Tuesday, November 27, 2018

Kasut Sekolah Pallas Jazz



Tahun depan kena pakai kasut sekolah putih atau hitam  ya?

Misti ramai  parents duk tertanya tanya kan . Bila kena pakai kasut sekolah hitam ni. Penggunaan kasut hitam sepenuhnya akan berkuat kuasa pada tahun 2021 . Jadi tahun 2019 ni masih boleh pakai kasut putih . Pihak sekolah pun ada maklumkan hitam atau putih , dua dua pun boleh pakai . 



Berita sepenuhnya di SINI ya

Since anak akak tahun depan 3 org yang akan bersekolah , maka kita sediakan persiapan awal awal ya . So benda utama kita kena readykan dulu harus la kasut sekolah 

Abg Isk : Kasut hitam sebab dia pengawas 
Yaya : Kasut putih
Sarah : Kasut putih ( pra sekolah )

Bagi akak , akak prefer kasut putih sebab bila kasut putih ni senang nampak kotornya. Jadi setiap minggu mmg kena basuh kasut sekolah . Kalau kasut hitam tu pulak mmg la susah nak nampak kotor tapi bila dah tak nampak kotor , maka 2 - 3 minggu baru dia basuh . Ni sebab melalui pengalaman ngan Abg Isk . 

Sabtu adik adik akan basuh kasut. Tapi si abang akan relax je kata kasut dia tak nampak kotor . Bila kena paksa baru dia pergi basuh hahah . Sekali rendam dalam baldi, air yang jernih terus jadi air coklat hahahha . 

Ok since Sarah akan start Pra sekolah tahun depan, dia la yang paling seronok sekali . Banyak kali pesan nak kasut sekolah . Tadika baru ni dia pakai selipar n kasut sukan sahaja . Ni bila nampak ada kasut sekolah putih, kemain la dia suka . Malam tu siap pakai dalam rumah . Nasib tak buat tido hahhahahah ( eh acctually dia bawak naik kotak kasut tu letak kat katil dia 


Kasut Sarah 

Kasut untuk Sarah adalah kasut Pallas yang ni . Nampak sangat cute dan girl girl sangat kan . kasut ni nama dia Pallas Jazz Single Velcro Strap 204-034


Kaki Sarah adalah 19 cm , jadi dia pakai kasut size 11. Design dia sangat lawa . Moon suka sebab nampak sweet . Potongan dia pun elok buat Sarah yang kaki besar kat depan . Jenis zap on aje sebab cepat dan mudah nak pakai. 


seronok betul dia nak pakai kasut ni . Terus pakai kasut baru untuk last day at school . Sarah oooi tu kasut untuk tahun depan la . Sekarang nak keluar jalan jalan pun nak pakai kasut ni jugak. Aduiii .





Kasut Kakak Yaya

Untuk Yaya kita pilih yang ni sebab sesuai utk dia yang sangat lasak dan kelas semua kat tingkat 3 dan tingkat 4 . Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0181 ni untuk Yaya.


Pilih yang jenis zap on sahaja sebab senang nak pakai dan buka.  Hari tu pernah cuba beli kasut bertali kat dia, konon dia nak ikut best friend dia la semua pakai bertali . Mmg lambat hokey nak tunggu dia pakai kasut . Lepas tu kejap kejap terbukak tali kasut tu . Pastu hujung2 tali tu dari warna putih, semua jadi warna coklat. Sebab asyik terpijak je kan . So kita kurangkan masalah itu dengan pakai zap on sahaja ....zap zap zap siapzzzz. 

Bahagian kasut tu dia macam mesh upper . Macam ala ala net tu kan . Ramai yang rekemen kasut Pallas yang ni sebab semua kata senang nak kering . Ni mmg akak suka u ols sebab kadang tiba musim hujan , jenuh nak kering kasut budak2 ni . Kalau jenis ni mmg cepat la kering . 





