Thursday, July 20, 2017

Ujian MGTT

sebab terlepas date 17 hb maka gigih call klinik set appointment lain. So dia suruh dtg 19 hb . So pergi la pagi pagi pukul 8 amik darah. Dah la jenis spesis badan je tebal tapi urat kemain susah nak nampak ( sebab isi banyak sangat sampai urat pun tenggelam ) mmg ready je utk di cucuk jarum 2 3 kali . Sambil nurse nak cucuk sambil tu jugak mata tak berkelip tengok tang mana dia nak cucuk jarum tu . Kalau masuk tak sakit sangat maknanya kena la urat ...kalau tak masuk betul mmg sakit n lebam la tangan tu .



So masa semalam bacaan puasa ok sangat cantik 3.8 cam tu

Lepas 2 jam minum air gula 8.1

Fasting 3.8 
2 jam lepas minum air gula 8.1 

( masa preggy kan Sarah pun bacaan cam ni gaks )


hamekkkk mmg melepasi 8 la kan . Dah la lepas minum air gula kena jumpa doc sebab kebetulan mmg appointment kan. dekat sejam tunggu giliran dipanggil masuk bilik . Kepala pun naik pening dah minum air manis leting leting tu . Duk kembang kembang tekak ni . Menguap pun dekat 50 kali kots

Petang terus nurse call . Puan, puan kena datang jumpa dokter besok ya puan . Yer baikkkkkkkkk . Bagus kan sebab menyerah je sebab mmg dr zaman Isk, zaman Yaya n zaman Sarah mmg kena cam ni laaaaaaaa bertabah la . Nasib lepas beranak elok je jadi nya .



APA ITU MGTT

Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) atau Modified Oral Glucose Tolerance Test (MOGTT) adalah ujian air gula yang perlu dijalani oleh ibu hamil bagi memastikan diri tidak menghidap diabetes ketika hamil. 

Bermula pada 2013, Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) mewajibkan kepada ibu hamil untuk menjalani ujian MGTT atau MOGTT. Hal ini disebabkan kes diabetes dan obesiti di kalangan rakyat Malaysia adalah di tahap serius.

Tujuan MGTT atau MOGTT dilakukan adalah untuk mengenalpasti kadar gula atau glukosa dalam tubuh sama ada kurang atau lebih hingga mungkin boleh mengakibatkan kemudaratan pada ibu dan bayi dalam kandungan. Jika ibu hamil menghidap kencing manis, gula berlebihan akan dipindahkan kepada bayi melalui plasenta dan ini mengakibatkan saiz bayi yang besar. Malah ia juga mungkin boleh menyukarkan proses kelahiran. Selain daripada itu, anda mungkin menghadapi komplikasi seperti tulang bahu bayi tersangkut.

Prosedur MGTT/MOGTT
  • Ibu hamil yang terlibat untuk berpuasa sehari sebelum ujian dijalankan. Tempoh puasa berkenaan perlu dimulai dari jam 10 malam. Anda perlu berpuasa penuh tetapi dalam keadaan tertentu, anda hanya boleh meminum air kosong.
  • Sebaik-baiknya, anda perlu datang ke klinik sebelum jam 8 pagi bagi membolehkan anda menjalani ujian darah sebelum mula meminum air gula. Kira-kira 2 hingga 3 ml darah akan diambil untuk diuji kandungan glukosanya.
  • Anda perlu meminum air glukosa yang disediakan oleh pihak klinik. Lazimnya, amaun air gula ini ialah 75mg glukosa di dalam 200ml air kosong.
  • Anda perlu menunggu selama lebih kurang 2 jam tanpa dibenarkan untuk makan dan minum. Jika berasa loya, maka anda perlu berehat atau berbaring.
  • 2 jam selepas anda minum air gula, ujian darah akan dilakukan sekali lagi untuk melihat tahap toleransi anda terhadap gula dan mengetahui kandungan glukosa dalam darah.
  • Secara umumnya, bacaan MGTT/MOGTT yang biasa diambil untuk ibu hamil di Malaysia adalah seperti berikut :
- Fasting Blood Sugar (FBS)
Bacaan daripada sampel darah yang diambil sebelum meminum air gula
~ Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L

- 2 jam selepas ujian
Bacaan daripada sampel darah selepas 2 jam ibu hamil minum air gula
~ Normal : kurang daripada 7.8 mmol/L

Walau bagaimanapun, jika bacaan anda berhampiran (borderline), anda mungkin diminta untuk melakukan ujian sekali lagi. Bagi yang mempunyai bacaan lebih dari 7.8 mmol/L, anda akan diarahkan untuk melakukan ujian blood sugar profile (BSP) pula dan seterusnya mendapat nasihat doktor.

Golongan Ibu Hamil Yang Berisiko Tinggi Untuk Menjalani MGTT/MOGTT Pada Awal Usia Kandungan antaranya :-
  1. Wanita yang obes (BMI lebih daripada 30);
  2. Wanita yang pernah hamil anak bersaiz besar ketika dilahirkan (mempunyai berat 4kg);
  3. Wanita yang pernah hamil dan mengalami diabetes mellitus.
  4. Wanita yang mempunyai ibubapa atau saudara terdekat (adik-beradik) yang mengalami diabetes mellitus.
Walau bagaimanapun, ujian ini juga perlu dilakukan jika :-
  1. Ibu hamil yang telah berusia 35 tahun ke atas;
  2. Ibu hamil pernah mengalami glycosuria lebih daripada 2 kali sewaktu hamil
Bila Ujian MGTT/MOGTT Perlu Dilakukan?

Biasanya, ujian MGTT dibuat ke atas ibu hamil opada usia kandungan 28 minggu ke atas. Bagaimanapun, bagi ibu-ibu yang ada sejarah keluarga yang menghidap diabetes atau pernah mengalami diabetes dalam kehamilan terdahulu, ujian ini akan dilakukan lebih awal.




So seperti kanndungan yg sebelum ni maka lepas ni kena tukar diet . Kena makan beras Faiza Taj Mahal tu atau makan beras perang . Kurangkan minuman manis . Padahal Moon la jarang minum air manis sebab mmg hantu air masak ...takpa lepas ni minum banyak lagi hahhahaha .

Dari semalam duk intai tester glucose dlm darah tu . Malas dah la sekarang kalau kena g cek darah 4 kali sehari . Lain la kalau umah tepi klinik kan . Ni duk intai kat LAZADA hahahah



Moga semua ok sampai la beranak Inysaallah

4 comments:

sarah said...

perghhhh malas betul masa pregnant nak buat mgtt.. bertabahlah..sy kena buat 2 kali.

Puan Hazel said...

Bertabahlah ye moon :) moga dipermudahkan segala urusan aamiin.

rohaida omar said...

saye dulu bacaan 7.9.. hampeh sungguh, sikit lagi nak lepas haha...

Anis Azalea said...

Moga selamat beranak dan takde apa2 kesusahan untuk lahirkan anak la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...