Sunday, October 30, 2016

VIP Sale - Langsir Sarah Hughes Globe

**Sticky post untill 30 Oct 2016

Assalamualaikum semua

Ok yang dinanti nantikan sudah tiba. Nak announce kat blog plak . Last week dah announce kat Facebook personal n Facebook Miera30 at Sarah Hughes Globe serta di IG Moonpunyerblog n IG Moonpunyershop

Mmg habis semua medium akak share kan. So ni kat blog supaya ada yg tak tertinggal atau terlupa pasal sale ni. Selagi tak sale selagi tu la inbox dihujani ngan pelbagai soalan u ols

Walaupun letih menjawab dikala malam tapi sonok gaks....sebab ada respon dari semua...terus akak tido ibarat berbungkus kain langsir hahahah

Ok macam mana nak join VIP Sale ni

1- Sila isi borang ni ya sebab akak nak tahu berapa ramai yg dtg u ols ....sebab dulu dulu kita org buat 2 hari . Tapi jadi penuh n crowded so kesian kat semua kena tunggu turn utk potong kain. Kalau boleh kita nak semua org selesa, kat lvl 7 ni mmg luas tapi kalau kena serbu mmg penuh juga u ols

So nak mintak akak akak n adik adik gorjes sekalian isi ya ...abg abg sado n handsome yg loving bawak isteri pun boleh isi. Suami yg baik harus la suami yg membahagiakan isteri kan ( tu bini dah jeling mintak tuka langsir hahahha )

FORM :


Mcm mana nak jadi VIP Kak Moon ni ?

Just dtg pada 28 , 29 dan 30 hb ni sahaja n terus ke lvl 7. Daftarkan diri di meja pendaftaran n u ols akan dpt badge VIP ...lepas tuh boleh la enjoy harga VIP u ols



Ni nak bawak mak pun boleh

bawak makcik pun boleh

bawak jiran pun boleh

bawak adik badik pun boleh

bawak kawan kawan pun boleh

janji kena dtg tarikh di atas tau ....dtg hari lain maka takley la dapat harga VIP ....meh meh meh jemput dtg . Light refreshment akan disediakan . 


Sesiapa nak cuba Wangian Angkasawan , INSPIRE by Dr Sheikh n DESIRE by Dr Halina pun boleh dapatkan di lvl 7 tau sebab akak akan jual harga special utk anda ....perfume pun harus la dapat harga VIP kannnnnnnnnnnnn baru la habis semua kain langsir bau wangi semerbak hahahah

 

Sarah bgtau ....jgn lupa tau Auntie Auntie sekalian dtg masa sale kat Sarah Hughes Globe weeken ni tau .  Sarah dah ready ngan calculator siap siap dah tu

Sila naik ke lvl 7 ya nanti



Antara kain yg di restok . Last time kain ni sangat laju org beli sampai ada one time kain ni habis ...so kali ni siapa yg tak sempat beli kain ni last time ...boleh beli k 



suasana di lvl 7 , sangat selesa


Ni port fav Sarah , bahagian kain katun katun . Kain ni adalah bidang 110 RM 25 semeter 






Kain plain ada ...kain corak ader ...kain bunga bunga ala inggeris pun ada 


Kain RM 5 pun ada tau di lvl 6 . So kain kat sini ada macam macam bergantung pada budget anda


Thursday, October 20, 2016

Promo perfume

p/s : Sale langsir 28-30 Oct ni tau. Nanti entry akan menyusul
please isi FORM ni k kalau nak join Moonpunyerblog VIP sale at Sarah Hughes Globe



Alhamdulillah tak sangka dalam duk diam diam ( diam keeeeeee hahhaha ) jual perfume, boleh tahan rancak juga order. Masa mula start Moon tak sangka akan serancak ni sebab buat pun suka suka cukup beli ikan ayam  n penuhkan peti ice jadila kan .

