkan oleh pakar kulit Rysya. Sesuai untuk kulit sensitif.



Moon bersama rakan rakan blogger yang turut sama hadir untuk majlis An Evening of Beauty Hi-Tea bersama Rozita Che Wan dan Rysya Skincare.


Untuk keterangan lanjut, korang bolehla rujuk ke 

Webpage: www.rysya.com

E-mail: sales@rysya.com

Instagram: @rysyaskincare #rysyaskincare


Whatsapp: 019-738.8866

Office: 03- 7831.8669

Alamat: Thames Skincare Sdn. Bhd, D10-9-1, Blok D10, Pusat Perdagangan Dana 1

Thursday, October 01, 2015

Bila masa sesuai utk buang semua benda ni

Kadang kita tak sedar pun kita pakai sesuatu benda atau barang tuh terlalu lama. Macam Moon neh kan selagi benda tak lunyai selagi tuh la tak replace baru.

Nih baru tahu rupa rupanya ada time period jugaks bila waktu yg di syorkan utk tuka...campak yg lama n beli yg baru

Mascara

Mascara hendakla di tukar 6 bulan selepas ia nya di buka

Well, Moon kadang selagi tak habis...selagi tak kering selama tuh la aku pakai. Kalau rasa mcm ada banyak lagi kat dlm ni tapi dah kering sangat. Senang aje...rendam je mascara tuh dalam mug yg berisi air panas, So bila panas, segala yg kering n ketul2 kat dalam tuh pun cair n rupanya ada banyak lagi kat dalam tuh. Tuh kalau adalah....kalau takder dah sila la beli yg baru. Tapi org kata kita kena pakai hingga ke titisan terakhir hahahhaha

Tapi ada jugak mascara yg dah setahun lebih kot....alaaaaaa takkan nak buang. Takpa kot kan pakai yg lama  kan.........tak cirit birit kot hahahahah so kira ok la kan....vleyyyyyyyyy



Span basuh pinggan

Span basuh pinggan patut di tukar setiap minggu

Alamak span kat umah tuh dah 2 3 bulan kot. Seperti I kata tadi la selagi ianya tak lunyai n tak berlendir selagi tuh la pakai hahahha. Kadang tuh amik je span dari kotak2 server tuh. Amik yg besar terus pastuh potong jadi kecik2. So boleh buat basuh kereta...basuh tiles bilik air n boleh buat basuh pinggan jugak.

Kemain besar n puas hati cuci pinggan. Hari tuh masa my MIL ada kat umah la kan. Tetiba nampak span basuh pinggan jadi kecik comey je. Terus panggil Isk

Isk napa Isk potong span basuh pinggan mummy nih. Kang mummy dah kata jangan gunting. Berapa kali dah mumy nak pesan nih. Kan dah kecik ...napa Isk potong 

( sian anak aku tak sempat explain pun mak dia membebel sebakul terus )

Isk tak buat la mummy

Tetiba mama dtg .....

Munirah, mama yg potong tadik sebab besar sangat susah nak pegang

Gulpppppppp

Ooohhh mama rupanya ...ok takpa la. Ada banyak lagi. Ingatkan Isk yg main tadi ( terus jadi menantu mithali sangat hahahha)

Tapi mmg patut kita selalu tukar span basuh pinggan sebab mmg dia duk je kat sink tuh kan. Bukan kita jemur pun...mmg jadi sarang pembiakan bakteria la kan.

So salah satuh cara nak cuci adalah rendam air panas atau yg moon biasa buat adalah masukkan dalam microwave utk 2 min.

ada banyak lagi yg moon nak share. Tapi save utk lain kali k...

Kalau korang ada household tips yg nak share sama sama meh la drop kat komen

Berakhir sudah sale selama sebulan

Habis sudah sale kat The Globe by Sarah Hughes semalam

SEPT SALE sudah TAMAT


Sesiapa yg berjaya berjimat dengan menggunakan #moonpunyer kupon tahniah di ucapkan sebab anda adalah pembeli yg bijak. Macam mana, puas hati tak sopink kat sana.

Kemain ya korang membeli sakan. Akak dpt report juga tau dari sana.

