Wednesday, June 24, 2015

Resepi Gulai Ketam Tumis Darat

Ni mmg terbaek. Yang ni Mama masak. Kalau anak cucu balik mmg mama akan masakkan gulai ketam ni sebab gulai ketam ni mampu buat Isk n Yaya makan banyak n berulang kali. Tapi dia org bukan nak ketam tuh sangat, dia org suka rasa gulai ketam yg lemak2 tuh pastuh rasa plak bawang goreng yg garing tu ...perg mmg wangi semerbak kay


Ketam nih jugakla yg akan dijadikan bahan utk bakar perasaan org lain yg tak balik....lepas tuh semer duk terliur sampai menitik ayaq liur atas screen phone ...

Rugi hangpa tak balik, mama masak gulai ketam

Since Isk pun duk tanya bila nak balik kat Nani, ISk nak mintak Nani masakkan gulai ketam. Isk suka. Sian plak anak teruna kan....sang suami pun terkenang kenang kat ketam mama dia masak. Maka mari la mencabar diri n masak. Mmg slalu duk tolong mama masak ketam ni. Tapi cam tak berani sangat. So beli la dalam 12 ekor ketam yg kecik2 ...katanya pun 1st attempt kan. Kalau sukses kita cuba lagi lain kali.

 Maka gigih la bukak kabinet cari rempah. Sebab hari tuh mama datg dia mmg bawak semer rempah2 n dia suruh spare kat umah. So kalau next time dia dtg senang sebab semua benda dah ada. Time mak mertua dtg la maka gigih akak pergi kedai beli segala rempah ...jintan manis la jintan putih la ketumbaq la sebab kena pastikan semer ada sebab mama kalau masak gulai atau kari mmg dia akan ada add on dia sendiri. Rempah nih mmg dia beli kat Penang n mmg depa semua dah lama pakai rempah Cap Tarbus nih, Rasa nya org utara mmg suka rempah ni. Moon pun mmg aktiviti tukar rempah ngan MIL.

So nampak ada 5 paket rempah tarbus ni. 2 dah expired bulan 12 2014 hahah nampak benor menantu ni ada ketakutan utk masak gulai ketam atau udang. Nasib ada 3 paket yg expired bulan 9 2015. Gigih call  mama n tanya resepi. Resepi ada kat buku di umah...tapi moon bagi resepi simple2 kay. my MIL pun sukatan dia senang sama cam Moon

Munirah pandai2 agak la ek berapa banyak nak letak

so sukatan adalah agak agak ahahahhaha


Bahan-Bahan
Ketam
Rempah Cap Tarbus ( mama kata pakai rempah ketam adabi pun ok tapi dia akan jadi  merah sket tapi boleh la )
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
 3 beradik ( Kulit kayu manis, buah pelaga n cengkih * bunga lawang tak yah )
santan

Cara-cara



1- Rebus ketam bersama sama dengan rempah yg di bancuh tadi bersama bawang besar yg di mayang halus + bawang putih + halia + 3 beradik . Rebus sehingga kurang bau rempah...maksudnya rempah dah masak


2 - Masukkan santan + garam + gula. Masukkan jugak cili hijau besaq tuh dalam 2 3 bijik. Bila dah rasa ok semua tutup api



3 - Tumis bawang yg telah di mayang sehingga garing ala ala nak hangit sket . Lepas tuh curah je bawang tuh sekalik ngan minyak ke dalam periuk . Siap

Korang akan nampak hasil nya sama seperti gamba belah atas skalik tuh ...n bau mmg wangi hokey

Sedap di makan ngan nasik panas panas ...pair yg cun adalah bersama sambal belacan + ikan kering n kacang botol. Dah takyah nak add lauk lain dah. Bila besoknya kuah dia jadi lagi pekat...so kalau makan ngan roti pun sedap laaaa

Waktu berbuka tuh mmg duk tgk je pak sutan duk makan. Duk tunggu gak la dia nak kata apa....sedap ka ...tak sedap ka. Dia makan 2 3 mulut diam je. Tak tahan la ....nak tunggu dia sebut misti dia tak sebut neh. Tak pun dia mmg tahu si bini mmg glabah nak tahu apa rasanya.

Skalik dia pusing n aangkat thumbs up ....A1 mummy ......

Tgk Isk n Yaya pun makan kemain berselera. Yer akhirnya saya berjaya jugak masak ketam ...tapi gulai ketam mama jugaks still menjadi pojaan hati ku.




Liz n Farzana, nih khas utk korang tau ahaksssssss

6 comments:

Dkna Abza said...

dkna pun tak yakin nak masak gulai ketam.. kalau bagi alsan kat suami, periuk kecik tak muat isi ketam hahahaa..

iNNa said...

telioq tgk menu moon nih cam nk try gaklah huhuhu...ngences dh nih

salwana nordin @ che'wa said...

saya mintak izin share resepi ye..mana tau tringin nk buat..mcm sedap sgt rupanya :)

Farzana said...

Tq moon! Dah try nant kita bgtau jd ke tak hihuhi

Zaleha said...

Nyam nyam..
Mmg rempah tarbus pun femes kat kedah my hometown..hihi

Fizam said...

Bawang yang hendak ditumis tu bawang merah shj ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...