Kasut Pallas ni ada ventilation system untuk pengudaraan . Supaya kaki anak anak boleh bernafas . dah la kena pakai kasut dari pagi sampai petang . Bila ada jaring cam ni udara pun boleh masuk n keluar. Takda la kaki terperangkap dalam tu berpeluh dan mengeluarkan bau yang busuk . Sekali bukak kasut pitam semua orang hahahha . 

Tapak kasut pun sangat tebal, tapi tak berat langsung . Sesuai la untuk Yaya yang jalan suka seret seret kasut ni dan nak berlari aje kerjanya . Mmg akak pilih yang ini untuk dia . 


Nain nak juga ke Nain . Kemain dia kagum ngan kasut kakak dia . Nanti yer . Bila Nain dah besar, mummy belikan kasut Pallas jugak . 

Kasut ni sesuai utk lelaki dan perempuan . 


Kakak Yaya n Sarah dah ready nak g sekolah .


Kasut hitam Abang Isk 

Abang Isk mmg pakai kasut hitam sebab dia pengawas . Untuk boy kita pilih kasut hitam bertali ni Pallas Jazz Lo Cut Shoe Lace 7328

Kalau untuk Yaya kita pilih yang zap on , untuk si Abg boleh pilih yang bertali sebab umur macam ni dah terer dah pakai kasut bertali . Kadang siap boleh buat fesyen tali kasut silang pangkah la, bentuk ketupat pun boleh . Siap hari tu nampak dia tgk youtube cara ikat tali kasut yg macam macam jenis . 




smart je kasut ni . Nak bawak pakai gi jalan jalan pun boleh ni . Pakai dengan jeans pun smart . 

Dalam kasut Pallas ni ada rubber insole and arch support yang ikut bentuk kaki , tak ada la leper je kan. So selesa la nak pakai . Isk plak pengawas dan  memamn  asyik kena ronda kawasan dan banyak berjalan . So kalau pilih kasut yang best sikit selesa la dia . Bila berjalan tu ada lantunan yang lebih baik sebab lapik getah kat belah dalam kasut tu.



posing 3 beradik 




Abang Isk sekarang dah meningkat remaja dah . Masa kecik kecik dulu nak la apa yang mak pilihkan . Dah besar sket ni mula dah ada citarasa sendiri . Kadang nampak cute di mata mummy belum tentu dia suka kan . So sekarang kalau nak pilih apa apa untuk dibeli , kena tanya ok tak kalau mummy beli kasut ni . Kalau dia ok baru mummy laju laju add to cart hahaha . 

Isk kata ramai kawan kawan pengawas dia pakai kasut Pallas Jazz hitam ni . 

So macam mana nak pilih saiz kalau kita nak buat pembelian online . Sila refer gambar panduan pilih saiz kasut kat bawah ni yer . Kak Moon mmg ukur macam ni aje . Dah ukur kaki dia org terus add 1 cm n order shj . Lepas tu kita tunggu barang sampai . 

boleh refer kat SINI untuk panduan memilih saiz .
( https://www.wow2wee.com/w2w-measurement-guide )



Mana nak beli kasut Pallas ni ?

1) Beli online di https://www.pallas.com.my/

atau 

2) Beli di kedai kedai dan pasaraya seperti AEON , Mydin , SOGO dan juga TESCO . Mmg ada banyak tempat jual kasut Pallas ni . 



selamat memilih kasut yang cantek dan paling utama yang selesa untuk anak anak anda .  Paling utama sebab ia berbaloi baloi dan harga berpatutan . Nanti u ols klik laman web Pallas ni .Ada macam macam kasut yang cantik cantik tau . 

Happy shopping mak mak sekalian :)



  

2 comments:

DYatie ABakar said...

Best! Best! Thank you share.

Yt pun belum beli lagi untuk anak.

First time nih. hehe

Julia Johari said...

Pallas ni mmg hebat zaman juju sekolah dulu2...mujur brand ni masih tip top sampai dah ada anak...boleh waris kt dia kan kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...