Biasanya jualan harga VIP di buat 1 hari atau 2 hari kan. Tapi mengambil kira feedback readers yg kadang susah nak dtg, ada hal, ada kenduri n etc maka pihak Globe pun bagi la green light utk dapat harga special tuh utk sebulan. So anda boleh plan trip nak dtg ke KL...nak dtg time kije ke...time weekend ke atau time cuti sekolah. Semua boleh

Moon baru je compile semua nama org yg share post utk contest LIKE, SHARE n POST. Weekend nanti Moon akan ke Globe utk jumpa ngan pihak management GLOBE n amik jugak adiah bantal korang tuh. Lucky 5 akan dapat sepasang pillow tomey n 1 set tuala mandi yg gorjes. Senang je kan...masuk contest tak perlu kuar tenaga n peloh hehehhe

Nanti next week Moon umumkan k.

Tapi malam tadik dapat dalam 5 email n pm tanya bila sale langsir. Semalam adalah last day dah...ala shian korang. Rasanya akak dah announce kat FB page personal n FB page Miera301 at Globe dah n kat blog pun announce. Tapi nak wat cam na takder rezeki kan

Insyaallah nanti bulan 11 akan ada launching new floor. Apa apa akak akan announce, no worries ya

Tq semua yg dtg ...nanti jgn lupa tag atau send ke Kak Moon gamba langsir korang ya

XOXO

Sila follow ya u ols utk memastikan korang tak tertinggal apa apa latest offer

Follow Miera301 at Sarah Hughes Globe page too ya. Moon akan announce latest news kat sana

Wednesday, September 30, 2015

Berapa lama kapel sebelum kawen

Tajuk macam budak budak belia remaja je. Tetiba cam terkenang kenang plak kenangan dulu dulu.

Malam tadik duk tgk ceramah ustadz Kazim Kalau Dah Jodoh tuh. Duk tergelak plak bila dia cerita kalau time tunang tuuh semua nyer manis. Semer pun sweet semer pun taching taching. Naik motor pun tolong pakai kan helmet. Tapi kalau nak tgk sweet ke tak...tunggu la lepas kawen hahahha.

Moon ngan pak sutan kapel mmg lama. Kita org cintan cintun masa umor 19 thn masa zaman tgh belajar. Kawen pada umur 24 thn. Dalam 5 tahun lebih jugak la. Tunang pun dalam setahun cam tuh pastuh kawen.

Beza tak sebelum kawen ngan selepas kawen

macam sama je....hahhaha ke Moon dah lupa cam na time kapel dulu hahahhaha.

Sebenarnya masa kapel korang tak perlu risau banyak benda pun kan. Sebab makan minum dia semer mak dia yg jaga, silap silap kain baju dia pun mak dia yg uruskan semua

Tapi once kawen semua yg selama nih mak dia buat, kita la kena buat. Kutip kain baju dia basuh n susun semer.

Lepas kawen la baru tahu kentut busuk ke idok hahahha hebat dak pepapatah modern. Bila dah tido sebilik duduk sebumbung baru la tahu.

Alam kawen nih banyak kena sabo kena tolerate. Walaupun kadang cam nak meletop dada nih tapi bila pikir balik tak baik buat cam tuh kang jadi isteri derhaka. Kadang bukan apa sangat pun. Ni semer kije setan yg duduk menghasut.

Bila ada anak lagi laaaaaaaaaa kena bergunung ganang sabo nyer tu.

2 3 hari ni Moon sangat la letih. Otak letih kepala letih..padahal bukan mengemas umah sgt pun. Tgk kain tak berlipat pun letih...tgk budak2 nih sepahkan umah pun letih...macam mana tuh. Nak kata PMS dah lepas dah pun.

Ke kena giat buat kerja umah baru dia jadi cargas kembali.....

ok la dah letih naip.....k bye

eh tetibaaaaaaaaaaaa

NURAL'S SECRET Miracle Booster Cream

Kadang muka kita nih takley duga juga kan. Kadang elok kadang kemain mencanak naik jerawat. Due to stress dan persekitaran, semua menyumbang pada bertenggeknya jerawat.

Kadang bila red flag tuh lagi sakit hati sebab tetiba plak nak naik jerawat.

Moon berpeluang mencuba Miracle Booster Cream by Nural's Secret. Kandungan dia dapat bantu hilangkan jerawat. Biasa kita sapu krim kat jerawat tu je kan. Tapi Miracle Booster nih boleh digunakan seluruh muka. Bukan saja bagi mati semer jerawat tu tapi at the same time rawat kulit wajah jugaks. Ha kalau cam ni akak sukaa takyah nak sapu banyak2 benda kan.

