Tuesday, July 19, 2016

Selamat Hari Raya

Baru nak kuarkan entry Raya ahaksssssss

Ada org ternanti nanti tak ( perasaaannnn hahahhahah ) Sebenarnya Moon duk syiok tgk sambutan raya korang semua. Semua nampak meriah n best je. Tapi Raya kita org best juga walau pun simple je tapi still seronok

Kami balik ke Taiping awal ...Malam Jumaat dah balik sana. So sempat la berbuka puasa ngan Mama n Papa serta Umi kat Taiping. Kebetulan Umi pun cuti sem.

Kali ni baju raya tak banyatk pun . Beli selai dua je..kids pun beli sket2 je. Konon tahun ni nak emerald green...tapi utk baju Pak Sutan n Isk warna hijau tuh je ada, Isk sekarang dah kena beli baju dewasa size S dah sebab dah tak ada size budak utk dia.  Sudahnya ada all shade of green hahahha


 Papa n Mama duk tunggu anak anak dtg bersalam salaman. Tahun ni Talib tak balik sebab dia beraya di Nismilan n kena kerja time Raya.

 Dimulakan ngan si sulong. Sonok je tgk dia peluk mak ayah dia . Acara peluk2 ni bukan pada hari raya aje tau sebab family Pak Sutan mmg peluk peluk n cium sokmo. Masa mula mula Moon dikenalkan ngan parents dia masa tu Moon baru umor 19 thn camtu hahahahh mmg kena peluk n cium ngan Mama. Padahal masa tuh bukan menantu lagi pun. Cam tu la layanan dia org mmg mesra dari dulu sampai la sekarang.

Moon plak membesar dalam family yg tak pernah nak cium2 cam ni. Takat salam salam je . Untuk peluk n cium mmg tak pernah sehinggalah Moon masuk family dia org. So anak anak tak perlu rasa malu utk cium n express your love pada your parents. Masa Pak Sutan 1st jumpa Abah Moon mmg dia peluk kemah keming. Terdiam kejap my Abah hahahhaha

Tapi time Moon salam tak ada dalam gamba hahahhaha sebab cepat2 salam. Kalau lama lama nanti hujan. Moon ni plak mmg cepat je gugur air mata n terus jadi air terjun so better kita salam n cium cepat2 hahahhaha


 Sempat la amik gamba budak2 ni kejap kat tepi rumah. Konon nak bagi nampak susana raya di kampung hahahha padahal tak kampung sangat pun . Nak bergambar kat sawah padi tak ada , maka kita bergambar kat kawasan lapang ni sahaja

 Tudung Yaya ni sangat murah . RM10 je Moon beli pada malam Raya kat bazar Raya di Taiping tu. Lepas dah beli terus rasa menyesal sebab beli 1 aje...alahai napa la tak amik 2 atau 3. Kain sangat elok n tebal

 Bergambar lagi. Tgk la cik Sarah tu kemain la dia posing. Dalam kamera ni ada banyak gambar dia buat macam macam style hahahha. Tapi bila sampai part bergambar kat rumput, terus muka dia sedih sebab dia geli....ambooooiiiii

ok ni antara salah satu gambar dia....noti neh....

Seperti biasa kat sini tak ramai yg ada kat rumah sebab ramai yg balik ke kampung. Jadi acara tetap adalah Che Nah dtg rumah n kita org ke umah Che Nah. 


Tetamu adalah jiran sebelah rumah aje hikssss 
 
 Anak Cik Nah akan kawin pada Raya ke 3. Depan rumah mmg dah siap siap ada khemah utk kenduri


 Rindu plak nak amik gamba budak budak.

Raya pertama tak buat apa sangat hikssss. Basically makan hahahhahahah.  Raya ke dua kita org ke Penang

6 comments:

Qaseh Dalia said...

selamat hari raya kak moon !

Warisan Petani said...

Selamat Hari Raya juga.

nayfatimahrasyid said...

selamat hari raya

Anis Azalea said...

Hijau jugaaaa...

y i e n said...

Naseb baik entry ni tak keluar lepas raya, hikhik..!

Nisa said...

Pic tuan belog xda pun!hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...