Wednesday, August 02, 2017

Katil baby dah buang

Awal tahun hari tu kita org kemas kemas stoe yang berhantu tu . Berhantu sebab bila clear, nanti ia akan penuh balik . Punya banyak barang dibuang...tak la lepas tu banyak balik . Tu kita bg nama store berhantu ....walaupun sebenarnya kita org la hantu yg sumbat barang dlm tu hahahhahaha .

So Playpen sweet cerry ni sangat sangat lama. Kita org beli masa zaman abg Isk. Playpen tu mmg banyak berjasa n dia org pun mmg dah biasa dr baby mmg tido dlm playpen . Lepas susukan terus letak blk dlm tu . Maklum la akak ngan abg ni gergasi kang terpenyek anak kat tengah .

So Playpen tu walaupun masa tu kita org beli RM120++ cam tu tapi tahan lasak sampai kan Isk boleh pakai....wariskan ke Yaya ....wariskan ke Rafiq sekejap ...then wariskan ke Sarah. So mmg lebih 10 tahun playpen tu .

Ni Abg Isk masa baby . Ni tahun 2005 .... even masa dia dah melasak pun , Moon letak dlm ni tarik playpen ke dapo bagi dia nampak kita. Kalau tak , tak jadi kerja sebab dia nangis kalau tak nampak mummy dia . Playpen ni berguna sebab boleh lipat bag kecik. Kadang balik umah mama pun kita org bawak .

Tgh malam kalau dia berjaga pun dia duk dlm tu je berguling2 sampai la dia lena balik. So its safer la dr dia merayap merangkak ke mana mana kan .


Bila dia dah besar , playpen ni di lipat n disimpan dlm store . Bila mengandung kan Yaya , baru kita org kuarkan balik cuci bersih2

 Ni si Yaya plak pakai masa tahun 2008 . Mmg diwarisi dr zaman abg la . Dah jimat part katil baby kan . Plus ni ada roda senang tarik ke luar n masuk dlm bilik .  Kalau dia merangkak dah pun ...tak terhantuk sebab muka dia penyek kat net tu je hahahah

Budak budak ni mmg di train tido dlm katil since baby ...no buai atau apa . Tepuk2 je tido

Ni 2012 rasanya . Masa ni Rafiq ada kat umah kita org . Nani dia susah nak lepas Rafiq ...so kadang dia nak buat apa apa atau masuk tandas pun susah sebab Rafiq nak berkepit je . Kita org bukak playpen ni letak tengah2 umah .

Mula mula meraung jugaks la Rafiq sebab dia tak biasa . Berair mata Nani dia tgk cucu nangis . "Angkat la dia bawak kuar sian dia" ....... Tapi mula2 je sebab dia tak biasa lepas tuh dia ok . Ni siap pakej Kakak Yaya duk sekali dlm tu . Terus ok ...kita pun tak risau dia kutip benda atas kapet atau atas lantai wat masuk mulut.


Ni Mek Sarah pada tahun 2015 cam tu ...masih elok n kukuh lagi playpen ni . Bila Sarah dah boleh berdiri dlm ketinggian ni terus kita org buat turun sampai bawah. 

Bila dia dah besar playpen ni pun masuk store

so awal tahun hari tu kita org buang playpen ni sebab dah lama sangat . Masa tuh cam takder jangka nak tambah baby ke apa kan . Lagi pun nampak cam dah lusuh sangat sangat . Nak bagi ke org pun tak sedap la kan...kalau masih nampak baru ok lagi . 

Maka utk baby nom 4 kena cari yg baru  ( walaupun cam nyesal napa la hr tu gie buang .......lepas tu pujuk hati balik dah lama kottttttttt beli je la yang baruuuuuuuu )

So baru baru ni intai2 playpen semua kemain la mahal dekat RM200++ pastu cam tak kukuh cam yg kita org pernah beli dulu ni . 

Ni terus sambung intai intai kat Lazada n etc . Kalau u ols tahu apa playpen yg elok n berbali ngan harga do please share with me k . 

Lepas ni playpen tu mmg akan pas kan ke Talib n Baqis la kan as a gentle reminder utk buat baby cepat cepat hahahhahah ...lariksssssssssssssssss

Friday, July 28, 2017

Barang kahwin

Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua

Ada yang merindui diri ini tak. Hahahhah kemain la tuan blog, kemain lama abaikan blog . Ok u ols jangan marah tau . Tuan blog ni ada aje ...cuma dia jadi pemalas sket lepas tu cam tak tahu nak share apa . Tunggu la karang anak dia dah 4 , mungkin password blog pun dia lupa ahakssssssss


Hari tu terbukak balik gamba kawen . Aduiii gamba kawen 13 thn lepas. Tu pun sebab ada adik sorang ni yg teringin nak tgk gamba kawen Kak Moon . Bila duk selongkar n cari tu ternampak la barang barang kahwen yg buat sendiri dulu .

