Thursday, September 03, 2015

Shieldz Smart watch mmg best

Kak Moon berjaya memenangi 1 jam Shieldz. Masa memula tgk Facebook page dia org akak dah excited dah sebab sapa sangka ada n wujudnya benda yg kita boleh pakai utk monitor anak anak kita dan yg terbaiknya sebab kita boleh tahu mana lokasi mereka. SO bila ada jam cam ni ia sedikit sebanyak memberikan kelegaan pada kita betol tak.

akak menang jam nih satu u olssssss


Fungsi Jam Shieldz ni

- Track lokasi mengunakan GPS
- Boleh call masuk dan call keluar
- Buat panggilan kecemasan SOS pada nombor yg kita setkan
- Ibu bapa boleh control secara remotely
- Shieldz Fence ni macam kita set berapa jauh anak kita boleh pergi. Kalau melebihi kawasan kita akan dalam alert di phone
- Anti Lost sebab kita boleh jejaki balik jam tuh
- Pedometer utk tahu berapa banyak calori n berapa step kita jalan
- Health monitor
- Low Batery alert...notofication akan dihantar pada phone
- Remote Shutdown. ....hanya ibu bapa je boleh off kan jam ni melalui phone ibu bapa
- Route record, boleh tahu perjalanan anak kita...mana dia pergi


Yer la sekarang nih plak macam macam kes. Setiap kali tgk org share kes culik ke apa rasa cam nak gugur jantung ni. Kadang tuh takut nak bukak n baca.

Moga anak anak kita selalu dalam lindunganNya


Ok sambung pasal jam ni. Moon dapat jam ni last week....excited la sangat dapat hahahahha sebab Moon dah tgk video macam mana jam ni berfungsi.

So masa tuh dah tekad dah kena beli jugak walaupun 1 utk anak anak. Incase kita keluar jalan jalan kan....boleh la pakai kan kat anak.




Sangat menarik bukan.  Masa mula mula moon tgk pun Moon dah berkenan sangat sangat. Siap msg n tunjuk kat Pak Sutan lagi

 Masa ni baru dpt. Shieldz Malaysia poskan terus pada Moon. Gigih hokey bukak n charge. Ada usb semua utk charge.

So apa yg kita perlu buat adalah utk activate kan jam ni

Jam ni memerlukan simcard. Yer la utk dia mampu menerima n membuat panggilan.Simcard juga perlu mempunyai data utk tujuan GPS n tracking.


Kebetulan Moon ada 2 simcard dalam phone. So amik je 1 utk letak dalam phone ni. Utk kerja2 pasang ni mmg tenderkan pada Pak Sutan hahahah. Lepas tuh kita org berdua cam jakun jap test merata rata kat opis. Yer la in order utk ajar anak pandai pakai, mak bapak kenalah test n pakar dulu betol tak? hahahha alasan sangat, padahal both of us pun excited sangat hahahha.

Nanti kita akan dapat buku panduan macam mana nak activate kan jam ni. So semua tuh perlu di buat pada handphone penjaga. Jadi Moon test dalam phone Moon. Scan je QR code dalam manual tuh n install je.


Senang saja....kena masukkan nom phone 1 n 2. So harus la masukkan nom Moon n Pak Sutan. Lepas tuh ada lagi 10 nom lain yg kita boleh masukkan. So incase tak dapat call mak bapak ada nom lain yg anak anak kita boleh call.

Bila tekan Map, kita boleh nampak mana lokasi. Semalam test ngan Pak Sutan....siap boleh tahu alamat lagi ...wah hebat sangat. Pastuh boleh main call call la yg paling best. Bunyi clear sangat ....wah bertambah kagums hokey. Kalau mak pak pun dah teruja cam ni...bebudak lagi la kan.


Kalau incase lupa letak jam kat mana dalam umah ....kita boleh call jam. Canggih betol ..Moon biasa buat gurauan kalau lupa letak jam n puas cari tak jumpa jumpa ....misti Moon akan cakap

Ala ...cer miss call jam tuh

sekalik............ada jam yg kita boleh miss call...hahahhahahah bila kita tekan locate device terus jam tuh bunyi cam jam loceng. wahhhhhhhh.


