Tiba tiba air mata menitik nitik takley dikawal ....tap tap jatuh terus .
Mama msg kat group whats app
" anak anak ingat ka hari ni hari apa 23/5 , dimana cucu mama menjadi yatim. Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau dah syukur tak terhingga sebab dapat menumpang kasih ngan anak nya Abd Rafiq , Al-Fatihah "
terus mata tiba tiba panas automatik . Terus g bukak balik kisah lama utk konpomkan tarikh. Sebab mmg Moon ingat bulan May tp dah lupa tarikh . Tq mama sebab ingatkan. Moon nak reply panjang2 dlm group pun takut Talib sedih . Norma pergi pada 23/5/2012 dah 5 tahun dah.
bila baca entry ni Dalam Ingatan terus ayaq mata laju jer turun cam air terjun . Tanpa sedar nasib la takdak org kat opis . Hidung pun rasa dah kembang dah ni .
So pesanan buat semua dan utk diri Moon jugak. Hargai la pasangan anda sementara dia org masih ada . Kita pun tak sempurna n bersyukur la sebab pasangan kita menerima kita seadaanya . Hargai la dan sentiasa beryukur dengan nikmat yg kita dapat ni setiap hari . Sebab kita tak tahu bila ajal kita dimana kita akan berpisah buat selama lamanya. Syukur Alhamdulillah sebab Allah temukan pasangan yg baik buat Talib selepas Norma pergi. Baqis is the best mother yg Rafiq dpt .
Al- Fatihah buat Allahyarhamah Noormawati
Akak sentiasa sedekahkan Al- Fatihah buat Norma bila akak bacakan utk arwah mak akak , kakak akak , dan utk semua yg telah pergi .
6 comments:
2012 kak moon
Alfatihah
Allahhh dah baca sue plak menitik air mata kak huhuuu semoga rohnya di cucuri rahmat
Assalamualakikum kak moon.
Saya baru tau pasal almarhum norma.
Terus geledah entry lama2 akk.
Berdegup laju jantung.
Alfatihah..smoga roh almarhum berada pada kalangan para solehin.
Doa dari seorang pesakit kanser juga.
Ameen
Cepatnya masa berlalu, rasa macam baru lagi dok baca pasal arwah Norma. Al-Fatihah...
SEDIHNYA KAK MOON, SAYA SELALU BACA PASAL KISAH ARWAH NORMA..SEMOGA ALLAH SWT MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA..AMIN
Post a Comment