Masa Moon kawen dulu. mmg A-Z mmg semua buat sendiri . Buat sikit sikit lama lama jadi la kan. Plus masa tuh baru je kerja ...so duit mmg bajet bajet je. But kita kena pegang pada " ukur baju dibadan sendiri' kalau kita mampu nak siapkan sederhana maka bersederhana la . Kalau mampu lain la citernya kan .

So setiap bulan bajet fokus utk beli apa ...utk buat apa semua .


maaf la yer kualiti gamba kamera 2004 . Bekas telur ni gigih moon buat sendiri. Kutip manik sebiji sebiji masukkan dlm tali tangsi n anyam jadi raga kecik ni tau . Cer sekarang korang suruh akak buat ....mmg akak tak ingin dah u ols . Sebab mmg renyah. Bayangkan sebiji sebiji lama lama jadi raga .

Mmg aim nak kaler cream je tapi kedai manik tu kehabisan kaler cream ...so separuh bakul manik ni jadi macam macam kaler hahahhaha . 

Ni mmg muat letak telur . Masa ni dapat buat 100 bakul . Gigih sangat kan . Tapi mmg puas hati kalau buat sendiri. Dia punya puas hati tu kekal sampai ke hari ni la ........hover daks?

 Ni pun buat sendiri jugaks . Ala ala lovely lace gitew ....cream , lace n bunga maroon . Nak beli bunga riben maroon tu macam mahal sangat so kita tuka la bunga murah je . But still ia nampak sangat lawa kan .....

Yang ni mmg buat utk bagi pada rombongan belah lelaki sahaja. Bekas ni adalah bekas berkaki yg plastik tu . Tak ada plak gamba penuh .

 Yang ni tak buat sendiri hahhahah yang ni order kat Terengganu. Masa ni makcik ni amik singgit kot sebekas .

Moon cuma letak riben n bunga sahaja . Bekas ni masih elok lagi sampai sekarang ada 2 3 Moon simpan wat kenangan.

Tapi sekarang tak pasti ada lagi ke tak bekas mengkuang ni

 nampak tak tema ala Lovely Lace tu . Nak beli yg kat Lovely Lace tak mampu kan ....gigih masuk Lovely lace curi idea. Cam ni pun murah sangat lahai buat sendiri . Tengah tengah malam duk diam diam jahit bantal kecik ...jahit lace sorang2 . Bila ingat balik mmg nampak kesungguhan disitu .

hantaran pun dah bercampur dah ...Moon nak krim maroon ala lovely lace ....mama plak cream campo gold .

bila tgk hantaran ni jugaks teringat kat set perfume tu . Lepas few months kawen...umah kena pecah masuk . Perfume perfume tu semua dia angkut . Tak ada rezeki la kan .

Nanti nak cari lagi la gamba gamba preparation kawen . Ada dlm cd tapi kena cari mana cd tu hahahhahah .

Ok tu je nak share ....dia biasa la nak masuk bulan 8 mmg dia throwback aje la manjang . Kadang sembang ngan Pak Sutan n recall balik mcm mana kita org pergi merata naik motor kriss dia tu gie cari barang kawen .

Gelak teringat gamba kawen yang burok ...pelamin burok ...baju besar ....kain baju senteng semer tu . But at the end yang penting kita still bersama ....tu yg penting kan . 


Thursday, July 20, 2017

Ujian MGTT

sebab terlepas date 17 hb maka gigih call klinik set appointment lain. So dia suruh dtg 19 hb . So pergi la pagi pagi pukul 8 amik darah. Dah la jenis spesis badan je tebal tapi urat kemain susah nak nampak ( sebab isi banyak sangat sampai urat pun tenggelam ) mmg ready je utk di cucuk jarum 2 3 kali . Sambil nurse nak cucuk sambil tu jugak mata tak berkelip tengok tang mana dia nak cucuk jarum tu . Kalau masuk tak sakit sangat maknanya kena la urat ...kalau tak masuk betul mmg sakit n lebam la tangan tu .



So masa semalam bacaan puasa ok sangat cantik 3.8 cam tu

Lepas 2 jam minum air gula 8.1

Fasting 3.8 
2 jam lepas minum air gula 8.1 

( masa preggy kan Sarah pun bacaan cam ni gaks )


hamekkkk mmg melepasi 8 la kan . Dah la lepas minum air gula kena jumpa doc sebab kebetulan mmg appointment kan. dekat sejam tunggu giliran dipanggil masuk bilik . Kepala pun naik pening dah minum air manis leting leting tu . Duk kembang kembang tekak ni . Menguap pun dekat 50 kali kots

Petang terus nurse call . Puan, puan kena datang jumpa dokter besok ya puan . Yer baikkkkkkkkk . Bagus kan sebab menyerah je sebab mmg dr zaman Isk, zaman Yaya n zaman Sarah mmg kena cam ni laaaaaaaa bertabah la . Nasib lepas beranak elok je jadi nya .