Dah ada anak kecik nih kadang nak belek muka lama lama dalam bilik air pun payah sebab anak dah meraung ...pantang tak nampak mak dia je. So cam nih lepas mandi cepat2 picit dari botol ...sapu laju2 dah siap. Pastuh muka rasa sejuk n nyamans je. Bau pun wangi.



dah cuba pakai dalam 5 hari. Jerawat yg naik ari tuh mmg kering terus. Frust je Moon sebab tak pernah2 naik jerawat kat antara kening tuh...tetiba naik plak 3 biji kecik2 So sapu je cream ni...besok bangun tido mmg kering. Wahhh ini sudah bagus.



Ni kesan pakai beberapa hari maka sikit dah la kan.....masa kat Penang ari tuh pun Umi ada cuba jugak. Moon ingat Moon je yg syok sendiri sekali dia kata jerawat dia pun kecut jugak.



1 botol Miracle Booster Cream ni ada 15ml. Gambar kat atas adalah 1 pump sahaja...banyak jugak kuarnya kan. So 1 pump nih cukup utk satu muka. Jangan tamak plak letak banyak kang lencun muka...sikit saja hokey. A little goes a long way. Sikit aje pun dah cukup hokey..kecik2 cili padi nih

Bau dia wangi macam lavender dan tak melekit langsung dan senang serap dlm kulit.



Fungsi: 

🌹anti penuaan
🌹anti kedut
🌹anti jerawat
🌹melegakan radang pada kulit
🌹mengandungi enzim yang melahirkan kulit sihat
🌹menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan jerawat
🌹membantu menghilangkn parut
🌹melembabkan kulit
🌹menjadikn tona kulit sekata 
🌹mengembalikn keanjalan kulit
🌹membersih dan mengecilkan liang roma
🌹Memudarkan bintik hitam 
.
.
💯% Lulus KKM : NOT150703745K
💯% Buatan Malaysia
💯% Halal
💯% Tanpa bahan terlarang
💯% Tanpa menghakis kulit

Harga:
Rm69.90 Semenanjung Malaysia
Rm79.90 Sabah/Sarawak

 Untuk order, 
Taip ORDER MBC dan hantarkan melalui WhatsApp /sms ke +60162072723 



Facebook : Nural's Secret HQ

IG : Nurals_Secret

Email: nuralsbeauty@gmail.com

Tel: +60162072723



 Cara utk pakai MBC




Tuesday, September 29, 2015

Sambutan bulan Play-Doh

Moon ada terima Play-Doh party pack last week. Mmg tau dah si Isk tuh mmg suka main benda2 macam ni. Moon perasan dia kalau bab hafal2 nih mmg lambat sket tapi bab bab yg reka bentuk ke atau lukis mmg dia suka.

Masa tunjuk kat dia org mmg dia org happy la sangat. Lepas tuh berbut 2 beradik tuh...padahal ada banyak kan....ada 10 warna. Biasala memula dapat benda baru mmg cam tuh. Relax yer anak anak...kita main sama sama.

So apa kata malam ni kita main Play Doh nih



hahahha mummy dia pun gigih la nak main jugaks hahahhaha eh bukan apa ...Moon tgk Sarah tuh je hehheheheheh


 Mak itik ngan anak itik pun ada hahha

 Ni namanya penyu menangis tiada siapa yg tahu. Teringat sajak yg di bacakan masa sekolah dulu.

Tgk Penyu ni jugak teringat penyu yg duduk kat tgh tgh bulatan Kampung Ladang, Kuala Terengganu. Dulu masa kecik2 mmg suka sangat kalau lalu kat bulatan tuh sebab ingat penyu betul. Yerlah...budak2 agi masa tuh.

Skrg penyu tuh dah tak ada. Telah digantikan dengan batu bersurat

Tetiba berkumandang lagu Ganung kita nyanyian Saleem .....

Kita tengok...penyu telllooo


Tetiba sotong pun ada ...oyster siap ada mutiara tu.


Yang ni Sarah paling suka...nampak je nih dia terus sebut ...........'nengok, Baymaxxx " 

Asalnya nak buat yg menggambarkan colorful community tapi bila dah banyak tangan yg duk main maka terciptalah pelbagai bentuk. Ni menunjukkan imaginasi budak2 mmg hebat kan. 

Sarah pun main jugak. Takyah risau sebab Play Doh adalah non toxic dan tak berminyak. Nak main atas meja tanpa lapik apa apa pun boleh. Nanti dah siap main mummy lap je..


Gigih sangat abg isk susun hidupan laut dia ....

