Saturday, September 17, 2016

Sale langsir di Sarah Hughes Globe

Ramai duk PM n email tanya bila akan ada sale langsir utk Moonpunyerblog. Tapi utk tidak menghampakan u ols...Sarah Hughes Globe ada buat sale sempena Hari Malaysia. Ada banyak kain langsir yang akan dipotong harga, mmg u ols akan dapat harga special

So kalau ada sesiapa tgh cari langsir

Nak masuk umah baru

Nak ganti langsir lama yg dah lusuh , yang dah nak koyak atau rabak....u ols boleh dtg masa ni sebab harga mmg lebih kurang mcm sale VIP Moonpunyerblog. Tapi sale ni sampai Ahad sahaja tau


* SALE DILANJUTKAN SEHINGGA 30 SEPT 2016 ATAS PERMINTAAN RAMAI 


Lvl 7 
Sarah Hughes Globe , Jalan TAR KL 

10 am - 9 pm 

16 Sept 2016 -  30 Sept 2016



Biasa org misti terlepas pandang bab langsir ni kalau nak masuk umah baru. Biasanya langsir akan dpt sedikit aje peruntukkan selepas dah spend pada grill pada plaster siling n kabinet dlm umah. Bila dah siap semua baru perasan yg langsir masih togel

Hasrat di hati nak langsir yg amat cantik utk dipandang tapi nak pada harga yg sangat murah. Mmg payah akak akak sekalian.....tapi di Sarah Hughes Globe pasti ada langsir mengikut budget anda. Ada kain langsir yg nampak 'mahal giler' tapi harga jauh lebih berbaloi dari tempat lain

Feel free to compare the quality n price



Kain heavy cotton yg cun cun kat atas tu akan jd murah u olssss bukan RM20 bukan RM15....ha berapa Kak Moon oooiiiii

Kena dtg la u ols... Blog akak skrg banyak spy bahaya nak display harga muahahhahha

Ada satu lagi offer yg buat korang akan happy sebab ada offer FREE JAHIT ( french pleat on selected fabric)





Thursday, September 15, 2016

Playground Cyberjaya




Budak ni duk sibuk cari pokestop sebab kat sini ada 6 pokestop hahahha

Masa ni adalah 1 day before hantar Umi balik ke Uitm. Bawak dia jalan jln n makan makan.


Wednesday, September 14, 2016

Karaoke ngan budak budak

Kat Nilai ada Sport center. Kat dalam tu ada macam macam...ada bowling, court badminton n complete ngan tempat makan semua.

So hari tu tak tahu nak buat apa so ajak budak budak gi karaoke .Dia org tak pernah lagi pergi karaoke ...nak ambil bilik kecik tapi semua dah penuh ..so amik bilik yg 5-7 org. Tu pun kemain beso biliknya


walaupun semua suara ke laut ...tapi layan kan aje. Sarah siap nyanyi lagu Hancur hancur aku n lagu baik baik sayang hahahahh aduiiii sebab tu la lagu yg kadang dia org buat senam erobik n latihan tarian kat nerseri

 lepas nyanyi terus dia pengsan dlm bilik yg kemain bising tu ..hebat la adik 

Kita org dpt bilik baru yg free dari bau asap rokok n mmg luas sgt 

RM 13 sejam 

Ni akak ada amik dr page FB dia org . So org Nilai boleh la dtg sini ...kot kot nak test suara utk kita kita aje ahaks


Lepas dah habis karaoke 2 jam terus masuk plak tempat bowling kat bawah ni. Masa ni tak ramai org pun n yg main kat sini pun banyak family. So tak segan la kan

 tempat pun selesa n banyak lane ....so yg main hanyala Pak Sutan ngan anak teruna dia. Moon tgk Sarah yg masih mamai mamai.

Tapi bila dia nampak bola bowling terus dia bangun n sibuk nak baling juga


Satu frame RM8 kalau tak silap...lupa plak tanya Pak Sutan sebab dia yg bayo muahahhaha

Friday, September 09, 2016

trend hantar anak

Pagi tadik ada up satu status di FB hahahha bukan la nak marah ke apa . Tapi untuk highlight kan benda ni


Sebab benda ni adalah benda yg sama je everyday. Bukan la kata takley nak tolerate ke apa tapi seriously ....everyday

cam skolah Isk ngan Yaya dah bagus dah sebab dia org dah buat n letak kon plus sign yg sangat besar. Ada 3 lane

Lane drop off only

Lane jalan terus

Lane parking

So keselamatan anak tu terjamin la takkan cross depan kereta yg lalu. So DROP OFF ZONE adalah zone bukak pintu keluar n next car please

Tapiiiiiii masa kat DROP OFF ZONE tu la ...lama..masa tu driver keluar bukak bonet kuarkan beg. Bagi duit kat anak ...amik barang la..ada yg sedikit tidak bertimbang rasa , keluar kereta biar pintu driver terbuka n pimpin tgn anak sampai pintu pagar .

