Tuesday, May 09, 2017

TM Resort Cameron Highland

Ni sambungan balik ke Taping - Penang hari tu. On the way balik ke KL dr Taiping , Pak Sutan kuar soklan . Nak singgah Cameron tak . Kalau ada bilik kita stay kalau tak ada kita turun balik lepas jalan jalan.


Kita org naik kot Simpang Pulai. So jalan dia ok sikit kalau nak compare kalau naik kot Tapah yg berliku liku tuh . Atas ni tak la sejuk sangat ...masa kita org sampai pun dah tengah hari .

Sampai kat Kea Farm tu jalan kemain la jam . Tp yg nak menghala ke Simpang Pulai la . Kita org menghala ke tanah rata agak ok n tak banyak kereta.



Ni la TM Resort Cameron. Kita org kalau dtg Cameron mmg dtg sini je sebab ada staff rate . Tempat pun luas . Masa ni gamble je la ada bilik ke tak . Sebelum tuh dah call....dia kata ada 1 bilik tp tgh tgu org transfer payment . Pak Sutan kata awak pergi je kat kaunter hahahhaha tunjuk muka . Mana tahu dia boleh kasik bilik kat kita ....ewahhhhh. Sebenarnya utk tunjuk yg mmg kita ada kat sini dah pun hahahha

Dia kata bilik penuh tapi ada 1 family room ala studio . Ada 2 katil queen ...so kita org kata ok aje la

Banyak kali dtg sini tak pernah pun dpt bilik tu hahahahha sebab ingatkan bililk tu utk bos bos je hahahah






Family room 1 . Ada 2 katil queen ...ada 2 tandas n ada dapur hokeyyyyy

 Moon pergi bukak semer kabinet, kot kot ada kuali ke periuk ke bagai. Tapi tak ada hahahhahaha . Rasanya kalau nak masak masak kena request kot . Tapi mmg best la sebab ada sink semer ....senang nak buat air n basuh pinggan semer .


Mama siap tapaukan kita org nasi, kari ikan n ayam goreng bagai . Complete....mmg masuk bilik terus hidang makan dulu bagi kenyang kenyang dulu sebelum kuar





 Ada TV n sofa semua . So boleh la lepak lepak tgk TV . Sekarang TM Resort dah under new management so barang pun nampak ok . Langsir pun nampak baru ...bilik pun bersih . Sofa pun elok . 

Tandas ada 2 pintu . Tp 1 je ada water heater ...ok la kan . So takder la berebut jamban ekekekke . Tandas pun bersih lengkap semer . Ada towel 4


 Beranda ni sangat besar n panjang . Sarah kemain la sonok nak duduk kat luar ...sekali bising sebab dia kata kaki dia sejuk 



masa ni duk hujan je . So mmg kita org duduk kat bilik je . Petang sket cam tu baru keluar cari makan malam . Gie cari benda panas panas sket sebab mlm mmg hujan je.  Masa ni baru rasa sejuk ketor . Mlm semer pengsan awal . Layan movie kat laptop n terus semer pengsan 

 
 Besok pagi pagi keluar cari makan ....gie cari strawbery sket . bawak budak budak ni jalan kejap . Sarah dia mmg amik baju sejuk kakak dia sebab ....mummy dia terlupa bawak baju sejuk sarah . Sebab dlm kereta mmg dia selimut je terus hahahha


 
 Dapat la makan strawberry ....ubi rebus panas panas ...jagung semer tu . Cactus tak beli pun sebab biasa beli mmg asik mati je cactus ni hahahahha

 Lepas check out semer singgah Bharat tea plantation g beli teh sket wat balik umah . Pekena teh panas panas ...pergggg sedap . Sekarang kalau nak turun jalan kat ladang teh kena bayar n ada tiket dah. Since hari pun hujan , kita org minum teh je kat atas tu .


