Friday, September 06, 2013

suami isteri

di copy paste dr fb ...cam menariks je



Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"

"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."

"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"

"Imgat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."

Wallahualam


---------------------

tetiba ai teringat pasal cerita yg someone ceritakan kat ai how lelaki nih yg ada 2 bini tapi duk compare bini nom 1 n nom 2 ...

bini nom 1 dah ada anak ramai ..5 ke 6  cam tew 

bini nom 2 tak der anak ..

cara compare ...bini nom 2 pandai masak suka manjakan si suami selalu potongkan kuku cuci telinga n  mcm2 la ..selalu belai belai dia ....so dia sayang la bini nom 2 

my respon : 

geli ketiak woooo

heloooooooooo bini nom 1 tew ada anak ramai bukan takat nak tilik nko je kije nya takkan nak suh gie bilang berapa bulu helai bulu ketiak nko ada ...terus respon emo kannnnnnnnn mentang la ada bini nom 2 nak compare2 plak ...dulu masa nko kawen ngan yg 1st awal kawen bukan cam tew ke ....hishhhhhhhhh 

tew la masalah nye lelaki kan ...kalau dah poligami tew tak yah la nak compare compare nom 1 ngan nom 2 atau ngan nom 3 atau nom 4 ...masing2 istimewa dalam kategori masing2 ...kata bijak pandai tapi akai taruk mana bang ooooiiii . Tuhan tew kan maha adil kalau dah bagi yg tak beberapa cekap masak mebi dia hadiahkan ngan nom 2 yg pandai masak ...jgn la main compare cam tew ...sian bini nom 1 tew ...fahami la sama dia ...nko dah buntingkan dia banyak kali pastuh bukan nko nak tolong jaga anak ...sekalik semer nko suh dia buat kan ...pastuh bila bini sibuk ngan anak anak nko pakai alasan tew utk carik bini lain atas alasan cinta ....cetttttttttttt .  

mana keadilan nyaaaaaaaaaaa .........kuasa utk kawen lain mmg di tangan suami n Islam pun membenarkan but dalam Quran pun ada tulis ...kawen la  2 3 4 tapi kalau tak mampu berlaku adil kawen la hanya seorang 

" if u cant do justice than marry only 1 "

nak kawen banyak ikut agama ...

tapi bila masuk berlaku adil terus lupa agama ...tak ley jadi nehhhhhhhhhh 

poligami tew indah n penyelesaian yg Islam dah bagi tapi silap nya bila ramai lelaki salah pakai kuasa neh .




6 comments:

Ansof86 said...

kawin lebih dr satu ramai yang nak.. tak perlu semata-mata nak sandarkan sunnah nabi.. tapi hakikatnyew,,, aduhai... ramai istri-istri duluar sana tak dapat keadilan....

aLin arLene said...

teringat someone in my family..baru pregnant mual2, loya tapi tetap kena masak sebab husband nak makan masakan rumah jugak2!! geram plak dengar..takkan takleh bkorban selera tuh sikit..ni dahlaa isteri keje, balik penat nak kena masak lagi..huhu..

Nurul Nadiah+Khairil Syazwan said...

Tak baik compare. Nak2 bini. Huhu. Ketiak Nadah pon geli jugakkk kalau dengar mana2 suami berani2 cakap camtu

aLin arLene said...

kak moon, kita post nih kat fb dengan harapan family member kita tuh baca n considerate kat wife dia. alih2 ada tok sedara (yg aptb!) tegur tanya dari ustaz mana kita dapat bendalah nih. hahaha. mesti dia tension sebab wife dia memang rajin giler masak memasak neh...

Miss Moon said...

hahah kadang susah nak suh org faham benda2 nih kan Arlene .

tapi kalau bini redha tak per dpt pahala ...cuma jgn la amik kesempatan sangat kan

some lelaki sangat ego ...pffttt ....isteri di jadikan peneman n bukan hamba kan ...kalau bini x sihat tgh preggy kena tolerate la sket kan

Haris Zuhaina said...

AS Salam
Klu nak kawin pandai nak ikut sunnah Nabi bagai.
Tp bkn ka sunnah Nabi tu berkahwin lebih dari 1 setelah kewafatan isteri pertamanya?
Wallahu'alam. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...