Yg belakang belakang ni dah tekan hon dah...aku perati je korang ni hahahhaha

So please JANGAN NAK SENANG KITA, SUSAH ORG LAIN tu je.

Bila ada yg buat mcm tu terpaksa la kereta belakang letak anak kat lorong tengah kat tepi n anak anak kena fight plak ngan kereta lalu lalang, So sekarang nak sekolah kan org bawak kereta lagi susah dari nak sekolahkan anak anak

Once sorang buat, nanti semua org akan buat benda yg sama. Betul tak

Rasanya semua parents pun ada masalah yg sama bila anta anak anak kannnnnnnnn

Tuesday, September 06, 2016

Drama Korea - Moonlight Drawn by Clouds

Ok ni baru tgk citer ni. Cerita zaman Joseon yg semua pakai topi atas kepala. Tapi citer ni sangat cuteness overload yg buat akak sengeh2 tgk ...ntah hapa hapa.

Last cerita zaman zaman Joseon yg Moon tgk adalah cerita The Moon that embrace The Sun .

Si hero ni pernah nampak dia berlakon tapi biasa biasa aje tapi bila dia jadi putera raja nih terus nampak mcm comel je hahahhahahah . Cerita ini adalah berdasarkan buku komik

Ok ni yg malas tgk drama yg masih on air ....sebab kena tunggu utk next episod huarggggggggg


tgk poster pun cute je .





Ada ada aje Mia ni

Hari tu ada ke Putrajaya sebab antakan perfume angkasawan ke Mia. Moon ingat lagi last time ada pickup tart nenas dari dia...masa tu dia bagi mcm macam produk nenas. Air nenas ..nenas dalam tin n sos cili pedas nenas.



Sos cili tu sangat sedap hokey. Tapi bila habis...cari kat kedai n produk malaysia tak ada. Gigih tanya dia mana dia beli n dia kata tak ada sebab kebetulan ada org bukak kat booth kat office  dia hahahha. So kalau sembang ngan Mia misti Moon mention sos cili pedas tu. Sebab Pak Sutan mmg duk slalu tanya hahhahah . Stress Mia hahahhaha. Btw, dia ni adalah schoolmate Pak Sutan.

Kali ni dia buat hal lagi sebab bagi mcm mcm kat Moon. Kemain besor plastik dia pas kan pada Moon. Katanya buah tangan.

Masa dlm kereta Moon bukak plastik tu,....mcm macam ada. Sosej cheese yg beso beso biasa org jual kat pasor malam tu. Ada otak otak n ada sos char kuey teow. Dia kata takyah bawang atau apa pun just letak sos ni je .

Malam tu terus singgah kedai beli ayam, tauge, kucai n kuey Teow. Tak sabar nak cuba . Tapi Moon mayang juga sket bawang merah n bawang putih sket

nak beli isi kerang ...nampak cam tak fresh je. So guna ayam je la


ni je bahan yg diperlukan ...takyah kicap takyah sos cili apa pun . Memula cam hairan juga boleh ke pakai sos ni je

Since Moon tak suka sangat koay  teow basah n kuah banyak maka decide nak ubah bagi kering sket tapi still melekit lekit....dalam otak dah decide nak pecah telo banyak banyak hahahha


tumis je sket bawang ngan ayam bagi masak n garing sket 

 masukkan sos ni dalam 2 senduk 

 masukkan air sket ...then campak manja koay  teow tu ...campak kuat kang terpercik kat baju plak .

  gaul gaul la .

* 2nd time Moon buat...masa ni Moon pecah telor siap siap. So dia cam bertali n berketol2 sket . Baru la elok je dia menyelimuti koay  teow tu ....chewahhhhhhh


Memandangkan koay  teow saya banyak n tertawar plak n kedekut nak  tambah sos tu lagi maka saya tambah gula sket n garam sket. Masukkan tauge n kucai masak ni ....flip flip senduk n siap ...

Mmg sedap u olsssssssssssss

yg peliknya tak ada kerang pun tapi boleh rasa kerang n rasa wok tu. Rasa wok adalah rasa org goreng kat kedai tu . Terus akak flip apron u ols sebab mmg marvelous rasanyaaaaaaaaaa

Kembang kempis bila anak anak makan ngan laju nya. Pak Sutan pun makan banyak ...sambil suap sambil soal napa rasa macam beli kat kedai punya ek ...sedap .