terus turun kot Tapah . Jln ok tak banyak kereta ...lori pun ada 1 2 je ...masa ni tak hujan sangat so kira ok la . Ingat nak berenti kat Lata Iskandar tp org pun penuh n payah nak berenti....maka straight turun terus n balik umah

Dalam kereta budak budak ni wat pesta khemah khemah. Sabo je la yer Abg Isk .....hahahahha

Kalau nak contact number TM Resort Cameron Highland, boleh call nom ni 05-4914000
Make sure bawak staff ID u ols juga sekali ya sebab nak sahkan betul tak anda ni Staff TM


*picture credit to TM Resort via booking.com



Our previous visit to other  TM Resort . Moon share kan link k sebab kalau korang google payah naw naw nak jumpa .

- TM Resort PD  
- TM Resort PD again
- TM Resort Tanjung Bungah , Pulau Pinang 2017
- TM Resort Tanjung Bungah , Pulau Pinang 2016

Untuk rujukan u ols k
Boleh call TM Resort yg u ols nak stay . boleh tanya sekali HARGA TM RESORT UNTUK STAFF 

RT Hotel Management Sdn Bhd
Phone No.
:
03 4144 1373 / 1973 (Central Reservation Contact Number)
Fax No.
:
03 4144 1673
Office Hour
:
9.00 am – 5.30 pm (Monday till Friday)
9.00 am – 1.00 pm (Saturday)
E-Mail
:
Payment
:
RT HOTEL MANAGEMENT SDN BHD
MAYBANK ACCOUNT NUMBER 5645 4813 5892
Location
Unit
Address
Telephone
Fax
Langkawi, Kedah
VIP Suite
Teluk Baru Mukim Kedawang, 07000 Pulau Langkawi, Kedah
04 955 5125
04 955 2555
Management Suite
Executive Suite
Tanjung Bungah,
Pulau Pinang
VIP Suite
535, Jalan Tanjung Bungah, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
04 899 5489
04 899 5495
Management Suite
Executive Suite
Cameron Highlands,
Pahang
VIP Suite
Lot 186, Pangsapuri Anggerik, Persiaran Dyg Endah, 39000 Tanah Rata, Pahang
05 491 4000
05 491 4001
Management Suite
Executive Suite
Peninjau Apartment Fraser’s Hill,
Pahang
2 Rooms Apartment
Jalan Peninjau, 49000 Fraser’s Hill, Pahang
09 362 2500
09 362 2352
1 Room Apartment
Bungalow Fraser’s Hill, Pahang
Suite
Jalan High Pine, 49000 Fraser’s Hill, Pahang
09 362 2400
09 362 2351
Deluxe
Kundasang, Sabah
2 Rooms Bungalow
Jalan Masjid Kundasang, Peti Surat 84, 89307 Ranau, Sabah
088 889 744
088 889 746
Deluxe Room
Cherating, Pahang
3 Rooms Bungalow
Kg. Cherating, Cherating, Pahang
03 4144 1373 / 1973
03 4144 1673
Sri Intan Resort Sdn Bhd
Phone No.
:
06 662 7262
Fax No.
:
06 662 7663
Office Hour
:
7.00 am – 10.00 pm (daily)
E-Mail
:
Payment
:
SRI INTAN RESORT SDN BHD
MAYBANK ACCOUNT NUMBER 506043318922
Location
Unit
Address
Telephone
Fax
Port Dickson, Negeri Sembilan
VIP Suite
Batu 7 ½ Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
06 662 7262
06 662 7663
Management Suite
Executive Suite


Monday, May 08, 2017

Overload ke

Hari ni tapau nasi lemak siap sambal sotong . Akak jual nasi lemak tu plak bermurah hati bagi nasi lemak banyak giler dah rupa lauk bungkus tengahari dah .

Ke sebab dia kesian tgk muka Moon yg kelaparan hahahhaha ....tak pun dia tgk ni storage besar ni ...kena bagi nasi extra .

