Haha tetiba rasa cam kekeringan idea. Walhal macam macam yang berlaku dalam sehari. Kalau nak cerita memang banyak yg boleh dishare dan diceritakan dalam blog ni.
Contoh ada makan kat sini....mmg tingin nak up kat blog tapi kadang terlupa. Kadang baru nak tulis jadi risau plak eh kang org kata riak plak ...kata eksyen plak. Tapi kita nak share benda best nih .
bila dah stop kat situ mmg tak ada la entry
Ada plak isu best tgh viral. Biasanya sesetengah blogger tegar mmg amik kesempatan utk catch tajuk yg tengah trending. So that akan dapat hit tinggi. Tapi kadang masa baca hal yg tgh trending membuak buak rasa nak bagi pendapat ....tapi baru nak type terus rasa cam ....eh takyah la ...terus tak jadi nak up
Dulu semua benda seronok utk dishare kan. Kadang sapu sampah ...anak berus gigi ...anak jatuh tangga ...slipar putus masa jalan pergi lunch...pun kita seronok nak share kan
Walaupun kadang org kata membaca blog ni buang masa je. Penyibuk je nak tahu kehidupan org ....but for me cam ok je. Moon suka je baca blog org . Apa dia buat hari ni and etc....mana tempat dia gie jalan jalan. Untung untung kita pun boleh jalan ke situ jugak. Pakai je tips tips yang dia share. Kadang kalau review tempat pun Moon suka baca share dr blog sebab ada banyak gambar dan setiap ayat ada personal touch gitu.
Rasanya sekarang org jadi malas nak share entry bukan sebab apa tapi kadang takut ngan -ve feedback. Kadang ada org nko happy pun salah...nko sonok jalan jalan pun salah...nko tak peduli hal orang pun salah. Pendek kata semer benda nko buat salah la....n ada je org nak kondem. So benda2 mcm ni la buat org kadang nak tekan keyboard tapi terbantut.
Dulu kita boleh tulis je apa kita nak ....entry mengarut carca marba. Ayat pun lintang pukang as if kita bersembang ngan kawan kita. Tapi skrg bila ada org tegur ...
eiii apa campor BI n BM ni tak sayang bahasa
Apa ayat nih semua susunan salah
Eiii berlagak latew
So benda2 mcm ni buat kita kadang terbantut sket. Bahasa blog adalah bahasa yg amat santai. Tak boleh disamakan dengan ayat di surat khabar atau di majalah atau mana mana artikel. Sebab tu setiap penulisan blogger adalah berbeza. Kalau anda dah biasa ngan blogger tertentu anda boleh nampak mcm mana mood penulis pada masa tuh . Dia tengah happy ke sambil type laju laju mulot pun moncung moncung tgk skrin ....atau dia tengah down muka pun selebet je.
Cuma bila kita dah meningkat usia ni penuliasan kita lebih matang. Kita pun tak suka nak sindir atau hentam2 org kat blog. Kita pun dah elakkan isu isu murahan atau yg tak bermanafaat sangat . Kalau boleh kita nak blog kita ni memberi sumbangan juga pada org yang membaca.
But I do believe apa apa pun kita buat semua bergantung pada niat kita. Kalau niat kita baik Insyaallah Allah akan pemudahkan dalam pelbagai cara .
Terima kasih buat semua yg masih follow Blog Moon ni walaupun kadang Moon sendiri pun rasa cam ntah hapa hapa. But bila jumpa org yg bg feedback tentang blog kita. How this blog helps them....terus rasa cam . Oooh rupanya selama ni aku tak syok sendiri ...ada manafaat juga blog ni.
Macam mana anda baca apa yg Moon tulis macam tu juga karakter Moon kalau anda kenal n biasa sembang ngan Moon. Im sorry kalau ada campor campor bahasa ...ia mmg cara saya cam tuh. Org je beso cam giant tapi hati tau fu fa n sora cam chimpunk manja kededek. Thats me .
Moon nak share 1 cerita pasal sale langsir yg Moon cam touching sangat
Ada sorang reader ni dia dtg jauh nak beli langsir. Tapi bila masuk KL je jalan jem giler. Husband dia dah bad mood dah sebab ntah hapa hapa la bini dia ni ...blog sapa sapa ntah dia baca sampai tergedik gedik nak gie beli langsir
Nanti tgk la awak sampai sana saya nak tgk murah mcm mana sangat la blog tu bagi awak. Ntah ntah awak kena beli apa apa dulu baru dapat harga tuh
si wife ni diam je sampai la sampai kat atas...bukak je pintu lift terus nampak Moon n Moon sambut dia n husband dia semua. Muka hubby dia mmg masam je tapi biasalah kan hari Sabtu di Jln Tar mmg sesak sket kalau dtg petang petang. Kalau before 2pm ok lagi. So kalau sale VIP Moon mmg kita sediakan makan n minuman sket. So jemput dia n hubby dia makan n minum dulu. Si wife diam je pilih langsir tapi nampak dia cam sonok je bila moon bgtau harga.
Anda tak perlu beli banyak pun utk dpt harga VIP. Beli 1 mtr je pun boleh. Moon kalau boleh nak semua org daat benefit ni selagi mana Blog Moon ni layak utk beri diskaun pada anda.
So at the end of the day ...the husband lagi seronok pilih kain dari si isteri. Acctually husband dia baik la sangat. But kadang bila kita tak tahu we tend to assume so many things. So bila si wife ni salam n say tq semua Moon rasa puas hati sebab walaupun sedikit tapi Moon mampu nak gembirakan org . Ha cam tuh tahap happy n kepuasan pada diri sendiri tu. Moon mmg akan ada kat sana bukan sebab Moon disuruh ada kat sana but Im willing to be there for all of u. Utk jumpa personally anda semua yg setia baca.
Kadang org berblog ni bukan sebab nak dapat job ...nak dibayar duit utk review ke apa. There are alot of blogger yg menulis sebab dia org minat ...dia org suka nak share....dia org nak share ilmu ngan anda semua..dia org ikhlas nak share n bantu. Dia org akan tersengeh bila ada org acknowledge dia org....percayalah.
Ok ....entry sangat panjang lebar....sila la genyeh mata sebab tak ada gambar hahahhahah
Nampak tak faktor usia dlm entry ni so membebel kan ....but harap anda faham apa yg Moon cuba sampai kan walaupun dah cam rojak mamak kuah lebeh dah hahahah
No comments:
Post a Comment