Terima kasih banyak banyak buat semua yang sangat percayakan Kak Moon n ramai beli dari Kak Moon . I hope u ols suka perfume tu as much as i like it n pakai everyday termasukla waktu nak tidor ahaksssssssss


Agar semua yg pakai DESIRE akan rasa sweet n comel macam Dr Halina

dan

lelaki lelaki yg pakai INSPIRE akan rasa segak tampan dan yakin cam Dr Sheikh


PROMO COUPLE SET 

RM 90 
untuk 1 INSPIRE & 1 DESIRE
FREE make up bag 
* jimat RM 8 
( sebab akak agen n jual Ephyra juga hokey )

+ postage RM 6 ( akak masih kekalkan rate lama )


SINGLE bottle 

RM 49 each



Whats app MOON 011-3999 0764


Sekarang rate pos dah naik kan. Semua org bising yer la sebab dah lama bayar RM 6 ...skali naik jadi RM 7. Mmg la singgit ....singgit pun terasa hokey, Org yg beli terasa...org yg jual pun terasa juga tau

Ok sesiapa nak cepat cepat order ya


PENGUMUMAN



dan 1 lagi akak nak bgtau ni ....sekarang Wangian Angkasawan sudah berada di Sarah Hughes Globe u olssssss hik hik happy nya terus rasa nak main nyorok nyorok belakang langsir hahahhaha

Sesiapa kat KL tu kalau nak beli boleh ke ke Sarah Hughes Globe beli n bawak balik ...atau kat situ juga sembur sembur n wangi wangi .



Perfume pun kemain ya posing atas kain kain bagai ....oleh kerana Flatlay ngan beg ngan spek mata dah too common, maka akak amik gambo atas sample kain langsir terus muahahahha


so boleh pilih  nak background macam mana 


nko mampu amik gambo perfume atas rail langsir hahahhaha percaya la Moon buat hokey hahahha


Please follow my IG

@moonpunyerblog 


Please follow my IG Shop

@moonpunyershop 





umar pantang bau dia suka, dia memang akan datang ke kita ngan suara kartun nya. ujikaji klinikal #tokthelarki n #tokthevaini membuktikan bila umar tertarik dengan bau wangi, ia membuktikan perfume angkasawan negara ini sesangat wangi dan lain. _______________________________________________________ Wangian Angkasawan, INSPIRE by Dr Sheikh n DESIRE by Dr Halina @moonpunyerblog @moonpunyerblog . Ni bukan inspired perfume tau.memang tak sama wangian ciplak ciplak. memang wangian ni ade special singature. . wangian yang special blend ni dipilih sendiri oleh @drsheikhmuszaphar & @drhalina . korang kene try. . RM49 each. RM90 couple set. . whatsapp 011-39990764. ( kak moon ade special gift, baik korang gi tengok @moonpunyerblog sekrang n order) . . #DesireDrHalina #InspireDrSheikh #wangianangkasawan #moonpunyerblog #igreviewvnkery #igreviewvnkeryvideo
A video posted by Wan Mohd Khairi (@vnkery) on

Tuesday, October 18, 2016

Random things about Me

Since Moon notice ada ramai reader baru yg kadang tertanya siapa la Minah ni. Napa la org masuk blog dia ni. Bukan sesiapa pun dah tua ada anak anak plak tu but yet napa org masuk sini .

Well, kadang akak pun tertanya tanya pada diri sendiri dik hahhahahahhaah kadang terlintas di kepala relevan lagi ke blogger kertu cam akak ni


So akak nak kenal kan diri bagi anda yg baru pada blog ni

Nama akak Moon
Umor dah 36
Status dah kawen , anak 3
Asal Terengganu
Kerja kat Cyberjaya
Duduk kat Sepang



Org kenal Kak Moon ni mungkin sebab dia :

- Photographer kids and wedding dulu ...jadi customer Kak Moon 
- Pernah share cerita pasal arwah adik ipar dia yg ada brain cancer
- Sebab kena cari dia kalau nak beli langsir murah 
- Sebab nak beli Ephyra ngan dia
- Ni dia jual perfume Dr Sheikh n Dr Halina plak
- Atau mungkin kenal sebab dah follow lama dari zaman fotopages
- Mungkin dari blog list dlm blog kawan kwan.


Sebenarnya tak ada apa yg special pun pasal org yg bergelar Munirah / Moon ni . Moon simple je org nya . Bukan la tahap blogger top meletop letop ....idok ler. But Moon suka share random things in life dan benda yg Moon rasa berbaloi utk di share, Insyaallah akan saya share kan.

ok jom kita suka suka baca soalan random . ada 15 soalan random k . Tapi soklan ni dlm bahasa inggeris ...boleh la kan. Akak jawab bahasa melayu sudah. Kang tulis bahasa Inggeris kena kecam plakkkkkk hahahhah tapi sah sah la blog akak ni blog rojak. Ikut suka je akak nak tulis bahasa melayu atau inggeris campo campo ...nasib akak tak masuk bahasa cina.