Gambar dah siap tak sempat amik pun sebab semua dah gelojoh makan. Pair plak ngan cili jeruk dari peti ice .........perggggggg makan sampai berpeluh2 kat dahi.

Jangan tanya akak mana nak beli ni sebab akak pun baru nak buzz si Mia ni tanya mana nak beli hahahha sebab dah habis. Mmg mudah sangat n kalau terkejut tergempar org dtg umah, kita boleh masak ni je. Senang citer u olsssssss


hotdog cheese giant ni pun dah habis . Sedap woooooooooo

Otak otak pun sedap .............napa semua sedap ni



Memandangkan tak ada arang ke apa...Moon letak je dalam pemanggang ajaib tu n kita bakor dia sampai berasap 1 umah hahahah. Rasanya sedapppp n boleh rasa ikan tu. 

TQ Mia....siap la awok. Keggi kiter nok kacau awok. Tanya maner nok beli sos tuh lagi. Hok kat umoh tuh habih blaker doh. 











Saturday, September 03, 2016

Perbarisan 1000 kanak-kanak & seni gerak tari Jalur Gemilang

Moon dah lama tak ambil gambar ni tau. Setakat amik gambar sendiri boleh la kan. Zaman zaman jd photographer dah bertahun ku tinggalkan....chewahhh

Tapi masa amik anak anak kat nerseri, owner nerseri tanya boleh tak join jd AJK. Moon jd AJK amik gamba utk sambutan kemerdekaan kat Stadium mini kat umah ni

So pagi pagi dah kuar ...Sarah tak join pun sebab tu dia syok je tido kat umah hahahha


Ini merupakan Program perbarisan 1000 kanak-kanak & seni gerak tari Jalur Gemilang sempena sambutan kemerdekaan, Acara ini juga dicatatkan dalam Malaysia Book Of Record

Peserta peserta adalah terdiri daripada kanak-kanak yg berusia 3 - 5 tahun dari 3 daerah.




Budak ni punya la seronok. Tapi pening juga kepala cikgu cikgu nak layan budak budak. Ada yg main gaduh gaduh...kejap ada plak yg menangis. Lepas tu tak habis habis lepas sorang ...sorang nak ke tandas.





Sementara tunggu giliran nak masuk padang tu, macam macam hahahhaha. Sebab Moon duduk skali bawah khemah ngan dia org mmg boleh tgk gelagat masing masing. Yang pakai suar putih boleh plak selamba duduk atas rumput siap merangkak rangkak. Pening kepala cikgu tgk hahahhaha . 

Tapi cikgu cikgu nurseri ni mmg sabar betui la layan anak anak



 bila dah susun jadi bentuk bendera...anak anak ni buat persembahan. Mcm menari beramai ramai....cute sangat hokey, Nasib la lense tele masih ada...so zoom muka n tgk gelagat masing masing mmg best, buat Moon sengeh2 sorang diri kat belakang kamera.

Siap ada yg boleh bergaduh main tolak tolak masa duk menari....tak kurang juga yg menangis kat tengah tengah tu hahahha




cute kan dia org ni 



ramai parents dtg tgk anak anak buat persembahan . The best thing bila ada kamera tergantung kat leher adalah org mmg bagi laluan hahahahha. Siap ada parent yang tanya ni dari surat khabar mana hahahha


Bila dah selesai ...semua keluar baris n balik ke khemah masing masing . Lepas semua parents dah ambil anak masing masing terus amik gambo cikgu cikgu nerseri. 


 Cantek gambar ni tapi baru perasan bendera terbalik hahahhah. Cikgu cikgu ni pun semua pemalu hahahha nak suruh amik gambar tengah org ramai ramai mmg dia org segan hahha



Mmg panas dit dit u ols, Walaupun dalam gambar nampak cam sejuk n nyaman, hakikatnya terbako 

Tapi mmg sonok sangat lepas dah lama tak buat aktiviti pikul kamera. balik umah mmg penat n pening kepala. Nasib Pak Sutan kata takyah masak n kita gie makan kat Ummiza Cafe aje, Petang tuh mmg Moon pengsan hahahhaha manja beno kan



Iklan 



INSPIRE by Dr Sheikh 
DESIRE by Dr Halina 
RM 49 each , 30 ml 

Whats app Moon : 011-3999 0764
Email : moonpunyerblog@yahoo.com


Tuesday, August 30, 2016

Prisma

Mcm best plak Prisma ni sebab ia buat gambar jadi macam lukis lukis gitu n nampak sangat artistic







IKLAN


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...