APA ITU MGTT

Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) atau Modified Oral Glucose Tolerance Test (MOGTT) adalah ujian air gula yang perlu dijalani oleh ibu hamil bagi memastikan diri tidak menghidap diabetes ketika hamil. 

Bermula pada 2013, Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) mewajibkan kepada ibu hamil untuk menjalani ujian MGTT atau MOGTT. Hal ini disebabkan kes diabetes dan obesiti di kalangan rakyat Malaysia adalah di tahap serius.

Tujuan MGTT atau MOGTT dilakukan adalah untuk mengenalpasti kadar gula atau glukosa dalam tubuh sama ada kurang atau lebih hingga mungkin boleh mengakibatkan kemudaratan pada ibu dan bayi dalam kandungan. Jika ibu hamil menghidap kencing manis, gula berlebihan akan dipindahkan kepada bayi melalui plasenta dan ini mengakibatkan saiz bayi yang besar. Malah ia juga mungkin boleh menyukarkan proses kelahiran. Selain daripada itu, anda mungkin menghadapi komplikasi seperti tulang bahu bayi tersangkut.

Prosedur MGTT/MOGTT
  • Ibu hamil yang terlibat untuk berpuasa sehari sebelum ujian dijalankan. Tempoh puasa berkenaan perlu dimulai dari jam 10 malam. Anda perlu berpuasa penuh tetapi dalam keadaan tertentu, anda hanya boleh meminum air kosong.
  • Sebaik-baiknya, anda perlu datang ke klinik sebelum jam 8 pagi bagi membolehkan anda menjalani ujian darah sebelum mula meminum air gula. Kira-kira 2 hingga 3 ml darah akan diambil untuk diuji kandungan glukosanya.
  • Anda perlu meminum air glukosa yang disediakan oleh pihak klinik. Lazimnya, amaun air gula ini ialah 75mg glukosa di dalam 200ml air kosong.
  • Anda perlu menunggu selama lebih kurang 2 jam tanpa dibenarkan untuk makan dan minum. Jika berasa loya, maka anda perlu berehat atau berbaring.
  • 2 jam selepas anda minum air gula, ujian darah akan dilakukan sekali lagi untuk melihat tahap toleransi anda terhadap gula dan mengetahui kandungan glukosa dalam darah.
  • Secara umumnya, bacaan MGTT/MOGTT yang biasa diambil untuk ibu hamil di Malaysia adalah seperti berikut :
- Fasting Blood Sugar (FBS)
Bacaan daripada sampel darah yang diambil sebelum meminum air gula
~ Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L

- 2 jam selepas ujian
Bacaan daripada sampel darah selepas 2 jam ibu hamil minum air gula
~ Normal : kurang daripada 7.8 mmol/L

Walau bagaimanapun, jika bacaan anda berhampiran (borderline), anda mungkin diminta untuk melakukan ujian sekali lagi. Bagi yang mempunyai bacaan lebih dari 7.8 mmol/L, anda akan diarahkan untuk melakukan ujian blood sugar profile (BSP) pula dan seterusnya mendapat nasihat doktor.

Golongan Ibu Hamil Yang Berisiko Tinggi Untuk Menjalani MGTT/MOGTT Pada Awal Usia Kandungan antaranya :-
  1. Wanita yang obes (BMI lebih daripada 30);
  2. Wanita yang pernah hamil anak bersaiz besar ketika dilahirkan (mempunyai berat 4kg);
  3. Wanita yang pernah hamil dan mengalami diabetes mellitus.
  4. Wanita yang mempunyai ibubapa atau saudara terdekat (adik-beradik) yang mengalami diabetes mellitus.
Walau bagaimanapun, ujian ini juga perlu dilakukan jika :-
  1. Ibu hamil yang telah berusia 35 tahun ke atas;
  2. Ibu hamil pernah mengalami glycosuria lebih daripada 2 kali sewaktu hamil
Bila Ujian MGTT/MOGTT Perlu Dilakukan?

Biasanya, ujian MGTT dibuat ke atas ibu hamil opada usia kandungan 28 minggu ke atas. Bagaimanapun, bagi ibu-ibu yang ada sejarah keluarga yang menghidap diabetes atau pernah mengalami diabetes dalam kehamilan terdahulu, ujian ini akan dilakukan lebih awal.




So seperti kanndungan yg sebelum ni maka lepas ni kena tukar diet . Kena makan beras Faiza Taj Mahal tu atau makan beras perang . Kurangkan minuman manis . Padahal Moon la jarang minum air manis sebab mmg hantu air masak ...takpa lepas ni minum banyak lagi hahhahaha .

Dari semalam duk intai tester glucose dlm darah tu . Malas dah la sekarang kalau kena g cek darah 4 kali sehari . Lain la kalau umah tepi klinik kan . Ni duk intai kat LAZADA hahahah



Moga semua ok sampai la beranak Inysaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...