Sampai opis terus mkn . Tp macam dah penuh dah perut ni. Macam sayang plak kalau tak habis n buang. Dah jadi membazir pulak kan. Makan jugak la ....magic habis sebungkus yg awalnya nko kata banyak kannnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Ni duk rasa meloya dah duk rasa kat anak tekak dah. Tu la gie tebeng sangan org Ganung kata. Kan dah nak muntah ....ni duk diam diam sambil tarik napas dalam dalam .

Ok no luch for me today ............jgn ajak saya kuar lunch plz .

Friday, May 05, 2017

Balik Taiping n Penang

last week kan cuti panjang , Sabtu Ahad n Isnin. Kita org amik 1 hari selasa utk cuti . So plan mmg balik Taiping plus on Ahad ada kenduri kahwin kat Penang.

So lepas Isk habis kelas tuisyen malam ...terus kita org gerak balik Taiping . Semua mengantuk...last last berenti kat RnR kononnya driver nak tido jap . Sekalik semua terlena dlm kereta dekat 2 jam . Budak budak ni mmg masuk je kereta terus pengsan .

Sampai kat  Taiping dlm subuh mcm tuh. Sampai je terus ajak papa semer g breakfast kat warung Nasi Lemak Muhibbah sebab nak makan nasi lemak hahahhaha .

 Nasi lemak n sambal sotong yg yummmehhhhh sangat



Nasi lemak kat sini best sebab ada gulai ala nasik minyak terengganu. Mama kata kedai tu org Terengganu yg masak. Tapi mahal sket tapi sebab sedap mmg berbaloi la bayar mcm tu. Kalau tak sedap n mahal tu mmg nak kena marah .

Siap mkn balik rumah Mama n terus gerak ke Penang. Gerak awal sebab mama kata Auntie Zizah tak sihat so alang balik boleh terus ziarah Auntie. Kebetulan call TM Resort Tanjung Bungah, dia kata ada bilik kosong 1 maka terus book. Sebab mlm boleh blk bilik tido . Tak mo susahkan Auntie. Dia dah la tak sihat kan .

Tapi budak2 ni kalau dtg TM Resort Tanjung Bungah ni mmg dia org suka la . Sebab dpt mandi kolam.

Harga bilik 1 malam adalah RM137 cam tu utk rate staff  . Masa ni kebetulan ada kenduri kahwin kat dewan bawah n mmg penuh . Kita org pun bernasib baik dpt 1 bilik terakhir sebab ada org cancel . Tu pun tingkat 3 . Tercabut urat peha panjat tangga . Dah naik atas pikir 2 3 kali nak turun hahahahhah .

Tapi kat sini selesa sebab apartment 2 bilik . Bilik air pun ada 2 . Ada ruang yg luas  siap ada kerusi n meja makan bagai.


Dari beranda boleh nampak pantai n laut serta kolam renang . Mama plak siap tapaukan nasi siap siap. Dengan kari ikan tongkol ...sayur kacang n ikan goreng. Pergggg mmg syiok duduk bersila kat beranda ni sambil mkn. Angin pulak mmg kuat ..best je. Budak budak dah duk berzikir dah ajak turun mandi kolam. Tapi masa ni tak dibenarkan mandi sebab ada kenduri sedang berlangsung kat dewan bawah tu .

 * bilik lebih kurang mcm ni . Bilik kami dah sepah sepah dah so ltak gambo yg dr booking.com yg kemas  k utk hangpa tgk lagu mana rupa bilik .



Siap makan semer , terus gerak g umah Auntie. Singgah padang Brown utk tapau pasemboq ..mee rebuih n sup . Nak berenti mkn kat situ tapi parking tarak...mama je pergi turun tapaukan utk Uncle n Auntie.


ramai org kat umah auntie. Umah dia org mmg selalu ada tetamu. Auntie dlm duk tak larat sempat dia masakkan laksa.Tapi masa sampai kita org tolong potong2 kan bahan utk ulam n hidangkan makan. Nampak kat dapur siap ada kerusi. Auntie kata dia masak kuah laksa sambil duduk.