OK ni akak jawab laju laju secara spontan k


1- What do you think would be the hardest thing for you to give up on?

Harus la laki mak hahahhahah ( jujur gitew jawapan ) n anak anak la of koz.


2 - Would you give a homeless person CPR if they were dying?

Bergantung juga...masa ni mungkin pikir 2 kali. Tapi kalau dah org dah nyawa nyawa ikan depan korang mungkin sanggup. Tapi let me belajar buat CPR dulu ....Pak Sutan meh sini nak praktis kat awak dulu .


3-  What makes you bored?

Bila hari panas , angin kuat , tapi husband tak benarkan basuh baju n dia suh duduk lepak n rehat ( mak mak mungkin paham kot sindrom obses basuh baju n mengemas ni ). Tapi kena patuh arahan suami kang suami murkaaaaa

Atau , anda duduk dalam 1 group kawan kawan tapi nko je beria bercakap yg lain tgk phone pffttt


4 - Which is your favourite four-legged creature and why?



Suka kuda , walaupun takut nak naik kuda sebab masa kecik pernah naik lepas tu turun jalan terkangkang kangkang sebab peha semua sakit . Tapi akak suka tgk my little pony walaupun benda tu tak wujud.....tak kira nak like jugaaaaaaaaaa ( budak 8 tahun terperangkap dlm badan 36 tahun la la la la )

5 - Do you like spicy food and why?

Harus la suka ....sambal tumis bagai tu lagi pedas sampai berdesing telinga ...sampai peluh keluar kat kepala n meleleh leleh ke belakang leher....harus la suka u ols

Tapi skrg perut dah makin anje anje. Punya montel mcm ni boleh plak gastrik n silap terlebih pedas boleh buat sakit perut .

6- Are you old-fashioned?

Yup....sangatttttt so korang takkan fun sangat kalau hang out ngan akak. Akak tak reti lepak kat luar ngeteh ...lepak jalan jalan kat bandar . Baju tak  up to date , hijabista bagai tu akak tak reti . Kalau akak cuba juga akak rasa cam akak hilang identiti diri vleyyyyyyyy walaupun tutorial hijab macam macam akak save dlm phone mueheheh

Akak spesis bosan . Suka duduk umah ...lepakkkkkkk kalau luar pun ngan org yg sama je . Ngan family je ....akak suka sembang ngan org tua . Sebab apa akak sendiri pun tak tahu. Bila dengar org tua atau makcik makcik sembang akak rasa akak dapat nasihat secara tak langsung. Akak rasa perbualan tu berfaedah ....yeah im so old fashion .

7 - Something or someone you miss the most from childhood?

Of koz la my Mum . Mak meninggal pada umor yg amat muda 38 thn. Masa tu Moon baru umor 12 thn. So lepas tu mmg Moon tak ingat sangat pasal my life...macam mana zaman kanak kanak....tup tup last ingat masa form 5 terus. Giler kentang memori lost tu atau im lost at that moment.

Mmg tak ingat langsung ...so i do wish my childhood penuh warna warni semua.


8 - Are you happy with your life for the most part right now?

Yup ....sangat happy . Saya tak nak apa pun berkurang dgn apa yg ada sekarang tapi nak lebih lagi hahahhahaha of koz la banyak part yg perlu dibaiki dan dikukuhkan lagi



9 -  You can have one of the following two things: trust/love?

Trust : sebab ada cinta tapi tak ada trust pun tak guna. Nko i love u ...u love me siang malam tapi tak trust satu sama lain pun tak guna

But ngan ada trust Love tu boleh wujud ........perggggggg


10 - Name 3 things in nature you find most beautiful?

 1- sungai mcm ni 

2- gunung ganang yg penuh ngan bunga lawa lawa

3- bintang bintang di langit



 11- When was the last time you lied and to whom and why?

Bila tu tak ingat tapi i will lie bila perlu. Jika tipu boleh selamatkan hubungan org i will lie. If its the best thing to do at that time i will lie ...