Sepatutnya Moon pergi sambutan Play Doh di One-Utama pada Sabtu lepas. Bebudak nih pun dah seronok n tak sabar nak pergi. Tapi masa tuh kami masih di Penang maka tak dapat la join Sambutan Bulan Play Doh dan cubaan mencatat rekod dalam Malaysian Book of Records dan ia nya sudah pun berjaya. Walaupun tak dapat join event tapi knowing that the event was a success pun dah cukup baik. Tahniah Play-Doh Malaysia.

Untuk membolehkan acara ini mencatat nama dalam The Malaysia Book of Record..pelbagai rekabentuk dan arca sebanyak 1500 perlu di hasilkan oleh rakyat Malaysia dalam masa 1 hari. 





Acara ini berjaya di catatkan dalam The Malaysia Book of Record apabila pada hari itu sebanyak 1899 arca dan rekabentuk berjaya di hasilkan. 

Hope dapat join lagi acara seperti ini next time.

#playdohmonth2015

Monday, September 28, 2015

Kembali ke Rahmatullah

Last week balik Penang sebab Grandma sakit. Dapat panggilan dari Mama bagitau yg Grandma tak sedar n guna bantuan pernafasan n machine to help her. Dalam darah ada jangkitan kuman n kena buat dialisis utk cuci darah dia.

Kita org n Talib balik segera ke Penang


 sampai je kat Penang mmg terus ke Hosp utk tgk Grandma. Bebudak ni Moon jaga dulu dalam kereta. Bagi Pak Sutan, Talib n Umi pergi naik ke atas utk tgk. Baqis plak jaga Rafiq dalam kereta.

Lepas Pak Sutan turun baru Moon ngan Baqis plak naik utk tgk. Sedih sangat tgk grandma sebab dia mmg tak sedar. Mama suruh Moon pergi bisikkan syahadah kat telinga dia pun Moon dah menangis dulu.

Kalau tak tiap kali balik jumpa dia misti dia ckp elok2 je.

Moga Allah beri rahmat kat hangpa semua. Nanti mai lagi tgk Grandma na...

sebelum balik mmg dia doa macam2 kat semua org. Cakap pun benda yg baik baik ja. Bila nampak dia terlantar mcm tuh mmg hati kita sedih la kan. Mama dah sampai awal lagi sebab mama gerak dari Taiping. Tapi semua anak anak grandma mmg ada di sisi dia. Semua pun mendoakan yg terbaik dan doa agar Allah permudahkan segalanya.

Sebab kat umah grandma ramai yg ada. So kami gamble je call TM Resort Tanjung Bungah. Kalau ada rezeki bermalam kat situ adalah kan. Nasib baik ada so kami tido situ je. Siang mmg ke hosp utk tgk grandma. So cek in sekadar utk tido aje. Bebudak nih plak nampak je swimming pool dia org plak yg excited. Yer la kids mana dia org paham sangat kan yg kita mai sini sebab ada org sakit.

Kita org mmg sepatutnya tak balik ke mana pun Raya Haji. Mama banyak kali call tanya hangpa semua takmo balik Taiping ka. Talib dapat cuti...mai la balik sekali.

Tapi Allah dah letak dah...mmg kena balik n berkumpul jugak semua sekali. Bila Grandma sakit nak tak nak mmg kena balik juga. Aturan Allah tuh mmg yg terbaik bukan.


Duk kat sini mmg dapat diskaun utk staff. Bilik pun apartment 2 bilik. Mmg elok la utk kami anak beranak n talib anak beranak....Umi pun ada. Mama papa pun ada. So mmg semua pun selesa la kan. Kalau kami semua nak pie jugak sumbat semua umah grandma...kesian la plak org lain kan. Nanti semua jadi tak selesa time nak berebut jamban n time nak tido. Alhamdulillah ada rezeki n bilik kosong,



Dalam bilik mmg tak sempat nak snap. Naik atas mandi mandikan anak anak semua terus kuar balik . Hantar mama ke hosp semua..kami pun pie cari makan.



makan kat Kassim Mustafa aje. Punya la payah cari parking....at the end suruh je Pak Sutan masuk dalam tmpat parking. Nampak plak mural yg cantik2 nih apa lagi terus snap gambo.


             

tu dia punya banyak makanan. Makan kari lepas tu berpeloh2 


Masa kat umah grandma...bebudak nih mmg buat hal sendiri la. Tgk Mek Sarah tuh macam org besar la dia punya suka menconteng.

Masa nih semua duk get ready utk bawak balik grandma.