 Kuah laksa Auntie Zizah mmg best ...pekat n padat ngan ikan. Orang kata kalau buat berniaga ni boleh bankrap hahahah

 Masa ni Auntie bawak kuar semua gamba lama lama . Tu adalah gamba ayah dia org. Kiranya Atuk Pak Sutan la . Org nya tinggi n segak. Sonok tgk mama n Auntie duk gelak gelak tgk gamba lama lama . Tgk gamba dia org adik beradik masa kecik kecik


zaman dolu dolu dah pakai moto besaq . Mama kata bapak kassim ni kira org senang . Tapi dia meninggal muda jd tinggal la Grandma ngan anak anak . Anak 11 org . Tu yang masa Moon mula mula kenal Pak Sutan dia siap citer Auntie n Uncle dia ramai . Jenuh gaks nak menghafal n kenal sorang sorang . Tapi lama lama mmg cam la kan .

Bila dah malam , kami semua balik la bilik . Perut pun sudah kenyang ....mata pun sudah mengantuk hahhahaha apa lagi ...moh la kita tidoq . 

Besok nya pagi pagi dah lapaq.  Nak pergi tapau nasik kandaq Kampung Melayu takut pnjang plak nak beratur . Last last mai sini je Nasi Dalcha Kassim Mustapha. Tapi tak makan nasik ,...makan roti canai banjir . Mmg sedap la kari kat penang ni .  Tapau nasik dalcha utk kids serta mama n papa n Umi . Tghari dah nak pie makan kenduri dah.

Masa ni ada org PM kat Facebook bgtau ....saya nampak akak cross jln depan Kassim Mustapha td . Akak mai Penang ka ........wah Zainab cam rupanya . Lain kali kalau nampak tegur tau . Akak kalau jln mmg menonong je hahahhah tak tgk kiri kanan . 

Sampai kat bilik nampak budak kecik tu dah masuk kolam dah . Moon ngan Sutan je gie beli makan. Umi kata dia dah tak sabar sebab nampak Kakak Yaya n Abg Isk dia turun mandi. Ngan baju tu jugak dia terjun ....alahai semek . 

 sudahnya si kecik tu pun dah sampai ke kolam org dewasa  . Masa ni Pak Sutan pun kena masuk sekali kejap utk tgkkan dia org .


Budak budak ni dah jadi pandai berenang dah sebab mmg slalu bawak dia org mandi kolam. Sarah tu kalau bg pelampung lengan tu mmg dia akan berenang la kesana kemari sebab dia mmg akan float. Tapi kena dengan pengawasan org dewasa la kan. 

Naik atas semer kelaparan . Yer la pagi pagi korang dah lari gie terjun kolam . Terus cepat2 suap dia org makan bagi kenyang2 sebab jap lg nak check out . Nak gie kenduri plak . 

sempat lagi posing sebelum gerak . Akak mmg tak sempat amik gamba u ols sebab muka dah berlemuih ...panaih ...

 Sarah duk usha je pelamin tu . Sekali siap dia parking duduk depan tu . Masa pengantin duk makan pun dia sibuk nak tgk pengantin  . Dia kata baju kakak princess kawen cantek


Penganten ada 2 org sebab adik n abang kawen serentak . Si adik perempuan baju kuning n si abang baju pink . 


 
 Terus Umi kata dia rasa dah tua . Sebab Isk dah nak sama tinggi dengan dia dah . Dulu masa kecik kecik ni semer Auntie Umi tolong basuhkan berak hahahhahahahha .

Ada apam balik juga kat luar dewan . Budak tu mmg duk berdiri depan tu je duk tgk Pakcik tu buat apam balik

 Lepas makan apam balik, makan plak kek bahulu ni . Dia sorang makan bahulu tu ....alahai semek Sarah.

Habih kenduri terus kami shoot balik terus Taiping . Mmg letih tapi sonok

Selamat Pengantin Baru Hafiz n Jas
Selamat Pengantin baru Wani n Siddiq
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...