Macam mana tipu tu boleh jadi bagus plak. It will bila yg benar tu akan buat org bergaduh buat org bermasam muka. So be natural. Normaly bila anda di tengah benda paling sukar utk anda buat adalah utk pleased kan kedua dua pihak, sebab anda sayang semua. So jika tiada benda baik nak diucapkan maka diam la.


12- Good questions to ask People to Know Them More

Boleh saya tahu nama anda ? atau awak tinggal kat mana ? tu je yg sokmo tanya muahahhaha



13- Do you like to shop?

Misti la..........tapi makin best bila ada banyak duit utk membeli barang . Lagi nikmat bila dapat beli tanpa perlu tgk harga n buat calculation cukup tak duit .


14 - What music are you listening to right now?

Tak ada dengar apa pun....duk dengar TV opis sebelah je hahahhah



 15 - What was the last thing you ate?

Nasik lemak n sambal ayam kicap yg sangat sedap tapi sangat pedas hari ni hahahha lagi pedas lagi aku bedal hahahhahah 



 ok tew je 15 random ....ni pun soklan moon amik dr internet hahahhahahahah



Monday, October 17, 2016

Balik Terengganu jap

Weekend lepas kita org balik ke Terengganu kejap sebab ada nak attend wedding bff Pak Sutan. Skrg Pak Sutan dah habis belajor maka weekend free la sket.

Pasal wedding kwn dia ni mmg dia sgt excited nak pergi. Siap bgtau Moon suh kosongkan schedule Moon ( cam bz benor kannnnnnn ).

Masa kita org masih belajar lagi n kebetulan kawan dia si Farid ni ada dtg KL . Pak Sutan mmg bawak Moon sekali jumpa kawan dia ...kira kenalkan kat kawan dia. Dalam ramai ramai kwn dia yang ni la dia selalu cerita....cerita cerita zaman sekolah semua.

Kalau balik Ganung pun si Farid ni la juga dia cari ajak kuar jumpa n lepak...mmg bff betul . So bila kawan dia nak kawen mmg dia sonok la sangat kan.

Since balik ganung....acara yg wajib harus la mencari makanan makanan yg di rindui....macam la duduk kat luar negara kekdahnya kan...terus request kat kakak nak makan ni nak makan tu. Dia siap tanya nak mkn apa ....terus bgtau takyah masak apa la kita beli je hahahah sebab rindu nak makan nasik lemak ikan ...nasik kuning..nasik minyak n nasik dagang semua tu

 Pagi pagi dah kuar food hunting. Ni nasik kuning Mok Der belakang sekoloh agama Ladang. Hebat sungguh sebab ada few kwn kwn FB cam ni nasik kat mana bila Moon upload gambar ni kat IG....curlas sgt u uols. Misti ni port u ols beli breakfast pagi pagi jugak kan .

Geram sungguh tgk Mok Der cubit isi ikan tongkol tu ,...mmg banyak dia letak n tak kedekut langsung .

Nampok plop buoh bom atau disebut buohbung hahahhah ni mmg fav Moon. Kalau balik mmg kena carik kueh ni pagi pagi. Dari kecik sampai ke tua ni pun suka hahahhaha. Ia ranggup di luar then bila gigit ia chewy lepas tu dapat inti ikan nyor manis manis perggggg. Mmg liat sket tapi sedap wooo


 Ada kayu kamat...kayu kamat ni cicoh air panas panas sedap sangat hokey ...dia mcm roti goreng tapi roti goreng yg padat.  Lepas tu singgah warung plak cari nasik lemak bungkus.

Mmg sawan kejap bila tgk macam macam makanan. Terus nak beli macam macam...padahal tadik dah beli nasik kuning dah. Tapi mengenangkan Pak Sutan nak makan nasik lemak ikan terus beli 2 bungkus utk dia. 

Breakfast mmg eat like a king betul sampai se'eh perut hahahhaha. Lepas mkn gie cuci kereta jap n sempat la Pak Sutan masuk kawasan sekolah dia. Siap bgtau Yaya...ni la skolah Daddy....ni kawasan daddy main ragbi dulu. Ni asrama....sonok betul dia dpt masuk kawasan skolah SS dia dulu.

