Thursday, March 10, 2016

Beli tiket bas online di Catchthatbus.com

Kali ni Moon nak share pasal cara pembelian membeli tiket bas secara online. Sejujurnya, akak dah lama giler tak naik bas tapi my SIL Umi , mmg selalu naik bas ni. So dia pun share la pengalaman dia naik bas n beli secara online. Kadang dia call je Moon n mintak Moon belikan.

So everytime cuti sem, dia mmg akan balik Taiping kat Mama n Papa. Kadang dia akan singgah kat kita org dulu atau ke umah Talib.

Dia sekarang belajar kat Uitm Shah Alam.

So kita kan nak memudahkan semua org n spread apakah benda terbaru yg boleh memudahkan proses membeli tiket dan perjalanan. Maka Moon telah memaksa dia utk wat satu sharing hahahahh n ayatnya sangat skema. Biasa la student mmg cam tu kan. Kalau kakak ipar dia yg tulis mungkin lagi ringkas.

So nak bgtau korang boleh beli tiket secara onlilne melalui laman web Catch That Bus .


sangat mudah n senang ...harga pun sama je macam korang pergi beli kat kaunter


Trip ke Pinang gunakan bas
Hi, kali ini saya nak berkongsi pengalaman menggunakan CatchThatBus, suatu laman untuk anda membeli tiket bas secara online di Malaysia tanpa perlu ke kaunter.
Seminggu sebelum bermulanya cuti semester, saya dan kawan sudah merancang untuk pergi “food hunting” di Pulau Pinang. Jadi kami pun ke Terminal Bas Shah Alam untuk membeli tiket pada minggu tersebut. Setelah menempuh perjalanan selama 25 minit menaiki bas Rapid ke terminal, kami agak hampa kerana setiap tiket bas ke Perak sudah habis lebih awal dari apa yang dijangkakan. Saya dan kawan sememangnya hampa kerana kami perlu ke Perak dahulu kerana saya sudah berjanji dengan dia untuk membawanya berjalan di kampung halaman.
Sebab dah terlalu hampa, kami pun mengambil keputusan untuk balik semula ke kampus. Saya memang hampa pada hari ini. Namun mungkin rezeki masih lagi menyebelahi kami kerana semasa kami singgah di kafe, kami ternampak satu booth yang dibuka oleh pihak CatchThatBus untuk mempromosikan aplikasi mudah alih mereka. Apa yang menarik perhatian kami ialah slogan “Tidak perlu ke kaunter tiket,” jadi saya pun mengambil keputusan untuk bertanya kepada abang yang menjaga booth tersebut. Aplikasi ini sememangnya berguna untuk saya pada waktu ini kerana saya terdesak untuk mendapatkan tiket bas.

Setelah diberi penerangan, saya terus muat turun aplikasi tersebut dan mula membuat semakan perjalanan. Pada tarikh yang saya pilih, dengan izin tuhan saya masih lagi dapat membeli dua tiket ke Perak, dan juga tiket bas ke Pulau Pinang. Segalanya mudah, saya hanya perlu pilih tarikh, masa, dan juga destinasi yang ingin dituju. Setelah itu pada minggu yang seterusnya, saya dapat menaiki bas dari Shah Alam ke Ipoh. Bas yang kami naiki adalah bas Plusliner, selesa dan juga menepati masa yang dijadualkan. Kami menaiki bas dari Terminal Shah Alam dan diturunkan di Terminal Aman Jaya Ipoh.
Setibanya di Ipoh, kami terus mengambil keputusan untuk menikmati Nasi Vanggey yang terkenal di bandar Ipoh. Hidangan Nasi Vanggey ini seperti Nasi Kandar Pulau Pinang. Namun lauk pauk yang dihidangkan kepada anda dan juga rasa Kari mereka sedikit berbeza dengan Nasi Kandar.
Setelah itu, saya kemudian ke Pulau Pinang dengan rakan untuk bercuti. Kerana adanya aplikasi CatchThatBus ini, segalanya menjadi mudah. Kami terus menunggu bas di Terminal Aman Jaya pada hari yang dijadualkan untuk ke Pulau Pinang. Di sini bermulanya pengembaraan kami sebagai “Food Hunter.” Apa yang saya idamkan adalah Mee Sotong, dan juga Rojak Pasembor yang menjadi pilihan setiap pengunjung apabila tiba di sini. Selain itu kami juga berkunjung ke Penang Street Art dan juga Snake Temple.
Memang terbaik apabila kita bercuti menggunakan pengangkutan awam. Saya dah jimat duit tol dan juga petrol untuk trip kali ini.

Umi Aminah



Tq Umi sebab ayat sangat kemas n ala nak hantar assignment ke lecturer hahahhah Tq sebab sudi share tau hikssssss . Akak bagi Umi A++ n 3 bintang muehehhe


Ok Jom Moon share apa benda Catch That Bus ni

Ia adalah satu laman web yang membolehkan anda beli tiket bas secara online. So takyah susah susah nak ke kaunter bagai. Boleh jugak beli melalui aplikasi yg korang install dlm phone


CatchThatBus on Web





Dalam ni ada semua jenis syarikat bas...so senang kita boleh pilih kita nak naik bas mana n mana yg menjadi fav kita

So contoh ni , Moon pilih destinasi ke Kuala Terengganu. Naik kat KL Sentral ....utk 2 org . Perggg dah mcm pilih tiket kapal terbang dah



Pilih la mana masa yg sesuai ...lepas tuh siap boleh pilih tempat duduk.

Masukkan nama penumpang berserta nom IC



Lepas tu bayar

Tiket anda akan di emailkan pada anda. Printkan e ticket tu n bawa semasa naik bas. Mudah bukan




CatchThatBus on Android



Boleh download je dari Google Play Store ya .


1- Pilih destinasi . Dari mana nak ke mana. Lepas tu boleh pilih waktu perjalanan 

2- masukkan maklumat penumpang serta buat pembayaran 


Taraaaaaaaa siap sudah . 




Laman Web : CatchThatBus 
Facebook Page : Catch That Bus




5 comments:

Julia Johari said...

Pernah nampak iklan ni kat teksi pagi tadi...tgk kak moon up lagi lah rasa wowwww

Nanie said...

Ok lepas ni bole try. Jarang naik bas sebab Selalu nk beli tiket malas btol nk ke pudu or tbs nk beli tiket bas. Hehehe

Unknown said...

Dh beli online proses dia masa nk naik bas cmne plak?print and tunjukkn bukti pembelian online tu kpd kaunter@ pemandu bas di lokasi yg kita mau naik tu ker?

Miss Moon said...

Amir, akak baru perasan,

tunjuk email atau confirmation slip kat kaunter . Maaf akak baru baca komen

sidney james said...

Kena print Balik ke ticket Kat kaunter?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...