Kalau bateri jam dah lemah atau jam di tanggalkan, ibu bapa akan dapat notification. 

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la ke Facebook SHIELDZ MALAYSIA


Tuesday, September 01, 2015

SALE dtg lagi tapi kali nih SEBULAN

Ha ...betul ....tajuk tuh mmg tak salah. Kali nih sebulan ..................

Best kan ,,,baca blog pun boleh dapat diskaun

So takder la Moon susah hati nak jawab email n pm anda sebua yg frust hentak2 kaki sebab tak dapat masa sale. Kali nih sebulan so masa nya panjang. Bulan 9 jugak ada cuti sekolah kan...so boleh plan trip dtg ke KL dalam masa nih . Cuma stok kain mana yg ada tu adalah ek. Siapa cepat dia dapat.

So untuk mendapatkan harga istimewa nih anda hanya perlu save kan kupon nih dalam phone anda

atau, anda boleh juga nak print

mana mana pun boleh. Janji ada bukti anda dapa kupon nih dari Moon. Tak kisah la dari blog moon ke dari FB moon ke atau kenkawan whats app image ke. Janji ada kupon baru dapat diskaun. Tak der kupon tak ada harga VIP Moon k

Kali nih anda boleh jual nama Moon kat lvl 7 hahahhahah.....n boleh beli MOONPUNYERPRICE. Tapi kena tunjuk la MOONPUNYERKUPON

senang n mudah kan



 haaaaaaaaaaaa 2 kali moon tepek kat sini....so save image cepat2....

#Moonpunyerkupon
#Moonpunyerkupon
#Moonpunyerkupon
#Moonpunyerkupon
#Moonpunyerkupon
#Moonpunyerkupon

So selamat shoping semua . Maaf moon tak dapat display harga kat sini atas sebab sebab tertentu. So nanti bila korang sampai kat sana misti korang terkejut punya la 

So jom kasik gondol sama semua rail rail kat atas tuh sebab we need the space utk projek lain plak hahahha

upholstery akan di turunkan harga pada RM25 semeter...

hanya di


SARAH HUGHES GLOBE 
Jalan Tuanku Abd Rahman
Lvl 7
















Daun belalai gajah yg merimbun

Weekend yg panjang tak pergi mana pun. Duk kat umah je..lagi pun my sister dari Terengganu dtg..so kita spend masa kat umah sahaja.

So bila weekend je la masa nak mendobi n nak mengemas. Semalam masa jemur kain tgk kat belakang tuh dah makin semak plak. Sebab pokok belalai gajah tuh dah naik tinggi sampai kena atap. Percaya la u olsss mak tak propa.

Pokok nih dah berusia 2 tahun lebih. Moon beli anak pokok ni masa Allahyarhamah Norma ada lagi. Mmg cari merata la daun belalai gajah nih atau nama omputih dia Sabah Snake Grass. Mcm mana gajah ley jadi snake...idak la mak tahu.

So mmg pokok ni tanam dalam pasu aje. Bila panjang je potong, bila panjang je potong. Kadang paksa pak sutan  minum jugak walaupun dia cukup tak suka la bab bab kena paksa minum ubat yg rasa pelik2 ni. Tapi kena la paksa jugak kan sebab dia kan ada strong family background of colon cancer. Walaupun dah buang 90% dari usus besar tapi risk tu masih ada kan. So apa la salahnya kalau kita amalkan. Kalau baik pun tuh semua atas izin Allah juga kan. Pergggg penat beleter kat pak sutan. Tapi kalau kita takder sakit pun boleh je minum...jadi kan amalan. Blend pun bleh...rendam air panas pun vley ....buat ulam pun vley


Nampak tak dia dah memanjangkan dirinya. Patut la nama dia snake,,,n belalai gajah. Kemain gumbira lagi korang memanjangkan diri. Pastuh masa belek2 tuh nampak banyak daun besar.... dah besar tapak tangan. Yg besar2 nih semua nya duk terlindung bawah pokok lemuni. 