Lepas tu singgah pantai jap

 

Tgh hari ke kenduri Farid n Imaan  . Tak bawak anak anak sebab dia org nak main ngan sepupu sepupu dia org . So mummy ngan daddy aje dating berdua


Masuk masuk dah nampak wajah yg sangat familiar ...terserempak ngan member sekolah Chung Hwa si Julia ni. Lama dop jupper ngan mung Julia. Rupanya Julia ni sepupu Farid ....pusing pusing kita jumpa jugop kan. Ju maintain je dari zaman skoloh sampai la skrg cam ni je dia.

Sempat la bergambar jap ngan Farid atau panggilan Pak Sutan kat dia "Rritt" ...walaupun kadang kadang bunyinya cam pelik je hahahhaa.

ni la pengantin nya yg sangat sweet n comel....Farid, aku maksudkan mek mung tau hahahhah. Moga korang berdua membesar bagai johan cam kita org muahahahhahaha.

 sempat snap pakai phone aje la ...gamba pun kelam aje....tapi yg penting anda happy kan kan kan .

 Petang plak gie singgah kedai kueh yg mmg dari dulu lagi ada kat sini...mmg banyakkkkkkk kueh kat sini . Sampai Isk ngan Yaya pun pening nak pilih kueh.

Moon nak gie umah adik kejap. Lagi pun wife dia dijangka bersalin minggu ni...infact due dia 17 hb . Hari ni la kan. So kita bawak sket kueh utk mak yong.


 banyak gaks kita org beli tapi sikit sikit la kan. Sebab nak rasa semua....tamak haloba sangat kan. Sekali org kedai tu bagi macam macam free....wahhhh rezeki

Sempat la sembang2 ngan adik Moon n sebelum gelap kita org balik. Gie cari makan lagi malam tu hahahhah mmg kije makan je la. Balik umoh nangis sebab berat naik la la la la la. Baru 2 hari balik dah mok mok canner..

Besok pagi kakak Moon dah tanya nak makan apa . So terus kata nak makan nasik minyok hahhahahah so Kak E bawak ke kedai nasik minyok akak ni. Nasik minyak dia kuah kemok ( kurma ) n sedap.  Kedai ni area Tanjung depan Astaka atau skrg Hock Kee Seng

 

Semerbak bau kuah nasik minyok weiiiii . Akak ni plak baik sangat n mmg kenal ngan Kak E. So mmg rancak la bersembang. Nasik minyak pun wangi n lembut. Siap dapat kueh free agi Umi bagi utk org jauh ....mmg murih betul rezeki gie mana mana asyik dapat kueh free je. 

Yaya makan nasik minyak ni 2 bungkus hokey....dia duk lawan makan ngan Sarah. Kalau u ols balik Trg mmg patut cuba nasik minyak ni ...sedapppppp


Lepas beli nasik terus singgah pasar payang kejap. Awal sangat kita org dtg ni most kedai belum bukak. Tappi kakak Moon kata jom g kedai akak ni sebab akak ni baik n friendly n acap kali dah kakak beli kat sini . Moon pun sempat la beli macam macam hahhaha. Bahaya duk kat sini lama lama sebab rasa semua benda nak beli nasib tak nampak mesin ATM hahahha. 

Pak Sutan subuh subuh dah msg Farid tanya dah bangun tido keeeeeeeeeeeee

Terus org di sana laju je reply ...bangun doh bohhhhhhh hahahhaha

lepas tu dia duk gelak gelak baca msg kat phone hahhahah amboi sonok ya mengusik org. Pak Sutan kata Farid ajak breakfast sama sama. So pergi la kejap jumpa pengantin baru ekekkeke . Moon kemain la bgtau Pak Sutan, takyah la ...org baru kawen tu , bagi la dia org makan berdua dua an....tapi Farid still insist ajak dtg makan skali. 


Pengantin baru ajok makan nasi dagang ..

 
Tq penganten belanja makan ...

Balik umah terus pack pack baju sebab dah nak balik dah. Tapi nak jumpa ngan Aboh n adik dulu. Adik Moon yg patah kaki hari tu. Kebetulan dia ada appointment kat Hosp Kuala Terengganu. Aboh kata dia dtg singgah umah Kak E.

Alhamdulillah Nina dah boleh jalan. Kalau nak ikutkan patah dia hari tu terul
k jugak...ni doc tgk progress dia bagus je...doc siap nasihatkan dia utk takyah pakai tongkat dah n nak suruh dia jalan biasa. 


Sebelum balik sempat la makan kopok lekor goreng di tepi pantai ...pergggg sedap .

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...