Moon mmg suka dengan konsep mengajar anak belajar solat serta aturan dalam solat dengan cara yg seronok dan interaktif.
Moon dapatkan set Susun & Solat bersama Aiman & Alia ni last month dan budak budak nih sangat suka.
Memang menarik sangat. Yaya pun suka susun2 dan bagi dia lebih faham aturan solat serta bacaan bacaan dalam solat.
KANDUNGAN PAKEJ
1. Satu set lengkap platform GIANT puzzle untuk 5 waktu solat
- 16 Keping
- Ukuran Sebelum Dicantumkan 21 cm X 12.75 cm
- Ukuran Selepas Dicantumkan 84 cm X 51 cm
2. Satu set lengkap flashcard shape pergerakan solat setiap waktu (5 waktu)
- 37 Keping
- Ukuran 8.5 cm X 6.9 cm
3. Satu set kad rujukan bacaan solat 5 waktu
Book Ring
4.Satu set panduan penggunaan Susun dan Solat Bersama Aman & Alia
Ajarkan anak mengenali pergerakan solat dan tertib susunan pergerakkan dahulu, setelah mereka mahir dengan pergerakan solat, barulah tekankan soal bacaan.
Semua ini ada dalam kotak ni. Kita nak kemas balik pun senang, just masukkan balik dalam kotak ni aja
Walaupun dia kata 3+ tapi anak Moon si Sarah tu pun suka jugak main. Memang la dia tak tahu baca n faham sangat tapi Moon boleh ajar dia mengenal bentuk. Dia pun tahu bila tgk kat kad tu mana 'abang' n mana 'kakak' heheheh
Bila Sarah nampak gambar yang perempuan dia kata tu kakak, bila dia tgk gambar yang lelaki, dia kata tu abang.
Anak anak boleh buat rujukan dan panduan utk solat
kad kad ni pun pun sangat tebal n elok
LANGKAH PENGGUNAAN SUSUN & SOLAT BERSAMA AMAN & ALIA
(PERHATIAN: Sekiranya anak lelaki, gunakan gambar Aman dan jika anak perempuan, gunakan gambar Alia)
Ajarkan anak mengenali pergerakan solat dan tertib susunan pergerakkan dahulu, setelah mereka mahir dengan pergerakan solat, barulah tekankan soal bacaan.
- Langkah 1
- Susun dan cantumkan Platform Puzzle menjadi satu susunan seperti di bawah
- Langkah 2
- Tentukan waktu solat yang ingin ibu bapa ajarkan kepada anak
kemudian tunjukkan flashcard shape waktu solat kepada anak. Boleh
gunakan ayat seperti berikut.
- "Ok ... sekarang ini kita akan belajar solat subuh"
- Tanya kepada "Solat subuh ada berapa rakaat?" Berikan jawapan supaya anak akan cepat ingat.
- Minta anak masukkan flashcard shape waktu solat di tempat pertama. Sesuaikan dengan warna dan bentuk.
- Puji anak apabila mereka boleh buat.
- Berpandukan kad bacaan, ibu bapa bacakan niat solat kepada anak.
- Tentukan waktu solat yang ingin ibu bapa ajarkan kepada anak
kemudian tunjukkan flashcard shape waktu solat kepada anak. Boleh
gunakan ayat seperti berikut.
- Langkah 3
- Tunjukkan kad takbiratul ihram kepada anak dan sebut kepadanya TAKBIRATUL IHRAM.
- Berikan flashcard shape takbiratul ihram kepada anak dan kemudian minta anak masukkan ke tempat yang sesuai dengan warna dan bentuk.
-
- Puji anak apabila dia berjaya buat.
- Langkah 4
- Tunjukkan flashcard shape qiyam kepada anak dan sebut kepadanya QIYAM.
- Berikan flashcard shape qiyam kepada anak dan minta dia meletakkan masukkan ke tempat yang sesuai dengan warna dan bentuk.
-
- Puji anak apabila dia berjaya buat.
- Langkah 5
- Tunjukkan flashcard shape rukuk kepada anak dan sebut kepadanya RUKUK.
- Berikan flashcard shape rukuk kepada anak dan minta dia meletakkan masukkan ke tempat yang sesuai dengan warna dan bentuk.
-
- Puji anak apabila dia berjaya buat.
- Langkah 6
- Teruskan ke peringkat seterusnya mengikut tertib solat.
- Sesuaikan flashcard shape di tempat yang sesuai dengan bentuk dan warna.
- Teruskan sehingga SALAM.
- Ulang setiap langkah permainan sehingga anak faham.
- Langkah 7
- Apabila semua kad telah disusun mengikut kesesuaian rakaat dan pergerakkan solat, mula ajarkan anak melakukan praktikal solat dengan mengikut gambar pergerakan solat di dalam flashcard shape.
- Bentangkan sejadah menghadap kiblat.
- Pastikan platform yang telah lengkap dengan susunan flashcard shape berada di hadapan sejadah anak sebagai floor puzzle dan minta anak meniru pergerakan solat di dalam gambar.
- Langkah 8
- Setelah anak mahir dengan pergerakan solat, boleh mula ajarkan mereka bacaan dalam solat perlahan-lahan dengan berpandukan kad bacaan yang dibekalkan
TQ sangat sangat kat Ummi sebab perkenalkan kit yang sangat bagus nihdan siap hantar lagi pada Moon.
*source google
Kalau anda nak juga belikan kit susun dan solat macam ni boleh je buzz Ummi sebab mmg laku n laju je habis.
Moon rasa kalau kita invest utk benda yg educational dan bermanafaat mcm ni amat lah bagus. Sekarang, bila anak anak dah ingat step utk solat, maka mudahlah untuk kita ajar bacaan dalam solat pula.
IG https://www.instagram.com/nuqmansbiz/
facebook https://www.facebook.com/nuqmansbiz/
Email nuqmansbiz@gmail.com
Whats app 016-6603741
facebook https://www.facebook.com/nuqmansbiz/
Email nuqmansbiz@gmail.com
Whats app 016-6603741
Harga RM70
2 comments:
menarik ni kak! anak-anak yang baru nak belajar solat mesti suka ni siap ada puzzle pulak lagi :)
ehhhhhhhhhhh baagusnye ya Allah kak....takpenah jumpe mcm nie lagi.... bagus untuk didik anak tertib solat dari awal ..... mane ade lagi puzzle berbentuk solat ginie.....sgt2 bagus nieh ....
Post a Comment