Haiiih,..pokok lemuni pun moon tanam sebab nak buat nasik lemuni punya pasal. Plus kalau bakar batu tungku...balut ngan daun pandan n daun lemuni pun best, Bau wangi je. Asal cucuk je batang pokok dlm pasu...sekali terus dia besar gedabak. Tunggu pak sutan alih ke depan tak teralih lagi. Dia kata kat depan tuh tanah bukit. Baru je cangkul dah kena batu. Macam mana nak tanam pokok. Kang elok elok pokok tuh subur, bila alih kang mati macam mana. Sudah nya dah besar dah pokok tuh...ntah ntah dah kuar dah akar dari pasu tu


So setiap kali moon potong moon akan cucuk batang dia kat dlm pasu yg sama. Tak pun kat mana mana yg Moon suka hahahha. Kalau hidup bagus la. Batang pokok nih pun dah kasar dah..dah tahap veteran la pokok ni. So Moon kadang ckp ngan pokok...besar cepat2 ya pokok. Mana tahu boleh bantu org lain pulak. 

Semalam Moon ada tanya kalau ada sesapa nak daun ni. Kejap je hokey dah 4 5 org mintak. Maaf ek moon dah tak dpt bagi kat org lain dah sebab dah tak der. 

Dulu nak cari kemain payah. Nasib la ada Ann n Bashir tolong belikan kat ladang di seremban sana. Siap tolong belikan 1 anak pokok. Sebab korang la tolong belikan...pokok nih membesar sampai banyak mcm ni .

Yg bagus nya siput babi mmg takkan usik n makan pokok ni. Hari tuh moon kemain la semai pokok pudina. Mmg banyak daun keluar. Sekali boleh plak rombongan siput babi nih makan kenduri daun tuh. Habis licin...pagi nya tgk tinggal batang je. Stress betol. Pokok pegaga pun dia makan....Isk kata mummy kena buat pagar sekeliling pasu. Kat belakang tuh mmg banyak betul siput babi. Kalau malam malam jemor kain mmg panggil Isk la ajak dia kutip siput babi n buang.

So ramai jugak yg tanya apa khasiat n apa faedahnya daun belalai gajah nih


sumber dari Khasiat Herba
 Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan. Herba ini turut dikenali sebagai You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans dan tergolong dalam keluarga Acanthaceae.
  Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.Kajian-kajian ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti merupakan langkah alternatif yang baik.

Cara-Cara Membuat Jus Belalai Gajah

image credit to Serenemaklong
  • masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender
  • masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
  • tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
  • masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
  • masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
  • blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
  • jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
  • Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi
Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah.

  Selain dari daun belalai gajah, betik, biji aprikotserai atau apa saja jenis sayur mentah dan buah2an boleh merawat penyakit KANSER. Besar kejadian Allah SWT bukan. Banyak khasiat dari sayur2an dan buah2an yang kita tidak tahu kehebatannya boleh merawat penyakit merbahaya. Klik tajuk2 dibawah ini untuk khasiat2 buah2an dan sayur2an yang merawat KANSER.


Moon pun ada tanam pokok Pecah Beling jugak...n 7 jarum. Mana je yg org kata bagus semer la ai nak tanam. Alhamdulillah hidop semua. Tapi pokok cili jugak fail kalau tanam. Beli la 3 4 kali pun semuanya matik. Mmg tangan moon panas kot ngan pokok cili. 

So pokok moon dah ada org nak. So kalau ada sesiapa yg memerlukan boleh la ke ladang Sabah snake grass



  • Taman Herba YPL - Di Pusat Pertanian Pantai, Batu 7, Jalan Jelebu, Seremban.
  • Di Air Baning - Jelebu
  • Di Pusat Pembangunan Komoditi Sendayan, Batu 8, Jalan Seremban Port Dickson.
  • BLOG SABAH SNAKE GRASS








  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...