Kami balik ke bilik pukul 1.30 pagi. Moon masa nih takley tido...baru nak lena terjaga...baru nak lena terjaga balik. Pukul 2. 30 pagi phone pak sutan duk bunyi. Mmg tak sedap hati sangat....lepas tuh dengar plak phone mama bunyi. Malam tu Auntie Bibah jaga grandma kat hosp. Dia bagitau doc kata get ready je sebab oksigen grandma duk turun slowly. Kol 3 mcm tuh grandma dah pergi dah. Semua cepat2 siap utk ke hosp. Moon n Baqis stay dulu tgk anak anak while mama papa Sutan, Talib n Umi pergi dulu ke hosp. Jenazah grandma akan di bawa balik ke kampung Melayu lepas subuh.

Moon n Baqis ke umah grandma pagi tuh bawak anak anak. Since jenazah ada di rumah risau jugak takut budak2 nih duk lari2 dlm umah kan. So sementara jenazah di mandi kan semua tunggu dlm kereta aje. Tapi Moon sempat tgk grandma buat kali terakhir. Semua anak anak grandma termasuk Mama dapat mandikan bonda dia org.

Sayu je suasana dlm umah. Macam mana la perjalanan terkahir kita nanti. Mmg rasa sayu dan menginsafkan sangat.


Pergi nya Allahyarhamah Wan Asma Bee pada pagi Raya Aidiladha dengan tenang sekali. Allahyarhamah di kebumikan di tanah perkuburan kat zoo road. Masa nih org mmg ramai kat masjid  utk sempurnakan ibadah korban...so mmg ramai yg dapat join utk sembahyang jenazah sekali. Mama kata mmg rezeki grandma.

Kami meninggalkan Penang dengan berat hati. Nanti balik Penang mmg takkan sama dah la.

Moga Allah merahmati dan mencucuri rahmat atas Allahyarhamah.

Malamnya ada tahlil buat Allahyarhamah. Auntie Bibah yg mmg duk jaga grandma dari dulu ceritalah. Grandma mmg duk asyik sebut dia duk mimpi pasal org2 yg dah pergi. Kejap dia bgtau dia mimpi jumpa dia nih..pastuh dia duk asyik sebut aku nak balik rumah. Ni bukan rumah aku. So kami yg dengar nih pun sayu je.

Sbb tuh la blog tak berapdate utk beberapa hari.

Wednesday, September 23, 2015

Ke penang

Moon sekarang berada di Penang sebab nenek Pak Sutan tgh sakit dan tenat di GH Penang.

Masa dapat news kita org sangat sangat terkejut sebab jantung dia berhenti selama 10 min tapi doc berjaya buat jantungnya berdegup kembali tapi keadaannya tidak beberapa baik dan menggunakan bantuan pernafasan.

Semua rush balik sebab dgr kata mcm doc suruh bawak balik maknanya memberhentikan segala bantuan pada dia dan selepas itu kita hanya berserah dan berdoa pada Allah.

Hope semua dipermudahkan buat grandma.


Monday, September 21, 2015

Share and win

Share and win this 2 sweet n lovely cushion + a set of towel. Khas utk 5 pemenang bertuah

Hanya tinggal baki 10 hari sahaja lagi untuk jualan murah di Sarah Hughes Globe utk pembaca n follower blog Moon.

Moonpunyerkupon valid digunakan dari awal bulan september hingga akhir bulan september. Harga akan jadi murah kebabom bila anda tunjuk kupon nih. Ramai yg dah pergi n puas hati kan.

Please share this post to your wall and printscreen the shared the post in the comment below.

Cara menggunakan #moonpunyer kupon di entry ini
MOONPUNYERKUPON VALID SEBULAN

dan segala entry berkenaan langsir di globe by #moonpunyerblog anda boleh la klik link ini
SEMUA ENTRY BERKENAAN SARAH HUGHES GLOBE

#langsirmurah #shglobe #moonpunyerblog #moonpunyerkupon

cepat ....siapa yg belum dtg boleh la plan utk dtg ke jalan TAR sempena cuti sekolah ni

Biasanya Moon buat sehari atau 2 hari sahaja

tapi kali nih Bos bermurah hati utk buat sebulan .....

So ada baki lagi 10 hari u olsssssssss

cepat cepat n jangan lepas kan peluang keemasan ini

Share this post atau pun share je status moon kat FB tuh and anda mungkin bakal memenangi 2 bantal ni dan 1 set towel yg sangat best

Ada butang FB kat bawah entry nih...so anda boleh klin n atomatik ia akan share di wall FB anda.

oooo jgn lupa utk save kan kupon nih tau



jgn lupa ajak mak kakak n adik mai ya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...